Sunday, June 20, 2010

Rindu...

bismIllah...


Sudah 2 minggu bergelar isteri orang... Tapi masa yang aku spend bersama suami tak sampai 2 minggu pun! Sedih kan?

Bernikah pada 5hb June. Lepas nikah, dia balik tidur di Lumut bersama family dia.

6hb June kenduri di belah aku. Dia tido Beruas...

8hb June kami gerak ke Cameron Highlands. Berhoneymoon sekejap di sana sampai 10hb.

10hb June dia hantar aku balik Beruas dari Cameron and terus shoot balik Pahang. Aku mane leh ikut dia balik Pahang cos diorang tak menyambut aku lagi... So aku stay Beruas sampai hari Sabtu. (Mulanya aku ingat aku kena ikut dia balik... tapi rupanya kalau ikut adat orang Perak, tak boleh pergi rupanya... sebab tak dialu-alukan lagi. Mak Yang cakap. heheh)

13hb June baru la berjumpa semula masa kenduri di Pahang. Tido sana satu malam...

14hb June bertolak ke ke rumah Mak Yang di Kota Seri Putera untuk amik Mak, Nan, Diyana dan Amirul yang nak tumpang Mr CC balik Perak. Hari tu jugak diorang balik sebab...

15hb June Mr CC berlayar....

So, bila kira-kira balik, seminggu kitorang bersama. Sedih betul!

Tengok kalendar bawah ni... itu jela hari-hari yang aku bersama Mr CC...


Tarikh2 yang dibulatkan tu je antara tarikh yang aku spend bersama suami sejak bergelar isteri...

Today dah 20th June!
huhu...


Takpelah...

Sayang isteri tinggal-tinggalkan, ye tak?

We will make this work. Inilah dugaan berkahwin dengan tentera laut bila aku juga bekerja di tampat lain... I knew this is what I expected so no whining there... I will just have to learn to be more patient and accepting. Chayok chayok Ana!

Kahwin ni kan umpama mendirikan masjid... Kerana Allah. Moga-moga dipermudahkan segala urusan...

Hmmm... bila dah kahwin ni baru faham camne Mak rasa...

Sian Mak... sorang-sorang je... Kalau Diyana takde kat rumah or Amirul takde, memang Mamito dok umah sorang-sorang jela...

Yong keje kat Batu Gajah... dah kahwin...
Aku and Nini kat KL... kerja...
Nan belajar kat Terengganu...

Diyana tu sebab takde offer memana sejak abis STPM tu yang dok umah tu... kalau tak, Mamito tinggal ngan Amirul... Opah lak sekarang duduk umah Mak Njang kat Kuantan.

Sedih kan...

After years of marriage, anak-anak dah besar-besar, she ended alone... bukan bercerai mati...

Abah plak dah kahwin lain and ada family lain sendiri... oh... memang sedih rasa hati kalau jadi Mamito.

Takpe Mak.

Kami ada... I will try my best to keep her happy.

Aku lega sangat-sangat kenduri dah selesai. Mak pun lega.

Walaupun sederhana, tapi alhamdulillah meriah.

Kat belah aku takde buat merenjis or bertepung tawar ni sume... Pelamin tu hanya untuk amik gambar semata-mata. Macam Yong kahwin dulu la.. takde merenjis gak. And sepupu-sepupu aku kahwin kat Kuantan (anak Mak Njang) last year pun takde merenjis-renjis ni.

Cuma kat belah Pahang je ada merenjis-renjis. Adik Mr CC nak buat camtu.. terpaksa la ikut cos tumpang majlis orang kan... Malu weh bersanding lama-lama. Aku dahla pemalu. huhu...

Kenduri aku takde marhaban, takde bersilat, takde ape pun... sword barrel jela...

Sword barrel buat kat dua-dua belah pihak.

Dah adat tentera, ikut jela... and itu semua Mr CC settlekan. Kitorang tak campur langsung... itu jelah highlight wedding aku pun... Potong kek pun adat tentera gak... ikut je...

So overall, memang wedding yang sederhana. Baju pun simple. Sepasang je takde sewa banyak-banyak... Jadi la....

Gosh...

Really glad everything turned out fine!

p/s: Arini dah Ahad... Mr CC berlabuh di Lumut petang kang... tak sempat langsung nak jumpa... Next weekend jumpa la! yeayyy!

p/p/s: Bedah kata aku and Mr CC ni pengantin baru sepanjang masa la since susah nak jumpa. muahahaha... no komen!!


alhamdulIllah...

8 comments:

ChuyRy said...

Wah..lamenye..tahan je la ye Puan Panda..sabar itu ade hikmahnya :)

Nurulhuda|Adlie said...

rye, tabah okeh, aku doakan ko dapat pegi branch baru yg nak bukak kat perak (hehe, kan? ada branch br kan? aku baca2 tapi tak bape ingat) so would be nearer to ur mother and husband as well..

wedding yg simple and sederhana tapi cantik, tu dah cukup.. :) aku heart sword barrel, weh bukan calang2 org boleh dapat, hehe.. aku confirm tak la kan.. but anyway congrats again.. ko yg diam2 dah lepas dulu, ok skrg tgu giliran aku lak, hopefully ko ada kat kl, aku jemput hope ko boleh dtg!

Idalara said...

Salam Ryehana@penganti baru..
tahniah ye dik bila dah jadi isteri org ni baru tahu mcmne perasan seorg isteri..apatah lagi bila ditinggal2kan..kesiannya kena tinggal..tp kak ida pun mcmtu juga..siang keja,bila mlm menangis sbb rindu sgt kt hubby..pulak tu dok umah mak mertua..seminggu sekali baru jumpa...bnyk2 sabar ye dik..

apiih said...

sabar..sabar..ehehehe

yonna said...

best apa ada sword barrel :p dah lah gambar cun weh! semua tegak je. hahaa. kau mmg lawa wehhhhhhhh! lawa gila dengan seri pengantin tu :p mmg padan sungguh dengan suami ko :D

dugaan di awal perkahwinan semua ni. hehe. sampai bila dia akan berlayar weh? diorg ada tetapkan berapa-berapa tahun ke?

deena awanis said...

mak kita senasib..kesian gak aku pikirkan dia..kekadang ada gak aku suh dia kawen lain..ada je orang nak, tapi dia yang x nak..huhhhh...

encik luth said...

selamat pengantin baru. mesti seronok kan jadi isteri orang dan dah capat capai perkara yang kita idam - idamkan. semoga tabah dan cekal menghadapi cabaran hidup.

mintak maaf tak mai kenduri haritu. ada kursus. =)

kan best kalau bini boleh ikut berlayar bersama. hahahah

Ryehanna said...

thanks all :']