Wednesday, October 3, 2018

Confinement Lady

bismillahirrahmanirrahim...



Aku baru lepas bankin deposit untuk Confinement Lady. Awal kan?? Fetus baru 7 weeks. Tapi sebab aku malas nak pening-pening pikir mana nak cari, baik book siap-siap.

Aku amik Natalis CL by the way. Ala yang jaga Siti Nurhaliza tu. Aku berdoa dan tawakal semoga confinement lady yang dihantar nanti memuaskan hati.

Aku amik pakej Stay In for 3 weeks yang EKONOMI. Price RM3850.

Deposit 30% = RM1155

So ada balance lagi RM2695


Ekonomi je sudah hahahaha...

Ni antara sebab lain jugak aku decide bersalin kat hospital kerajaan je kali ni. Since czer kat private sekarang dah RM8-9 ribu, baik la aku guna duit untuk penjagaan selepas berpantang. Jimat kos kat part beranak. Yela, bersalin czer lagi kan. Aku tak nak stress macam masa beranak Raul dulu.

Masa Raul dulu memang boleh dikatakan aku meroyan gak la. Memang depressed sesangat sampai Raul pun aku rasa effect sampai ke besar. Asyik kena pekik-pekik and kena marah masa baby. :(

Masa beranakkan Raul I was so mad at everyone. Kat laki aku cos tak tolong jaga baby, kat Mak aku cos tak jaga aku betul-betul masa pantang, and also at myself cos I was so fucking tired the whole time. Aku tak boleh menyusu sambil baring time Raul cos luka czer tu sangat-sangat menyakitkan. Every time Raul bangun tengah malam aku pun kena bangun, duduk and ribakan dia untuk bagi nyusu. And most nights memang aku fedup and marah cos aku penat, ngantok and suruh laki aku je bancuh susu... then laki aku pulak masa tu buat perangai malas nak tolong cos kacau dia tido. Bangun tapi marah-marah. Ehhh anak kau jugak. Haaa mendapat la.

Nightmare betul masa beranakkan Raul dulu. 1st time kena czer la katakan. Masa Razin everything was ok jela... sambil nyusu aku boleh baring, and tido sekali. Plus, perut takde sakit.

Masa Raiq pulak, maybe sebab beranak kat private, semuanya smooth juga. Cos baby dijaga di nursery lepas aku beranak. Aku boleh tido and rehat puas-puas kat bilik (single private room), and bila dah ok and nak susukan baby leh mintak diorang hantarkan.

Plus, the painkillers were powerful. Serius tak seteruk masa Raul. Masa dalam pantang pun takdela sakit gile-gile macam aku beranakkan Raul dulu. Overall, Raiq pun ok. And maybe jugak sebab aku malas dah nak pikir beria-ria nak exclusive bf baby, aku campur je formula milk (private clinic tu bagi 4 tin Frisolac masa discharged) if aku tak larat nak pam/breastfeed.

Yela, anak dah 3... baik aku jaga mental aku jugak dari nak berkejar-kejar sangat jaga 'exclusivity' of breastfeeding. Terpulang la masing-masing kan. Dah lama-lama and dah kuat tu, elok je breastfeed sampai 2 tahun lebih. Ok je.

Ketiga-tiga anak ni masa berpantang takde confinement lady yang betul-betul jaga.

Masa Raul and Raiq memang aku tak berbengkung pun cos czer kan. Aku pakai Belly Bandit nursing tank tu je. Mild compression pada abdomen. Perut aku memang buruk le toksah cite hahaha... pengorbanan jadi mak orang.

Now bila aku bagitau family aku yang aku pregnant, of cos they were happy. Tapi Mamito sebut jugak camna la dia nak jaga aku berpantang cos dia pun tak larat. Mak aku 59 tahun di tahun 2018 ni.
Memang dia dah sakit lutut and kalau berjalan pakai tongkat.

Nak harap laki aku jaga aku time pantang?

Hmmmmmmm... Takpelah. Aku sendiri kenal laki aku camne, baik la aku upah orang jaga aku. Kang aku tak puas hati, aku jugak yang bengang. Biasa la aku punye standard ni tinggi sikit dari laki aku. Even dia mop umah pun aku tak puas hati and aku rela mop sendiri... Muahaha...

Plus, suami aku maybe hanya cuti 2 minggu je lepas aku beranak nanti. Then weekends je baru dia balik... dah 2 tahun duduk jauh.

Dia suruh aku survey2 lagi CL yang dekat Manjung. Memang ade jugak tapi sebab baca review Natalis cam ok... part makan tu sedap... and duduk sekali kan... so harapnye ok la. Mohon sangat2.

Now aku risau bab sape nak hantar anak-anak aku sekolah masa aku berpantang nanti. Hmmm...

Nak minta tolong Hanis, rasenye masa tu dia dah kawen.

We'll see how.


Ya Allah permudahkanlah segala urusan.



Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: