Tuesday, March 13, 2012
bismIllah...


Dah Selasa.

Tapi aku masih di Kulai. Umah abang ipar.

Lori barang2 bizz dah sampai tapi hubby letak kat rumah kongsi dia dulu.

Aku stress sebab masih menumpang umah orang (ade ke sesapa memang suke dok umah orang?? takde kan? semua nak dok umah sendiri, at our own privacy).

Yang aku dok bising2 xbest dok menumpang ni bukanlah layanan dari tuan rumah tak best ke ape... Takdelah. Kak Zai baik... Anak-anak dia pun bukan ramai sangat. Ade 3 orang je. Semua dah besar-besar and girls semuanya... tapi paham-paham sendiri la, dok umah orang kena la kontrol itu ini, bertudung je kerjanya (sebab ade abang ipar kan) so aku agak rimas nak bertudung sentiasa ni. Plus, kalau marah kat suami takleh nak tunjuk sangat (cover ar) kena bbm pulak. :(

Nak bermesra-mesraan dengan suami pun tak best cos takde privacy. Dah nak seminggu dah ni weh! Tension aku! eh lupe lak aku period.

Oh... previous entry tu sila abaikan sebab aku memang period rupanya. Lepas publish entry, malamnye period. kohkohkoh. No wonder emo nak mampus.

So, aku tak tau bila nak masuk umah sewa tu.

Air dah masuk dah, cuma hubby cakap, kepala paip semua pecah cos dari plastik and rumah tu plak dah setahun takde orang duduk. Pecah ke kepala2 paip menerima tekanan air setelah lama tak disimbahi air.

Hmmm... peti ais, mesin basuh dan tv pun dah masuk. Tapi mesin basuh manual. Alaaaaa sedih aku. Rasa nak je angkut mesin basuh auto kat Lumut. Umah best2 bagi orang sewa... aku plak nyewa rumah macam hape lagi. Sedey... isk isk...

Elok aku pindah Johor ni macam-macam hal plak yang jadi kat Johor ni. Bakar budak la ape la... haihhh... ni alamatnye dok umah sewa nanti berkurung dalam rumah jela. Bapak bosan. Dahle supermarket terdekat Econsave je kata hubby... Poslaju centre kat Pasir Gudang. Jalan dahle jem... Mencik!!!

Seriously I miss Lumut.

Rasa macam nak pindah balik Lumut je. :(



alhamdulIllah...
Sunday, March 11, 2012
bismIllah...


Aku dah dok Kulai since Khamis. Khamis lepas gerak ke Johor from Beruas pukul 10.30 pagi, sampai Kulai Jaya (rumah abang ipar) pukul 6.45 petang. Ade stop 3 kali sepanjang perjalanan. Lemau dok lama dalam kereta...

Until today (11 Mac) aku masih di rumah abang iparku di Kulai. Menumpang dok sini sebab rumah sewa kitorang kat Masai tak masuk-masuk air lagi. Aku stress menumpang rumah orang... Aku tak suka nyusahkan orang lama-lama... Tapi perkara bukan dalam ketentuan kita, so aku sedang bersabar jela ni...

Semalam dah pergi tengok rumah tu. Boleh la... rumah kos rendah. Kecik je... tapi 2 tingkat. Bilik kat atas. Tapi sebab air masih takde, tak dapat nak cuci-cuci. Just sapu-sapu jela...

Aku dah tak sabar nak masuk umah sendiri walaupun kawasan tu crowded gile. Aku dah tak larat nak menumpang umah orang... Arghhhh... stress ok. Pulak tu, aku tension sebab aku banyak sangat benda nak settle tapi takleh settle. Especially berkaitan bisnes aku la...Nak pos barang kat orang pun tak dapat lagi ni... tapi duit dah dapat...

Then email-email tanya itu ini banyak masuk tapi aku takde masa nak reply satu-satu. Plus, setiap email meng'stress'kan aku secara tak langsung...

Razin pulak makin mengada-ngada. Semua aku nak kena settlekan... Tahu jela kalau jaga budak ni camne, masa untuk diri aku sendiri pun takde. Bila cuti weekend camni ingatkan hubby leh tolong sikit-sikit, tapi... kalau dah jenis tak paham kita ni camne, nak kena aku marah-marah or bising-bising (nak bising banyak-banyak pun takleh, kat umah orang) baru jalan, aku lagi la stress... Serious aku tension gile sejak datang Johor ni...

Susah betul kalau nak mintak tolong jagakan anak. Bukan suruh basuh berak anak ke ape (yang tu memang dia tolak mentah-mentah). So toksah heran la kalau anak tu tak kisah pun ayah dia ade ke takde... asal Mak dia ade, dia ok je. Aku pulak yang takde masa untuk DIRI SENDIRI. Geram betul aku...

Tak tau la nak PMS ke hape ke...

Yang aku tau, aku stress. Aku bengang. Dengan Razin pun aku tak larat nak layan... Time aku baru nak on lappy la dia leh bangun... Time aku baru nak mandi, dia tetiba nangis nak aku... Boleh jadi gila ok! Memang la aku ni dah tak keje, surirumah... tapi bagi chance la time weekend camni aku ade kesempatan nak check+balas emel, rileks bace blog SEKEJAP. Ni aku tak berak-berak since datang Johor ni, nak kena penyakit ape pulak pun aku tak tau. Dah 4 hari tak membuang dah ni... Haihhh...

Pastu, arini buat makan-makan sempena birthday Razin pun aku tak sedap hati nyusahkan Kak Zai (bini abg Man) cos guna rumah dia... hubby ajak la adik-beradik dia yang terdekat... Kak Zai buat jugak la makan-makan walaupun aku cakap takyah, kitorang beli jer semua... Hmmm... serba-salah...

Kena dok sini sampai Selasa at least sebab esok baru orang tu kata nak masukkan air kat rumah sewa. Sejak Jumaat kata nak masuk air, tapi tak masuk-masuk!

Aku bad mood.

Aku tension.

What's worse, he doesn't seem to understand. And he wants me to understand his situation.

Selfish ke aku???

K bye... T___T



alhamdulIllah...
Saturday, March 10, 2012
bismIllah...



1st wrap: Moby wrap warna biru. Beli brand new... beli sebelum beranak lagi... Tapi pakai kejap je, masa Razin newborn je. Dah jual kat orang di Sabah.



Itu jela wrap yang aku pernah ada. Tak pernah beli wrap lain or cuba-cuba wrap lagi selepas tu sebab aku rasa macam panas gak le kalau pakai wrap. Plus, agak leceh sikit nak melilit-lilit. hehe... (tak pakar lagi)

But memang betul sangat sedap dan tak sakit badan kalau pakai wrap. Rasa betul-betul supported... tapi tu la, aku tak reti sangat and takde orang nak tunjuk-ajar supaya dapat memaksimumkan penggunaan wrap, so aku let go jela... dari tak pakai, baik jual je :p


Yang kedua, aku try Ring Sling.

Aku beli 2nd hand murah-murah je. Dalam RM50 je kot campur pos. Jenama Kasihku Sayangku. Boleh la... berjasa gak la benda alah ni walaupun aku tak berapa reti pakai sangat (main hentam je and usya youtube hihihi). Bergambar pakai ring sling pun tak banyak... Pakai time newborn gak le cos pastu kan aku beli benda lain plak. hehe...

Time masih dalam pantang.
Masa ni takde carseat lagi... so pakai ring sling je supaya aku tak terlepas baby kalau2 tertido dalam kereta (tu memang pe'el aku yer kawan-kawan :P)

Ring sling ni aku masih simpan dan pakai sekali sekala dalam rumah.
Sayang nak let go cos benda ni memang berguna.



Next, I bought Ergobaby carrier. Ni pun sebab dengar-dengar orang cakap best pakai Ergo etc... so aku pun beli la dari sorang akak ni yang kebetulan ade buat group buy and ade lebih seketul. Beli brand new so aku la first owner...beli tak sampai RM400 so ok la kan sebab lagi murah dari yang ada jual kat M'sia ni.


My first Ergo is Galaxy Grey...
and sejak pakai ni aku terus jatuh cinta ngan SSC (Soft structured carrier).
I found SSC adalah carrier yang senang dipakai berbanding wrap atau ring sling (RS).
Actually RS pun senang sebenarnye, tapi SSC lagi senang! hehe...



Next, I bought Beco Butterfly 2 carrier lak.

Saje nak try SSC brand lain plak.
Aku jual Ergo Galaxy Grey sebab nak beli Beco...

Tapi ni aku pakai sangatlah sekejap...

Cos aku rasa tak se'best' Ergo.
Kawan aku pun cakap, kalau dah biase pakai Ergo, maybe rasa Beco tak best.

I didn't like the shoulder buckle yang macam susah nak buckle on and off, and I think Beco is suitable for smaller babies. Time ni Razin dah 9 bulan kot and badan dia panjang, so macam tak berapa sedap sangat la aku pakai... Ntah. Depends pada orang jugak la kot.

Beco ni aku pakai sekali jer... pastu aku jual balik. Sayang nak jual sebab cun gile. hehehe... Tapi nak buat ape simpan kalau tak pakai?
Lagipun aku nak guna duit...

Sebab? Aku beli Ergo semula.
Tapi kali ni Ergo jenis Performance.
=p

Performance nampak lebih kemas sebab sleeping hoodnyer disimpan dalam pocket berzip.
So takde la hood tu terbuai-buai kena angin bile pakai...

I bought this preloved from a friend.
Preloved2 pun, RM300 lebih jugak le... huhu
Tapi memang dia pakai beberapa kali jer...
Sebab??
Masa mula-mula dapat, aku takleh pakai sangat cos sakit bahu.
Shoulder strap dia very slim and trim. Keras la jugak bagi aku... (macam baru... so kena belasah pakai selalu baru shoulder strap ni lembut sikit)
Laki aku pakai okey jer... so memang hubby jela pakai...

Nasib baik time kat Langkawi dah ok dah...
Aku pakai tak sakit dah hehehe...

Pakai Ergo Performance ni dalam 2 bulan jer... tapi merata dah bawak Razin dalam Performance ni.

Aku baru jer jual last month setelah beli Ergo (lagi!) warna purple plak.

By the way, masa beli Performance tu baru lah aku tau yang Ergo Galaxy Grey aku memula tu sebenarnya FAKE/TAK ORI.

COUNTERFEIT punyer... sabar jela...

That's why aku nak jugak beli Ergo jenis Original (standard design) yang BARU dan ORIGINAL/AUTHENTIC.

1st, sebab aku asyik beli PRELOVED je kan...
Nak la beli brand new. Insya Allah tak beli lain dah =p

2nd, sebab aku rasa Ergo jenis Original/standard ni jugak yang the best.
Sedap je pakai and takde masalah sakit bahu or pinggang.

3rd, I wanna choose my own favorite color which is PURPLE yang sangatlah lawa.
Hehehe

Maka, aku beli la new Ergo Original in Mystic Purple design!

We both love babywearing, kan Razin kan?
(pls abaikan muka aku yang pucat itu huehuehue)


Dear hubby wearing Razin in the Ergo.

Kebetulan sebelah tu ade sorang dad carry his child without carrier.
Haaa... mana lagi senang? Baby wearing, of course!
Tak sakit bahu, tak berat and sangat memudahkan.
Seriously Razin felt weightless in Ergo.
He's 10-11kg ok. Tak koser heh nak dukung without carrier. Berat!

So that is our current carrier at the moment.

Insya Allah tak jual kot...

Err...

Hehehehe...

p/s: Wanna know how to spot FAKE Ergo? Leh bace link INI. Aku takde masa la pulak nak up entry tentang ni... padahal gambar dah ade. TAPI, kat link tu untuk Ergo jenis Original je... kalau Performance, lain sikit kat buckle dia. Instead of STEALTH, it says 'ANTI-BREAK'. And yeah, the old Galaxy Grey dulu takde imprint pada buckles dan juga takde serial number. Padahal beli mahal jugak... :(



alhamdulIllah...
Wednesday, March 7, 2012
bismIllah...

Pic from here.


Nak gerak untuk pindah ke Johor nyer esok... bukan hari ni...

Hari ni dah pack-pack barang masuk kotak untuk dihantar ke rumah staff Hubby. Transit umah staff dia dulu sebab hari Jumaat or weekend nanti baru barang-barang masuk lori navy.

Mulanya kan plan nak post je kotak2 barang bizz aku kan? Tapi kebetulan ade lori navy nak angkut barang untuk kapal from Lumut to Johor this weekend/Friday. Maka, tumpang la sikit barang kitorang mana yang tak muat kereta. Alhamdulillah dapat jimat. :p


Actually rumah sewa yang bakal kami duduki ni tak masuk air lagi. Jumaat ni insya Allah baru masuk. So esok kami gerak ke Johor terus pergi umah abang iparku di Kulai dulu la... Dok situ jap sementara nak tunggu air masuk. Aku tak tau umah tu camana rupanya. Hubby takde amik gambar pun. Haihhh nervous lak ai..

Yang aku tau rumah tu rumah kos rendah. 2 tingkat. Bilik2 semua di tingkat atas. Susah le aku nak buat kerja. Bersepah la kat bawah ngan barang2 berniaga. Tak koser ehh nak bawak naik atas... hmmmm...

Petang kang nak balik Beruas untuk celebrate birthday Razin. PRE-CELEBRATION kaedahnye... belasah la janji ada kan Ajin kan...

As much as I hate moving to Johor (sebab dah biase dok Lumut kan...) but I do feel a bit excited too... Looking forward for our new home in Johor... tengokla camne kan...

Till then...

Nak sambung pack lagi sikit2.

Salam...


alhamdulIllah...
Sunday, March 4, 2012
bismIllah...


***Reminder: Payment must be made latest by 7th March 2012 before 12pm kalau nak terima barang cepat. Kalau tak, lambat le baru dapat post cos busy pindah-pindah barang.




Clarks shoes for boys.
Size UK 4.
Excellent used condition.
Like new sebab simpan sampai lupa nak pakai...
Bila nak bagi baby pakai, dah tak muat.



Very clean.
Just like new sebab memang tak pernah jejak tanah pun.

Letting go at:
RM70 with poslaju
(SOLD)





Munchkin's Fresh Fruit Feeder

Brand new in package.

Digunakan untuk bagi baby makan buah dan elakkan dari tercekik.

RM22 each.

Please add RM6 for Poslaju.

Nak jimat, silalah combine order (ajak kawan2 order sekali) kongsi satu alamat. Untuk 5 pieces of feeder, the Poslaju is still RM6.

Ade banyak gak available. Sapa bayar dulu, dia dapat.





Gyro Bowl.
RM15 only.
Sila tambah RM6 untuk poslaju.
Only 1 unit available.


Munchkin: SpongeBob SquarePants 9oz Insulated Straw Cup

Tinggal satu je macam dalam gambar.
Kat belakang ade gambar Patrick.
Normal price: RM48.90

Nak let go RM35 je! (xcampur poslaju)

RESERVED



Munchkin: 10oz Mighty Grip Straw Bottle

Sebenarnya nak beli kat Razin, tapi Razin belum pandai lagi minum guna straw.
So let go dulu la...

Price: RM28 tak campur poslaju (RP RM39.90)

SOLD




QQbaby printed cloth diapers (NEW)

RM20 each tak campur pos.

SOLD



Preloved Fuzzibunz cloth diapers
RM45 tak campur pos.
Excellent used condition.
Takde stain, takde koyak, semuanya ok je.
Banyak sangat cd. Let go le sikit.
Beli aritu rege RM69.90



Preloved Flip with 3 stay dry inserts
Harga masa beli dalam RM85-90. Lupe dah.
Nak let go RM60 tak campur pos.

Semuanya excellent used condition.
Takde stain, takde koyak or wear. Insert pun masih gebu.
Nak let go sebab tak pakai sangat and prefer pocket cds.

SOLD



Munchkin's Food Grinder.
Ade satu je nak let go.
RM49 tak campur pos (RP RM69.90)

Tak guna bateri or tenaga letrik.
Manual je...

SOLD



Botol Tommee Tippee Tip it up Sportster.
Ni takde straw yer.. just spout yang soft sahaja.
Tinggal satu warna purple.

Yang ni retail RM32.90

Nak let go RM20 je! Lame dah dok simpan benda ni... meh la beli. Murah gile dah... tapi xcampur pos lagi la. hehe

SOLD

COMBINE YOUR PURCHASE untuk jimat POSLAJU.
Sape yang beli above RM100 akan dapat free gift worth >RM25

Nak cepat respon, sms 012 528 0858 sebab I dont have BB now... Susah nak check emel.
Sms jela...

Thanks!


p/s: Please take a look at Mama Panda website cos ade restock barang Tommee Tippee... Kalau nak combine order, boleh je... digalakkan korang share postage ngan kawan-kawan kat ofis. ehehehe...



alhamdulIllah...
Saturday, March 3, 2012
bismIllah...


Petang tadi masa amik kontek lens kat Focus Point, Tesco Manjung...






Razin will turn 1 year old on 11th March 2012!

No big celebration since hubby needs to be in Johor on Friday. So Khamis dah kena gerak ke Johor...

Hari Rabu baru buat makan-makan sikit kat Beruas.

Uhuhuhu... cepatnye masa berlalu....


alhamdulIllah...
Thursday, March 1, 2012
bismIllah...


Remember this entry yang aku tulis awal tahun aritu?

I did mentioned yang hubby akan naik pangkat ke Lt Cdr in March kan??

HAH. Not a done thing since kena amik exam plak... semuanya gara-gara skim gaji baru ni...

Hubby was a graduate intake, so sebelum ni ade elaun graduate... and untuk naik pangkat memang tak exam-exam... automatik bila tiba masanya terus naik pangkat. Ni citer sebelum ni la...

But now since ade skim gaji baru ni, gaji dah diselaraskan and elaun graduate dah dipotong. Huhh... Tak best! Pehtu, nak naik pangkat kena exam-exam gak...

So bulan 5 ni kena exam dulu la... ade rezeki, ade la... takde rezeki, redha jelah...

Pastu hubby baru mengadu sesuatu yang kami missed sebab hubby tak naik Lt Cdr.

Kalau lah hubby dah jadi Lt Cdr, kemungkinan besar kami takde kat M'sia by end of this year.

Tapi Allah dah suratkan untuk kita stay kat sini lagi... Takpela...

Look at the bright side, we still have our family and relatives that we still can see during weekends or once every few weeks! Bagus jugak la tak kena pergi dok negara orang. *sila ceria2 k*

Kita hanya merancang kan... tapi benda bukan dalam kawalan kita...

p/s: Bosan la entry update xde pic kan?? Waaaa... Kalau banyak duit, sekarang jugak aku beli BB baru! T___T



alhamdulIllah...