Monday, December 19, 2011
bismIllah...


Yes, today is my last day working. Dah abis kerja dah pun...

Perasaan??

LEGA sangat-sangat.

And happy.

Takde langsung rasa sedih ke ape... I was totally excited and can't wait for the day to end.

Aku balik tadi kul 8 lebih... dekat 8 setengah gak la baru balik umah. Settlekan ape yang patut.

Puas hati dapat cuti awal since balance annual leave aku ada 8 hari lagi... so memang aku utilise la... I don't want compensation since I don't want to work until end of month, so arini last aku keje.

Actually my superior mati-mati nak suh aku kerja lagi until 24th. But no la... I really can't. Do I really have to consider that Lumut's branch is understaffed when he already knew that monthssss ago?? I've been telling him time and time again that we don't have enough staff... that's why many flaws happened etc... tapi tengok la... everything still the same. We only have 1 computer, ok... And this is why I cannot take it anymore.

I made it clear that I really want to leave early but he still wants me to work... so sorry. I don't think I should... Kerja yang takde kualiti nanti, nak watpe?

Enuff about that.

Let's focus on me being free.

Yes, FREE!!!
:pandaGeli_05::pandaGeli_14::pandaGeli_27:

I don't have anyone breathing down my neck anymore... no backstabber, no more arguments and emails that'll make my heart boils... and last but not least, no more worries on pending paperwork! (That will definitely ruin my day)

I am now officially UNEMPLOYED.

Whatever...

Ramai la dok bising tak sayang ke tak rugi ke tak itu tak ini.... Mannn... I don't feel any loss whatsoever with my decision. Yes, memang duit tak masuk tiap hujung bulan dah pasni tapi aku percaya dengan rezeki dari Allah SWT. Insya Allah... I'll make do. Mungkin akan dapat kerja lain yang lebih elok lepas ni or bizz kecil-kecilan aku makin berkembang ke ape ke... We never know, right?

Yang aku tau, keputusan untuk berhenti ni adalah yang terbaik buat masa ni.

Secara jujurnya, sudah lama aku nak resign. Tapi bila memikirkan wang yang tak cukup, aku asyik hold je idea tu.

Aku nak resign sebab aku rasa hidup aku takde kualiti bila bekerja di Lumut ni. Kalau di KL dulu at least ramai kawan and orang yang leh backup kalau aku cuti ke ape... ni kat Lumut kitorang memang tak cukup staff. Bayangkanlah there's just Ganesh and I. Seriously memang aku penat. Physically and emotionally... Sebab aku kena ke sana ke mari.. Tak macam kat KL, duduk je kat ofis angkat tefon and balas email. Bawa keta sampai ke Ipoh la and lama sangat on the road. Penat!!

Kalau itu je kerja aku takpe lagi... ni balik ofis kena settlekan la segala mak nenek paperwork bagai. Emel yang tak ber'reply' etc. Then bila ada benda yang mislook kena marah. weiii fedap la weii... aku ni asyik balik lambat je... kul 8, kul 9 malam kekadang tu...

So camne ngan anak and laki aku? Since aku masuk keje lepas pantang dulu, memang aku jarangggg masak. Kalau dinner on weekdays memang laki aku yang masak. Makanan untuk Razin pun aku tak sempat nak prepare selalu. Adik aku (my babysitter) yang sediakan... Nasib baik la Diyana duduk sekali ngan aku.

Then hubungan aku ngan suami pun dingin je... cos aku penat. And aku kalau balik je mesti tension. Kepala otak ni bengang je rase cos rasa marah pada diri sendiri pun ada... kenapa aku takleh nak layan suami and anak etc... Memang tension ok. Terapi stress aku ialah membasuh, menyidai dan melipat lampin-lampin Razin yang comel-comel tu. Tu jelah... Nasib baik la suami aku memahami. Dia takdela nak suruh-suruh aku masak ke ape... and nasib baik jugak le dapat suami pandai memasak. huhu

So bila dapat bonus last September, aku laburkan sikit untuk start bisnes online. Ala, modal pun kecik je... jadila saje gatal nak berjual-jual... Then aku rasa seronok pulak berbizz... and memang aku minat pun benda-benda berkaitan baby ni. Alhamdulillah... Hubby and Mamito yang tak yakin dengan bizz aku pada mula-mula dulu akhirnya dah mula terima. Baru-baru ni Mamito siap loankan duit dia untuk modal stroller aku (Quinny mahal oke!!)

So ok la...

Hubby pun dah bagi green light for me to quit my job. Masa mula-mula dulu dia tak bagi... risau tak cukup duit... Yela, nak bayar duit umah, kereta, bil-bil segala bagai... tapi since last November hubby bagi kebenaran untuk quit. Lega sesangat aku... huhu

Memang... memang ultimate dream for me is to be a fulltime housewife. Tak caya tanya lah sesapa yang rapat dengan aku since zaman study. But you couldn't get all you want in life. So do I... No, I'm not a fulltime housewife. Aku lebih suka consider diri aku Work At Home Mommy (WAHM) because I do work from home. Aku still earn money at home... walaupun tak sebanyak gaji yang ku dapat sebelum ni, but still... jadila kan... haha...

So kalau orang kata and tanya (or trying to saiko me) "Tak sayang ke kerja dah 2 tahun..." etc, well, my answer is NO. Baik la berhenti kerja dari teruskan sesuatu yang berkemungkinan membuahkan barah dalam keluarga aku. Memang aku sayang kerja aku... tapi aku tak boleh tahan lagi bekerja di Lumut ni. Under different people than I'm used to. Seriously aku takleh. Aku dah bertahan setakat mana mampu... tapi bila bekerja tanpa rasa diri ini dihargai rasanya memang patut aku blah jelah. Lapang sikit dada aku... Nah korang carilah orang lain untuk ganti aku.

Orang lain takkan paham. Hanya aku je tahu ape yang aku lalui...

----------------------------------------

Okay.

Benda ni memang buat aku tersentuh.

Aku nak buat macho je takmo feeling2... tapi si Ganesh ni buat aku sebak la pulak...

Aku baru kena cc dengan dia... Dia emel kat other branches yang under Northern region on my resignation.


Subject: Farewell Note - Raihana
From: lumut@hertz.simedarby.com
Date: Mon, 19 Dec 2011 22:28:51 +0800


Dear Colleagues,

Today is the last day for Raihana at Hertz (RR SDARC LUMUT).I would like to take this opportunity to thank her for her full support
and commitment during her presence at Hertz Lumut.Wish her a very success for her future carrier.Year end is just at the corner and hope we will grow together to achieve the company target and goal.


With Best Regards,
Ganesh
Rental Assistant
Hertz Lumut


Bak sini tissue...

As you all can see, this email came from my colleague (or anak buah aku) rather than my own superior.

So now you know la kan... ;)

Awww Ganesh... uhuhuhuhu... :pandaGeli_26:



Salam sayang,


alhamdulIllah...
bismIllah...


Found this testimonial and thought I share it in my blog.

**CP= Cloth Pad. And no... I don't sell cloth pad (yet). Just nak share jer... ;)

I want to share my deepest gratitude to all cloth pads initiator/entrepreneur in Malaysia

i started using commercial CP almost 1 year ago

initially i used it for my post partum period
...
it really helps :

i wound badly coz doctor korek my vjj to keluarkan membrane yg tertinggal, so the epi is tore and left to heal naturally without stitch

before i had my 1st cp, i used pads biasa, dan after some times, pad itu melekat di wound saya

and it is super horrible, miserable, macam nak meroyan

sakit, dan perit

alhamdulilah after using Snowdrop cp, all my misery with dp gone, takde lagi kes melekat di wound...my wound eventually heal after 2months

2nd part ::

i have a severe period pain coz i have pcos and endometriosis..how bad? i can faint over the pain, i can feel very much pain just by cold pipe water, its very bad

it happened since my 1st time puberty

people said that period pain will end after birth, but for me, it doesnt happen that way

i tried tens of products claiming that it can help easing the pain : all those herbal pads, just name it, almost all tried and did not worked at all

today is my 1st time period after my lates baby's delivery

i am using Baby Nisa Snowdrop and Blu Cotton Anja Juliah Abu Bakar (i love this bamboo pads! )

ALHAMDULILLAH, I DO NOT HAVE PERIOD PAIN ANYMORE...AND I ALMOST CRY WHEN I WASHED THE PAD, CAUSE I DONT FEEL ANY PAIN...ONLY ALLAH KNOWS HOW I FEEL RIGHT NOW..

so ladies, please dakwah kat kawan2 kita, change to cloth pads, share my story, i allow this, coz i found solution for my problem, and i really hope anyone out there who has same problem , could also feel as same as what i have now..

alhamdulilah

may ALLAH blesses all of you ladies..
by: Puan S.



Nota kaki: Tak meremang ke bace yang part mula-mula tu? uhuhu... T___T



alhamdulIllah...
Thursday, December 15, 2011
bismIllah...


Dah berapa bulan bercd? Roughly let say dekat-dekat time Razin abis pantang… since Razin 2 months la katakan… Wah, dah 7 bulan gitu… huhu

Apakah masalah-masalah yang aku selalu hadapi bila bercd?

Okey, mari kita senaraikan:

Firstly, leaking. Leaking atau bocor ni selalu terjadi time Razin tidur dalam buaian. Memang lojik la since dia tido lama dalam buaian and air kencing tu mengikut graviti kan. So selalu la jugak belakang/pinggang Razin basah kena air kencing cos bocor. Uhuhuh…

Solution? Tukar jela baju and lampin dia. Don’t worry, lampin boleh BASUH. =)

Selain dari itu, kalau aku nak tidurkan Razin lama-lama dalam buaian, aku akan pakaikan cd jenis fitted ataupun cd yang diletak 2 inserts. Biarla bulky sikit pun cos dia nak tido je bukan nak merayap/merangkak mane pun… And yes, memang tak bocor kalau buat camni. =)

I can no longer use GroVia (be it AI2 or AIO) kalau untuk pakai lama (3 jam) cos for sure it’ll leak!! My son is now a heavy wetter (since he turns 8 months). Nak let go GroVia sayang, so ape solution aku? Well, aku akan letak booster bila pakaikan Razin GroVia… Kalau letak zorb or tambah insert microfiber underneath GroVia’s soaker, baru ok… hihi

Secondly, poo smell still lingers even if the diaper is white and look very clean.

Hidungku memang sensitif and aku memang akan check cd-cd time nak sidai whether ada bau pee/poo lagi ke… Bau pee memang takde and so far aku takde masalah cd bau hancing, tapi bau poo memang aku selalu encounter.

Aku berdepan masalah ni time mula-mula bercd lagi… and it still happens sometimes. Geram gak ar…

Tapi bila fikirkan niat aku bercd, aku ok la.. ala biase la a little hiccups here and then kan…

My solutions? Well, for cd yang kena poo, aku akan make sure ianya direndam dengan air bersabun lepas bilas. Macam mana nak hilangkan bau poo dari melekat pada cd? Memang ada caranya… tapi aku yang kekadang skip cos nak cepat huhu… Calitkan sedikit detergen pada tempat yang kena poo tu (ala, macam iklan Dynamo tu)… Then rendam jela ngan air bersabun selama beberapa jam. Ini yang kekadang aku tak buat :P. And make sure tukar air selalu kalau nak rendam sampai 2, 3 hari (nak tunggu laundry days or kebizian melanda). Ni pun kekadang aku skip. Rendam 3 hari tapi tukar air 2 kali je…. Things like that la. Ala, nama lagi human… Full time working lak tu kan… Masa tu kurang ada sikit. =P

Tapi it definitely works ok! Memang hilang bau poo… Time laundry day, humban semua cd-cd tu dalam mesin basuh. Settle. Puas hati sesangat kalau cd-cd yang dibasuh berbau segar dan bersih =)

Thirdly, lampin lambat kering. Hahaha…ni biase la kalau time musim hujan. Especially kalau yang material bamboo (Bamboolite fitted punye inserts!). Cd fitted memang lambat kering cos ianya berlapis-lapis.


Razin wearing Bum Genius Artis Series cloth diaper in Jet Setter


Solutions? BELI CD BANYAK-BANYAK!!! Build up your cloth diapers stash! Muahahahahaha…

Sape mau berjinak-jinak dengan cd? Meh beli dengan aku meh… aku ada special discount for beginners… (mau clearkan stok pun yer jugak) Tapi pastikan anda punye kecekalan tinggi! Takmo la kalau dah bercd then decide tak nak teruskan. Tak best ler… huhu

K thanks bai.

p/s: Go green, y’all! Aku sekarang dah jatuh cinta dengan cloth pad pulak. Pasni memang tak pakai dispo pad dah le. ngeh ngeh


p/p/s: Dah tak kerja pasni kan so silalah berjimat dengan semaksimum mungkin!! Menyumbang pada pemeliharaan alam sekitar juga… Kill 2 birds with 1 stone bak kata omputeh. Eheheheh…


Salam hijau…




alhamdulIllah
Tuesday, December 13, 2011
bismIllah...



Bila pakaikan Razin lampin kain, orang cop kita kedekut. Ngan anak sendiri pun nak berkira pampers bulan-bulan... hey hey hey... jangan la begitu... Razin punyer cd ade yang paling mahal rm85 sebijik tau. Ade yang rm75, 65, 55, 45, 32, 25, 20, 18. hehehe... macam-macam ada. But I believe in long term saving... ape salahnye melabur dulu. Tak sabar nak ada anak lagi... orang kata, kalau anak lebih dari sorang, lagi la nampak jimatnye... sebab One Size cloth diaper tu adjust kat butang je.

So biaq pi la orang nak kata kedekut ke ape... yang penting, I know what's best for my baby and our little family. Duit beli pampers tiap2 bulan aku simpan untuk bayar duit takaful for Razin and myself and spend some for his clothes, toys etc. Dapat beli jumperoo, beli ergo, beli stroller Quinny. hik hik

Tapi aku tak rasa aku frugal mane pun (jadahnye frugal kalo pakai Quinny! -___-)

Now I'm itching to buy a second stroller for Razin. Crazy, I know. Hubby disapproves. :(

Ahh anyway, I'm going to have another Ergo soon. Kali ni saje gatal try Ergo Performance lak. Tunggu gaji k...

Ade sesape nak beli Ergo Star Galaxy aku? Mau jual murah-murah je... condition tip top. Aku sayang sebenarnya cos laki aku pun suke... tapi sampai 2 biji Ergo?? ermmm... kalau ada yang nak, gitau la ye.. emel me... nak jual rm290 ONLY with postage (beli tiga ratus lebih) :)

In action



Walaupun aku ade jual Baby Bjorn punyer carrier, tapi aku personally prefer Ergo. Lebih mantap. Downside adalah; tak sesuai untuk newborn. Kalau nak jugak, kena beli Heart to Heart insert tu... tapi dalam cuaca Malaysia yang panas ni, tak berapa sesuai. So Ergo ni sesuai untuk baby dah besar sikit... dalam 4 bulan ke atas cun-cun la pakai Ergo :)

Eii banyak pulak membebel nyer...

Actually, aku mencari someone yang leh tolong aku cantikkan website. Domain dah ada, hosting dah ada, tapi semangat aku luntur bila pakai wordpress. Tak pandai laaa... waaa sian aku kan... jadi malehhhh nak update. Tak macam blogspot. So ade sesape leh tunjuk ajar? Orang tu kena la banyak masa free... Cik Chokilala dah dapat keroje kat Cyberjaya, tak free dah nak tolong aku. uhuk uhuk... btw, congrats Choki! Gaji lebat, leh la kahwin cepat... hihihi

Mmmm... sebenarnya aku nak citer tentang CP or Cloth Pad. Jauh nyer menyimpang...

Yezza... aku tengah bendera merah dan happy bangat dapat try cloth pad yang aku beli 2 minggu sudah. Selesaaaaa dan ianya reusable! Aku kan suka benda-benda yang washable and reusable nih. Jimat kot? hehehehe...

Memula aku memang rasa macam... ishh, cloth pad? -___-"

But then, I use cloth diaper for Razin... Cloth pad is the same concept. Cuma aku rasa blood stain lebih susah nak tanggal berbanding poo stain kan... And harganya pun boleh tahan... rasa macam mahal gak le kalau RM20lebih itu seketul kain kecik... tu yang lama gak dok mikir-mikir nak beli ke tak. hahaha

I do use cloth pad... tapi bukan yang fancy-fancy camni la. Old skool punyer.. ekeke... Tapi bila ada duit lebih aritu, aku try la beli promo punyer pakej. And guess what? I like them!

Dengan ini aku mengisytiharkan yang aku takkan beli disposable pad lagi (kecuali kalo aku bersalin lagi cos darah beranak banyak!!). Bye-bye Kotex. Hai cloth pad. hihi... tapi aku baru ada 3 helai je... nak kena beli lagi time gaji nanti (last gaji beb!)... Takpe... Pelaburan.... :)

Plus, they're cute ok! hihi!


Gambar dicilok dari Sweet n Cozy sebab aku beli CP brand ni ler...
(free promo ni kak Ayu hihi)


p/s: Lagi berapa hari je untuk bekerja di kompeni... Ade ke Ganesh suh aku kerja lagi time Krismas ganti dia cuti??? Why should I? orang dahle tak sabar nak blah... huhuhu



alhamdulIllah...
Monday, December 12, 2011
bismIllah...


Ade banyak benda berlaku dalam kompeni tapi aku tak share kat blog.

But today, aku nak tulis sikit... sikit jelah... sebagai catatan di masa akan datang.

Orang yang interview aku dan amik aku bekerja pada tahun 2009 dah resign 2 minggu sudah. 24 hours notice. I don't want to comment on why she resigned. However, I want to write down on my memories with her.

When I started working in this company, she was the branch manager. Then naik naik naik sampai jadi Head for West Malaysia. She's an iron lady... some people hated her, some people liked her, some people respected her, and some people loved her...

To me, she's a boss for you to respect.

She's also a friend.

Boleh lepak-lepak kat pantry exchanging stories and explicit sex stories (in a learning way! HAHAHA) before aku nak menikah dulu. Bengong je bila ingat balik... dengan si Amir hampeh tu pun ade sekali... sabo jelah haha

The way tetiba dia masuk ofis then tetiba sound front counter muka sememeh tak berseri cos tak mekap always buat aku nak tergelak. Cepat-cepat pergi touch up pastu. kuang kuang...

Then kena sindir-sindir main Intenet etc... Selalu aku and Kila kena... =P

Tapi kalo tiba mood baik dia, menyengih-nyengih and lepak front counter and angkat tefon. Kitorang selalu risau kalau dia angkat phone takut-takut dapat call customer complaint. huhuhu...

Masa mula-mula dulu aku agak tensen ngan suara dia yang kuat gile sampai ko tak dengar ape customer cakap dalam phone kalau dia dok sebelah ko bercakap... tapi lama-lama dah biase... :)

Bila dengar lagu Lenka - Trouble is a friend tu memang confirm aku teringat kat dia. Sebab, "Anaaaaa, you tau tak ape tajuk lagu ni? Sapa nyanyi? I suka laaa" sambil buat aksi gedik depan tv and kuatkan volume. Pastu aku search lagu tu then print lirik letak atas meja dia. Amik ko... :P

And then the way dia marah aku bila aku silap buat ape ke tah... tapi ok je kena marah ngan dia cos she's ok. Lepas kena marah-marah and jegil2 bijik mata, ok la balik. As long as you DON'T repeat the same mistake ever again.

Then... that one time, she approaches me kat Pak Cik Kafe. Time ni aku tengah nak tapau breakfast. Dia tegur aku... ade la bendanya kan... Takleh citer lebih-lebih... Aku ada buat salah tapi dia tegur elok-elok and bagi suggestions. That time aku rasa dia betul-betul amik berat ngan staff dia. Time ni aku pregnant and aku nyer attendance cam hampeh sikit in the early weeks cos very bad allergic and morning sickness. huhu

Dia memang strict...

And kekadang ade time yang dia tak paham situasi kita camne... tapi overall, she's a good person. Dia buat ape yang baik untuk company, staff dia and target dia.

Selama aku kat KL, tak pernah la aku rasa takut ngan dia ke ape... I don't hate her too... or ada anti dia ke... Respect for her, yes. Time meeting tu ade gak le rasa risau-risau gak kan... tapi... biase jela.

Aku sedih dia dah takde. Sedih sangat-sangat actually...

I know her drive to succeed to camne. She's very competitive... but at the same time motivating.

I learn so much from her... (setakat yang sempat la)

Aku tau ade juga orang tak suke dia... ala biase la kan... ade ke ramai orang suke someone berpangkat boss ni? :P

Apa-ape pun, I'm glad aku pun dah nak blah.

So dah takde ape dah...


Another person yang juga dah tinggalkan kompeni is Mr S.

Yang ni lagi laaaaa aku terkejut masa tau. He's a senior... dah lame keje ngan kompeni tapi nak buat camne... jodoh tak panjang...

Dengan dia la kitorang selalu tanya hal kereta cos he's an expert. Kete ade problem, kereta itu ini sume tanya dia... tapi dia dah takde... alahai sedih betul la...

My friend, Shakila pun dah resign and keje tempat lain.

Semua tinggalkan kompeni.

Including me...

Honestly, I really miss my time in KL. Rindu sangat-sangat. I miss my friends... I miss you guys... oh, nak menitis plak air mata. Nak period ke aku ni? uhuhu...

Ape-ape pun, aku support semua orang yang pergi.

I believe God has better plans for all of us...

To those yang still stay, keep up the good work and don't forget us! :)





alhamdulIllah...
Friday, December 9, 2011
bismIllah...


Sangat-sangat malas lately…

Malas nak kerja. Well, being a housewife memang la cita-cita aku sejak dulu lagi, but I don’t know la… Tahan ke nak dok umah melayan anak je? Bapak bosan. Aku ni lak jenis tak reti dok umah diam-diam. Paling lama aku menganggur pun ada la sebulan je…

Masa abis diploma dulu, aku sempat jadi cikgu sementara jap kat sekolah mak aku… Then, baru aku sambung degree…

Tapi sambung degree sekejap je… Time praktikal, aku praktikal la tapi bila time masuk balik daftar program bagai, aku tak balik. Huhuhu… Koserr… Fail berlambak. Hahahaha…

So, menganggur sebulan pehtu berhijrah ke KL keje ngan kompeni sekarang ni. Kebetulan time tu Abg Ama call Mamito tanya Nini nak keje tak cos setau dia, Nini yang baru abis belajar (degree) and tengah menganggur. He didn’t know about me. Nini takmo pergi KL cos katanya, takde kawan la ape la… ala biase la Nini… nak dok bawah ketiak Mak je. Wawawawa (jangan marah) so aku la yang pergi. Interview kat tefon je, pehtu CBH suh datang, dia nak jumpa and then she said aku probably kena masuk hari Isnin ke Jumaat aku lupe dah. Gitu je…

Bermulalah episod tinggal bersama family Abg Ama last 2009. Naik train hari-hari ok… Bangun kul 5-5.30 pagi, naik train 6.30 pagi. Gigih aku ni bekerja demi mencari pengalaman dan duit belanja. Huk huk… Naik komuter dari KTM Sg Buloh smpai KL Sentral, then naik monorel lak turun kat Raja Chulan. Jalan kaki sikit, sampai la ofis KL tu.

Then, Mr CC (time tu mr boyfriend) offer motor Nouvo dia kat aku untuk aku berulang cos sian tengok aku ulang-alik naik train (buang masa menunggu). Dah ada motor lega la sikit… Takyah bangun awal-awal sangat. Kalau masuk shift pukul 9 pagi, kekadang dekat-dekat kul 7 baru bangun. Subuh gajah. Kwang3

Bermula pula episod minah rempit di tengah bandaraya KL. Serius pengalaman takleh dilupakan… First day naik motor aku balik umah Abg Ama nangis-nangis cos rasa nyawa di hujung tanduk je. Serious!! Tapi lama-lama, dah expert la mencelah-celah di tengah jem di KL. Lama gak le aku berulang dari Damansara Damai ke KL (Jalan Sultan Ismail) dengan motor Nouvo Mr CC tu. Huhu…

Eh… ape daaaa… citer tentang benda tu lak… ala, benda ni sume ada dalam blog ni. Sape follow blog aku dari dolu2, tau la… ngehngeh

Anyway….

Aku akan jadi WAHM pasni!! Betulke ni?? Knowing myself, I will try to find another job, I guess… Tak berapa confident to have only ONE person with salary in the house. Ahh tengok le camne… kalau boring dok umah, keje la… =P

In the meantime, aku nak enjoy puas-puas kat umah dulu. Yeee haaa!! *lompat-lompat keriangan*

Till then, akan ku sambung di lain hari ;)

Wassalam




alhamdulIllah...
Tuesday, December 6, 2011
bismIllah...


Last 3oth Nov, I have tendered my resignation.

There you go... Can't wait to be free... Aku still kena kerja till hujung bulan tapi tak tau sampai berapa haribulan. Tunggu HR call and inform me about it since Annual Leave aku ada lagi seminggu kalau tak silap.

Tahun depan aku akan jadi WAHM kah??? Well, doakan... doakan murah rezeki aku lepas ni. Dapat kerja lain yang lebih ok ke... bisnes makin ok ke... insya Allah.

Ape-ape pun, aku rasa dah lepas satu beban berat di bahu ni bila aku hantar surat nak berhenti kerja tu. Details nanti aku citer lepas aku dah officially unemployed k? (tu pun kalau rajin)

I have so many things to jot down but pinggang aku dah sakit cos duduk lame-lame kat meja ni... Nanti-nantila...

Btw, aku dah tengok Ombak Rindu. Tak suke sangat lakonan Maya tapi belasah jela... dalam tak suka, tak suka pun, menitis jugak airmata aku tengok movie tu. Demm...

Aku first time bace novel Ombak Rindu ni time mula-mula masuk diploma kat Uitm Penang. Masa tu dok kat Kolej Mutiara lagi (before pindah masuk new campus and Kolej Baiduri)... pinjam novel sape tah. Itula first time aku bace novel Alaf 21. Kalau tak sebab tengok orang berebut-rebut nak bace novel tu, memang aku tak teringin pun nak bace.... almaklum, layan novel omputeh je. kehkehkeh... and novel tu memang best. Aku ni siap ade amik gambor ngan Fauziah Ashari tu (and Damya Hanna juga) masa Pesta Buku di PWTC zaman-zaman dolu.. ihiks

eh ape laaa

Aku nak citer hal lain...

Aku tak sabar nak blah dah ni...

Menghitung hari to be freeeeee!

^___^


p/s: hal perpindahan hubby ke Johor, my plan etc nanti aku citer next entry la kalau sempat. Sakit pinggang!!

Salam sayang,



alhamdulIllah...