Thursday, April 12, 2012

makin lambat tido...

bismIllah...


Makin lambat tido lately... Now dah 4.20 pagi. And I'm wide awake. But then, sebab petang tadi aku tido 2 jam kot. Heavennyer dapat tido siang lama tanpa gangguan anak. Lama gile dah tak tido siang...

People assume isteri-isteri yang duduk di rumah jaga anak ni banyak sangat masa free. Leh tido sesuka hati. Yelah, tak kerja kan.

Well, I don't know how it is for SAHM, but for WAHM like me, aku takde la banyak masa free sangat pun. I haven't read any novels for ages! And that's like, my hobby ok! So sekarang camne nak bace kalau takde masa free sangat? Aku ni pulak jenis, kalau tengah bace buku citer tu jangan la sesapa kacau kalau tak nak kena maki.

Tapi anak aku? Paling lama Razin tido waktu siang hanya 2 jam. Dua jam tu la aku nak mandi, masak, lipat kain, sapu sampah, online Facebook dan promote barang2 (ertikata lain 'bekerja' la). Kekadang tu time aku tengah mandi Razin jaga dan menangis so aku ni dengan badan penuh sabun akan angkat dia letak dalam Bumbo tengok aku abis mandi. That's the only way for him to be quiet. As long as his mom in front of him.

So aku memang tak paham kalau orang tanya/cakap "Dah tak kerja ni boring la ek dok umah..."

Heh. Bagi aku TAK. Aku tak pernah boring. Banyak je kerja nak buat. And maybe sebab aku ada bizz online ni kan... so memang takde la boring... tak cukup masa tu yer.

Beza sangat masa aku masih bekerja dulu. Aku leh je curi masa pergi Tesco/The Store/Giant sorang-sorang and beli barang keperluan aku with my time. Lepas berenti kerja, of course la semuanya berubah. Takde orang lain dah akan jaga Razin... Ke mana aku pergi, Razin ikut. Ke Poslaju, beli barang-barang, ke sana ke sini... Razin ikut je la sebab aku nak tinggal kat sape pulak kan? (ni masa hubby dok Johor, aku kat Perak... and while hubby kerja or sailing aku kena la manage semua sendiri)

 Nasib baik petang tadi hubby tolong take over jaga Razin jap. Dia dah tido siang kejap, so dia bangun je aku lak nak tido siang. Haha...

Lagipun aku naik stress melayan Razin yang asyik nak berkepit 24jam. Time aku duduk kat meja menghadap laptop, dia akan menyibuk kat celah kangkang nak suruh orang dukung atas riba. Bila kita riba, tangan tu takleh diam. Nak capai handphone la, tekan2 printer la, tarik itu tarik ini... Takleh buat kerja langsung kalau dia berjaga (which explains why I always stay up at night!)

And dia lak bukan nak tido sangat... So aku agak penat nak mengejar banyak benda. Tu yang kekadang orang sms kata dah bankin duit, aku tak tau duit untuk ape dan oleh sape (nombor tak save dalam hp dan line maxis kat blackberry x clear so takde email masuk inbox). Banyak la lagi benda yang buat aku agak stress bila di rumah bersama Razin. He's very clingy lately. Tak tau nak buat camne...

Pantang aku takde kejap mulalah menangis. Menangis sekuat-kuat hati lak tu. T___T

Aku tak sabar nak balik Perak esok (Jumaat). Hopefully dapat rehat sepuasnya sebab ada ramai nak melayan Razin nanti. Time tu nanti baru la dia bolayan je ngan aku... huhu...

Terfikir nak tinggalkan Razin kat Beruas sampai Mei tapi... ish tak sampai hati la pulak nak berjauhan.

Yer, dia memang banyak ragam sekarang. Tapi dia jugak la pengubat hati kalau sedih and tension. Lagi pulak sekarang ni pandai amik hati... kejap-kejap sayang, kejap-kejap sayang... 'Sayang' tu cium kita la... Cair sesangat. ;')

So Jumaat ni hubby akan tinggalkan aku dan Razin sampai bulan Mei nanti. Dia akan datang Perak balik awal Mei untuk amik exam Lt Cdr. So, stay jela kat Lumut...

Plus, aku banyak sangat projek akan datang yang melibatkan alamat di Lumut.

Aku terfikir nak ajak hubby ke Lost World hari Sabtu ni... tapi takut ramai orang... Ahh lantak la kalau ramai pun kan? saje nak bawak Razin jalan-jalan... Dok Johor ni terperuk kat rumah je... Jalan-jalan pun semuanya kat shopping malls je. Takde pantai dekat-dekat macam kat Lumut. huhu...

Tengok la camne... kalau jadi, ok la.. tak jadi pun takpe kot.


That's all for now.


Wassalam.

alhamdulIllah...

4 comments:

ladysara84 said...

Salam pekenalan... sy rasa wife yg kerja kat umah nie lg bz....cbuk ngan bisnes pastu nak lyn baby n kemas umah lg...cam sy bekerja..tp time keje ank tinggal kat taska..so still bole focus untuk 1 keje je..tgk baby time lunch...

Julie M Gumpil said...

Hi... same goes to me.. memang byk betul kerja kena buat.. memang novel dibeli pun simpan kat rak saja, entah bila nak baca.... ok, good luck dan kita exchange links nak?

ღ cik faye ღ said...

comey layout baru, memang sesuai utk mamapanda yg kiut miut! *o*

Ryehanna said...

To Ladysara84: betul sgt2. mmg busy giler huhu...

To Julie M Gumpil: same la.. xcukup masa nk bc novel mcm masa xde anak dulu2... boleh boleh.. nnt sy link :)

To CIk Faye: Thanks dear! heheheheh