Friday, February 10, 2012

Alahai....

bismIllah...


Cepatnye masa berlalu... Esok dah Sabtu!!

Ahad nanti hubby balik ke Johor semula. uhuhuhu... T__T

Entah bila pulak dia balik sini lagi...

His bus is at 9am this Sunday, aku kena la pergi ngantor kat station bus Manjung tu. Ermmm... seminggu rasa macam kejap gile... Dahle cuti-cuti pun busy jugak dia dok jawab call itu ini tentang kapal... haihhh...

Ape bole buat, taik kambing bulat dah jadi navy wife, gini ler...

Tak sabar nak settlekan bab tenants untuk rumah aku ni. Aku nak sewakan bilik di rumah ni... Setakat ni yang book baru ada 2 orang. Target nak 6 orang. Paling2 koman pun kalau dapat 3 orang yang betul-betul nak aku dah senang hati le jugak since we're going to rent 3 bedrooms excluding the master bedroom.

Hmmm...

Then aku pun busy jugak settlekan benda yang aku order dari supplier yang backlog sebab banyak sangat cuti! Dari cuti raya cina, maulud nabi then thaipusam... adeh peningg... aku sendiri tak cukup masa nak melayan emel ni... Yela, takde masa nak online sebab busy spend quality time with hubby. huahua....

Anyway, semalam aku received 2 tickets untuk tengok wayang kat GSC. Aku plan esok mau pergi Ipoh and tengok wayang... Plus, ade carseat yang nak di'courier' guna KTM. Guna KTM cepat sikit dari pos parcel. Tengok la camne... kalau esok free leh la ke Ipoh. Tapi macam tak je sebab Nini nak datang umah untuk sleepover cos dia ada kursus kat Marina Island. hmmm...

Takpela.. next time maybe. Tickets tu expired this May. Lambat lagi... :)

Rumah tak habis kemas lagi untuk orang sewa... well, bilik-bilik yang unoccupied to memang ready jer... cuma barang-barang aku berlambak dan bernilai belum settle simpan lagi... Malas betui ler...

Tapi lagi sayang kalau tak sewakan rumah. Dari tak berpenghuni, berhabuk dan tak berjaga, baikla aku sewakan. Aku tak sewakan rumah. Aku sewakan bilik je cos rasenya lagi senang nak balik jenguk-jenguk kalau buat camni. hehe...

Update tentang Razin sikit.

Esok dia dah 11 bulan!

Giler cepat... rasa macam tak puas lagi time dia baby2 nih...

He still breastfeeds. And since aku dah tak kerja ni, selalu jela dia bergayut. Dah back to zaman dia 3,4 bulan dulu je.. tapi susu aku memang tak cukup ler... jadila buat pengenyang dia lepas makan. Nasib baik la dah jarang buat aksi asah gigi time bf. Stress betul aku kalau dia gigit2. >__<

Beberapa hari lepas bawak dia pergi klinik pakar bayi dan kanak-kanak Ling kat Sitiawan sebab dia batuk-batuk dan selsema. Baru la bertimbang... He's only 10kg! Ala... aku ni dok la ingat dia dah 11kg. Kwang3...

Rupanya baru 10kg. Betul la dia dah susut badan since demam aritu. Memang nampak kurus sikit. :(

Anyway...

Gotta go melayan Razin yang takmo tido lagi.

My bad since I gave him pieces of apam balik tadi. Bagi yang ada bahagian bergula lak tu. Padan muka anak takmo tido. Asyik berjalan ke hulu ke hilir usung kereta Ferrari koleksi Ayah dia. Habissss...

Till then...

Salam...


alhamdulIllah...

2 comments:

elanie*Q said...

alahai..be it a m0nth pun mesti rasa xpuas bermanje kan? Soon ana,soon..nanti dpt gak duk ngn hubby ok ;)

Ryehanna said...

tula... hubby pn br naik bas dh mula rindu2.. seminggu mana la cukup kan... T__T