Saturday, April 14, 2012

bismIllah...


Oh my! I love this new layout/theme/template (whatever you call it)! More feminine and definitely more me.

Simple, yet sweet. Wah puji blog sendiri tak tahan tu! hahahaha...

Many thanks to Pn Beba yang cantik manis cos meng'make over'kan blog ku ini. Sape rasa-rasa nak buat blog make over tu silalah pm dia yer... Affordable, don't worry ;)

I'm already back in Beruas, Perak.

It was such a long journey yesterday. Jem macam hape kat area berdekatan Putrajaya and PJ. Stress haku dok dalam kereta...

Sebut tentang kereta, mampat gile dengan barang-barang aku. Yelah, nak dok sini sampai bulan 5... baik aku hangkut semua barang-barang niaga. Takkan nak tinggal... kang orang nak beli dah takde kan susah... hehehe...

 Ni gambo malam Selasa lepas kalo xsilap... balik dari makan seafood.

Imagine the back of the car full of boxes etc? hehehe...


Ermm... teringat bulan 8 ni nak kena renew roadtax, insurance and tukar tayar.
Matik. Dear hubs, simpan duit yer...



That's all for now. Esok insya Allah nak pergi bawak Razin jalan-jalan ke Zoo Tepen kot. hihihi...

Salam...




Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, April 12, 2012
bismIllah...


Makin lambat tido lately... Now dah 4.20 pagi. And I'm wide awake. But then, sebab petang tadi aku tido 2 jam kot. Heavennyer dapat tido siang lama tanpa gangguan anak. Lama gile dah tak tido siang...

People assume isteri-isteri yang duduk di rumah jaga anak ni banyak sangat masa free. Leh tido sesuka hati. Yelah, tak kerja kan.

Well, I don't know how it is for SAHM, but for WAHM like me, aku takde la banyak masa free sangat pun. I haven't read any novels for ages! And that's like, my hobby ok! So sekarang camne nak bace kalau takde masa free sangat? Aku ni pulak jenis, kalau tengah bace buku citer tu jangan la sesapa kacau kalau tak nak kena maki.

Tapi anak aku? Paling lama Razin tido waktu siang hanya 2 jam. Dua jam tu la aku nak mandi, masak, lipat kain, sapu sampah, online Facebook dan promote barang2 (ertikata lain 'bekerja' la). Kekadang tu time aku tengah mandi Razin jaga dan menangis so aku ni dengan badan penuh sabun akan angkat dia letak dalam Bumbo tengok aku abis mandi. That's the only way for him to be quiet. As long as his mom in front of him.

So aku memang tak paham kalau orang tanya/cakap "Dah tak kerja ni boring la ek dok umah..."

Heh. Bagi aku TAK. Aku tak pernah boring. Banyak je kerja nak buat. And maybe sebab aku ada bizz online ni kan... so memang takde la boring... tak cukup masa tu yer.

Beza sangat masa aku masih bekerja dulu. Aku leh je curi masa pergi Tesco/The Store/Giant sorang-sorang and beli barang keperluan aku with my time. Lepas berenti kerja, of course la semuanya berubah. Takde orang lain dah akan jaga Razin... Ke mana aku pergi, Razin ikut. Ke Poslaju, beli barang-barang, ke sana ke sini... Razin ikut je la sebab aku nak tinggal kat sape pulak kan? (ni masa hubby dok Johor, aku kat Perak... and while hubby kerja or sailing aku kena la manage semua sendiri)

 Nasib baik petang tadi hubby tolong take over jaga Razin jap. Dia dah tido siang kejap, so dia bangun je aku lak nak tido siang. Haha...

Lagipun aku naik stress melayan Razin yang asyik nak berkepit 24jam. Time aku duduk kat meja menghadap laptop, dia akan menyibuk kat celah kangkang nak suruh orang dukung atas riba. Bila kita riba, tangan tu takleh diam. Nak capai handphone la, tekan2 printer la, tarik itu tarik ini... Takleh buat kerja langsung kalau dia berjaga (which explains why I always stay up at night!)

And dia lak bukan nak tido sangat... So aku agak penat nak mengejar banyak benda. Tu yang kekadang orang sms kata dah bankin duit, aku tak tau duit untuk ape dan oleh sape (nombor tak save dalam hp dan line maxis kat blackberry x clear so takde email masuk inbox). Banyak la lagi benda yang buat aku agak stress bila di rumah bersama Razin. He's very clingy lately. Tak tau nak buat camne...

Pantang aku takde kejap mulalah menangis. Menangis sekuat-kuat hati lak tu. T___T

Aku tak sabar nak balik Perak esok (Jumaat). Hopefully dapat rehat sepuasnya sebab ada ramai nak melayan Razin nanti. Time tu nanti baru la dia bolayan je ngan aku... huhu...

Terfikir nak tinggalkan Razin kat Beruas sampai Mei tapi... ish tak sampai hati la pulak nak berjauhan.

Yer, dia memang banyak ragam sekarang. Tapi dia jugak la pengubat hati kalau sedih and tension. Lagi pulak sekarang ni pandai amik hati... kejap-kejap sayang, kejap-kejap sayang... 'Sayang' tu cium kita la... Cair sesangat. ;')

So Jumaat ni hubby akan tinggalkan aku dan Razin sampai bulan Mei nanti. Dia akan datang Perak balik awal Mei untuk amik exam Lt Cdr. So, stay jela kat Lumut...

Plus, aku banyak sangat projek akan datang yang melibatkan alamat di Lumut.

Aku terfikir nak ajak hubby ke Lost World hari Sabtu ni... tapi takut ramai orang... Ahh lantak la kalau ramai pun kan? saje nak bawak Razin jalan-jalan... Dok Johor ni terperuk kat rumah je... Jalan-jalan pun semuanya kat shopping malls je. Takde pantai dekat-dekat macam kat Lumut. huhu...

Tengok la camne... kalau jadi, ok la.. tak jadi pun takpe kot.


That's all for now.


Wassalam.

alhamdulIllah...
Monday, April 9, 2012
bismIllah...


Last week I rented Stork baby carrier by Snuggbaby to try. Saje nak try... untuk tambah ilmu dan boleh jadikan rujukan kalau orang tanya. Hehehe...

Aku sewa carrier di bawah ni.


Argyle on brown derby nama dia...
Gambar cilok dari Snuggbaby.


Below is the real picture of the carrier once I have it.
Inner view



Outer view.


It has detachable sleeping hood.
So kalau tak nak pakai boleh cabut.
Aku dapat-dapat je terus cabut and simpan cos malas nak pakai.
Lagipun tak nak nampak hood tu terbuai-buai kalau pakai since takde pocket untuk stuff the hood pada carrier (tak macam Ergo)


Dual adjustable chest strap.
I love how it easily slides... senang nak adjust.
Ergo also has adjustable chest strap.
Tapi Ergo macam susah sikit nak adjust.



Ini pulak namanya 'Carrier Sleeve'.

Mula-mula aku rasa macam benda ni mengacau jer dan buat baby panas cos ada extra layer of cloth pulak kan... but I found it really convenient! Nanti aku tunjuk ape fungsi benda alah ni yer... hehehe...


This is us yesterday...
Razin was sleeping in the car, sambung tido dalam carrier.
He's 11-12 kg at 1 year old.


Sleepy Razin.


Back carry.
Stork ni sedap pakai back carry.



Happy lil Razin.



This is what the carrier sleeve is for.
Untuk bungkus carrier jadi kecik and store if not in use.
Senang!



You're folding it right if you can find this holder when u're finished.
Yeay...


All in all, here's my verdict:

Pros
- Soft padded carrier, so it's really comfortable
- The carrier sleeve is one of a kind! Ease of storage and great for traveling
- Dual adjustable straps
- Snug. (that's why its from Snuggbaby?) Fits me and hubby perfectly.
- Good from newborn because you can cinch the carrier to make it slimmer for newborn
- Cheaper than Ergobaby carrier. The Stork is priced at RM314


Cons
- I don't know how to use the sleeping hood.. ade hood strings... but I have no idea how to use. haha... kena google or tgk kat youtube, I guess...
- The buckle positioned at the underaarms is difficult to adjust. Kalau aku nak ketatkan strap (for high back carry), I have to take off the carrier first. Then adjust. Tak boleh nak adjust semasa sedang pakai (beza dengan Ergo, I could tightened the buckles while wearing it)
- Since I'm used to the buckles on Ergo, aku rasa macam buckle pada Stork tak berapa sedap nak guna cos posisinya di tengah-tengah. As for Ergo, aku buckle waist strap dari tepi je. :)
- A bit warmer because of the longer body panel.
- The seat is not wide enough for my baby to sit. Kaki Razin macam dangling sikit kat bahagian paha... (maybe I should try the toddler version! eh ade ke Stork for toddler eh)



Sekian, review dariku.

p/s: Review ini tak berbayar and I gain nothing from it.

p/p/s: Sewa dari Malaysian Babywearer group di FB. Kena bayar RM300 up front. Then bila dah abis pakai, return it with the same condition. Then only you will get the balance. The charges is RM50 for 2 weeks. But bayaran poslaju semua kita yang kena tanggung.


alhamdulIllah...
Sunday, April 8, 2012
bismIllah...



Just nak share a couple of FB groups that I joined and I think would be great to others if they join too...


1. Malaysian Babywearers - Sesape yang baru nak berjinak-jinak dengan 'babywearing' can join this group. Diorang selalu organize meetups or gathering.. Time tu la dapat try macam-macam jenis carrier (with owner's permission, of course) and you can decide what's best for you to try/buy. Review tentang certain carriers dan teknik-teknik untuk gendong baby cara 'wrap', guna ring sling, mei tai or ape2 jela berkaitan babywearing insya Allah akan dibantu oleh group members.

*Targeted members: New mommies, mommies with many children, parents who always travel, parents who always abandon strollers and end up carrying their child. hihi...


2. M'sia CD/CP/Baby Item FSOT (Personal new/used item) - Giler panjang nama group kan?? But nama pendek group ni ialah 'FSOT'. Ini lah group paling best aku suka lepak dan cuci mata serta jual barang preloved. hehehe... Kat sini banyak sangat barang-barang baby 2nd hand atau BARU yang dijual dengan harga yang affordable. Group paling best untuk preloved baby items bagi aku... maybe sebab mostly banyak jual preloved cd kot? haha.. tapi ade gak baju-baju baby, strollers, carseats, baby carriers.. eh macam-macam lagi! Ade banyak group preloved baby items lain, tapi ni aku suka sangat cos admins tak banyak songeh dan banyak barang-barang branded yang orang jual dengan murah kat sini. hehe...

*Targeted members: New mommies yang berminat nak cuba cloth diapers, frugal mommies who is looking for a good deal, parents with lots of baby items to sell



3. Let GO Barang2 2nd Hand & PRELOVED ITEMS - Beza dengan group yang sebelum ni, group preloved kali ni bukan khusus untuk BABY items sahaja. Meaning, you can find lots of other things too... I even found ads someone selling house in that group today! haha... That's a first! :p But sila bace disclaimer sebelum nak iklankan barang-barang korang kat dalam group tu cos kena daftar ngan admin and ade pulak format nak kena ikut time post barang tu...

*Targeted members: Women!! Sebab women suka je shopping! haha... u can find preloved shoes, handbags, clothes, and lots more here.



4. MALAYSIAN Barter Community - Yes, the keyword here is BARTER. No money involve. Let say, korang tengah cari kasut baby branded dengan harga murah/harga bundle. And korang boleh offer bagi botol susu ke, toys ke, ape-ape jela... just iklan kat situ sape nak barter barang2 XXX dengan korang and ape yang korang cari. It's fun! hahaha... seronok cos tak kuar duit. Actually kalau berminat dengan barang yang di'offer' untuk barter tapi korang takde ape yang orang tu nak, leh la offer nak beli guna duit. :)

*Targeted members: Semua orang pun boleh jer join


5. Mobile Phones & Gadgets Shop 1 Malaysia - Haaa... sesape yang nak jual atau beli ape-ape gadget silalah join group ni. Add kengkawan masuk group ni. Ade orang let go Ipad la, Galaxy Tab, Ipong, Blekberry and macam-macam lagi kat sini. Tips: Kena pandai-pandai nego dan silalah berkenalan dengan penjual sebelum membeli yer... Selalu jugak lepak group ni cos bace komen-komen orang tentang sesuatu gadget. Saje tambah ilmu... beli nyer idak. hehe... eh, aku pernah beli BB Bold 2nd hand dari one of the member from group ni tau. Tapi arini dapat dari poslaju, malam dah takleh pakai cos masa caj bateri, terus takleh on dah. hahaha... Nasib baik la mamat tu pulangkan semua duit lepas aku pos balik BB tu kat dia. Sekarang terus jadi kawan kt FB and BBM pulak...
:D

Targeted members: MEN! Who else yang giler gadgets kan? And of course sesape yang suke cuci-cuci mata or looking to find preloved/2nd hands handphone/smartphone etc. Sila join!



5. Mama Panda Store - Yaaaaaa... ini diaaa!! hahaha... silalah join group ini untuk dapat lebih banyak update tentang barangan yang dijual oleh Mama Panda. Nak join kutu strollers? Nak join pre-order? haaaa semuanya di sini. Plus, kalau korang ade ape-ape kemusykilan tentang barang-barang, leh terus tanya di FB group itu. Memang tak rugi join... So meh la join and ajak kengkawan baru kawin or expecting a child join group ni... hehehehehe...


Tu jer nak citer. Ade banyak lagi group lain, aku sendiri ade join 52 groups dalam FB (baru kira, banyak jugak rupanya! hahaha) tapi kalau semua aku review sampai esok pun tak abis. Nanti-nanti kalau free ku citer lagi...

P/s: Join jangan tak join.

Salam...



alhamdulIllah...
Saturday, April 7, 2012
bismIllah...



I can't sleep. I have a headache. But I can't relax or watch movies either... so here I am writing down my thoughts... and what's been running in my mind these past few days.

1st, I need to create another bank account. I'm still in a dilemma on which type of accounts should I create. Another personal SAVINGS account? Or a personal CURRENT account? Or a company's CURRENT account?

Tengah pening...

I need to manage my money wisely. Sekarang ni macam tak terhandle jer duit sewa rumah kat Lumut yang aku dapat, duit dari customer beli barang, duit customer bank in untuk pre-order (deposits), duit modal etc etc...

Hubby pulak asyik push aku manage duit betul-betul sebab aku kan menteri kewangan dalam rumah ni... hehe... Tak nak kitorang overspend, tak nak kitorang tak cukup budget and macam-macam lagi la.. So aku kena manage betul-betul duit keluar masuk ni sumer... tapi aku macam tak cukup masa ar. Letih kejar kerja... letih manage anak, rumah, diri sendiri and suami... Argh, I need a helper! >___<


2ndly, I need have a better website. Tak tau la ape citer website mamapanda.com tu... Tak siap-siap lagi orang bertukang... Tak sabar dah aku nak mengupload gambar-gambar barang ni... HAHA... So, next on my agenda is to manage my website properly after this.


3rdly, I need to organize all my stocks. Sekarang ni semua dok dalam kotak yang supplier hantar je... Sebab? I don't have much space now that we're living in a small, rented house. Takde rak bagai... Sedih... tapi aku sendiri tak tau camna aku nak organize betul-betul... Hubby suggest aku gunakan master bedroom kat tingkat atas yang kitorang tak duduk (sebab takde siling). Tapi... malas le pulak nak turun-naik tangga! Lagipun same jer.. humban dalam kotak jugak. Takde rak and hubby tak bagi beli rak cos nanti nak pindah camana? Arghhh nyampahnyer.. Kalau dok umah sendiri, aku upah lagi Ah Seng buat kabinet kat aku di bilik bawah tu. Tapi apakan daya... merantau negeri orang... T___T


Lagi... lagi ape work in progress aku ek?

Takde dah kot buat sekarang.

Cuma tengah bulan nanti nak balik Perak... and stay till May. Sebabnye hubby ada hal sikit 16hb April nanti kena ke Lumut. So aku and Razin ikut la... Pastu hubby suggests kitorang stay kat Perak je la sampai May sebab awal May nanti hubby datang Lumut balik cos nak amik exams...

Hmmm aku risau tak muat kereta je nak angkut segala barang-barang bizz aku tu... camana ler agaknye... Tapi aku memang tak sabar nak balik Lumut. Cuma agak bosan semula la suami takde di sisi. :( takpela... kejap je pun... setakat 2 minggu ape la sangat... pernah kena tinggal sebulan kot! Redha la jadi bini askar ni yer...

Sejak dok Johor ni, takde dah nampak hubby pakai uniform navy warna putih yang smart tu. Asyik pakai overall comot jer... huhuhu... uniform biru tu ada la.. tapi aku suke warna putih lagi... hihihihi




Okla, tu jer nak update kat blog.

Aku rasa serba-salah lama tak update blog Razin. :|

Till then... wassalam...



alhamdulIllah...
Friday, April 6, 2012
bismIllah...



Dah setahun bercd beb!

Stash aku kejap-kejap banyak, kejap-kejap sikit. Banyak sebab asyik membeli jer... pantang nampak yang murah. Sikit sebab tiba-tiba dapat kesedaran yang 'I don't need that much cloth diapers'. So, aku jual balik. Kikiki...

Tapi... since Razin dah boleh berjalan ni, aku hanya setia kepada beberapa brand cd je...

And salah satu darinya ialah BumGenius!

I'm loving the brand more and more each day... Yeah, I'm a pocket mom (suka cd jenis pocket)... there's a reason why this brand is so popular in the States... they've been around for quite some time too.

Sebab utama yang aku paling suka adalah ianya tak bulky. Aku memang akan pakai the whole sets of inserts (1 newborn insert + 1 long regular 3 layers microfiber insert) sebab Razin heavy wetter and aku malas nak asing-asing inserts. Pakai je semua haha...

And it's not bulky at all. Sangat comel bila toddler pakai... takde ruang 'kembung' antara perut dia dengan cd... tak macam kalau aku pakaikan dia ngan cd lain with 2 inserts.

Susah nak amik gambar dia berdiri dengan cd...
Gambar ni je dapat.
T___T


So, last week I've sold 2 pcs of my Itti Bittis. Sayang wooo... tapi terpaksa jual sebab nak beli more Bum Genius. Aku ada lagi 2 ketul Itti Bitti yang aku tak jual lagi. Hoard jelah sebab prints tu memang takkan kuar dah.

Another thing yang aku suka tentang Bum Genius is... the elastic NEVER left any marks on Razin's chubby thighs. Elastic dia tak kuat mencengkam sangat macam other cds I have. But it does her job well! Tak pernah la pulak Razin poo-poo sampai bocor or terkeluar dari cd ke ape pun... Leaking pee tu penah juga esp kalau pakai waktu malam and Razin banyak menyusu serta aku tak tukar kul 3,4 pagi (aku selalu terjaga time ni). Kalau dari kul 10-6am tak tukar, memang akan bocor gak sikit sebab Razin memang heavy wetter. That's why for night time I use fitteds or Bamboolite's cds.


Yang tak best tentang Bum Genius is the prints. Not many options for prints. Banyak plain color je... Aritu time ada Artist Series jela baru ada prints.. Tu pun takdela lawa sangat pun. =p


Bum Genius Artist Series in Retail Theraphy.
Sekarang dah discontinued dah series ni... tinggal balance2 jer seller jual...


Oleh kerana aku pun kekadang ade penyakit malas nak stuff inserts masuk pocket, I also bought 2 more AIO (All In One) last week. Color Dazzle and Mirror. Cun warnanya! Suke sangat! (dah itu je option yang ada.. takkan nak beli same prints over and over T___T)

AIO ni macam disposable diapers.
Pakai je terus kat baby. Takyah nak masuk2kan inserts bagai.
The 1st three cds are BG AIOs. Yang belakang2 tu Baby Wombie AI2.
Hehe...



And I love BumGenius Freetime AIOs because they are very easy to use and quick to dry... Plus, it's also great for heavy wetter like Razin.

The only thing I'm not keen of is the pocket at the soakers... Kat soaker dia ade macam pocket tau, yang terhasil disebabkan jahitan... camne nak explain tah. And aku tak suke sebab habuk dan kotoran suka berkumpul at the corners of the pockets. Geram jer aku... tiap kali abis mesin kena buang balik benda-benda (habuk, benang2 etc) tu. Aku rasa maybe sebab kat sini pakai mesin manual kot? Kalau masa kat Lumut dulu, tak nah lak aku encounter masalah ni cos kat sama mesin fully auto. Eh, ade kaitan ke ek...

Hmm lantak la...

Ape-ape pun, aku suka BG! Rasa macam nak jual BG lah... hihihi




alhamdulIllah...
Wednesday, April 4, 2012
bismIllah...


Actually, tadi aku upgrade blogger aku... tapi tak reti pulak nak naip entry lepas tu. Signature Ryehana kat bawah entry takleh enter2 ke bawah... Lastnyer, revert to old blogger back.

I prefer old blogger! haha... (i think it needs some getting used to)

Anyway, just to update my blog current work I'm doing.


I'm upgrading MamaPanda.Com to a better site. So it's under maintenance right now. I'm afraid all my old posts would be gone. But then... lantak lah. I can always create a new blog. hehe...

I'm also in a process of stocking up the store with more products. Hopefully all is well. I'm super busy lately... I didn't even have time to shower! Oh the sacrifice you make to be a work-at-home-mom. huhuhu...

Talking of TIME. Where did it go?? I found myself not having enough time everyday... more so since Razin is more active and doesn't want to nap (kill me now) in the afternoon. And I found myself so exhausted, not having enough rest and easily pissed off.

I've shouted at Razin several times in a day. I think my neighbor suspected that I'm abusing my child... Ape tak nya, hari-hari kot asyik dengar Razin nangis menjerit-jerit macam ape lagi. Ya Allah... tak tau nak cakap. Padahal, I just went to the toilet to pee! It took less than 3 minutes! But no.. dear Razin will cry his heart out if Mommy is no longer in sight.

*Sigh*

I wish there is someone else in the house rather than just me and Razin. I think Razin is afraid of being left alone... If back home in Beruas, he ignored me because there were lots of people to entertain him. I can rest and sleep to my heart's content!

Oh I miss Perak... I miss Beruas and Lumut. Tak sabarnya nak balik! T___T

I'm looking for baby sitter that could take care of Razin for a few hours once or twice a week.

I want to go on a date night with hubby... I want to dine in peace and enjoy my meal without having to worry of a child's restless behaviour. I really want some of my ME time. I want to go out to malls and do some shopping without bringing my baby along... So that I can have more time.

But then, mana nak cari baby sitter plak kan? Pastu, aku ni percaya ke nak tinggal anak kat orang? Susah gak tu cos aku tak pernah tinggalkan Razin kat strangers other than family members!

Pastu, ye ke aku leh shopping and makan dengan aman without my baby by my side? Kang teringat kat Razin time makan... ape la Razin tengah buat etc... So? Sama je la! HAHAHA...

Kesimpulannya, once you're a mother, you are your child's world and vice versa.

So dear hubby, please please be more helpful when you're around.

I have to keep my sanity intact...

Kaulah racun, kaulah penawar...

Oh well... It's 12.30 am now.

Masa untuk lipat kain. Boo hoo!


p/s: Sape amik VCO as supplement? Good eh? Heard so many good reviews about it. I think I wanna try taking those...


Sekian.



alhamdulIllah...