Wednesday, May 30, 2012
bismIllah...





Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, May 28, 2012
bismIllah...



Err... from previous entry macam banyak sangat negativity. So now aku nak positif-positif kan diri.

Razin buat perangai maybe sebab baru balik rumah di Johor ni... masih ade rasa 'lain' gamaknye. Maka bersabar jelah...

Aku bersyukur hubby ade tolong-tolong... kalau tak. lagi tension la wehhh!

Cam arini, he cooked dinner. Walaupun sebenarnya guna balik ape yang aku masak time lunch (ayam goreng + sup sayur), tukar jadi ayam masak merah and buat sotong goreng tepung. hehe...

Aku masak simple-simple je. Sebab tu tak penah update gambo kat blog! Malu mak! HAHAHAHA!

Oklah, sekarang ni tengah cuba nak ceria-ceriakan diri.

Kena senyum selalu! Weeee....

Anyway, ni nak update sikit tentang ready stock Ergobaby carriers.

Ada 3 ketul semuanya (memang jarang ade banyak except Boba) cos Ergo banyak jenis sangat...



1. Ergobaby Organic: River Rock Green.
Yang ni harganya RM470 termasuk poslaju.
2x payment plan accepted.

Silalah beli cos material organic ni sedap sangat!
Lembut!




2. Ergobaby Original - Purple Mystic
Ni harganya RM420 termasuk poslaju.
Warna ni cantik sangat!
Plus, ni new version yang ada buckle baru tu.
Silalah beli... comel ok.
 Ni pun leh bayar 2x jugak. hehe...



3. Ergobaby Sport - Black

Harga: RM390 dah termasuk poslaju.

Recommended to those yang nak light carrier. Cos Sport ni memang light!
Pastu material dia lebih lembut dari Ergo Original. Macam Ergo Organic, tapi material ni bukan organic. Tapi tahap kelembutan sama!
Pastu macam berangin la jugak cos ade bukaan pada body dia (refer pic above).
Macam baby akan rasa berangin tu kat area tengkuk or belakang dia la (depends baby tinggi mana).

So mari lah beli!
hihihi...
Yang ni takleh bayar 2x cos less than RM400.
=)


 Kalau nak tanya lebih lanjut (which carrier suit your @ your baby best) silalah email.

Thanks!
Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Sunday, May 27, 2012
bismIllah...



Back in Johor now. Sampai time Maghrib semalam. Hmmm bermulalah episod-episod getir seorang WAHM. huhu...

Like I expected, Razin asyik la meragam jer... Clingy. Adehh... yela, masa kat Beruas, ramai melayan dia.. Now? Just aku and hubby. Aku lak kekadang busy nak buat kerja... bila time aku busy dia ngacau, memang aku menyinga la...

Haih...

Sape la kata senang dok umah tak kerja? Well, maybe senang kalau ada maid or hantar anak ke babysitter. Tapi kalau dok kat umah and 'bekerja' jugak untuk menampung perbelanjaan keluarga, it's not easy.

Now I'm thinking of 'keberkatan'.

Dulu aku quit sebab aku rasa gaji yang aku dapat kurang berkat bila aku busy sampai anak terabai, keje siang malam and sometimes bila takde keje sangat aku online je lebih kat ofis.

Now, ade ke berkat bila anak di rumah selalu aku marah-marah?

Tak patut kan?

Aku cuba nak balance kan... memang masa kat Beruas aku relaks and enjoy sangat our time there. Razin pun lebih happy... and of course aku pun hepi gak.

Now bila balik Johor, mula la perkara-perkara negatif hinggap. Aku malas nak mengemas cos rumah kecik dan Razin suka sangat sepah barang. Sebab? Takde proper place untuk letak barang...

I hate the small kitchen and paip sinki yang ntah ape-ape...

I hate the wet floor in the kitchen. No matter how I mopped and clean it, mesti akan ade comot-comot jugak. Bengkek je aku

And of course aku tak suke mesin basuh manual tu. huhu... tapi nak tak nak pakai la jugak. Nak basuh tangan and memberus, bilik air pun kecik gile. Buat berlaga bontot ngan dinding bilik air je. :(

Razin lak kat sini sangat pantang nampak aku duduk depan lappy. Kalau elok-elok dia main depan tv and tiba-tiba nampak aku dok depan laptop terus nangis-nangis and datang kat aku mintak dukung.

Stressnye ya Allah...

Dugaan apa yang kau beri...

What are You trying to tell me?

To be patient?

T___T

Aku kekadang bole paham macam mana sesetengah ibu leh dera anak dia... abuse her own child. Sebab kekadang terlintas jugak imej-imej ganas tu dalam kepala otak aku ni. Nauzubillah min zalik!

Ya Allah, berikanlah aku kesabaran...


Lindungi keluargaku dari perkara-perkara negatif.


Amin.


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, May 24, 2012
bismIllah...



Woohoo! It's Thursday already. Esok dah Jumaat. Dah nak kena balik Johor. Waaaa tak suke.

Tak suke sebab takde kawan.

Tak suke sebab aku tak berani kuar sorang-sorang, drive sorang-sorang (with Razin).

Sebabnye, tak tau jalan tu satu hal, then nak kuar rumah pun susah cos kawasan rumah tu sempit. Aku ni bab nak kuar parking and parking kereta tu memang hampeh sikit la. Kalau ditambah dengan tempat sempit, memang ya ampun... Laki aku pun kata takyah bawak kereta hatta parkingkan kereta sekalipun cos porch sempit! Kalau tutup pagar betul2 pintu pagar tu kena kereta kitorang. huhu...

Maka, aku tak suka la dok Johor cos merap dalam rumah je. Nak kuar beli itu ini pun susah.

And aku cuak jugak cos Razin mesti akan lain bila balik Johor... mesti meragam and clingy tahap gaban cos takde Abang Amirul yang suke main ngan dia dah.

Tak suke cos mesin basuh manual. Kena tunggu air penuh, kena check dah abis pusing ke belum untuk drainkan air and spin... hampeh. Me no likey time consuming task like that.

Mmmm... tapi kena balik gak. Sabau jelah...

 Lagi ape aku nak komplen?

Ermmm...

Dahla. Cukup-cukup la tu.

Jom sejukkan hati dengan melihat gambo Razin... hehe...

Gambar petang tadi masa otw ke Poslaju Sitiawan.
Seronok dapat berjalan.
Baru la tido... (xtdo sejak bangun pagi tau!)



Gambar Ahad lepas.
Geram sangat bila buat muka camni.
Cakap "busyuk, busyuk, busyuk!, automatik buat hidung camtu.
Abg Mighul la yang ngajor nyer ni...

Tengok paha tu. Geram kan... Aummm...



Gambar petang tadi.
Dia panjat sendiri tangga sampai takat tu.
Aku busy buat keje kat meja makan.
Then bising uk ek uk ek cos tak reti nak turun.
hmmphh.
Risau jatuh je... razin...razin...



Semalam punye gambo.
Peace at last.
hahahaha...




Sabtu ke Ahad lepas.. lupe dah.
Kejenye menolak Trunki tu ke hulu hilir.
Dia tak tunggang cos tak reti nak panjat (and gayat kot)
So tolak jela... huhuhu...



Sekian.

Gambar sume amik dari FB cos nak transfer dari BB tak dapat, kabel kat bilik atas. 
Malas nak amik.

Wassalam.
Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Wednesday, May 23, 2012
bismIllah...


Saingan dalam perniagaan tu biase la kan... Normal. Bizz ape takde saingan?

Tapi bagaimana pula kalau saingan kita tu letak harga melampau-lampau murahnya dan menyusahkan other sellers (and kita sendiri) yang bermodal kecik?

Setiap barang ade recommended price yang kita kena ikut. Takleh sesuka hati letak price ikut sedap tekak kita. Sama kesnya kalau letak harga mahal, memang salah. Letak harga murah (walaupun ramai la orang suka!) tetap salah kerana tak beretika.

Aku sedar, rezeki kita Allah yang bagi. Ada usaha, ada la hasilnya. Tapi sedikit sebanyak bila berlaku perkara begini, kita akan rasa demotivated. Bendanya belum terjadi lagi, but I think IT WILL happen cos seller ni memang terkenal dengan 'memotong peluang orang lain' cos offer harga melampau murah. Kalau sekadar persaingan sihat, aku tak kisah pun. Biase la.. tapi bab harga tu la...

Kita ni dahla modal kecik-kecik je... susah nak lawan orang modal besar. Siap ade kerjaya tetap sebagai kakitangan kerajaan. Kenapa lah nak kacau periuk nasi orang jugak... aku tak jual pun barang yang kau jual walaupun minat sangat-sangat. Tapi kau nak jugak jual benda yang sama. Haihhh. Patut la ramai orang tak suka kau... Now bila aku terkena sendiri baru la faham.

Tak sangka cos I was ok with her... Regular customer le jugak... Siap add masuk group aku...

Mmmm...

Tah la...

Bukan senang oh...

Kena kuatkan semangat.

And kena mantapkan lagi la pengurusan and marketing.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini...



Umar R.A came to the market and found a man selling his goods lower from the market price.. He said, "Rise your price or get out from our market. You low the price to cut the throat of your competitors, and when they collapse you rise ur price ~ Sheikh Imran."




p/s: Serius mmg down kot. I felt betrayed. Kalau dapat putar masa, I would not add her to my group.

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, May 21, 2012
bismIllah...



Entry ini dihasilkan because I received a lot of emails asking me which carrier is better?

Boba or ERGObaby?

Frankly, I love both Boba and Ergo. That's why I sell both! haha...

I use both too... One in car, one in the house. Rotate usage...

But my personal favorite is still Ergo, I think. Simply because Ergo is the 1st brand of ssc I own... and I'm used to having waist buckle on the side instead of at the middle of your back (as in Boba).

Please refer the pictures below...

Waist buckle on Ergo (other types of Ergo also the same) is on the right side.

I'm used to this and I found this really easy to use.





Waist buckle on Boba 3G is at the middle of your back.
Takes practice to do this easily and quickly.
Of course, you can always adjust the buckle of you want to position it on your side...
But there will be extra webbing etc... nak kena gulung2 la ape la.

The waist strap in Boba is longer than Ergo.

However, there is no safety strap for Boba's buckle.

As for Ergo, each of its buckles (shoulder straps and waist's) has safety loop. A safety measure in case of broken buckles or you accidentally unbuckles.

Search youtube for instruction manual how to wear Ergo and you'll know what I'm talking about.
*I barely use it tho... heehee*



Next, the body panels.
Boba has higher body panels than Ergo.
Especially if you compared it to a standard type Ergo (Ergo Original/Organic)
 Top: Boba 3G - Lila
Underneath: Ergobaby Original - Purple Mystic

As you can see from the pic above, Ergo has wider waist band



Boba is taller by a a few inches.



However, if you compare Boba 3G with my Ergo Organic in Petunia Pickle Bottoms (PPB) series, there is very minimal difference on the height.

Obviously the PPB series has higher body panel than standard Ergo.

Underneath my 'Frolicking in Fez Ergo' is Boba 3G

Not much difference!

Boba looks taller because of the curvy design. =)



 Unless if you took the picture from this angle, it'll look like Boba is much higher than Ergo PPB.

But to me, nahhh... insignificant difference! (please refer back to the picture before the above pic haha)


Can hands-in too... (if your baby chose to do that)


First time tidur dalam Ergo di posisi dukung belakang (back carry).
Selama ni tido kalau dukung dari depan je (front carry).
Penat sangat la tu sampai ternganga-nganga mulut. Haha


Ok, back to the comparisons...

Apart from Boba's having foot straps and shoulder strap's holder, Boba can be used from newborns (as young as 2 months old or 7lbs)

The unique design can shorten the Boba's body panel so that it can fit smaller baby.

See the snap buttons I circled?

Just snap 'em!



 Tada!

Shorter body panel... shorter than Ergo, of course.
Suitable for newborn hold.

These features is not available in Ergo.
You have to purchase infant insert for small babies.


What else eh...

Hmm...

I guess it's all a matter of preference.

Try both carriers if you can and decide which one you like better. 

Actually,
I only found out by today that the PPB's Ergo is taller than the standard one. 
Funny rite?
Well, that's because my baby was comfortable sleeping in my PPB's Ergo..
He's already 14months and quite tall... so I wonder why people always says Ergo's body is short and not suitable for older baby?
Here's Razin... sleeping in Ergo.
And it doesn't seem that short to me.

That's when I checked all my carriers and compare.

Yes, Ergo is shorter than Boba's. But the PPB Ergo has very minimal difference.
The shortest one is the standard size Ergo.

Plus, Ergo Performance also has higher body panel than the standard ones.

The conclusion is, NOT ALL ERGO HAS SHORT BODY PANELS.
Other types of Ergo is almost/just the same height as other 'high' body panel's carriers.

=)


Happy babywearing,
Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Friday, May 18, 2012
bismIllah...


Cinta hati bakal pulang malam esok (eh malam ni la cos sekarang pun dah lepas kul 12 tgh mlm). Rindu... lama tak jumpa. Dah sebulan tau! Last time I saw him was last April 17th. Memang genap2 sebulan.

Tapi still ok jer... orang dah selalu kena tinggal cam aku ni dah biasa. Plus, I'm staying with my family. Kalau aku and Razin sesorang je, mau tension gak hehe...

So tomorrow I'll be in Lumut sampai next week I guess... Hubby nyer exams this Monday. Dia tak study pun katanya... weekend sempat ke study? hmmm... Esok gerak ke Lumut tak bawak Razin. Tunggu Ahad ke Sabtu ke baru amik Razin kat Beruas. Bagi space sikit kat Mak and Ayah ni. hehehe...

Ade banyak benda yang nak dibincangkan. Especially about the house. Masih belum cukup tenants. So sesapa yang tau kot-kot ade orang cari bilik sewa di area Lumut or Manjung holler-holler la. Memang nak cari short term je cos maybe tahun depan dah balik Lumut semula. But hey, banyakkkk bulan lagi la... kalau balik pun tgh tahun depan kot.

Sebenarnya tak sabar sangat nak balik Lumut for good. Kalau ikutkan hati, aku nak je dok Lumut. Malas balik Johor. Sebabnye senang nak balik Beruas (and leh tinggal Razin kat sana kalau aku rasa aku nak buat banyak keje hehe), poslaju senang, orang nak datang umah tengok barang pun senang cos umah tu insya Allah kemas je. haha... umah kat Johor tak berani nak ajak orang datang cos kecik and penuh barang-barang :p

Tapi tu la... ikutkan hati memang camtu. Then bila memikirkan balik sanggup ke berjauhan dengan suami lagi? rasenya memang takmo la. huhu... Rindu! And susah... sian Razin nanti ngan bapak sendiri tak kenal.

Anyway, oleh kerana aku takleh tido lagi (biase ar... sekarang memang susah gile nak tido memalam cos lepas Maghrib je confirm aku tido sejam dua :P), aku pun google-google la idea untuk plan aku bila balik Lumut for good nanti.

Ape plannye?

Nak ubahsuai bilik tidur tingkat bawah jadi small office home office (soho)! hehe...

 I love this one.
Tapi drawers tu memang aku akan ubah la...
Nak sliding glass atau plastic yang transparent (or almost transparent).
Senang nak tau setiap tempat tu aku simpan ape. hehe...
Jars shelves kat kanan tu will totally be removed.



Ni pun ok gak.
Nampak cozy.


  
Sweet <3






Rasa-rasa macam nak suruh Ah Seng buat kabinet camni la...
Cambest je... tapi yang belah kiri tu nanti ngadap tingkap... hmmm...





Sweet sangat.
Nak letak wallpaper ke?
huh beria je... cat udah.



Ni best.
Cuma kena tukar sikit-sikit la... 
Hmmm...


Semoga dapat menukar rupa SEBELUM ni, kepada yang lebih cun nanti.
Berangan dulu...

Takpe, berangan tak kena duit! hehe...


Written By Ryehana
alhamdulIllah...