Monday, December 6, 2010

Of movies and hatred.

bismIllah...


Last night, aku, Nini dan Nan tengok Ngangkung kat cinema Sitiawan. Kami bertiga je cos hubby duty. Sebelum tu pergi melantak char kuey tiow kat stadium dulu... Malas nak masak... Lagipun sampai umah di Lumut time Maghrib cos gerak dari Beruas lambat. Nini and Nan hantar aku cos esoknye (hari ni) nak amik Diyana kat Manjung plak cos Diyana off day.

Best gak citer tu... nak plak tengok wayang... orang pun ramai cos semalam Ahad. Riuh la panggung dengan gelak-tawa manusia. Yang penting, aku tengok citer ni cos takde amaran perempuan mengandung takleh tengok. Hehe... Citernya takdela seram pun (except part yang jembalang tanah tu nak kuar dari perigi. Semacam je aku tengok mata dia melilau-lilau).

Mostly memang funny la. Heh. Untuk aku yang jarang gile tengok citer melayu kat wayang, aku rasa... worth it. Cos memang akan gelak. :)

Mm.. aku memang tak reti nak review movie. Nak tau, tengok la sendiri. Tapi siyes watak annoying dalam movie adalah watak Suri a.k.a bini si Sam Shaheizy. Ape kenama pompuan tu... Eira Syazeira ek? Cantik memang cantik... But I don't like her voice. Huhu

Ok. Enuff about movies.

*--------------------------------------------------------------------*

Aku cuba nak tenangkan hati bila dibenci seseorang.

Aku cuba tak nak diri aku ni terkesan dengan caci-maki orang.

Aku cuba nak membenci orang yang benci sangat kat aku tu.

Tapi kadang-kadang, hati tak mengikut minda.

I could never hate that person... sebab aku masih anggap dia sebahagian dari hidup aku, kawan aku... mungkin?

Ntahlah... Tapi hati mana tak sedih bila dibenci oleh orang yang dia sayang?

Kawan semasa susah, senang...

Kadang-kadang aku hairan, bagaimana seseorang boleh merasa benci yang sebegitu dalam?

Berdendam...

Kau pernah baik sangat ngan aku. Aku pun pernah tolong kau. Kenapa jadi macam ni?

Sakit hati aku dengar kata-kata kesat.. maki hamun semua tu.. tak fikir ke? Aku ni kayu ke?

Pergi mati lah...

Aku pun dah malas nak peduli.

Buat la ape kau nak.


alhamdulIllah...

0 comments: