Friday, February 17, 2012
bismIllah...



Yeah... aku buat kerja gila lagi iaitu dengan purchase ANOTHER Ergobaby carrier for this small family. Tapi yang ni latest design. New generation. Heh... Macam ngan anak ade dua je... haha...





Sebenar-benarnya aku beli sebab aku berkenan sangat-sangat dengan design Mystic Purple yang cun melecun itu! Kat Tiny Tapir takde so aku terpaksa la beli dari obersea... dahle shipping cost mahal gilos.. tapi takpe ar nak wat camne... belasah jela... asal aku dapat warna yang aku nak. Pasrah and bergetar jugak jantung bila tengok available credit pada kad kredit tinggal sikit (link kat Paypal). Huahuahua. Plus, Ergo jenis Original tu memang best pakai. *alasan*

Aku tak tau lagi ngan Ergo Performance yang aku ada tu... nak guna jugak or jual... nak jual sayang sebenarnya sebab barang elok lagi... ori lak tu... kalau jual mesti kena murah-murah dari brand new kan... tapi aku nak duit untuk cover balik Ergo Purple ku ini. huhu... T__T

Walaupun perasaan sakit hati membuak-buak bila BB Torch aku rosak takleh amik gambor, sedikit-sebanyak terubat rasa hati bila dapat new Ergo warna purple ni. Yang penting brand new and bukan preloved. Puas hati! (asyik la beli preloved je kejenya) hehehe...

Nanti bebila free and ade kamera (bb takleh amik gambo... jahanam!) akan ku upload action pic yang aku pakai.

Ni gambo model pakai...
Warna purple dalam gambar ni macam too bright and striking sangat.
Padahal IRL macam dalam pic yang atas tu... gelap-gelap sikit...


Yang pasti, warna purple tu memang cantik.

Suke!! *lompat-lompat*

Till then....


p/s: kalau aku nak jual Ergo Performance tu ade yang mau ke? :P

p/p/s: Now aku dah terer dah nak spot between fake ergo and authentic Ergo. Nanti aku citer kat blog bila sempat k...



alhamdulIllah...
Thursday, February 16, 2012
bismIllah...


Yer... memang la sekarang ni aku dah tak kerja makan gaji dah...

Memang la sekarang ni aku dok umah jaga anak je...

Tapi tak bermakna aku FREE sepanjang masa wehh.

Aku dok umah bukan membongkang tengok tb je. Aku dok umah kena menyapu, mengemas barang yang disepahkan Razin, basuh baju (humban dalam mesin jela), sidai kain, lipat kain, masak, mandikan anak, bagi anak makan, tidokan anak, online amik order orang or iklan sikit-sikit etc.

Memang la waktu aku lebih relaks cos takde boss nak bising-bising or stress nak siapkan tasks.

TAPI AKU MASIH SIBUK.

Cer try dok umah jaga anak seminggu. Tau la camne kan...


eh baidewei, bilik macam dah cukup 6 orang dah.

Ade 2 orang plan nak masuk bulan 3 (cikgu praktikal) and akan sewa sampai bulan May je. So lepas tu ade lagi la kekosongan. Buat masa ni macam dah takde kosong.

Harap maklum.

Another update is: My BB Torch dah rosak. Memory card error and phone memory pun takleh pakai. Now my BB is silent like a tomb. Lagu2 yang memang default dalam phone pun takleh play. Tak tau nape... Pakai tak sampai 6 bulan dah 2x problem. Haihh

So now aku tengah cari replacement phone sementara BB ni dihantar untuk claim warranty. Semalam diorang kata aku akan dapat phone baru. Tapi sebab aku xbuat ape2 backup lagi, so aku tak jadi hantar semalam.

Masalahnye nak dapat phone baru pun amik masa dalam sebulan lebih. Gile! mati ar takleh online kt phone... agagagaga...

Fedap!


p/s: Semalam parcel dari US dah selamat tiba! Xdapat amik gambo cos BB problem. uhukkk

Tuesday, February 14, 2012
bismIllah...



URGENT!
Bilik untuk disewa di kawasan Teluk Muroh, Lumut, Daerah Manjung, Perak.
Dekat dengan Marina Island, Lumut, Manjung, Sitiawan dan sebagainya.
Rumah double storey, FULLY FURNISH dan ada 3 bilik untuk disewa untuk WANITA BUJANG shj.
RM200 seorang termasuk bil api+air.
Deposit sebulan RM200, dan boleh claim utk bulan terakhir (bila dah tak nak sewa dah). Terms and conditions applied.
Bilik adalah lengkap dengan almari baju untuk setiap penghuni dan katil bujang (bukan double decker ye)
Lain2 kelebihan:
- Peti sejuk Panasonic 2 pintu
- Mesin basuh fully automatic Samsung
- TV
- Tempat sidai baju
- Iron board dan iron (xyah susah2 nak bawak lagi)
- Jug kettle, dapur, pinggan-mangkuk
- Sofa dan meja makan
- Porch boleh parking 2 bijik kereta sedan/suv
- Pintu, sliding door dan tingkap di tingkat atas n bwh semuanya sudah berGRILL.
- Bahagian belakang rumah ditambah awning dan grill dijadikan tempat letak mesin basuh dan area sidai baju
Link di Mudah.my http://www.mudah.my/Double+storey+house+Teluk+Muroh-13516970.htm
Rumah double storey.
Ni gambar lama. Sekarang semua dah bergrill atas bawah and kete tu pun dah tukar lain :p



Dapur.
Gambar masa kitchen cabinet baru siap.


2 bilik untuk di sewa di tingkat atas berkongsi bilik air.



Bilik di tingkat atas


JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI SAYA UNTUK VIEWING:
raihana@mamapanda.com

TERIMA KASIH!



alhamdulIllah...
Monday, February 13, 2012
bismIllah...


Arini mau cuci-cuci mata tengok cd Baby Wombie yang cun-cun giler ni...



Aren't they beautiful?

This is Baby Wombie cloth diapers, dear friends.
Home sewn in Penang. Not by a WAHM. But by a doctor. :)

Selalunya harga Baby Wombie ni dalam lingkungan RM85-95, i think. Entah... aku tak pernah beli sebelum ni sebab mahal sangat. Kalau join GB dapat murah lagi tapi tu pun aku tak pernah join sebab tak reti nak pilih-pilih kain and belum terbuka hati lagi nak try Baby Wombie.

Tapi aritu aku ternampak kat group FSOT (For Sale Or Trade), ade orang let go preloved Baby Wombie AI2. Oleh kerana conditon still excellent, aku pun beli la.. dalam harga RM75. Saje nak try... And since then, I'm in love!

Yang best bagi aku ialah ianya ada Snap On Soaker (AI2 style). The soaker is from bamboo btw. And ianya dijahit berlapis-lapis. Good for medium wetter to heavy wetter (heavy wetter macam Razin leh pakai 2 jam setengah). Oleh kerana inner dia dari bamboo, sesuai jugak untuk baby yang kulit sensitif or alergik to suede or microfleece. Bamboo kan lebih natural...

Eventho kalau Razin pee or poop memang kena tukar the whole diaper, but I find the snap on soaker very easy to use and wash. Bila basuh cd, tak yah susah2 masukkan insert dalam pocket. Snap je butang pada soaker tu atas cd. Settle... AI2 style memang cenggini pun...

Then, the top surface of soaker is from bamboo velour. Aku suke gile kalo mana-mana cd/cp (cloth pad) buat bamboo velour jadi top material. Lembut, gebu dan senang cuci. Kalau Razin poo-poo, memang senang gila la nak wash off. Spray ngan air je dah hilang sumenya dengan senang. Sukeee... ^__^

Ala... gambo inner takde la pulak... uhuhu...

So inilah dia cd Baby Wombie yang aku beli dari FSOT tu.
Memang macam baru... so no wonder RM75 uhuhu...
Tapi memang best!
Jahitan kemas sangat... macam cd dari oversea.
Tip top kualiti. Memang puas hati la...
Superb workmanship.


Yang unik lagi tentang Baby Wombie ni ialah, setiap cd insya Allah akan berbeza dan tak sama dengan orang lain!

Sebab orang yang membuatnya ada banyak giler fabric stash. So kita leh pilih nak corak mana untuk cutting bahagian atas, corak mana cutting bahagian bawah, nak inner bamboo velour warna apa etc. So memang eksklusif ar...

Kalau baby dah besar dalam umur 2 tahun camtu, leh request higher rise (sebab baby dah tinggi). Leh la request ape-ape ikut ape kita nak. Flexible. (sebab tu la pricey sikit... nama lagi custom made)

Album fabric stash. Ade berlambakkkk lagi!
Rambang mata nak pilih... >__<



Sekarang Dr Jamie tengah buat promo untuk bulan Feb ni sebab bulan birthday anak dia. RM226 for 3 pieces of AI2 cd tak campur pos.. So sebijik dalam rm75 camtu. Lebih kurang harga Bum Genius or Itti Bitti. Sape yang mau try leh la pm dia kat FB.

Setahu aku dia berFB jer... takde lak website ke hape... eksklusif gitu. hehe...

P/s: kalau ada duit lebih and nak try brand Baby Wombie boleh la... jangan nak kata bercd ni mahal pulak k. Ade banyak lagi cd ekonomi leh try. Ni untuk yang nak cari jenis lain and ade duit lebih... Plus, kalau tak serasi, leh je jual balik. Insya Allah ade je orang nak beli... =)

Till then...

Salam...


alhamdulIllah...
Friday, February 10, 2012
bismIllah...


Cepatnye masa berlalu... Esok dah Sabtu!!

Ahad nanti hubby balik ke Johor semula. uhuhuhu... T__T

Entah bila pulak dia balik sini lagi...

His bus is at 9am this Sunday, aku kena la pergi ngantor kat station bus Manjung tu. Ermmm... seminggu rasa macam kejap gile... Dahle cuti-cuti pun busy jugak dia dok jawab call itu ini tentang kapal... haihhh...

Ape bole buat, taik kambing bulat dah jadi navy wife, gini ler...

Tak sabar nak settlekan bab tenants untuk rumah aku ni. Aku nak sewakan bilik di rumah ni... Setakat ni yang book baru ada 2 orang. Target nak 6 orang. Paling2 koman pun kalau dapat 3 orang yang betul-betul nak aku dah senang hati le jugak since we're going to rent 3 bedrooms excluding the master bedroom.

Hmmm...

Then aku pun busy jugak settlekan benda yang aku order dari supplier yang backlog sebab banyak sangat cuti! Dari cuti raya cina, maulud nabi then thaipusam... adeh peningg... aku sendiri tak cukup masa nak melayan emel ni... Yela, takde masa nak online sebab busy spend quality time with hubby. huahua....

Anyway, semalam aku received 2 tickets untuk tengok wayang kat GSC. Aku plan esok mau pergi Ipoh and tengok wayang... Plus, ade carseat yang nak di'courier' guna KTM. Guna KTM cepat sikit dari pos parcel. Tengok la camne... kalau esok free leh la ke Ipoh. Tapi macam tak je sebab Nini nak datang umah untuk sleepover cos dia ada kursus kat Marina Island. hmmm...

Takpela.. next time maybe. Tickets tu expired this May. Lambat lagi... :)

Rumah tak habis kemas lagi untuk orang sewa... well, bilik-bilik yang unoccupied to memang ready jer... cuma barang-barang aku berlambak dan bernilai belum settle simpan lagi... Malas betui ler...

Tapi lagi sayang kalau tak sewakan rumah. Dari tak berpenghuni, berhabuk dan tak berjaga, baikla aku sewakan. Aku tak sewakan rumah. Aku sewakan bilik je cos rasenya lagi senang nak balik jenguk-jenguk kalau buat camni. hehe...

Update tentang Razin sikit.

Esok dia dah 11 bulan!

Giler cepat... rasa macam tak puas lagi time dia baby2 nih...

He still breastfeeds. And since aku dah tak kerja ni, selalu jela dia bergayut. Dah back to zaman dia 3,4 bulan dulu je.. tapi susu aku memang tak cukup ler... jadila buat pengenyang dia lepas makan. Nasib baik la dah jarang buat aksi asah gigi time bf. Stress betul aku kalau dia gigit2. >__<

Beberapa hari lepas bawak dia pergi klinik pakar bayi dan kanak-kanak Ling kat Sitiawan sebab dia batuk-batuk dan selsema. Baru la bertimbang... He's only 10kg! Ala... aku ni dok la ingat dia dah 11kg. Kwang3...

Rupanya baru 10kg. Betul la dia dah susut badan since demam aritu. Memang nampak kurus sikit. :(

Anyway...

Gotta go melayan Razin yang takmo tido lagi.

My bad since I gave him pieces of apam balik tadi. Bagi yang ada bahagian bergula lak tu. Padan muka anak takmo tido. Asyik berjalan ke hulu ke hilir usung kereta Ferrari koleksi Ayah dia. Habissss...

Till then...

Salam...


alhamdulIllah...
Thursday, February 9, 2012
bismIllah...

The ERGObaby sucking pad was created for your baby's teething years.

This reversible pad will not only extend the life of your carrier due to less frequent washings, but will give you peace of mind knowing that your baby is teething on 100% cotton. One pair enclosed.

  • 100% cotton terry cloth
  • Velcro attaches the pad around the shoulder strap of the carrier
  • Reversible
  • Machine washable - cold, gentle cycles, mild detergent, no bleach. Dry in low heat



  • Well, I didn't buy the above sucking pads. Mahal bagi aku cos RM59 untuk sepasang jer...

    I got mine custom made!! (I don't have a sewing machine or the fabrics :P)

    I ordered 2 pairs of sucking pads for my Ergo Performance.
    Satu design Froggy, satu lagi Cats.
    Yang Cats tu tak pakai lagi cos sayang... :P

    Murah jer... 2 pasang benda alah ni campur poslaju tak sampai RM50. hehe...

    Tempah kat Sweet N Cozy



    However, the sizing tak berapa nak ngam cos velcro nyer tak betul-betul in line dengan tempat aku nak lekatkan pads tu... Yela, aku just bagi ukuran and gambar secara online je untuk Kak Ayu tempah. Dia tak pegang sendiri Ergo carrier aku untuk bajet betul-betul. Tapi belasah jela asalkan the pads serve their purpose. hehe...

    Yang penting, no saliva stain on my Ergo. Sayang woo... Sebab Razin suka isap-isap kat strap tu...

    Bila dah letak sucking pads, ok la sikit sebab takde bekas air liur dia kat carrier. hehe...




    p/s: You can DIY this sucking pads... but being me yang takde mesin jahit, takde bahan and malas, me just order jela... hehe...



    alhamdulIllah...
    Tuesday, February 7, 2012
    bismIllah...


    Blog bercuti sekejap cos husband ade balik bercuti seminggu... mood nak update blog tu kureng... kena abiskan masa kualiti bersama. uhuhu...

    Razin dah baik demam tapi batuk-batuk and selsema pulak. Esok insya Allah nak bawak jumpa doc. Sian dia tengah tido tetiba batuk-batuk. Aku saspek dia telan balik kahak dia tu... alahai razin... :(

    Esok pagi2 nak balik Beruas cos besfren nak bertunang. Mamalizard is finally getting engaged! Dia nak Yong aku mekapkan tapi Yong aku tak tau umah Mama katner di Kg. Kilang tu... Maka, Yong suh aku balik cepat since majlis start at 10am tomorrow. Adoii sabo jelah... Awal giler... Mama kata, belah lelaki datang and balik hari so takmo lewat-lewat (orang Pahang jugak macam my hubby's :P)

    Aku sebenarnya dah terlupa sms Mama yang ajak aku datang kenduri dia bertunang time cuti Thaipusam esok... then bila hubby mention esok Thaipusam and Poslaju tutup (aku nak ngepos barang le ape lagi), baru aku teringat. hehe...

    Kena la datang cos time aku bertunang and kahwin dia datang kat dua2 events. :)




    alhamdulIllah...