Friday, October 2, 2015

Membebel banyak

Bismillahirrahmanirrahim

2.30 pagi and masih belum tido. Maybe sebab dah tido lepas Isyak tadi. Penat gile arini.. Raiq meragam je kerojenye. Lepas Isyak aku terus pengsan dalam bilik. Dengar gak le Raiq ngobak cos dia mcm xberapa sihat/growth spurt ke ape tah. Lantaklah. Bapak dia jaga... 

Aku sedar pukul 10 cos dia melalak2 dalam buai and laki aku kat atas. Terpaksa le bangun jugak huhu

Malam ni settle ngemas umah sikit-sikit. 

Aku ni bab masak memang malas and tak suka... Aku sanggup tak makan haha... Tapi kalau bab ngemas umah ni memang aku tak tahan. Aku sangat2 tak suka umah bersepah. 

Masa mula2 beranak dua (ade Raul) dulu asyik tension je cos Raul memang tukang sepah. Razin dulu bukan jenis menyelongkar, so takdela beria teruk sangat... Tapi Raul jangan. Barang Razin yang bertahun2 elok je if dpt kat dia abih jahanam haha... So yeah, masa ade anak dua aku asyik tension.

Pastu aku malas dah sakit2 kepala ngemas umah. Kalau aku xlarat, aku bior je. If larat, aku kemas.

Tapi paling lama buat "dek" pun ade la dalam 3,4 hari je kot. Aku mmg xtahan umah semak.

Paling senang aku panggil akak cleaner ngemas umah. Tapi if nak jimat, kemas le sendiri... Upah orang sekali kemas dah melayang RM80. ;p

Mungkin sbb dari kecik dah biase ade orang gaji, umah mmg xdela bersepah teruk gile. So aku sendiri tak tahan if semak sgt.

Beza dgn laki aku. Aku selalu gile bengang cos dia jenis jelui je baju merata and tak letak dalam bakul baju kotor. Pastu lagi satu aku geram, almari baju mesti tak reti nak tutup! Biar je tercangah lepas dah amik baju.. Ape la salahnye tutup je pintu lemari tu kan.. Eii geram benor teman... Huh.

Lagi satu xpueh hati, susah benor nak tolong mop lantai. Ni lagi satu aku lemah.

Aku tak larat nak mengemop. Sapu ok, kemas mainan budak yang bersepah, lipat kain sumer ok. Mop aku tak larat. Sakit pinggang oi

Tapi ape2 pun aku bersyukur la laki aku berganda bagusnya nak tolong hal rumah berbanding bapak aku dulu...

Husband aku akan mesin baju2 kotor and sidai. Baju2 kering dia akan angkat (TAPI DIA TAKKAN LIPAT. Selama kawen tak pernah nampak laki aku lipat kain hahaha)

Laki aku masak. Aku memang malassssss gile bab masak2 ni. So memang tu keje laki aku. 

Kalau laki aku tak penah lipat kain, aku lak tak pernah siang ikan langsung selama hidup berkahwin ni. Not my job. Hehe.. Oh and iron uniform askar dia pun tak pernah. Laki aku xharap kot. Dia iron sendiri heee (bgsla cos aku malas gile nak iron baju)

Aku bersyukur jugak cos laki aku tolong uruskan anak2 starting dari aku berpantang Raiq dulu. Pepagi mandikan n siapkan Razin ke taska, angkut Raul n htr ke babysitter. Oklah. Dulu tu semua aku buat. Now dh ade baby kecik kena pass la

Aku dah dapat maid by the way.

Cuak and risau. Lega pun ye juga. 10hb nanti nak pergi Kuantan untuk amik bibik.

Aku meramalkan perniagaan lebih terurus and rumah kemas selalu pasni. 

Haih banyak nak type tapi tak syok update dari phone. Dapat ngadap komputer best sikit.

Dah 2.50 am. Ngantok dah..

Tulis point2 jelah.

1. 4hb okt ni birthday Nini and also kenduri kahwin sepupuku Dayah di Panchor. Tahniah Hidayah Norhan!

2. Petang tadi aku dah tukar bateri iphone 5 aku kat kedai Sofan King di manjung lama. Kena RM80 je. Oklah. Ori tak ori batt tu aku tak kisah sangat sebab warranty iphone dh lama abis n aku desperate nak battery baru. Hopefully ok jelah

3. Tak jadilah beli iphone 6s. Mahal sgt. Baik aku melabur bizz... That's why ip5 just tukar batt je. Pakai la sampai terberancei. Dah rosak nanti treban je..then baru le beli baru huhu. Doa2 le ade bajetnya

4. Aku tak suke nak berblog or bercerita ttg bapak aku. Kami tak rapat n aku sgtlah anti dgn beliau sejak kecik2 dulu... Membawa ke besor. So yeah, we're not close and i dont like to talk about him.

5. Raul kat kampung... Kak Len amik semalam. Deme balik cos kenduri Dayah tu. Umah sunyi sikit bila Raul xde 

Ok ngantok dah

Nanti sambung.

Last update gambo bapak anak 3


Best gile stroller ni hokeh. Nnt free aku review

Bye


Alhamdulillah...

1 comments:

amal said...

ana, bab x iron uniform hubby tu kita sama. wani x pernah iron selama 4thn kawin ni. dia htr dobi je sbb dobi dlm base free hihihi