Thursday, October 17, 2013
bismIllah...



Situasi 1:

Pagi. Mandikan Razin... lepas berperang dalam bilik air, Razin mintak dukung and I carried him to bed. Lap-lap badan and prepare nak pakaikan diaper.

"Ajin... Ajin jangan nakal-nakal tau. Nak mandi pun susah sangat. Dah mandi tak nak keluar bilik air plak..."

"Mandiiiiii" jerit Razin.

"Yer... dah mandi dah kan" and I continued wiping his body.

"Ajin... nanti kalau Ajin dah ada adik, Mak tak tahu la boleh luang masa nak mandikan and layan Ajin lama-lama macam ni... Mak takut nanti semua benda nak cepat je..."

Air mataku bergenang.

"Mak takut nanti Ajin dah tak dapat manja-manja dengan Mak macam sekarang"

Nangis.




Situasi 2:

Drive ke UniKL Mimet bawak Razin untuk hantar ke taska.

Banyak perkara bermain di fikiran.

Kesian Razin. So I decided to send him to nursery until hubby is back. Oh hubby delay posting ke Lumut. Bulan November plak. Sedih...

Radio Lite FM. Tetiba lagu 'Will Smith - Just the two of us' ke udara.

Air mata menitik-nitik macam air hujan. Sayu...




Situasi 3:

Pagi. Dah terang. Pukul 7.30 pagi. Golek-golek atas katil dan kejut Razin.

Mata pejam tapi ditepisnya tangan aku dengan kuat. Ala-ala nak belasah orang.

"Ajin, bangun la. Mandi"

Dia mengeliat. Gosok-gosok and cuba tarik taik mata yang melekat di kelopak mata.

"Bangun la Ajin... nak pergi sekolah tak?"

"Tak nak" lembut je dia jawab. Laju plak jawab.

"Jom laaaaaa"

"Tak nak"

Aku tenung je dia. Dia tengok aku balik. Senyum-senyum and golek ke dada. Baring atas dada.

Tiba-tiba dia bangun, cium pipi aku.

Sebak.

Nangis lagi.

Tak jadi pergi taska aritu.




Situasi 4:

Nak update blog. Nak update tentang hubby delay draf Lumut, tentang customer banyak songeh, tentang kutu, tentang selera aku yang takde.... tapi teringatkan Razin yang sedang tidur (awal tido mlm ni)

Taip.

Remembering.

Cried.

:'(


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, October 10, 2013
bismIllah...

 7 weeks pregnant today!



Alhamdulillah... last Tuesday dah scan and finally dah nampak amniotic sac. And nampak jugak jantung baby berdegup-degup dengan laju. Syukur ya Allah... tak sedar aku menangis sendiri masa on the way balik scan tu. :')

Walaupun ni 2nd pregnancy, tapi tahap ke'excited'an tu sama je macam 1st dulu. Maybe sebab lama tunggu? Ape-ape pun, aku harap semoga baby no.2 ni akan sihat dan selamat sampai full term, insya Allah.


Ni gambar scan aritu. Nampak kantung je yg bulat tu. baby kt bottom of the sac. VERY SMALL!
Yela, besar buah blueberry je... tapi kenapa aku gemuk macam dah pregnant 4,5 bulan?? -__-



Ermmm... scan ni kat Klinik Diong. Sebenarnye aku buat checkup kat Klinik Sejati. Tapi sebab masa aku datang tu mesin tengah servis plak, aku dibawak pergi klinik sebelah. Nasib baik la sebelah je. Tapi tak kisah pun cos Dr Diong tu baik and ramah gile. Pasni aku takkan pergi dah klinik pakar Ling kot. Pergi Klinik Diong je. Heheh...

Tu jelah update baby no. 2

Next check up 27hb nanti. Aku tak buat-buat lagi buku pink cos malas. Aku tak ingat mana aku letak buku pink time Razin dulu... Nanti la dah 3,4 bulan baru aku buat. Lagipun maleh nak pergi KKIA. Kena tunggu lama bla bla... 

Anyway...

Update Razin.

Dah masuk bulan kedua Razin pergi taska. Plan awal nak hantar sebulan je. Tapi terlajak ke bulan seterusnya cos sejak preggy ni memang aku penat. Tenaga aku hanya untuk bekerja (dari rumah), uruskan kain baju and kemas rumah sikit-sikit serta settlekan hal pengeposan barang etc. No energy to cook and memang tak lalu makan ape yang aku masak pun. huhu... Tunggu laki aku balik Raya Haji nanti baru ok kot.

Razin dah ok dah sekarang. Takde dah nangis bergolek-golek bila kena tinggal kat taska. Nangis kejap or kekadang tak nangis pun. Muka je macam nak nangis. And he's happy he has friends. Senyap je bila hantar dia pepagi ke taska. Takde memberontak dah. Oh... dah besar anak aku... :')

Rasenya abis bulan 10 ni tak hantar Razin ke taska dah rasenye. Sunyi jugak dia takde. Tapi problem aku bab makan la... kesian plak anak aku tak makan kalau aku tak masak. Aku tak makan xpe. Aku memang MALAS masak tahap dewa sekarang ni even perut aku sakit and lapar gile aku rela start enjin kereta pergi tapau ape2 makan. Yeah, that bad.

Busy kerja dari pagi sampai petang... Malam je free ckit.

Dah memang SELALU sangat aku makan lambat tak ikut time. Well, memang aku ada gastrik so lagi la teruk kan...

alhamdulillah bisnes ok... sangat ok. tapi kekurangan dia aku tak cukup masa. Solat Zohor pun selalu pukul 3 lebih... padahal aku dok kat umah je! Semuanya lewat. Zohor and Asar selalu lewat. Haihhhh... Ya Allah, permudahkanlah...

Bak kata Hamka kereta mayat, rezeki yang berkat tu rezeki yang kita dapat tanpa membuatkan kita mengabaikan tanggungjawab kita pada Allah. 

Because I know... semua wang dan harta di dunia ni takleh bawak ke kubur jugak. Duduk dalam kubur nanti sorang-sorang... Fuhh... perlu muhasabah diri lagi.

Cuma niat aku sekarang, cari duit untuk kesenangan anak-anak aku nanti. Tolong suami aku untuk kehidupan yang lebih selesa insya Allah.. and mudah-mudahan I can help others with what I have.. Alhamdulillah, kami tak mewah, tak juga miskin. Cukup-cukup sahaja.


Sekian bebelan hari ni.

Esok lusa sambung lagi kalau rajin.

Akhir sekali, tempek gambar sikit...




Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, October 7, 2013

bismIllah...



Seperti yang pernah diblogkan sebelum ni, aku consume Qaseh Gold Adinda sejak Mei-Jun lepas sebagai usaha untuk hamil anak kedua.

Aku tak penah pakai ape-ape pun untuk merancang... So bila Razin dah cukup setahun, terus aku ON je untuk bagi Razin adik. Razin dah 2 tahun 6 bulan baru aku disahkan hamil.

Bagi aku, lama jugak la proses TTC tu. Dari duduk sekali di Johor sampai dok asing-asing starting January 2013 till now. Alhamdulillah husband dapat draf ke Lumut semula and lapor diri 16 Oktober ni.

Anyway, just nak share pengalaman TTC.

First sekali, period cycle. Aku bersyukur dikurniakan kitaran haid yang takde masalah. I'm regular as a clockwork. Cycle aku 26 hari.

Untuk yang ade masalah period, elok la betulkan cycle tu dulu... Boleh jumpa doc untuk penerangan lanjut. Leh jugak consume supplement yang boleh bantu betulkan cycle. Yong (kakak aku) amik Qaseh Gold baru la period dia teratur katanya. Kalau tak, penah je sebulan or 2 bulan tak period. Tapi takde baby pun.

Aku sebenarnye pemalas tahap gaban nak jot down bila period, bila abis period... sebab tu aku selalu tweet je. "arini bendera merah la plak" would be what I tweeted. So nanti aku check je twitter aku. HAHA... pemalas!


Kedua, berat badan. Well, aku CUBA jugakla nak kurus untuk dapatkan berat badan ideal. Tapi hampeh gak haha... awal-awal beli cross trainer memang aku rajin workout. Pehtu maleh. hahaha... tapi betul la, nak preggy seeloknye dapatkan berat badan ideal. Tak kurus sangat, tak gemuk sangat.


Ketiga, amik supplement. Aku amik Qaseh Gold Adinda dan air Sole (garam mineral). Husband ku pun aku bagi Qaseh Kekanda... tapi bab laki aku tu, tak tau ler dia makan hari-hari ke tak. Aku juga amik asid folic beli kat farmasi.


Keempat, kira hari bila akan bertelur (ovulation week). Selalunya hari ke-13 lepas kita tau kita period. Means, kalau macam aku yang period 5-6 hari, dlm lebih kurang 6-7 hari lepas abis period tu waktu subur la... Ovari tengah mengeluarkan telur.. So kalau nak bersama dengan suami, sangat afdhal pada waktu subur ni la.

Bagi yang PJJ macam aku and hubby (tahun ni), memang susah la sikit. Yela, laki balik time period ke... dia balik time x subur ke etc. So, bagi married couples yang berPJJ and masih belum ada rezeki, sabo jelah... memang amik masa... insya Allah kalau ade rezeki tu ada la.

Aku baru je join group TTC kat FB. Baru tau macam-macam masalah kesuburan yang wujud rupanya.

For women, antara yang paling common is PCOS (Polycystic Ovarian Disease). 

Amende PCOS tu?

Polycystic (pah-lee-SIS-tik) ovary syndrome (PCOS) is a health problem that can affect a woman's:
  • Menstrual cycle
  • Ability to have children
  • Hormones
  • Heart
  • Blood vessels
  • Appearance
With PCOS, women typically have:
  • High levels of androgens (AN-druh-junz). These are sometimes called male hormones, though females also make them.
  • Missed or irregular periods (monthly bleeding)
  • Many small cysts (sists) (fluid-filled sacs) in their ovaries

Ada banyak lagi problem selain PCOS. Endometriosis, fibroids... etc.

Lelaki pun menyumbang jugak... bilangan sperm yang sikit, sperm motility etc... 

Seeloknya bagi yang dah setahun kahwin and belum ada rezeki, rujuk pakar. Jangan tunggu lama-lama cos semakin meningkat usia, semakin kurang subur.

Kalau memang takde masalah kesihatan, then memang belum rezeki... Insya Allah nanti ada lah tu.

I'm in delicate mood since preggy.

Kalau leh nak ramai kawan-kawan TTC preggy too. 

Selalu jenguk-jenguk group and baca kisah TTC kat situ...

Esok ada appointment dengan Dr Ngo. Aritu pergi dia scan tak nampak ape lagi (of cos la, baru 4 weeks kot!). So esok dia nak scan lagi...

Kekadang rasa macam tak percaya je pregnant. Tapi till now takde period and pregnancy test pun positif, so.. ya... ada baby dalam rahim ni. Syukur Ya Allah...

Razin pun sekarang manja semacam je. Macam tahu nak berkongsi kasih lepas ni. I still love you, Razin. :')



Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Sunday, October 6, 2013
bismIllah...


Sesuatu yang dijangka.

Perasaan malas.

Malas ya amat.

Macam ni jugak la aku masa pregnant Razin dulu. Semua tak larat nak buat. Well, bukan tak larat la... Malas sebenarnya. Nak bangun malas, nak tengok tv malas, nak makan pun malas. Keje nak baring and tido je. huhu...

Cepat la Raya Haji. Cepatla laki aku balik.

Tak larat la.....

**Malas.......

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Tuesday, October 1, 2013
Bismillah...


Ya. Perubahan rutin ni dah berlaku sebelum aku tahu aku hamil lagi. 

Since end of August, aku tidur awal dan tak tersedar sampai subuh. Selalunya aku tidur lambat... Pukul 2,3 pagi. Sekarang tidak lagi. Pukul 9.30 dah ngantok.

Tapi bangun mcm biase jugak. Nasib baik alarm kejut, kalo tak terbabas jugak kul 8 baru bangun kot. Huhu

So yeah... Tu salah satu simptom preggy kali ni. Penat. Tido awal.

Mual dan muntah2 belum lagi. Aku harap takde la ;p

Susah nak buat kerja kalo morning sickness... Nk melepek je sepanjang hari... I cant afford that. I cant even have MC macam time ade employer dulu....

Pahit manis bekerja sendiri... Semoga aku tabah.

Nak taip pun malas pdhal tadi byk idea sgt.

Next time sambung. Bye



Alhamdulillah...
Thursday, September 26, 2013
bismIllah...




Banyak kan test yang dipakai?

Sebabnye tak sabar... hahaha..  actually ada lagi satu tapi dah takleh guna cos aku terbagi basah kat window tu. 

Still in early stages of pregnancy...

Doakan semuanya baik-baik sahaja ya.

Alhamdulillah... syukur sangat-sangat.



After 1 year and 6 months trying to conceive...


1. Yang aku perasan, aku pregnant lepas 3 bulan makan Qaseh Gold Adinda + Sole.

2. Berurut yang sedap sangat tu... (aku takde masalah ape-ape pun kata makcik tu... saje urut jelah)

3. Banyakkan doa dan bersedekah.

4. Mungkin berkat doa dari kawan-kawan dan juga customers (mana yg dpt diskaun/free gifts etc hehe)

5. BD before ovulation week dan on the last day of ovulation week.


*BD = Baby Dance (have sex) --- ni term aku belajar dalam group TTC di FB hehehe...


Semoga kawan-kawan yang tengah TTC berjaya hamil juga nanti, doaku untuk kalian... =D


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Friday, September 13, 2013
bismIllah...


Orang lain yang nak nikah, aku yang excited. Esok pagi-pagi nak gerak ke Ayer Molek, Melaka... wedding si Chokilala. Insya Allah bakal bertemu jugak dengan budak tu. Selama ni kenal online je... lama gile kot... sejak 2008 something ke... lupe dah aku. And kot-kot akan jumpa other bloggers/twitterers jugak di wedding dia tu? Heee... udah macam twtup la plak.

Anyway, arini mood rajin nak berblog cos aku malas nak buat kerja.. Semalam seharian pening ngadap orders, kemas rumah, bungkus barang and ke Pernama bla bla. Letih.

Kejap lagi aku nak sambung buat keje ckit.

Pagi tadi dahla pergi ke taska Razin sampai 2x cos aku lupa bawak susu! Camne la boleh lupa... padahal aku baru je refill. Tapi yela, memang la aku kelam-kabut sikit cos pepagi buta ada customer nak datang beli Boba. T_T

Diyana dah pesan suruh amik pukul 5.30 cos dia abis kerja pukul 5.30... dia nak tumpang aku balik Beruas (Diyana kerja kat taska tempat aku hantar Razin... well, sebab dia keje situ la baru aku hantar Razin hehe). Ikutkan hati malas nak hantar Razin tadi... tapi bazir plak duit dah bayar. kahkah... gile sepp aku ni.


Ni masa 1st day kat taska. Time nak pick up... 
Razin masih tak reti nak berkawan.


Random picture. Saje upload. Ni gambar hari Selasa masa ponteng tak pergi taska.
Ngantok ape sangat la sampai tertido-tido sejak dalam aeon lagi. Kesian aku tengok. Ssc plak tertinggal dalam kereta. huhu



Oh yer.. bagi yang tak tahu, aku sekarang jual Corelle jugak! hahaha... dah gile corelle plak dah. Nak cukupkan koleksi la konon.. Pehtu jual and buat kutu sekali. hihi...

Berminat nak beli? Boleh usya harga di album-album di Shop Happy by Mama Panda's FB page.
Tu page untuk barangan ibu-ibu gorgeous. hehe...
Harga untuk Corelle sume dah ada kat gambar. Tapi belum masuk pos yer. Cash or 2x payment only.

Tapi teko atas tu aku beli kat orang.. pre-order zaman dulu kala since Razin belum lahir lagi. Baru last week bawak kuar tea cups segala ni.

Sebab?? Baru beli meja makan! hahaha...

Sebab meja makan lama yang bulat tu dah hantar ke Rumah Manjung, maka husband ajak beli meja makan baru. Sebab tu la baru beria nak kuarkan tea set Corelle. Semangat! hahaha.. bengong je...

Mula la dalam kepala otak aku ni nak mereka-reka nak kumpul set Vantage la, Corningware la... and nak beli almari display untuk letak pinggan mangkuk tu sume. Eh tapi untuk Corelle memang aku pakai hari-hari. Beli mahal-mahal tapi simpan nak buat ape. Maka, pakaila! Best cos ringan... and kalau aku tension and main baling2 je time cuci pinggan takde sumbing or pecah. kehkehkeh


Meja makan baru yang simple. Tapi aku suka cos marble. Berat gila babeng maka takkan bergerak dah la meja tu haha...

Nampak baby chair? Tu free gift cos husband aku mintak... Lagipun kedai tu memang dah selalu gile pergi. Sofa beli kat situ, kerusi n sofa pendek kat ofis aku pun beli kat situ. Then beli lagi dining table. Semua bayar cash. Maka, nego habis-habisan. Takde less dah? Mintak free gift. Hahaha... Laki aku ni bab bargain2 bagi la kat dia.

Ape-ape pun hepi sangat ade meja makan baru cos NOW kitorang satu family baru la makan sama-sama dekat meja makan. Selama ni??? tak pernah. Hubby akan makan depan tv. Dia MESTI makan depan tv tak tau dah aku camne nak buat... Maka, aku and Razin pun makan la depan tv. huhu...

Tapi sejak beli dining table ni, kami makan elok2 je kat situ haha... hadoi la... sabar jela kan.

Btw, baby chair tu Razin tak muat pun. Simpan buat pekasam dalam stor. Kekonon husband nak simpan for next baby. Layankan jela...


Sekian sahaja bebelan arini.

Adiossss
Written By Ryehana
alhamdulIllah...