Sunday, February 27, 2011

Wishlist

bismIllah...


Ini wishlist (senarai keinginan?) jangka masa terdekat atau dalam erti kata lain, within a few months/this year:

Aku susun ikut priority. Hehe...

1. Air-conditioner for our master bedroom. Hopefully dalam pertengahan tahun ni leh dapat laa. Kena bajet cos nak kena beli yang 2 horsepower. 2 Hp punyer aircond mahal ler (dalam RM2K something kalau tak silap)... kalau setakat 1 or 1.5 hp, memang xsejuk la bilik tu... bilik besor pun masalah... haih...


2. Set pinggan-mangkuk baru. Biasa la... bila dapur dah lawa, mesti la nak perkakas-perkakasnyer lawa jugak. HEHE. Siyes umahku takde set dishware yang ok. I want fine china! huhu... Ade la 1 set pinggan mangkuk yang ku beli kat Ikea tak berbuka-buka lagi dari bungkusan. Tu jela satu. Aku ingat nak rembat 1 set Corelle. Jadi le... (Corelle murah sikit dari Noritake kan?) Bila tah nak beli... takpe, ada duit nanti kita beli. :P


3. Oven... or microwave? Eh... microwave leh bake cake tak?? Btw, budget aku sikit je. Nak beli oven biase dalam range LESS than RM400. Heheheh... sebab, buat pe beli mahal-mahal kalau bukan selalu baking kan... macam le rajin sangat aku ni... So, beli yang murah-murah udah!


4. New bed. Sebab katil yang ada sekarang ni tak best. Orang (hubby's friend) bagi 2nd hand... so leh la beli baru kan? :P Eh jap... budget untuk katil ni macam banyak jer... so tak jadi la beli dalam masa terdekat. Tahun depan, maybe? Sementara tu, pakai jela katil ni cos elok je lagi


4. New sofa set. Simply because the one that hubby bought before marriage ni bukan taste aku. Dia beli dalam RM1k something, and material sofa ni tak berapa best... leh terasa kayu (ke cardboard?) di bahagian tempat letak tangan tu... so takleh dok atas tempat tangan tu cos tak kuat... eh jap... sofa ni pun kosnya tinggi sangat la... tahun depan gak laaa
4. Pasu-pasu bunga. Aku nak start gardening sikit-sikit (chewahhh). Since rumahku takde tanah (semuanya bersimen) so kena la bercucuk-tanam di dalam pasu... Setakat ni baru ada 2 bijik pasu di belakang umah; pokok kunyit (yang dah nak mati) dan pokok kucai. Heeee...

5. Lose weight!! At least, aku kena turunkan berat sampai ke pre-pregnancy weight aku iaitu 64-65kg selepas bersalin nanti. Sekarang berat aku dekat 85kg... banyak tu nak turun! mati ar... Kalau nak lebih ideal dan kurus ala-ala model, berat aku patutnya dalam 58kg. But the last time I had that weight on my scale was in 2004! Muahahaha...



Aku mesti capai wish untuk turunkan berat badan ni! huhu...

Tu je wishlist aku dalam masa terdekat. Sikit je kan? Sekarang dah nak masuk bulan March, insya Allah... aku harap 5 keinginan aku ni boleh dicapai dalam tahun ni.

Kena start balik kumpul duit sikit-sikit... Sebab bulan March ni kami dah kebengkrapan sikit. Banyak abis duit kat rumah; grills and kabinet dapur.

Grills+awning belakang umah=RM5600,
Kabinet dapur=RM5900.

Tinggal duit grill je tak bayar lagi RM3100 cos diorang tak abis pasang lagi... Duit dah letak tepi, siap je grill, bayar terus. Takmo hutang lama-lama...

So, untuk bulan 3 ni, no more shopping furniture/clothes and benda-benda yang tak penting. Barang baby insya Allah dah ada ... mane yang takde nanti kita tambah sikit-sikit... tak penting, tak yah beli. And kalau makcik-makcik dia nak sponsor, kita terima dengan hati terbuka! hahahaha...

Hubby dah banyak abis duit kat rumah and bayar saman (RM900 lepas diskaun! nasibaik ada diskaun... kalo tak, habis RM1.8K kat saman jer... huh!). Syukur la dia ada savings untuk grills and kabinet dapur tu... Kalau nak harapkan aku? Kena buat personal loan la... huahuahua... Duit tak reti nak nyimpan!

Tapi aku pun ada berhabis gak... Duit gajiku digunakan untuk mentopup apa-apa kos yang hubby tak larat nak cover. (TV plasma 42" yang hubby nak sangat-sangat! T___T)

Oh... and sebab aku gatai nak pakai kad kredit, so of course la aku yang kena bayar hutang kad kredit. Huhuhu... Takpe, bulan 3 ni kita simpan kad kredit dalam almari baju. Kuarkan dari purse. Takmo guna. Guna debit kad sudey. And peringatan untuk diri sendiri, no shopping online for March (no credit or debit card usage!) Chayok-chayok... (leh caya ke ni? Eh, mesti boleh!!)

Wishlist jangka panjang??

Well... tak payah catat la kot. Ade je dalam kepala otak cos sentiasa je berangan and planning... nak dapat tu yang lambat sikit kot...

Ok. Wish me luck!

Salam...

p/s: Hubby dah sailing pagi ni... Ahad depan (6th March) la baru jumpa. Hopefully minggu ni tak terberanak lagi... :)



alhamdulIllah...

5 comments:

nuruljannah sukhri said...

semoga semuanya tercapai..dlm byk2 tu kita kita wish list yang nk turunkan berat badan tu..sbb sama..hehe

amal said...

semoga berjaya! hehe

deena awanis said...

microwave x ley pakai untuk bake cake..

good luck for ur wish list..=)

rAtu saLju™ said...

ko nak beli oven beli jenama pensonic..n microwve xle bake kek..sgt rugi...wuahaha..

t nak kurus jumpa aku ea :)

Ryehanna said...

To Nuruljannah: Sebab nk turunkan berat tu paling susah so ianya penting! hehehe

To Amal: Thanks! I hope I will

To Deena Awanis: Thanks... tu la, penah bace tp xsure sgt ttg microwave ni cos xpenah ada.. :P

To Ratu Salju: So beli oven biasa jelah! hehehe... well, insya Allah... kalo dekat n panjang umur, murah rezeki, kita jumpa :D