Wednesday, June 30, 2010
bismIllah...


Time aku tengok wayang cerita Lagenda Budak Setan sehari sebelum aku bernikah aritu, aku memang perasan lagu tema filem ni sedap... Tapi takdela plak aku nak hayati setiap bait ayat-ayatnya...

Tapi malam ni, time aku tengah takde kerja, aku layan la lagu ni (since Nini dah download kat Ares).

Sedih la plak.

LIRIK LAGU OST LAGENDA BUDAK SETAN - BILA CINTA - FILIANTI VLEE

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh

Dalam harapan

Aku.

Sedang.

Sedih.

Dan.

Tak.

Ada.

Mood.

:pandaGeli_21:


takde kaitan ngan hubby ku pun.

Tetiba nak moody.

Aku pun tak paham.


By the way, comel kan Lisa Surihani punyer new haircut? Dia potong pendek sikit. Cute!


Gambar diambil dari Tweetphoto beliau.


Berbalik kepada rasa sedih and moody aku tu, I think I need my hubby by my side. Huhu..


Erm. Gambar Lisa Surihani dan suamiku dalam satu entry yang sama adalah agak pelik.

Bye.



alhamdulIllah...
Tuesday, June 29, 2010
bismIllah...


This 5th July genap sebulan aku bergelar isteri kepada Mr CC. Macam tak percaya je dah kahwin. Haha...

Inai dah tinggal sekerat. Cepat tol kuku aku panjang...
Orang kata sebab kuat berak. betul ke? err...


Betullah orang kata kan, lepas kahwin mesti badan naik. Baik lelaki atau perempuan. Kalau lelaki, perut boroi... or gemuk. whichever comes first lah. Yang pompuan lak, lagi la... badan naik. Gemuk. Tak kira la 'berisi' or just mengandungi tahi... still... badan naik. Dan ianya kejutan baru.

Kenapa aku tulis benda ni?

Sebab....

Well...

Seluar kerja aku ni dah ketat sangat. Sangat ketat. Huhu... Kalau nak solat memang kena buka cangkuk, bukak zip... Giler ahhhh!

I feel so bloated. WAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!

:'(

Ini gambar hari ni.
Oh.. nape muka nampak pucat?


Bergaya dengan Rauf's new Rayban.
Heh.. budak ni giler sunglasses.

Ko tunggu la aku dapat purple lense aku nanti...
=P


By the way, aku dah ada jawapan kenapa girls or woman (aku ni woman! not a girl anymore.. ekekeke) suke bergambar dengan meletakkan kamera di posisi atas. Yakni mereka perlu mendongak ke atas untuk melihat kamera... ala, macam gambar aku di atas tu laaa...

Jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan twitter beberapa hari yang lepas adalah seperti di bawah:

- jgn kasi nmpk bdn.org takkan tau.ekeke. ~ Cik Nass
- agar mata nampak bulat dan cantik bg yg sepet mcm hamba.ekekek.ok tak jawapan? ~ Cik Nass
- dr atas nampak muka, kalu dr bawah nampak perut. aku rasa lah kut.hee ~ Pakcik Penyubiru
- maybe nampak kurus kot.... hehehe... ~ Raja Hani
- nampak kurus ~ Yonna
- angle terbaik kot? ~ Piston Pecah
-
dr atas nampak toot ~ Nescagraff


alhamdulIllah...
Saturday, June 26, 2010
bismIllah...


Ewww... geli gelimat bace entry. Hubby you! hohoho... Dah kahwin, barulah boleh guna term hubby. Ni ape kes baru pakwe makwe tapi panggil hubby mubby? Mengkonfiuskan orang je... jangan mare... hehehe

Eh ape daaa aku nak citer...

Haaa.. aku akhirnya berjaya jugak tengok Sex And The City 2! Tengok 2 malam sudah di MBO Ampang. Har har har... baru kali kedua tengok kat situ... First time pergi situ masa kuar tengok wayang ngan kawan-kawan blogger tahun lepas.

Sex and The City 2 ni okeyla... But I think the first movie is better la kot. Ape-ape pun, aku happy sangat dah tengok citer ni! :D


Yesterday Mr CC came from Lumut... he pickup me up after work and we stayed in a hotel nearby for the night. What to do... I'm staying in a rented flat with other girls and a sister... kena la tido tempat lain. Next weekend, it's my turn to go back to Lumut. I guess this is our routine for now. Whether he came to KL or I went back to Perak. I hope it's not forever! :}

So today, after check out, we went to pickup Nini. Kitorang pergi Pavilion untuk tengok wayang...

Seat agak limited. So aku and Mr CC dok twin seat, Nini dok tempat lain. hehe


Knight and Day is great! I love the movie cos it's funny despite all the actions!

Silalah pergi tonton. Heee....


p/s: Aku tak jadi beli laptop. Lain bulan je la...


alhamdulIllah...
Monday, June 21, 2010
bismIllah...


Captured moments during 8th until 10th of June...


















I'm missing him so much...

Jumaat ni baru dapat jumpa... Sabtu malam dia balik Lumut balik cos Ahad duty. Aku pun keje Ahad. Haihhh...

Pasni pergi Bukit Tinggi plak eh... Aku memang suke tanah tinggi ni.. cuti-cuti Malaysia sudey. heheh.. aritu memang plan nak pergi Bukit Tinggi mulanya tapi cancel sebab jauh sangat... Yela, bukannye aku leh ikut Mr CC balik Pahang lepas tu (kena ikut adat jugakla... dah orang tak sambut lagi, takkan aku nak pergi).

Tapi okey gak pergi Cameron... Aku suke bunga-bunga di sana! heheh... Lagipun nak beromantika sesuai la cos bunga ros kegemaran aku murah je... jimat duit Mr CC. :P

Btw, gambar sunflower bawah ni is my current wallpaper! Sangat ceria kan?

Mulanya nak beli pokok bunga... tapi bila fikir-fikir balik, sape nak jaga kalau Mr CC berlayar? Terus kensel. :P

That's all for now. Ciao!

p/s: Kalau ade yg meluat bace entry mushy2 dari aku ni... well... sori le.. saye mmg tgh mood pengantin baru lagi... hehehe... :P



alhamdulIllah...
Sunday, June 20, 2010
bismIllah...


Sudah 2 minggu bergelar isteri orang... Tapi masa yang aku spend bersama suami tak sampai 2 minggu pun! Sedih kan?

Bernikah pada 5hb June. Lepas nikah, dia balik tidur di Lumut bersama family dia.

6hb June kenduri di belah aku. Dia tido Beruas...

8hb June kami gerak ke Cameron Highlands. Berhoneymoon sekejap di sana sampai 10hb.

10hb June dia hantar aku balik Beruas dari Cameron and terus shoot balik Pahang. Aku mane leh ikut dia balik Pahang cos diorang tak menyambut aku lagi... So aku stay Beruas sampai hari Sabtu. (Mulanya aku ingat aku kena ikut dia balik... tapi rupanya kalau ikut adat orang Perak, tak boleh pergi rupanya... sebab tak dialu-alukan lagi. Mak Yang cakap. heheh)

13hb June baru la berjumpa semula masa kenduri di Pahang. Tido sana satu malam...

14hb June bertolak ke ke rumah Mak Yang di Kota Seri Putera untuk amik Mak, Nan, Diyana dan Amirul yang nak tumpang Mr CC balik Perak. Hari tu jugak diorang balik sebab...

15hb June Mr CC berlayar....

So, bila kira-kira balik, seminggu kitorang bersama. Sedih betul!

Tengok kalendar bawah ni... itu jela hari-hari yang aku bersama Mr CC...


Tarikh2 yang dibulatkan tu je antara tarikh yang aku spend bersama suami sejak bergelar isteri...

Today dah 20th June!
huhu...


Takpelah...

Sayang isteri tinggal-tinggalkan, ye tak?

We will make this work. Inilah dugaan berkahwin dengan tentera laut bila aku juga bekerja di tampat lain... I knew this is what I expected so no whining there... I will just have to learn to be more patient and accepting. Chayok chayok Ana!

Kahwin ni kan umpama mendirikan masjid... Kerana Allah. Moga-moga dipermudahkan segala urusan...

Hmmm... bila dah kahwin ni baru faham camne Mak rasa...

Sian Mak... sorang-sorang je... Kalau Diyana takde kat rumah or Amirul takde, memang Mamito dok umah sorang-sorang jela...

Yong keje kat Batu Gajah... dah kahwin...
Aku and Nini kat KL... kerja...
Nan belajar kat Terengganu...

Diyana tu sebab takde offer memana sejak abis STPM tu yang dok umah tu... kalau tak, Mamito tinggal ngan Amirul... Opah lak sekarang duduk umah Mak Njang kat Kuantan.

Sedih kan...

After years of marriage, anak-anak dah besar-besar, she ended alone... bukan bercerai mati...

Abah plak dah kahwin lain and ada family lain sendiri... oh... memang sedih rasa hati kalau jadi Mamito.

Takpe Mak.

Kami ada... I will try my best to keep her happy.

Aku lega sangat-sangat kenduri dah selesai. Mak pun lega.

Walaupun sederhana, tapi alhamdulillah meriah.

Kat belah aku takde buat merenjis or bertepung tawar ni sume... Pelamin tu hanya untuk amik gambar semata-mata. Macam Yong kahwin dulu la.. takde merenjis gak. And sepupu-sepupu aku kahwin kat Kuantan (anak Mak Njang) last year pun takde merenjis-renjis ni.

Cuma kat belah Pahang je ada merenjis-renjis. Adik Mr CC nak buat camtu.. terpaksa la ikut cos tumpang majlis orang kan... Malu weh bersanding lama-lama. Aku dahla pemalu. huhu...

Kenduri aku takde marhaban, takde bersilat, takde ape pun... sword barrel jela...

Sword barrel buat kat dua-dua belah pihak.

Dah adat tentera, ikut jela... and itu semua Mr CC settlekan. Kitorang tak campur langsung... itu jelah highlight wedding aku pun... Potong kek pun adat tentera gak... ikut je...

So overall, memang wedding yang sederhana. Baju pun simple. Sepasang je takde sewa banyak-banyak... Jadi la....

Gosh...

Really glad everything turned out fine!

p/s: Arini dah Ahad... Mr CC berlabuh di Lumut petang kang... tak sempat langsung nak jumpa... Next weekend jumpa la! yeayyy!

p/p/s: Bedah kata aku and Mr CC ni pengantin baru sepanjang masa la since susah nak jumpa. muahahaha... no komen!!


alhamdulIllah...
Saturday, June 19, 2010
bismIllah...



Sila klik gambar di atas untuk imej jelas.


Untuk pengetahuan semua, gambar profile itu adalah gambar aku.
Korang boleh usya balik gambar tu di entry ini.

Tapi profile Facebook itu dah sah-sah bukan profile aku kerana aku bukan berada di Indonesia.

Actually benda ni kes beberapa hari lepas... aku dah bising kat twitter and facebook dah.
Siap twitpic lagi.
Tapi arini aku search nama Ryehannazz kat Facebook, jumpa lagi gambar aku tu.
Cam susah nak in touch dengan orang yang berkenaan...

So please eh... I think tuan punya profile tu pembace blog ni.

Please remove the picture as soon as possible.

:pandaGeli_10::pandaGeli_10::pandaGeli_10:

As much as I'm flattered and amused with your action, it is still not right.
Kindly use your own picture.

Nama tu tak kisah la dia nak guna nama Ryehannazz gak biar la...
Bukan aku sorang ada nama camtu...
Tapi gambar tu gambar aku.
Tu yang aku tak suke....

Aku pun naik heran kenapa gambar tu orang nak amik.

Kat entry blog ini pun ada gambar tu jugak.

Tapi nasib baik la link. heh.

Kenapa dengan gambar ni? mmm... musykil....


Macam-macam hal...

:pandaGeli_32::pandaGeli_32::pandaGeli_32:

Wassalam.

alhamdulIllah...




Oh geramnye rasa!!!

Aku nak tengok Sex And The City 2 tapi seats penuh!!

Untuk malam ni dah penuh [tak koser la aku nak tgk kul 1 suku pagi!]

Untuk esok petang kul 3 pun dah penuh!!

Siot!


Geramnye akuuuuuuuu...

Tak sabar tunggu orang bayar hutang dvd Sex and The City season five.

Cepat bagi... bosan nih. :(


p/s: entry lepas geram semata2...