Wednesday, September 15, 2010

Post-raya entry

bismIllah...


Baru berkesempatan nak update blog. Bukan ape, aku sibuk menghabiskan novel-novel yang baru dibeli dari MPHonline... so, memang takde masa la nak online dari umah...

2 buku dah settle... Lagi satu je masih dalam proses.
Betulla sangkaan aku buku Barbara T. Bradford agak membosankan.
No wonder ni la first time aku beli buku dia.. saje gatal.
kan dah bosan bace.. huhu

Raya kali ni takde gambar raya.

Sebab? Kat Pahang diorang takde pun sesi amik-amik gambar ni sumer... so aku pun dok diam jela. Takdela bergambar ape pun... huhu...

Kalau nak tengok gambar raya, ni ha ade sekeping...

Gambar on the way nak balik KL from my husband's kampung.

Tu je.

Raya kali ni sangat lain cos tak sama macam raya di Perak... but then, of course la kan. Mane nak same... family yang berbeza.

Ni la first time aku beraya di Felda. Aku tak pernah ada saudara-mara dok Felda... and kawan-kawan pun... takde kawan-kawan dok Felda yang aku pernah ke rumah mereka... so ni la first time. Lain... meriah memang meriah... tapi lain la...

Ape-ape pun, I couldn't stop thinking of my family in Perak. Lepas sembahyang raya selalunya ade sesi bergambar. Habis semua sanak-saudara akan kumpul and posing beria.

And then the food!!! Nama pun raya, kalau tak makan bertambah-tambah memang tak sah. Mak buat laksa... huhu... rindunya nak makan laksa... Mak kata ada nasik impit and kuah kacang etc... and then, knowing my mum, laksa memang stok banyak gile cos rumah kami memang selalu ramai orang datang melawat Opah.

Raya di Pahang ada lontong. Ade lemang (yang dah licin masa malam raya) dan rendang kerbau. Kerbau tu... memang aku tak reti nak makan la... Liat and keras. huhu...

Masa beraya ke rumah Mak Cik Mr CC di Felda Jengka, dapat makan soto. Jadi la... bertambah-tambah aku makan. hehe...

Aktiviti di Lanchang takde ape sangat melainkan tengok tv jela kot. And makan. Aktiviti bersembang kebanyakannye di rumah Mak Cik Tapa di Jengka. Aku dapat rasa bahawa peranan Mak Cik dia ni macam Mak Yang dalam keluarga kami. Most people selesa dengan beliau... :)

What else eh...

Best main mercun kat sana... My husband adalah supplier mercun rupanya... Dia siap beli yang macam fireworks orang sambut New Year tu... memang enjoy la tengok bunga api... hehe...

Hmm... salah satu kebaikan beraya di Pahang adalah aku tak payah wat kerja sangat. Tak payah cuci pinggan or mengemas cos ada anak-anak saudara Mr CC yang perempuan and dah besar. Diorang leh wat keje... Aku nak iron tudung pun tak payah cos ada orang nak nak buatkan. Haa... itu rileks sikit. hehe...

Cos kalau kat Beruas usah harap la dapat rileks macam tu... :P

Untung gak ada anak-anak saudara dah besar-besar panjang ek? Huahuahua

Aku balik KL semula pada raya kedua. Nini lak hari Isnin baru balik KL... ditemani Nan dan Diyana. Sebab, dia bawak balik kete Kancil Mak since Mak dah beli kereta baru.. and Mak risau kete Kancil tu wat hal masa on the way... tu yang Nan and Diyana ikut...

So pada waktu malam Isnin yang lepas, aku belanja budak-budak ni tengok wayang Resident Evil 3D di Pavilion. Jadila... semalam diorang dah gerak balik Perak semula.

Mak ada kirimkan kuih kacang and nasik impit untuk aku. Terharunya... (cos takde kat Pahang masa raya aritu). Sampai umah je terus aku ngap. :D

K lah, I think that's all for now.

Arini aku mc cos sakit perut. Tak tau la ape aku makan asyik berulang pergi toilet je...

Perut pun sakit dah 2,3 hari.. risau lak. Jap lagi baru nak pergi klinik.

Salam.


alhamdulIllah...

6 comments:

MuNsYi SaMa said...

salam aidilfitri~

jadi mem besar la kalo balik braya kt pahang ek?sume org buatkn. :P

deena awanis said...

xde anak sedara besar tapi kan sebab preggy n tgh sarat..so, sumer orang x kasik buat ape2..hahhha..bagus jugak tu..;-)

ELeEa said...

SELAMAT HARI RAYA... =D
Thn dpn my turn lak....tatau la camner rs braya umah org...sure2 xsama cam umah snirik....huhuhu

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

rajin ko membaca salam raya dan selamat balik kampung dan datang semula

samanosuke_04 said...

salam, lama x singgah hehe, selamat hari raya.. apsal gambar jalan raya jer?

bila dah balik umah mak u, bleh laa posting bebyk lagi gambar.. haha

Ryehanna said...

To Munsyi: Takdela mem besar sgt.. mmg nk kena pelempang la kalo xde tolong ape2 lgsg.... hehe

To Deena Awanis: Daku belum sarat lagi... perut pn belum nampak so orang belum nak kesian lg.. haha

To Eleea: lame tak update blog kan??? haaa sila update pasni.. dh nk kawen dh... rugi x catat memori.. huhu

To Brutalsolo: Selamat hari raya to u too.. :D

To Samanosuke: Sebab excited nak blk KL sbb tu amik gmbr jalanraya... tp gmbr raya mmg xde.. n smpai skrg xblk2 Perak lg... :(