Wednesday, October 3, 2018

Little peanut

bismillahirrahmanirrahim...



27 August

11.40 am - Jenguk klinik 1Malaysia di area rumah aku ni. Ada KKIA kat situ jugak rupanya. So aku bagitau la aku nak buat appointment untuk buat buku pink.

Diberi tarikh 20 Sept untuk datang. 8 am sharp katanya. Sebab lepas tu aku kena jumpa doktor di Sitiawan pulak. Makes me wonder, why then aku tak terus ke Sitiawan je? Well... tengok le camne.


After amik budak-budak sekolah and settlekan pos barang, aku ke Sejati Maternity Center untuk minta Dr Goh sahkan kandungan.

Baru 7 weeks 2 days.

Macam biasa, buat ultrasound kat perut.

Raiq pun ikut masa ni. Pantang aku bergerak, dia pun nak ikut.

So masa Dr Goh scan, all of us bertumpu pada skrin. To my horror, kantung aku ada tapi there's nothing inside!

Aku cuak. Aku tengok muka Dr Goh and dia pun berkerut-kerut dahi.

"Eh... kenapa takde ye? Ade ke takde ni? haha"

"Kantung besar. Tapi tak nampak. Takpe, kita scan dari bawah pula" kata Dr Goh.


Huh?? Dari bawah? Kot vajayjay ke? omg. Tak pernah pulak aku kena scan kot situ untuk tengok baby.

"You pergi kencing dulu. Nanti kita scan dari bawah"

So aku pun pergi la ke tandas. Doktor pun nampak pundi kencing aku penuh kikiki.

Dahla pakai jeans. Jenuh pulak...

Maka, scan la kot bawah. >__<


Guess what?

There's my little peanut!


Akhirnya nampak.

Alhamdulillah lega sangat.





Saje-saje tanya kos czer kat Sejati sekarang berapa. Dr Goh said around RM8K plus.

omg.

Luruh jap jantung aku. Mahalnye.... T_T

Tak mampu la weh. Masa Raiq dulu RM5K plus... bole gagah lagi.


Maka, marilah kita berdoa semoga segala urusan bersalin di hospital kerajaan (HAT la rasenye) berjalan lancar nanti. Aminnnnn.



Post ini ditulis pada 27 Ogos 2018. Tapi scheduled to be posted in Oct 2018.

Bye

Written By Ryehana

0 comments: