Thursday, March 17, 2011
bismIllah...


I don't know how to start this entry. Lots of things happened since Monday... Mmm ok. I'll start with Monday.

Monday:

- Hubby pergi klinik Beruas untuk gitau klinik kat situ tentang notis kelahiran so that the nurse could come to my house in Beruas to visit...

- Around 10 o'clock in the morning, ada la nurse datang untuk melawat. Tengok baby, tengok luka aku (kot-kot jahitan terbuka ke..) etc. Then the nurse said Razin ada kuning... dia suh bawak pergi klinik untuk check darah.

- Aku tunggu hubby balik cos buku pink aku and buku baby sumer ada kat dia. Hubby pergi ke Manjung lepas singgah klinik Beruas untuk daftarkan baby di JPN Manjung.

-Then I found out yang hubby kena ke kapal cos kapal ada problem. Patut sailing pagi tu around 9 am tapi tak sailing-sailing lagi cos enjin problem (semua kapal patut kena bom je... kapal outdated gile... asyik jahanam je). Apa-ape pun aku sempat suruh hubby balik cepat cos nak kena bawak Razin ke klinik. He told me he would try.

- Around 3.30 pm nurse klinik Beruas called. Dia suruh jugak bawak baby ke klinik. Hubby still tak balik-balik lagi. Call pun tak dapat. So, aku suruh Mak dan Nini bawak Razin. Cos aku masih tak larat nak jalan banyak-banyak.

- Sekali kau, Nini balik suruh aku siap-siap. Razin kena dibawa ke hospital cos kuning dia tinggi. Bacaannya 16. Kalau tak silap aku, baby yang bacaan 15 memang kena admit. Selain kuning, dia demam! So aku pun cepat-cepat la siap cos Nini kata nanti ambulans datang amik aku.

- Dalam terhegeh-hegeh nak bersiap tu, ambulans pun sampai umah bersama seorang nurse, Mak dan Razin. Aku pun masuk ambulan sambil dukung Razin. Mak dan Nini follow ambulans dengan Vios.

- Sepanjang perjalanan ke hospital Manjung, hati aku cukup risau. Razin tidur tak sedar-sedar. Ambulans buruk tu bergegar-gegar sampai aku melambung-lambung pun dia still tak bangun. Sampaikan aku check nafas dia. Risau gila! Menangis-nangis aku dalam ambulans bila tengok Razin tidur tak sedar-sedar camtu.

- And then aku bengang dengan hubby pun sama. He's not contactable! Aku tau la dalam kapal takde line, so that's why call tak dapat. Bengang gila aku... Aku call his friend, Danial to contact hubby at his ship. Nasib baik la ada no fon Danial... Danial sent his staff to hubby's ship to search for him (cos call tak dapat).

- Akhirnya hubby called. Bateri hp dia kong... that's why la. Aku dah bengang cos aku dah gitau suruh balik awal-awal tapi dia pergi kapal lak. Padahal cuti! Then he argued yang dah takde orang lain leh handle cos he's the only marine engineer kat kapal tu (MEO) so nak tak nak kena jugak dia handle cos kapal dah delay sailing berapa jam dah. Patut kul 9 pagi sailing, akhirnya lepas pukul 5 petang baru leh sailing.

- Aku malas dah nak bising cos hubby pun penat, lapar and baju kotor (so he's not joking that he's been working on the damned ship) bila jumpa di Hospital Seri Manjung. Dipendekkan citer, Razin of course kena warded sebab jaundice (kuning). Tapi alhamdulillah masa diorang check di hospital, takde plak demamnye. Aku sangat-sangat lega...

- Spent the night there. It was terrible at night. My son kept on crying setiap kali aku letak dia dalam baby cot untuk dijemur bawah lampu phototherapy. Aku pun nangis jugak sebab sedih sangat tengok anak aku nangis tak henti-henti...

Tak sedih ke tengok camni?
Tapi time ni nasib baik dia tidur elok je...
Razin sangat benci bila dipakaikan 'spek mata' tu...
Dari tak nangis, boleh melalak-lalak sampai baby lain pun nangis... :(


Tuesday:

- Pagi tu aroun 8.30 pagi semua baby diambil darah untuk check diorang punyer kuning turun ke tak. Aku harap sangat kuning Razin turun... tak larat dok hospital...

- Kuning Razin turun dari 16 ke 13. Still not enough. Doctor kata dia kena turun at least 12 ke bawah. So ape lagi... tidur lagi 1 malam di hospital...

- Bila malam menjelma, aku dah tau nak handle Razin dan stress aku camne (I cried like crazy on the 1st night and couldn't sleep because I was stressed, sad and worried). Aku buat hati kering je kalau Razin nangis bila pakai spek. Cos aku tau ade nurse jaga. Aku jugak dah tau untuk bagi dia nyusu puas-puas and pakaikan spek siap-siap before jemur dia bawah lampu biru tu. Kali ni aku takde la sikit-sikit angkat Razin bila dia nangis... Aku biar je dia kena jemur...

- When morning came, aku ok cos dapat tidur and Razin pun macam kurang kuningnya. Lepas diambil darah and dicheck, kuning Razin turun ke 8.56!! Alhamdulillah... lega sangat-sangat. So leh balik laaa.... :)

- Lepas kuar wad, lepak umah di Lumut jap. Hubby terus ke JPN Manjung cos nak daftarkan baby. Masa hari Isnin aritu tak sempat. Hari Selasa takleh nak register cos org JPN tu nak jugak tengok buku baby warna biru tu... Yang fotostat je tak cukup. Ngada2 betul. Buku baby tu hospital pegang so tak dapek nak register la...

- Dalam masa yang sama aku hangin macam nak gila ngan orang yang buat grill umah aku. Nanti aku citer i next entry kalau rajin (and kalau masih sakit hati)

- Since dah register Razin kat JPN, so bolehlah kita announce nama penuh dia ya...

Sila klik kalau tak nampak nama anak saya ape... hihi...



Okey, so terjawab sudah kan nama penuh dia ape?

And kenapa aku senyap 2 hari? huhu...

Doakan supaya Razin tak kena kuning dah. Risau jugak cos ada orang kat hospital aritu sampai 2,3 kali masuk wad sebab baby kena kuning...

That's all for now.

Salam.



alhamdulIllah...
Sunday, March 13, 2011
bismIllahirrahmanirrahim...


Syukur alhamdulillah... Aku dah berjaya melahirkan seorang anak. The joy of giving birth to a new life is... well, it's indescribable.

So here's a little notes on my delivery day:

AMARAN: Perenggan-perenggan di bawah mungkin mengandungi maklumat melampau dan terlalu jujur yang mungkin menyinggung perasaan/mengganggu certain readers di bawah umur (dan belum berkahwin?) especially perenggan berwarna merah.

So please be warned.



Aku dah start rasa contraction since 4.45 pagi pada 11 March yang lepas. Mula-mula rasa contraction every 15 minutes, then start dari 5.30 pagi, aku mula rasa contraction every 5 minutes. So aku tau la yang aku dah nak bersalin pagi tu. Syukur... sebab memang aku nak sangat bersalin hari Jumaat. :)

Aku masuk labour room around 6.40 pagi selepas nurse check bukaan dah 4cm (selukan kali kedua). Lepas kena seluk, dia terus suruh aku mandi, berak dan bawak baju baby masuk labour room. Aku dah asyik membuang air besar je sebelum tu, so lepas nurse masukkan ubat bagi berak tu, takdela aku membuang banyak sangat. Just mandi jela puas-puas.

Sebelum masuk labour room sempat mesej suami, Nini and Nyda gitau nak masuk labour room.

So, dengan perasaan yang sangatlah nervous, aku masuk bilik bersalin. Diorang letak CTG scan lagi di perutku untuk monitor heartbeat baby. Turun diletak alat untuk monitor contraction. Aku agak beruntung cos tak banyak rasa sakit contraction. Even bidan/nurse yang dok attend aku tu pun dok bising-bising kenapa contraction aku sikit and tak kuat. Aku untung la tak sakit, tapi yang susahnye adalah bila nak meneran... Teran bila sakit. Kalau tak sakit, takkan nak teran.

Around 7.30 pagi, air ketuban aku dipecahkan untuk mempercepatkan dilation and contractions. By this time, bukaan dah 6 cm. Bidan yang layan aku ni bagus la... tak terasa sangat pun dia seluk... sampai aku yang tanya, "Dah pecah ke air ketuban?" cos tak terasa. Lepas dah pecah air ketuban tu baru la rasa kuat sikit contraction... but still, not much.

Elok je air ketuban aku pecah, hubby masuk labour room. Dia takleh stay so dia just jumpa aku kejap bagi kata-kata semangat. Siap gitau dia nak pergi kapal jap. By this time, aku dah tak kisah sangat dia ada ke takde cos dalam kepala otak aku ada satu je... "Nak keluarkan baby". huhu...

Tapi bila ingat balik, macam syahdu and sedih la plak bila hubby takde bersama-sama masa aku bersalin. Hmm... tapi takpela. Nasib baik team nurses/bidan/sister yang jaga aku di labour room tu bagus-bagus and baik je... So takdela aku terasa teruk sangat.

Dipendekkan cerita, aku selamat melahirkan anak sulungku pada 8.53 am. Baby kecik je... 2.7 kilo sahaja. Bidan tu cakap, kalau aku pandai meneran, cepat je bersalin cos baby tak besar... Huhu... mane la nak reti kan. Nama lagi first baby.

Yang aku sangat terasa sakitnya adalah apabila baby dah nak keluar sangat-sangat. Adeh... seriau lak bila ingat balik. Koyak toksah citer la... Banyak sangat cos bidan cakap kulit aku nipis. Sebelum bidan gunting (episiotomy) lagi, dah terkoyak banyak. Huhu...

Part yang aku paling takleh blah adalah semasa kena jahit. Since aku banyak tear, so lama la nurse tu jahit. Sambil tu dia dok geleng-geleng kepala and nasihat suruh jaga elok-elok masa berpantang. Jangan sampai jahitan terbukak. Satu kerja plak nak jahit kali kedua! Huhu... memang kena bius and mostly tak terasa sakit. Tapi bila kat bahagian kulit tu, ya Allah... memang rasa sakitnya... urgh... ni part aku paling tak suka.

Lepas dijahit dan dipakaikan pad, aku pun dihantar ke bilik baru yang ada katil 2 bijik. Sebelum ni aku dok kat area katil 4 bijik. Baby pun dihantar masuk bilik. Masa ni aku rasa biase-biasa je... Tak rasa lagi bonding antara ibu dan anak tu... Yela, maybe sebab aku letih gile kot. Nak pergi dukung and peluk baby pun aku tak larat. Aku just baring je kat katil sampai hubby datang...

Aku just tengok je baby... sambil cuit sikit-sikit. Muka masa baru lahir ni macam muka hubby. Bulu mata lentik pun macam hubby. And then, after quite some time, my son, he opened his eyes. What a big black eyes! He looked around... and then he looked at me. Ya Allah... terasa something dalam hati ni bila mata bertentang... Betullah... hilang rasa sakit-sakit bersalin tu (sekejap).

Lepas tu baby tido balik. Pejam je mata tak buka-buka walaupun aku usik-usik.

Hubby came around 11-ish... He was beaming like crazy and I could see how happy he was. Syukur alhamdulillah...

Then dia kuar jap untuk tunggu Mamito, Nini, Diyana dan Nan datang.

So, around noon camtu (waktu melawat) semua dah berkumpul kat bilik aku. Nan busy amik-amik gambar. Mom was busy fussying over her first grandchild... my sisters were excited of the new baby. And I was happy. :)

The first time aku menangis since deliver baby adalah masa dengar suami azankan anakku. Ya Allah... tak dapat nak tahan rasa sayu, syahdu dan betapa bersyukurnya bila dengar alunan azan yang perlahan dan merdu tu...

Then hubby and Nan pergi solat Jumaat.

TV dalam bilik wad tu tengah on siaran langsung solat jumaat.

Betapa tenangnya rasa...


*******


I'm out of words right now.

Let's see some photos, shall we?

So, here's a little picture of my son.
For now, he's Baby Razin.

Tunggu dah daftar kat JPN esok baru kita announce nama penuh dia yer...
tengah tak sure dengan spelling... hehehe...



Love you both. <3>

Mak-mak saudara, bapak-bapak saudara dan sepupu yang excited tengok Baby Razin.
Abis kena kerumun.
Mak Cik Diyana takde dalam gambar cos dia kat dapur bancuh air untuk mak Razin.
:)


K, tu je yang leh upload.
Ni pun sumer gambar dari Twitpic.

Takde masa lagi nak upload pic bebanyak...
Nama lagi dah ada anak kan.. hehehe...
And since dok Beruas, internet pun slow... that's why ler...

Apa-ape pun, terima kasih bebanyak kepada semua yang wish tahniah, good luck etc.
Kebanyakannya dari Twitter and Facebook.
Thanks, ya! Really appreciate it... first thing yang aku buat bila online adalah check 'mentions' di twitter. You guys are awesome...

I know, i know... macam tak caya Miss Panda yang selalu post gambar gedik tunjuk mata kaler-kaler tu dah ada anak kan??
Same here!!
But life... as we know it, it goes on...
Dari student, single... to married, working and a mother!

I'm glad I have most of my memorable memories in this blog...

I know I have lots of silent readers to my blog...
Thanks for reading my stories.
I'm happy to share my happiness with all of you...


That's all for now.

Assalamualaikum...


p/s: entry ni panjang cos maybe amik masa sikit nak update blog pasni...
So sesape yang maleh nak bace entry ni sampai abis tu leh ulang-ulang bace lagi esok-esok yer... HAHAHA...



alhamdulIllah...
Thursday, March 10, 2011


bismIllah...


Seperti yang telah ku catatkan di blog ini semalam, aku mengalami turun darah sejak semalam. Berlanjutan sampai malam tadi... then subuh tadi.

Dan aku masih tidak merasa sakit ataupun apa-apa kontraksi. The occasional pain tu biase le... macam sebelum-sebelum ni... tapi sakit yang kuat macam nak beranak tu takde...

Aku malas nak ke hospital cos... mengikut pengalaman orang, mesti aku admitted punyer. Camne kalau belum nak beranak lagi? Berapa lama nak dok hospital?

But then, Miss V still bleeding... still kuar lendir berdarah tu... so risau la jugak. Apatah lagi ni my first baby kan... Then hubby pun suggest aku pergi jugak check kat klinik kerajaan. Aku pun setuju cos frankly, I was worried too.

Around 9ish am, hubby bawak ke Klinik A10 walaupun aku dah suruh dia pergi hospital je terus... Takpela, ikut jela. Then sampai klinik di A10 tu aku gitau la aku dah turun darah. Nurse terus suruh pergi HAT (Hosp. Angkatan Tentera). So, smirking to my hubby, we went to HAT.

Terus pergi kat bahagian kecemasan. Then, dibawak ke wad bersalin terus. Terus kena admit macam yang ku agak cos aku dah 38 minggu. Diberi baju hospital yang berwarna purple untuk dipakai.

Kena bagi sampel air kencing and my blood pressure diambil. CTG pun dibuat... basically CTG tu untuk tengok heartbeat baby... lame jugak dok tunggu... and aku jugak di'seluk' for the first time untuk check jalan. Sakit gilebabi kena seluk... nak menangis rasanya. It was worst than 'my first time' with hubby. T___T

Bukaan rahim baru 2 cm. Lambat lagi le kan? Orang beranak selalu 8-10 cm kan? But the nurse yang seluk tu commented yang aku punyer serviks(?) ke ape tah nipis je, tak tebal. Bagus katanya. Tak tau kenapa cos aku bukan belajar perbidanan. Kalau bagus, lega jela aku dengar...


Anyway... baby's heartbeat was fine. The nurse even said the graph was beautiful. And I recovered from the 'seluk-menyeluk' after several minutes...

So dalam kul 11 lebih camtu aku dah dok kat katil di wad.

Sampai ke malam ni, still takde ape-ape tanda sakit or nak bersalin.

Doctor siap dah gitau kalau sakit ke ape ke, cepat-cepat bagitau... diorang taknak le seluk je kerjanya cos buat benda tu kan sakit (to me)... and taknak jugak risk infection. Well, lega la aku. Cos yang aku takut sangat bila admitted ni adalah Miss V akan diseluk je kerjanya. Kalau tak kena seluk, aku ok jelah.. so here I am... In a ward... waiting for the impending pain.

Jiran sebelah katil baru kuar OT. Comel baby boy dia... alahai, tak sabar dah aku ni... Aku rasa, aku dah ready nak beranak. Chayok chayok...

Tapi, aku jugak rasa yang macam lambat lagi je nak beranak... sebab tak sakit. Tu yang aku agak pelik... but why the bleeding eh? Merisaukan betul...

Mungkinkah aku akan beranak macam Kourtney Kardashian? Masa dia lahirkan baby Mason, giler rilek jer... Korang tengok tak show tu? Well... Mak aku pun heran kenapa Kourtney rilek je... air ketuban dah kuar pun dia langsung tak tunjuk dia sakit. Siap time beranak dia lak yang TARIK baby dia kuar dari vagina. Gile x? haha... maybe kena cucuk epidural ke ape kot? cos macam pelik je tengok dia tak sakit.

Oh anyway...

I'm missing my husband. Tidur sorang di hospital malam ni. Tak best tol... Tetiba teringat perbualan tadi...

"Abang, ana mintak maaf yer..."
"Yer..."
"Abang maafkan semua dosa-dosa Ana kat abang tak?"
"Yer sayang..."
"Dosa-dosa yang abang tau dan abang tak tau sekali?"
"Ape yang abang tak tau?"
"Ade ar... Redha ke tak?"
"Yer sayang..."

I love you hubby...

Time-time macam ni mula rasa menyesal admitted awal sangat kat hospital. At least kalau masih di rumah, ada orang peluk time tido. Haihhh...

Rindu pada suami. :'(



alhamdulIllah...
Wednesday, March 9, 2011
bismIllah...


Subuh tadi macam biase masuk toilet untuk menyelesaikan panggilan-panggilan alam. Rasa nak membuang air besar tapi tak kuar so buang air kecik jela...

Time nak flush, aku nampak macam ada something di dasar toilet bowl. Eh, takkan tahi kot? Tak berak pun. Then bila tengok betul-betul, rupanya ketulan darah.

Ahh sudah.. cuak dowh. Amik tisu lap-lap kat Miss V, memang ada darah sikit. Berlendir je... warna pink.

Tapi tak sakit. And takde rasa contraction pun. Hubby cool je bila aku gitau hal ni. Dia still pergi kerja...

Aku dok fikir-fikir nak pergi kerja ke tak. Then I decide not to go. Called Mamito, and Mak cakap tu tanda-tanda nak beranak la tu. She told me yang masa dia nak beranakkan aku dulu, dia turun darah jugak. (barula aku tau kalau jadi camni, namanya turun darah ek?)... Tapi kalau ikut pengalaman Mak aku, dia turun darah hari ni, esok baru bersalin. I guess aku pun camtu kot?

So... aku tido jela balik... then bila pergi toilet untuk kencing still ada lagi cecair berdarah kuar dari Miss V. Mmm aku cool je cos tak sakit and baby pun bergerak je dalam perut. So, dalam kul 11 camtu baru nak mandi cos nak pergi klinik. Time mandi pun kuar lagi darah... tapi bukan darah hidup... still macam mukus tu... berlendir... Takpela, nanti tanya doktor.

Yong called. Dia suruh aku pergi hospital terus. Katanya dulu ada la budak kat tempat dia (dia keje kat pusat perlindungan wanita under Jab. Kebajikan Masyarakat) turun darah then diam je... tunggu contraction... tapi takde. Bila check lagi, baby dah takde cos lemas. Since Yong dah mencuakkan aku big time, aku pun zasss terus pergi klinik ngan Nini. Still pergi klinik swasta je... cos aku taknak pergi hospital. Aku rasa belum nak beranak lagi cos takde rasa sakit pun. Kang tak pasal kena admit and kena seluk-seluk berpuluh kali. No way.

Pergi Lumut jumpa doktor perempuan yang aku pernah jumpa dulu. She checked my tummy and the baby. Tu je. Takde seluk-seluk pun cos aku memang takde rasa sakit ape pun. Doktor suruh balik berehat and bagi MC untuk arini and esok.

Then, aku singgah ofis. Transfer segala duit balance petty cash kat Ganesh. Mane la tau aku akan beranak arini ke malam ni ke kan... senang la dah transfer duit petty cash kat dia. Kang nak guna duit jenuh kalau aku takde. Then hand over kerja sikit-sikit... pastu aku balik umah.

Mak datang petang tadi bawak bunga fatimah, air selusuh, bantal baby dan juga minyak afiat. Preparation untuk bersalin. Hmmm...

Malam ni twice turun darah lagi... tapi macam darah period jela... berlendir... bukan darah hidup.

Hubby tanya, nak pergi hospital ke?

Aku jawab, "Tak payah". Belum sakit... rilek je la dulu...

So sekarang ni dalam keadaan menunggu....

Menunggu dan menunggu....




alhamdulIllah...
Monday, March 7, 2011
bismIllah...


Semalam Ahad.

Husbandku pun pulang dari berlayar.

He bought some stuff from Langkawi... jom usya...

1. Chocolates!

Standard la kalau pergi Langkawi kan...
mesti kena beli coklat kat bini dia yang hantu coklat ni...
Aku dah makan coklat Cadbury tu satu bar... tinggal suku je.
Lepas tu terus minum air banyak-banyak... riso le jugak kan.. :P


2. Minyak gamat sedozen

3. Air ibu gamat

4. Set pisau untuk Mamito.

5. Tea set.

Kotak pink yang terbaring tu mengandungi tea set.
Tapi aku malas nak amik gambar cos tak cun. hahaha


Macam ni la rupa set pisau yang dalam kotak tu.
Tapi ni yang rumah aku punyer.
Yang hubby beli kali kedua tu (dalam pic sebelum ni) untuk Mak cos Mak teringin nak set pisau camni bila tengok umah aku ada... heheheh...
Jenis biase je... takdela mahal bebeno...


Mak suruh beli minyak gamat.
Katanya untuk kegunaan semasa berpantang.
Untuk berurut le kot.


Air gamat ni pun Mak suruh beli.
Ewww... aku tau rasanya mesti tak sedap!


Untuk kegunaan perempuan selepas bersalin.
Yuk! O__o


Then, last but not least...

The 6th item is...

1 set Corelle 20 pcs!
hehehe...
So dah leh cantas dari wishlist aritu.


1 set 20 pcs ni mengandungi 4 pinggan mkn, 4 pinggan lauk, 4 cawan etc.
(mcm dalam gambar di SINI).
Senang citer untuk 4 orang la.
Tak best kan?
Aku nak yang untuk 6 orang at least...

Hubby beli set ni dengan harga RM359 kalau tak silap.
Murah la jugak berbanding yang aku jumpa kat internet ni... huhu

Design Country Rose sebab yang Mak order kat kawan dia pun design ni...
So, sebab nak bagi ada 8 pcs pinggan n cawan, beli la design yang sama lagi satu...

Apa-apa pun, dah puas hati walaupun design tu design lame/classic.
Tapi pedulik ah... lagipun aku prefer cawan teh dari mug.
So okla ni...

Maybe nak kena beli teko and mangkuk jela plak pasni?
Eh... ade ke teko dia? Macam taknah nampak je...
Errr...ape-ape pun, tu wishlist tahun depan!




Iklan Corelle yang funny!



Serius aku merasa sungguh keibu-ibuan ('makcik-makcik'an??) bile happy dapat set pinggan camni. Wakakaka...

Who would've guessed?

Macam makcik-makcik pun teman pasrah je laa... :P

Baidewei, aku harap sangat aku akan deliver by this week. Like seriously. Lagi 3 hari genap 38 minggu. Patutnya dah elok sangat la time tu cos baby dah matang... Doakan aku ye!

Till then, salam...


alhamdulIllah...
Friday, March 4, 2011
bismIllah...


Sebab apa nak cepat hari Ahad?

Sebab husbandku pulang berlayar Ahad ni... hehehe...

I want to see his reaction when he saw what I did with our wedding presents yang lama terperuk dalam stor...

This is SOME of our wedding presents last year...
Hadiah tipikal kenduri kahwin orang melayu adalah set gelas! hehehe...
Ini hanya suku dari gelas-gelas and tea set yang diterima ya...ada lagi yang aku dah sumbat dalam kabinet.

Orang bagi, bedal jelah.

So, since hubby pergi sailing last Saturday, aku dok menyusun-nyusun set-set gelas ni masuk dalam kabinet dapur. Selain dari set gelas, ada juga periuk, periuk kukus, blender, punch bowl, jug kettle etc. Mana yang tak pakai tu (sebab dapat lebih dari satu), simpan jela dalam kabinet. Aku nak clearkan stor actually... cos serabut gile dah stor kitorang ngan kotak-kotak hadiah kahwin...

Apa agaknya komen hubby bila tengok kabinet dapur dah berisi barang-barang? Aku buat sendiri tau! :D



Next, our aquarium.

Bersih kan?
Air pun jernih.

Akuarium ni kat luar rumah supaya senang nak cuci...
Abaikan la ke'simple'an akuarium kami ni...
Maleh and takde bajet nak hias lawa-lawa.
Asal ada ikan udahhh


That is another surprise for dear hubby (a clean aquarium) cos selalunya dia yang cuci/tukar air cos itu memang kerja suami :P.. But this time Nini yang cuci. HAHAHA...(still bukan bini dia jugak yang buat!)

Sebab utama, Nini serabut tengok air dah hijau gila sampai ikan pun dah tak nampak.

Sebab kedua, ade sekor ikan emas dah mati (besar kemungkinan berpunca dari air yang hijau)

So Nini dah cuci akuarium umahku kelmarin. Lega... Aku bab nak mencuci akuarium ni lemah sikit. Cuci jamban takpe... jangan suh cuci akuarium. hehehe... MALAS!

Oh ye... camne aku nak bagitau laki aku yang arini ada sekor lagi ikan dah mati??

Nasib baik bukan ikan emas... tapi ikan DBKL yang tak berapa cantik tu. huhu... Nape mati tah... nak kata tak makan, har-hari aku bagi ikan makan... hmmmm....

Hubby hari ni dah masuk Langkawi... Kapal berlabuh di sana. Tadi dia ada 3G. Hehe... makin hitam suamiku itu :P

Time 3G tadi dia suruh pilih set Corelle design camne yang aku nak. So, aku suh dia amik design sebijik macam yang Mak orderkan kat kawan dia untuk aku (dengan kawan Mak leh hutang...wakakaka). Nanti ada 2 set la... 1 set ada 4 pieces pinggan n cawan so mane best... at least mesti nak 6 pcs kan so that's why ler aku order 2 set. 1 hutang (Mak kata leh 3x bayar), 1 beli kat Langkawi. Yang kat Langkawi murah RM30 dari yang order dari kawan Mak. Dah. Settle. Tak payah nak corelle morelle dah pasni!


Hmm...

Lupe nak catat sebelum ni. Bulan lepas first time aku dapat potongan gaji suami untuk isteri tentera. Bini askar kan ada peruntukan... so, gaji gomen yang lepas baru la aku dapat. Lambat kan? Kahwinnya bulan Jun tahun lepas... Cos hubby punyer borang asyik kena reject... Salah isi la ape la... Ape-ape pun, cambest je walaupun takdela banyak mana+aku ada gaji aku sendiri and hubby memang ada bagi duit. Hehehe... ^___^

TAPI. Huh... sama macam tak dapat je bila aku kena bayar bil telefon and bil broadband cos hubby berlayar minggu ni! Ceittt. Sungguh hampeh. Nak wat camne kan, nak tefon and suh laki aku bayar pun takleh cos dia kat tengah laut. Aku lak mane leh hidup kalau henpon kena bar. Gile.. kalau nak call customer ke ape takleh memang jeopardize kerja aku tol... So nak tak nak, aku la bayar (aku taknah bayar bil tefon pun sebelum ni, broadband tu biase la cos RM50 je) Aaaa... tu jugak antara sebab tak sabar tunggu Ahad. Nak claim! Muahahahah... (gile keji)

I think I've written in the previous entry about how I need to 'berjimat-cermat' bulan March ni, kan?

Well... hari ni dapat cek Nuffnang!

Yeay... alhamdulillah! Walaupun amount yang aku cashout RM125 jer... Jadi la untuk topup-topup ape yang perlu... heheheh...

Cheque Nuffnang yang ke... entah. aku dah lupe.

Abaikan cek maybank belakang tu. Tu duit petty cash ofis.


Moga dengan kelahiran anak sulung kami akan bertambah murah rezeki... :)

By the way, aku harap dapat beranak next week la. Cos next week hubby ada. Kalau aku beranak, dia tak perlula sailing on the upcoming week (14-20 March). ^__^

Lagipun next week aku dah masuk minggu ke-38 kot... boleh beranak dah patutnye kan? errr... yer, aku memang tak sabo dah! Walaupun takut gile, tapi... ahhh pedulik la... tak sabar nak ada baby... huhuhu

Okeylah. That's all for now.

Nanti-nanti teman update lagi.

Kalau lame tak berupdate tu, kome paham-paham sendiri la yer... dah terberanak le tu... ekekeke...

Salam....


alhamdulIllah...
Tuesday, March 1, 2011
bismIllah...


Arini terjaga awal... dalam 5.30 gitu... tapi mandi still lambat. Pukul 7.45 baru mandi. Muahahaha...
Baidewei, aku nak citer yang terbuka je mata pagi tadi, aku rasa hepi semacam. Sebab dah 1st March. Dah dekat dah due date aku... huhu

Due date yang nurse bagi adalah 23 March (macam pada ticker di blog ni). Tapi due date kalau scan adalah 17 March. Aku scan kat 2 klinik berasingan and they both came up with 17th March. Apa-ape pun, doc kat klinik suh ikut je due date 23 march... So, kita tunggu jela...

Rasa tak sabar sangat dah nak ada baby... tapi still, aku harap aku bersalin time hubby ada di sisi. Takmo la time dia di tengah laut. Aku harap, KALAU aku bersalin awal, mintak-mintak la dalam minggu ke-38 (next week?). Cos waktu tu hubby ada...

Asyik sailing je kan? (tengok tulisan berwarna merah)
Geram betul...


Apa boleh buat, nama lagi kahwin dengan navy... sailing jelah kerjanya... aku bernasib baik gak cos kapal hubby kapal kecik... sailing pun kejap-kejap je...

Setakat ni, takde rasa lagi contraction kuat di perut. Braxton Hick's contraction pun macam takde... nak jugak rasa contraction latihan tu cos at least body tengah prepare untuk bersalin. Tapi, lagi aku nak, lagi la dia rileks je... Hmmm...

However, baby aktif dalam perut. Kejap-kejap bergerak ke kiri, kejap-kejap ke kanan... but mostly ke kanan... stretchmark aku di perut bahagian kanan pun berlambak and banyak berbanding belah kiri. Huhu...

But at this point, lantak la ngan stretchmarks. Maleh teman nak pikio... yang penting sekarang ni, baby sihat, normal dan bakal dilahirkan dengan selamat. Tu yang paling penting sekali. Aku harap aku takde mengalami apa-apa komplikasi time nak bersalin.

Satu je yang merisaukan sekarang, which is... my swollen feet!

Bengkak sangat... Yang pelik, kaki kanan je yang bengkak besar... Kaki kiri biase je... Adakah sebab babyku banyak dok kat bahagian (perut) kanan? Hmmm... sampai nak biar terlipat pun takleh cos kebas and sakit jadinya nanti... Pergelangan kaki pun bengkak. Memang nampak beza sangat dengan kaki kiri... Kaki kiri maintain slim macam biasa...

Oh edema... I hope you won't give me much trouble!

Setakat ni just kaki kanan je bengkak... tangan and muka and lain-lain anggota remain macam biasa...

Well, that's all for now.

Hari ni nak settle segala paperwork before noon cos lepas lunch nanti nak gerak ke Ipoh lak. Ada customer return kereta kat Ipoh Airport. Nasib baik la Nini ada teman aku kali ni.. So nak angkut dia sekali...

Ganesh akan collect kereta customer tu, then aku and Nini drive balik kereta yang kami bawak dari Lumut... Nak singgah Ipoh Parade ke? Mmm tapi tak best kalau tengah berjimat. :(

Salam...


alhamdulIllah...