Saturday, June 8, 2013
bismIllah...


Dah berapa hari tak on lappy ni... Saje tak nak on. Kalau aku on, keje mengadap laptop jela. Nanti Razin kena marah cos kacau aku buat keje. 

And frankly, i'm so freaking tired. I wish i have a sub-ordinates that i can delegate things to. Huhu... Penat sebenarnya keje sendiri... :(

5th June lepas was our 3rd anniversary. Dah 3 tahun bernikah. Alhamdulillah...

Takde celebrate hape pun... Call husband pun idak (vice versa). Busy gile ke ape aku pun tak tau lah. But he wished me on facebook. Thanks hubby. :)

Nak sangat ajak hubby bercuti. Need to clear my head. Entah bila... Busy je memanjang...

Cuti sekolah dah nak abis dah pun. Tak pergi mana2 pun. Aritu yang kekonon nak pergi Cameron tak jadi cos 'kawan' kat Cameron nasihatkan takyah la naik cos jem kat atas tu. Buang masa dalam kete je. Huhu... So tak pergi la.. Xde sape beria nak pergi pun kecuali me n mamito.

Esok dah nak balik Lumut semula. Xtau nak bawak Razin ke tak. Kalau Diyana nak ikut, maybe bawak balik. If not, tinggal jela kat Beruas.s

Aku tengah busy cos banyak pulak product baru yang best2 aku baru nak start jual ni. So, memang tak menang tangan. Huhu... Nak updat kat blog pun tak sempat. Haihh

Kla, got to go.

Till then....

Wassalam


alhamdulIllah....


Tak bersusun cos takde masa nak susun.


Sunday, June 2, 2013
bismIllah...



Finally tergerak jugak hati aku nak update blog. Makin lama, makin slow jer update. Adakah aku bakal menjadi seperti kawan-kawan blogger yang lain? Meninggalkan dunia blog dan lebih aktif di twitter mahupun FB?

Oh no... not me.

Ya, blog ni dah berubah. Aku dah berubah. My readers pun dah berubah. hehe... Ape-ape jela. Tak kisah la.. yang penting, i have a blog where i can ramble on things i want to ramble on.

Dah seminggu cuti sekolah start... tapi baru petang tadi aku dapat balik Beruas yang hanya 40 minit dari Lumut.

Hubby balik Perak dari Johor on Friday, then dia ade keje ape tah kat Lumut... (cuti pun kerja yer... navy... camtu lah) Rabu baru gerak ke KL, umah kakak ipar. Sebabnye ibu mertuaku ada di sana. So amik Mak untuk bawak balik kampung ke Felda Lakum, Pahang. heheh...

Tido semalam kat KL, tido semalam kat kampung, then tido semalam lagi kat Ladang Bebar, Muadzam Shah... Umah Kak Ngah. Hari-hari atas jalan jer... gile ah.

Kitorang gerak balik Lumut semula semalam... Sabtu 1st June 2013. Tapi dari rumah Kak Ngah tu, kitorang singgah Negeri Sembilan... jumpa bapak aku.

Laki aku la yang offer.. cos he said, dah masuk Negeri Sembilan takmo jumpa Abah ke? So... pergi jela. Last time Razin jumpa Tok dia masa dia 6 bulan kot? Now dah 2 tahun lebih...

Sampai Mambau dalam pukul 6ptg. Then Abah ajak singgah kampung jap (5-10 minit je from his house) cos ade kenduri... Aku macam... err... err...ikutkan segan sangat. Tapi hubby said, let's. Maka... ikut jelah...

Dapatla jumpa Nenek aku... and Razin met his moyang belah N9 for the first time.

Anyway, lepas Maghrib kitorang terus gerak balik Lumut.

Sampai Lumut pukul 11.30 malam kot?

Hubby drove the car like a mad man. -___-"

Found out later that Razin had a fever. Badan dia panas... I also couldn't sleep last night. Memang always on the road je kan... Penat. Kesian Razin.

I was stressed too. So many things on my mind... Felt like I would explode. Plus, I have backlogged orders yang came in while I was away.

So petang tadi, I have no choice but to send Razin balik Beruas. Hopefully Razin ok la cos kat kampung ramai melayan since it's school holiday...

Ada Amirul and Aidil (Amirul's older brother from Manong) rajin melayan. And all my other siblings ade... Well, Yong akan balik esok since dia ade cuti 3 hari.

Planning to go to Cameron Highlands this week. Mamito asked me to book the hotel. Aku belum ada masa nak survey lagi. huhu... Esok ada banyak lagi urusan lain.

Gosh, I wish I could clone myself.

It's a tiring week.

Stressful. Bad feelings.

I hope the coming week is better. Mengharap dengan sangat.

Hubby changed cars with me. So now I'm using the smaller car. My car.

Eh, I haven't update about my 'new' car kat blog kan? hehehehe...

Well, it's my dream car. Kalau follow blog Remember When ni dari dulu, you would've known what my dream car is. Click here and here.

See?

Dah lama sangat teringin kereta tu.

And no... the one we bought isn't brand new. But I don't care as long as it's the new Beetle! hehe...

Eh kena upload gambo ni... =P


Mr Beetle sebelah Mr Cherev.

Yer, both male. Pedulik hape aku... hehehe..

 Memang kecik, tapi consider ni second car, belasah jela.

Beli kereta kedua ni pun sebab hubby masih dok Johor.. so susah takde kereta.. aku lak kalau bagi Mr Cherev kat dia, aku nak pakai ape kan... huhu...

(Jual Virago, beli Beetle btw)



Genap sebulan pakai.

Hubby brought this back last PRU13. Dapat berapa hb tah... 
Ade benda yang nak kena repair actually... but we made it as a project. hehe...
Little by little...

Klah, tu je update kali ni.

Adios.



Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Tuesday, May 21, 2013
bismIllah...



Dah nak habis May dah pun. Baru dapat nak update blog. Alasan biasa, sibuk. Atau aku perasan sibuk? Whatever lah. Tapi memang tak sempat nak update blog.

It's a sad month.

Abah passed away last 12th May 2013. Sunday. Dia meninggal time Maghrib. Sedihnya ingat balik...

Aku, Mak, Nini and Razin bergegas ke Bangi malam tu. Konvoi kereta dengan Yong, Wan and Mak Teh. Mak Teh kebetulan ade di rumah Yong di Batu Gajah cos esoknya nak ke KL naik train dari Batu Gajah.

Kami sampai pukul 2.30 pagi. Esoknya Abah dikebumikan dekat area situ jugak (Bandar Seri Putra) pukul 11 pagi. Kami bertolak pulang lepas Maghrib. Tengah malam jugak la baru sampai Beruas.

Sangat terkejut. Sebab tiba-tiba je.... well, yes.. Abah memang sakit...

Tapi apa-apa pun aku lega jugak cos sempat bagi Abah merasa makan dari kenduri aqiqah Razin weekend sebelum tu... Abah la yang bising sangat (and Mak Yang too) suruh aku cepat-cepat buat kenduri... Diorang marah cos Razin dah besar gajah tak qiqah2 lagi... Alhamdulillah last 4th May (sehari before PRU13) berlangsung la kenduri aqiqah Razin. Tumbang lembu seekor. So memang banyak la lebih kan... tapi tu kongsi dengan kakak aku jugak cos dia pun ada niat kenduri...

Ralat sikit jela, sepanjang kenduri Abah lepak dalam umah je... aku jumpa Abah bila dah nak balik Lumut. Hari Isnin 6th May. Masuk dalam umah sebelah, salam2 gitu jela... Tak sangka it was the last time I saw him alive. :'(

Oh... Abah yang aku ceritakan ni bukanlah bapa kandung aku... tapi dia bapa saudara aku a.k.a Pak Yang. But I called him 'Abah' sejak kecik lagi. Other cousins pun ada panggil begitu jugak. Cos dari kecik, aku  banyak duduk dengan Mak Yang. Banyak memori aku masa kecik adalah masa di Ipoh... and di rumah Mak Yang kat Beruas ni...

Well...

That's all for now.

Will blog more if I can find the will to type it down.

Wassalam...

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Tuesday, April 30, 2013
bismIllah...


Dah gaji. Walaupun bukan aku yang dapat gaji, tapi sebagai seorang penjual, merasa la jugak tempiasnya. Time ni baru orang membeli barang... time ni jugak baru orang bayar duit kutu (yer, ade kutu stroller, kutu carseat dan juga kutu baby carrier di Mama Panda). Huhu...

Time dah gaji ni jugak aku busy sikit check payment, bungkus barang dan pos.

Alhamdulillah sekarang ni aku tak lagi berkejar ke Poslaju untuk pos barang. Aku tunggu orang kutip kat rumah je... Aku dah buat akaun dengan Gdex dan KTM. So, jimat masa dan tenaga.

Dan aku juga semakin malas.

Since dah tak keluar rumah sangat, aku mana ade nak jaga muka lagi. Serius. Takde dah tempek moisturizer ke... berbedak ke... setiap pagi macam selalu. Takde. hahahahampeh.

Dan di usia 27 tahun ni (birthday aku bulan Ogos! so masih 27 tqvm), memang rasa kulit dah tak secantik dulu. Dahle aku ni pulak pemalas ya amat bab-bab jaga muka ni. Nasib baik la Allah kurniakan kulit muka yang tak banyak masalah... xde jerawat sangat etc. So, xjaga pun xpe sebenarnye. Cuma berkerak plak rasa  cos lama tak letak apa-apa kat muka.

Esok 1 May. Cuti hari buruh. Sesungguhnya aku dah tak sabar nak tunggu suami pulang. Kali ni penantian ditunggu kerana perkara yang lain dari biase. Dia kini sedang memakai kereta aku. wahhh... jeles gile... tapi kena sabar cos lepas PRU je baru dia balik.

Ada lagi seminggu....

Esok Mak Yang, Abah, Kak Lin balik. Nan balik hari Jumaat. Aku pun balik Beruas esok juga. Sebenarnya aku nak balik malam ni, tapi budak-budak tenants ni tak kuar abis lagi.

Sabtu ni ada kenduri... bestnya ramai-ramai berkumpul. Too bad my hubby couldn't come. :(

That's all for today. Till next time.... Daaa...



Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Saturday, April 27, 2013
bismIllah...


1. CEREWET

Tak pernah terfikir pula nak melabelkan diri sendiri sebagai seorang yang cerewet. Tapi.... mungkin betul jugak aku ni cerewet (bak kata Nini). Hey, tengok jugak la aku cerewet sebab ape ok... aku cerewet tentang harta-benda aku.

Dari dulu aku tak suka orang usik barang aku. Tak suka Nini kebas t-shirt, blaus or segala barang aku (dia selalu pinjam or amik cos leh muat baju aku je since Yong and Debab tu...well, debab).

Now aku cerewet bab rumah. Currently I have 4 tenants. 3 of them patut pindah hujung Mac aritu tapi tak jadi... now diorg patut kuar hujung bulan ni... tapi seorang lagi tu masih ade cos belum abis praktikal.

Seriously aku suka ade orang lain dalam rumah ni cos at least tak sunyi.

Tapi sebenarnye memang susah kan... ade jugak la ketidak-puas hatian aku... especially bila part kebersihan dan kerajinan.

Ade yang rajin masak tapi tak penah nak tolong mop lantai yang berminyak. Kadang-kadang pinggan kotor terbiar kat sinki berhari-hari... lantai kalau kat tingkat bawah tu memang tak pernah bersapu la selagi aku tak sapu... and dulu, masa awal2 aku duduk, memang diorang tak pernah langsung tolong buang sampah.. sampai aku naikkan notis baru la ade yang reti nak buang sampah. Sampah sendiri tu... haihhh...

Now, waiting for three of them to move out. At least, yang rajin masak dah kuar aku lega la sikit.

Sesungguhnya perempuan memang takleh kongsi dapur kot. Tak tau la kan... kalau rajin kemas balik, aku ok je. Tapi ni sebaliknya. Hmmm...



2. KERETA

Yaaa... berita yang dinanti-nantikan oleh aku! Hubby dah wassap semalam yang dia dah sign agreement. Now tunggu turn aku plak sign untuk bahagian guarantor. Agreement tu sampai kat Manjung hari Isnin nanti kot. So lepas aku sign baru kereta tu di'release'. Tapi hubby pakai kereta tu dulu.... huhu... Lepas PRU baru dia dapat balik Perak... along with the car. ^__^



3. PRU

First time nak pergi mengundi ni. Aku bakal mengundi di SK Beruas nanti. Tapi Mamito and Afnan entah kenapa mengundi di SK Dendang. huhu... Undi sape? Rahsiaaaa... hehehe...



Cukuplah 3 topik.

Sebenarnya mood tak berapa baik. That's why aku update blog. To take my mind off things/people.

Kenapalah umah mak ni panas sangat.... duduk saje pun berpeluh macam lari 300 meter. :(


Wassalam.

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Saturday, April 20, 2013
bismIllah...



Alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak Babyzen Yoyo yang aku idam-idamkan since last FEBRUARY. Yaaaa... February okeh! Aku submit order hujung bulan Feb tapi baru bulan April ni aku dapat.

Aku terpaksa dahulukan 2 orang customer yang nak pakai urgent and time tu supplier ade 2 units je benda alah ni. Sabo jelah...

Anywayyyy... gile best stroller ni!

Ok, first sekali, main feature stroller ni ialah ke'compactness'. My customer who bought this stroller commented that Yoyo ni seat dia takdelah gebu and sedap macam her Phil & Teds but bagi aku, dah ok dah ni... hehe.. Aku tak pernah pakai Phil & Teds, tapi aku ada Quinny Zapp Xtra... sebab kalau nak ikutkan Quinny Zapp Xtra lagi la takde padding pun kat seat dia except kat safety straps je (and bahagian bwh? lupe cos lama gile tak pakai Quinny).

But we both agreed with how easy to use and compact the stroller is.

Video di bawah dirakam guna Ipad 4 aku... masih lembab nak biasekan diri dengan buckle dia. Lama kat situ... HAHA... Lain-lain best!



Since aku penah pakai Quicksmart Easy Fold, so lebih kurang je cara lipat ni. Sama... tapi ni lagi senang la nak terbuka terkatup berbanding Quicksmart tu. Pakai Quicksmart tu selalu tak jadi bila nak buka laju-laju (unfold) tapi pakai Babyzen Yoyo ni senang gila. :=D


Razin yang excited cos dah lama tak naik stroller. HAHA




Boleh sandang. Best! hehehe




Order dari customers...
Tak banyak cos first time order...
Lagipun mahal kan.. lagi mahal dari Quinny Zapp Xtra T_T


For those yang tak tau, stroller ni leh masuk cabin yer.. so kalau nak travel by flight, you don't have to worry about your strollers dari dicampak-campak bila kena humban masuk bhgn bagasi. Stroller beli mahal-mahal plak tu kan... huhu

Sekian, review pendek dari saya.

Adios!

p/s: Please email me at raihana AT mamapanda DOT com kalau nak order. Harga best!!

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Saturday, April 6, 2013
bismIlah...


I'm at my mom's house now. Razin is sleeping beside me... after hours of coaxing for him to sleep. Haihhh... susah giler nak tido.

Sebenarnye pagi-pagi karang kitorang nak ke Perlis. Rombongan cik kiah wakakakaka... takdelah, rombongan sekolah Mak. Biase la kan nak ke ladang anggur then tak sah kalau tak singgah Padang Besar. Aku bukan nak shopping pun (xtau nk shopping ape kat PB tu) tapi ikut jela cos bosan dok umah je... at least, kuar gak dari Perak. And paling penting aku takyah drive. Malasss!

Nak update sikit about life.

Alhamdulillah... bisnes is good. Ada improvement. Boleh lah nak hidup...

2nd baby? Still nada. Jeles aih tengok orang dah ade 2nd baby ni... but I believe ada hikmahnye. Berusahalah! HAHAHA... hopefully once husband dah duduk sekali nanti ada la rezeki Allah bagi.

Other than that, I'm happy.

Insya Allah akan dapat kunci rumah kedua kami bulan April ni. Bulan lepas macam nak tercirit jugak la bayar lawyer fees (RM4600) and duit valuer (RM800). Rabak gile. Aku tunggu duit kutu orang bayar jer baru leh bernafas sikit. huhuhu... Nasib baik la ada backup plan kan...

Tapi bulan ni pun kena berjimat-cermat since nak masuk umah tu mesti nak prepare macam-macam. Kitorang nak humban perabot sedia ada sekarang ke rumah kedua tu. Cos rumah tu memang nak sewakan fully furnish. Target nak sewa pada kompeni-kompeni... dalam RM1500 sebulan ke... Lepas la duit loan rumah. Huhu...

Hubby sebenarnye keep pestering me about that house. Dia nak suruh kitorang sewakan umah Lumut ni and duduk kat rumah kedua (in Manjung) too cos umah tu semi-d setingkat setengah (tingkat atas ade master bedroom jer). Rumah sekarang  (Lumut) double story terrace yang langsung takde tanah. Dia kekonon ada la projek nak bercucuk tanam la... nak letak wakaf la etc kalau dok umah semi-d tu...

But no... aku malas nak pindah cos rumah tu rumah lama... Kitorang beli 2nd hand. So mesti tak sebest rumah Lumut sekarang kan.. dahla aku baru install kabinet for my Soho. So no... koserr... sewa jelah.


Oh by the way... ade benda nak update sikit tentang hubby.

Well, sekalung tahniah to him cos dah pakai pangkat baru. Dah confirm Lt Cdr after sebulan lebih jadi pemangku Lt Cdr. Alhamdulillah... naik gaji, naik jugakla elaun bini askar yang dipotong dari gaji beliau. kehkehkeh... syukur... boleh topup-topup beli barang RAZIN. Ehem. *bajet isteri mithali*



Another big news that I'm so excited about and is.... well... I'm going to have a new car!

Finally... my own car. Memang la sebelum ni aku jer yang selalu belasah Mr Cherev tu, but I always think of it as hubby's car. Not mine. Yerla.. OUR car. Tapi hubby yang bayar.. still... tak sama dengan your own car kan. heheh... At the age of almost 28 years old, baru nak merasa dapat kereta sendiri. Tu pun second hand sajork. HAHAHAHA... Tak mampu ler nak beli brand new. Tak kisah la... asalkan kereta yang aku suka. Aku yang akan bayar (cos aku yang nak sangat model tu) tapi suami aku tetap kena topup gak la wakakaka.. Terima kasih suamiku cos sudi nak tolong topup bulan-bulan... biasela, binimu mana ade gaji. hihi...


Sebenarnye hubby jugak yang beria nak beli kereta. Dah bosan naik motor Virago dia tu... Nak jual Virago and beli kereta pulak. "Jadila merasa dah pakai Virago... bole la jual balik" katanya. Hmmm suka hati abang la... Orang lelaki memang jarang shopping (lagi2 laki aku... gile jimat!) kan, tapi sekali dia gatal tangan nak menshopping, amik ko... takde nyer barang ratus-ratus ringgit. huhu...

Banyak cerita and peristiwa untuk pilih our second car kereta aku nih... kejap-kejap nak itu, kejap-kejap nak ini... Survey macam hape je.. Jenuh jugak la dilema nak beli yang mana satu sambil check duit dalam bank. huahua. Hmmm tunggu barangnye dah ada depan mata la... nanti aku story mory lagi kat blog.

Alhamdulillah... life is good. I feel so blessed. Sesungguhnya semua ni memang pinjaman jer. Takde yang kekal pun... terima kasih ya Allah kerana bagi peluang merasa nikmat ni semua... :')


Razin is now 2 years old. Aku masih belum sempat update blog dia.

Cheeky now. Masih lagi belum pandai cakap... mak aku suruh toilet train dia cepat-cepat once dia dah pandai gitau bila nak berak. I'm dreading to toilet train him... i can foresee the monster in me surfacing whenever Razin terkencing or terberak merata-rata dalam rumah. Ermmm. takutnye. Kesian Razin nanti. huhu... dapat mak garang nak mampos. T__T

Sekarang ni pun aku dah suruh dia sapu sampah, lap air yang tumpah (dia buat), buang pampers dia dalam tong sampah setiap kali dah tukar and simpan baju-baju dia yang aku dah lipat. So far ok. Excellent except bab sapu sampah. Lagi bersepah ada la. But of cos, baru 2 thn! haha.. aku memang hampeh.

Kena banyak-banyak berzikir la aku ni... Panas baran sebab tak dekat ngan Tuhan kan... oh, ya Allah... 

Well.. till then. dah 2.30 pagi. Nak tido jap befor bangun lagi sejam.

Salam...



Written By Ryehana
alhamdulIllah...