Wednesday, August 10, 2011
bismIllah...

This is my current cloth diapers stash.
(Minus the ones yang dalam baldi and Razin pakai)


Di entry kali ni, aku nak share cara-cara mencuci 'cloth diapers'(CD) or lampin moden.

Sebab, selalu benor orang tanya camne nak cuci kalau baby yak-yak. Well, cuci jerlaaaaa...

Huhuhu...

So, dalam entry ni aku nak share la tips and tricks ape yang patut. To those yang curious tu, hopefully entry ni membantu.

In my honest opinion, senang sangat nak cuci cd.


Pre-wash.

This is the first step yang anda perlu lakukan bila ada cd. Kena cuci dulu cd tu untuk hilangkan segala sisa-sisa benang/kapas/bulu yang ada pada cd di kilang or umah orang (yang custome made, produced by WAHMs etc) semasa ia dihasilkan.

Pre wash ni sangat perlu untuk material organik contohnye material dari bamboo cos bamboo ni ada minyak. So kena la pre wash dulu. Kalau tak pre wash kalu, takut bocor jela cd tu bila baby pee. Pre wash penting untuk meningkatkan tahap penyerapan pada material cd.

Cara-caranya:

Cuci tanpa detergen. Nak cuci dengan detergen pun boleh (normally for material bamboo, unbleached cotton etc... yang ada oil) tapi make sure bilas banyak-banyak kali sampai takde langsung kesan sabun pada cd. Haaa bab ni bukan time pre wash je... setiap kali cuci cd kena make sure takde kesan sabun lagi pada cd. This is to avoid detergent build up. Bila dah ada build up, nanti cd kurang menyerap. Nanti bocor salahkan cd. Padahal cara cuci tak betul. huhu

Hot wash pun ada juga. Tengok instruction kat label masa beli cd yer.. Mesti ada tulis punye. Selalunya hot wash ni untuk material organik cam bamboo and unbleached cotton. Cth: Prefolds Econobum. Mesin basuhku takde setting Temperature so aku tuang je air panas dalam mesin basuh. hehe..

Dah cuci jemur. Tu baru sekali pre wash.

Nak lebih bagus, pre wash 2, 3 kali. Kering je basuh lagi dan lagi... (aku selalu pre wash 2 kali je. Tak sabar nak try)

Nak sekali pre wash pun boleh. No hal. Tapi kalau cd bocor, paham-paham sendiri le kenapa. Jangan salahkan cd. :)



Washing off the pee/poo from cloth diapers

Haaa... bab cuci pee senang je.

Bilas je la ngan air sampai pee tu takde. Perah then letak dalam baldi.

Bab cuci poo pun senang jugak sebenarnya.

Buang poo dalam toilet bowl. Spray dengan air kuat-kuat sampai hilang kesan poo pada cd (pastikan tiada poo terpercik kena anda :D<--- Thanks for your comment, Mr Pocket). Bilas betul-betul. Perah then letak dalam baldi.

Aku kumpul dalam baldi before humban masuk mesin basuh.

Bila cd-cd terkumpul dah agak banyak, masukkan kesemuanya ke dalam mesin basuh.

Cara aku:

Firstly, I put on 1 cycle without detergent. Wash-rinse-spin. Selalunya aku wat quick wash je cos semua cd-cd memang dah berbilas kan... saje la bilas lagi sekali... kalau maleh, tak buat pun cycle ni. :P

Then, settle 1 cycle without detergent, aku cuci lagi 1 cycle WITH DETERGENT. Letak 1/4 cup jer. Takyah bebanyak sangat sabun. Nak cuci cd ni kena banyak air dari sabun.

Antara detergent yang ada dalam stok aku adalah Pureen HAD, Cosway Kiddiewash dan juga Rockin' Green Detergent (RGD). Detergen untuk mencuci cd kena free dari enzyme, bleach dan juga softener sebab benda-benda tu leh buat cd kurang menyerap sebab build up.

Cuci biase-biase selalu guna Pureen HAD


Settle 1 cycle dengan detergent, aku akan tambah lagi Rinse-Spin untuk pastikan cd-cd tu sume betul-betul detergent free. Ni kalau rajin la... kalau tak, lepas abis je cuci ngan detergent, terus sidai. :P

Ala.. pepandai sendiri jela. Try and error. Yang aku tau, kalau cd kena poo memang aku rendam dulu ngan detergent. Siap letak detergent kat tempat kena poo and gonyoh-gonyoh. Sebabnye, my baby's poo still runny so abis semua tempat kena... From experience, kalau tak gonyoh-gonyoh ngan detergent and rendam before masuk mesin, cd tu memang putih bersih tapi ada lagi bau poo yang faint. Eventho just a faint smell, aku tak pueh hati. Rendam and gonyoh ngan sabun dulu baru bau hilang. :)

Lagi satu, kalau time menjemur tu cd ade lagi kesan poo kuning-kuning yang tak hilang masa machine washed, don't worry... Ianya akan hilang bila jemur under the sun, insya Allah. :D

Last sekali, nak share 1 video yang sangat-sangat membantu those yang new in cloth diapering.

Amaran: Ade tunjuk baby's poo tau. Pastikan anda bukan sedang makan ketika menonton. hihihihi....




Aku guna cara yang terakhir sekali (refer video) cos my baby baru nak masuk 5 bulan. Runny poo! huhu... and aku memang tak koser nak berliner-liner ni... tengok le kalau ada duit lebih teringin gak nak beli GroVia Bioliner. :P

Luckily kita dok kat Malaysia yang memang wajib ada paip air dalam toilet! So senang je nak cuci cd kena poo... Spray kuat2, adjust hos guna jari je. Takyah beli diaper sprayer pun takpe (tapi teringin nak beli!). heheh

Omputeh di atas ni jugak guna dry pail method. Dia tak bilas cd-cd yang dah kena poo/pee. Dia simpan dalam diaper pail je then masa 'laundry day baru buat beberapa cycles. Bilas w/o sabun (hilangkan segala pee etc), wash with sabun bla bla bla.

Tapi... ermm... aku takleh la kalau tak bilas. So, ape-ape pun kena rajinnnnn! huhu

Sekian, Happy Cloth Diapering!!

Haa.. jangan jemur camni tau.
Yang GroVia punyer shell atas tu dah betul dah.
Tapi cd Babyland tu patutnya inner dia yang kat bahagian luar. Ni terbalik.
Lambat la inner nyer nak kering.
Almaklum, newbie lagi masa ni... (eh skrg pun newbie lagi.. still learning)
Picture taken before Razin lahir lagi. hihi



p/s: To otai-otai cd, kalau salah tolong tunjukkan yer. Saya pun baru 3 bulan lebih bercd. :P

Regards,

alhamdulIllah...
Monday, August 8, 2011
bismIllah...


Dear Mr/Ms Tomypocketeers,

Invite le saya bace blog awak.

Takkan awak je bace blog saya.

Saya pun teringin nak kenal ngan awak gak.

Dah lama dah awak link saya kan... dari dulu saya perasan ada backlink dari blog awak, tapi asyik lupe nak tanya...

So ni saya tanya ni...

Leh tak invite saya bace blog awak yang private tu?

Sangat curious ni.

;)




alhamdulIllah...
Sunday, August 7, 2011
bismIllah...


As a mother who breastfeeds her baby, fasting definitely affects my milk supply.

Aku pasrah bagi Razin minum FM. In fact, since balik dari training kat PD 22th-24th July memang dah start campur dah. BF+FM.

Takde pilihan lain since susu aku macam sikit dari sebelum training. Sebelum ni pun tak banyak mana, bayangkan la bila ianya menyusut lagi. Haihhhh...

Well, at least tercapai gak target 3 bulan fully bf tu. huhu..

Anyway, sekarang ni memang kalau waktu siang je Razin minum FM. Mana yang aku dapat pam or direct feed, dia minum la... Kalau aku takde, FM jela yang Diyana bancuh.

We're ok with that. Asalkan malam-malam aku ada untuk Razin menyusu.

Tapi...

Malam ni...

First time aku kena bangun dari katil untuk bancuh susu dalam botol dan bagi Razin.

FIRST TIME.

Aku tak pernah kena bangun dari perbaringan untuk bagi dia susu. Selalunya of cos la bf je. Tapi malam ni tak cukup susu ke ape ntah le... merengek-rengek and meragam je kerjanya. Hisap sikit pastu ngamuk. Hisap lagi then lepas... merengek-rengek. Lampin bila check memang tak basah pun cos baru tukar. Aku tukar gak la ke cd lain yang kurang bulky... same jugak. Last-last pakaikan Huggies. Tapi meragam jugak. Dari gaya memang macam lapar...

Dah bancuh susu and bagi Razin baru diam. Then, terus tido.

Sedih...

Susu dah kering ke??

Tapi kalau picit, ada jer lagi.

Huhu...

T____T

Susah aku nak tido balik. :(




alhamdulIllah...
bismIllah...







alhamdulIllah...
Saturday, August 6, 2011
bismIllah...


Pagi yang meruntun jiwa.

Mula-mula rasa marah.

Sakit hati.

Pastu sedih.

Sedih betul la aku rasa.

Tak pernah selama aku bekerja almost 2 years now kena hadapi benda camni.

Rasa macam segala penat lelah tak dihargai.

Rasa macam segala yang aku stress, sakit kepala dan bengang tak berbaloi.

Tahukah yang kadang-kadang bila aku sakit and tak larat gila nak pergi kerja, aku still pergi juga?

Tahukah yang kadang-kadang aku tak dapat nak pam susu untuk anak aku sebab kerja?

Tahukah yang kadang-kadang aku nak makan pun tak sempat? Nak solat pun tak sempat sebab kerja??

Tahu tak??

Tahu tak yang cawangan Lumut ni ada 2 orang pekerja sahaja?? Kalau seorang tak sihat atau sakit, seorang lagi yang kena buat semua benda? Multitask gile-gile punye. Gaji tahap tu jugak. Pikir tak?

Tahu tak?

Sedih aku... serius sangat sangat sedih bila orang persoalkan hal OT.

Ingat aku suka-suka nak stayback sampai Maghrib?

Anak aku kat umah tu nak menyusu la ape la... baik la aku balik on time. Kalau bukan sebab aku ADA KERJA, tak koser la aku nak stayback!

Eh tolong la... jangan la sebab baru naik pangkat so dah jadi gila kuasa.

A leader shoud be respected, not SCARED of or HATED.

No wonder la sesape yang baru masuk kerja 'kat sana' tu cabut lari. Now I know la kenapa.

Lepas ni kalau paperwork tak siap within dateline, jangan nak bising eh. Pergi lantak kat situ.

Sekian.


alhamdulIllah...
Wednesday, August 3, 2011
bismIllah...


Memperkenalkan...

Pengganti Cik City...


Mr Beetle!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haaa... Yelah tu.
In your dream, Ana...



Takdela, mana mampu pakai kereta comel tu. Buat kena maki je beli mahal-mahal tapi pintu ada dua. Barang Razin pun dah penuh boot. No... masih tak mampu lagi nak beli kereta idamanku itu. hihihihi...

Ok ok... serius...

Well... pengganti Cik City adalah...


Mr CRV!

Photo taken yesterday's evening in front of Best Western Hotel, Marina Island.

Pandai Semy teka dalam previous entry ;)



As you can see from this pic, the mileage is already 49,585 kilometers.
So yeah, it is not a brand new car... (which was why I was doubtful at first)

Actually umurnya muda sikit je dari Cik City.

Nak beli yang brand new, errr.. tak mampu. huhu

But overall it was in a good condition, low mileage (check service history etc... cos mileage ni leh adjust sebenonye) and the price is ok laaa...


So itulah dia pengganti Cik City.
Tak mampu nak pakai 2 bijik kereta. 1 je udah le...
Hubby still pergi kerja naik Encik Nouvo. huhuhuhu

Mudah-mudahan dapat memberi khidmat yang cemerlang untuk family.
Insya Allah...

To Mr Hubby, tahun depan kena banyak menyimpan sikit yer cos insurans kereta jer dah tiga ribu lebih... roadtax lagi... nak tukar kereta sangat kan... ;p




alhamdulIllah...
Tuesday, August 2, 2011
bismIllah...


Goodbye Cik City...

Rasa rindu and sedih tu ada tapi aku tepis jauh-jauh...

Setakat di sini sahaja jasamu pada kami...

But I will always remember you...

Banyak kenangan-kenangan manis bersama... dengan kamu la encik suami mengorat daku dahulu... dengan kamu juga daku belajar-belajar speed kereta. Errr...

Kamu tak pernah meragam. Tak pernah buat perangai takleh start ke, enjin berasap ke ape... Kalau insiden pun, sebab salah orang yang memandu kamu (dan salah orang yang langgar kamu), bukan salah kamu. Yang penting, kamu tak kuat makan minyak...

Tapi...

Kerana 2 bijik tayar belakangmu dah botak, brek kamu yang berbunyi mintak dikikis, roadtax yang nak mati serta insurans yang nak kena renew bulan Ogos ni agak mahal (sebab Nini bagi eksiden last February), maka tuan kamu decided to sell you off.

I disagree at first. I was in doubt for your 'replacement'.

but hey... it's your owner's decision.

Aku menurut saje...

So long, Cik City...

Mmmmuaahhh... I'm going to miss you ;'(


Taken at used car shop in Ipoh yesterday.





alhamdulIllah...