Sunday, January 5, 2014
bismIllah...


I was really sick since Saturday. Couldn't even get up. Bila bangun je terhuyung-hayang. Makan pn pagi je masa Sabtu tu. Hidung tak abis-abis srot sret dengan hingus. Takleh tido sebab hidung tersumbat. Tido kul 11 malam, terjaga pukul 2, pukul 4 and pukul 6. :(

Even harini pun x ok lagi selsema aku. Nasibaik xdemam dah. Seksa betui....

Alhamdulillah mlm ni mampu buka lappy and settlekan benda-benda nak pos esok.

Aku sebenarnya agak risau dgn kandungan ni cos dah nak masuk 5 bulan but I can't feel the baby's movements. Dulu masa Razin, aku ingat lagi, start rasa masa minggu ke 16-17. Sekarang dah minggu ke 19 kot.. nk msk 20. tapi tak rasa lak. Masa last checkup (27th Dec) ok je baby. Siap dah nak gender dengan jelas lagi. hehe... tapi biarlah rahsia (family aku geram betul cos diorg xsaba nak tau boy ke girl haha)

Anyway, I hope all is fine. Tapi kalau selsema aku tak ok lagi by esok, nak jumpa doc la. Risau la demam2 time pregnant ni. huhu...

Aku dah decide nak beranak kat HAT jugak kali ni. Moga2 semuanya berjalan lancar juga. And kali ni takmo pergi serah diri awal-awal. kwang3... Benci kena seluk oi...

Ala Razin kacau ajak layan dia main. Nanti sambung lagi. bye



Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Wednesday, January 1, 2014
bismIllah...


Dah 1 Januari 2014 dah pun.

Lama tak update blog. Busy and.... well, takde mood.

Banyak benda yang berlaku since my last update.

1. Pegi baby fair kat Midvalley pada 23hb Nov lepas. 1st time pegi baby expo cos Tommee Tippee ade 50% less. Dahla tahun 2014 nak naik harga lagi so better aku rembat. Pergi dengan Nini je cos hubby was away xsilap. Xbawak Razin pun. Pergi Jumaat, tido umah Mak Yang then Sabtu pergi Midvalley then chow balik Perak. Hepi cos dapat jumpa salesperson and other acquaintances :)

Kitorang gerak awal giler cos sampai MV kul 9.30 kahkah. Punye la tak nak berebut parking. And best bila awal cos dapat parking dekat ngan lif. Sempat la Nini turun 2x ke kereta hantar barang yang dibeli :P


Tengokla ramai beratur untuk dapat goodie bag and contest ape tah. Aku tak amik pun goodie bag. Takpela, terima kasih jela :p



2. Pegi Big Bad Wolf (BBW) pada 14th Dec yang lepas. My 1st time too. Mulanya tak plan nak pergi cos hubby ade kerja ke ape tah weekend tu tapi dia kesian kot aku asyik bising kt twitter n fb nk pergi. So finally we did.

Kitorang bermalam di rumah adik ipar aku (BIL) di Amansiara townhouse, Selayang. He just bought the house and tu la first time aku menengok rumah 'townhouse' ni camne rupe haha... tak terbayang sebelum ni bila hubby told me rumahnya di tingkat atas tapi ade own porch etc. Bila pergi baru la tau... hehe... not bad gak la... cuma too small for me. Dengan laluan kereta penuh orang parking kete... sempit n cuak je nak lalu. huhu... Rumah camtu pun 300k above. Yang aku suke rumahnye sejuk je.. best tido haha. Esoknye gerak ke Balakong then amik anak2 buah yang nak join pegi BBW.



Razin was happy cos dapat macam-macam buku best.
Banyak beli kat dia je.



Sebelum tu masa bulan Nov ade quick getaway ke Shah Alam cos aku ngidam nak makan nasi ayam lemon Pak Li. Stayed at Concorde. Pegi iCity then balik. kejap jer pergi sana... semata2 nak nasi ayam lemon! huahua




Then just a few days ago, we went to Langkawi. Family aku, family abg ipar aku (3 daughters) and my mother in law.

Gerak pukul 3.30 pagi dari Lumut and sampai Kuala Perlis pukul 9 pagi. Stopped at 2 places to rest and pray on the way. Feri pukul 10.45 pagi... so lepak jela.

Kitorang sewa 2 bijik kereta kat sana. Kawan-kawan sesama navy yang sewa so dapatla RM70 sehari. Kitorang memang nak jimat cos nak duduk sana 2 hari. Jadila... Stayed at Tok Jah homestay yang dekat dengan Underwater World. In fact, pintu masuk UW tu bertentang dgn jln masuk ke homestay tu hehe... ni kawan FB yang carikan. Oklah. Rm250 per night. Dekat ngan Pantai Cenang n UW. Jalan kaki je. And malam-malam memang happening gak la kat situ.

Went island hopping n shopping je. Aku beli kain batik 4 helai (tu pun sebab mak bising suh beli untuk pakai masa pantang nanti... aku ni keje rembat kain batik mak je hehe), coklat yang berlambak-lambak, Corelle (loose.. ade la dlm 5 pieces je), set Luminarc, new bag (begku beranak hahaha) and perfume!


We used Madame Googoo toddler carrier for this trip.






Razin's 2nd time on boat.
His first time was last 2012... click here (kurus lagi aku time tu).

Razin dah besar so dia hepi la cos baru paham...he loved the penguins he saw at UW. X habis2 dengan penguin. :)

Tapi island hopping kali ni tak best sangat macam dulu... sebab sendiri2 je kot? and money constraint? kehkeh... island hopping kali ni pergi Pulau Dayang Bunting (x naik dah cos xlarat), Pulau Beras Basah (hubby siap mandi laut lagi) and eagle watching je. Takde pegi gua kelawar mahupun pergi tengok ikan yang orang bela dalam sangkar.

Abis banyakkkkk duit untuk trip ni... dah la duit sewa rumah tenant tak bankin lagi. Aku asyik kena pau. Huhuhu. 
\
Nak banding ngan trip Mak buat dulu, bayar RM200 je utk transport, penginapan+breakfast. Murah siot.
Cumanya mak cakap kalau buat lagi tahun ni, naik sikit la caj dia... around rm260-300. Ahhh xkisah la. murah dah tu. Duduk hotel... and bot pun best. Bot yang pergi ni tak best sakit bontot aku terhentak2 dilambung ombak. :(

Cuma kali ni best nak shopping cos bawak kereta kan. Senang sikit...



As for me, masa nak balik baru menggila sikit. Gila la dok kedai perfume ni. Semua aku nak beli. End up beli 2 perfume for me and 1 for hubby. Untuk hubby kecik je udahhhh.



Aku punyer perfume dua2 tak buka lagi. Hubby je dah rasmi perfume dia.

Aku? abiskan yang free sample dulu heheh... Sedap bau yang Escada tu :D
Gucci Guilty bau dia kuat sikit. Tak berapa kenan.



Gambar kat Langkawi dalam phone hubby cos masa pergi sana aku lupe bawak charger. In fact, beg berisi susu Ajin, pampers, charger aku and powerbank yang dah fully charged sumer tertinggal. Almaklum rush nak gerak 3 pagi kan.. tapi kul 3 baru bangun. saba jelah.... pampers and susu beli cepat2 bila dah sampai Langkawi. Charger jela xleh buat ape.... T_T

Tu je update kali ni.

Selamat tahun baru uols.

Azam aku?

Macam sebelum2 ni jugak. same je........

I have baby 2014 coming up! haih xsaba...... :D

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, December 5, 2013
bismIllah...



Ya Tuhan...

Aku tengah stress tahap gaban.

Banyak benda pending... banyak benda nak kena pack and buat esok. Matilah aku.

Pastu ditambah stress dengan perkara-perkara after sales.

Minggu ni je 2 customers yang pernah beli strollers ade prob.

1st, barang yang sampai tak cukup parts. Ok, takde masalah. Tukar jelah. Cuma prob is my customer is in Bandar Penawar, Johor. Jauh le jugak nak ke kawasan kota yang ada courier murah sikit dari Poslaju. Aku subsidi postage fee macam aku bayar jelah. Pastu adela ketegangan since stroller takleh nak pakai bawak jalan. Adei... nk wat cmne kan. Luar kawalan aku.

2nd, ade customer baru contact cos tayar stroller dia pecah plak. Dia beli since bulan 9 aritu btw. Aku rasa memang warranty tak cover cos atas kecuaian sendiri. Warranty cover utk manufacturing defect je. Maka, stress menunggu email dari salesperson aku ni. Tak reply-reply lagi amende nak diadvise. Hadoiii...

And banyaklah benda lain jugak. Orang lambat bayar kutu, ade yang dah bayar tapi tak bagi-bagi alamat lagi... ada yang tetiba dah bankin tapi aku tak tau sape and untuk ape? sampai skrg senyapppppp je. PENING LA WEI

Udah jadi satu kerja plak aku nak trace email, FB page messages, FB personal messages. Kat website pun takde order masuk utk amount tu. And memang tak jumpa nama macam kat emel dr maybank tu. Duit masuk, nama penghantar ada... tapi nama kat FB or email xjmpa. So sah le guna nama lain kt FB kan. Tensen aku memikir ni duit ape?? nak pos ke mana??? Adoiii... unnecessary stress di situ!

Tu belum campur hal rumah aku lagi.

Umah dah sebulan tak mop. errr... maybe 2 months? aku pun dah lupe. Lantai macam hape dah. Dengan baju bertimbun tak berlipat toksah cakap la. Aku nak panggil Kak Ana datang kemas rumah pun segan cos teruk bebenor. HAHA...

Harini Mamito and Mak Yang datang umah aku kejap. Diorg tumpang Nan yang ade hal kat Lumut. So ini la first time Mak Yang datang umah aku. Umah aku memang takde ape la. Tak habis-habis busy lagi. So bawak pergi makan kat Beriyani Gam je. huhuh...

Ni Krismas nanti mak+pak mertua nak mai umah beserta dengan ipar duai aku sekali. Kitorang nak pergi Langkawi. Aku dah pening camne nk kemas rumah yang banyak barang berniaga ni. Bilik bawah ni dah la aku convert jadi ofis. Sian plak mak+ayah nak naik turun tangga kalau nak berehat kat bilik. huhuhuhu

Pastu pikir plak aku nak cuti berapa lama? aku ni nama je dok umah tapi busy ngalahkan kerja ofis dulu. Malam pun kerja. T_T

Kekadang ada rasa kosong yang macam.... robot? Buat kerja tanpa pikir ape dah.

Damn. I really need a fcuking holiday!

Tapi ketahuilah, aku takleh nak cuti! Sebab rasa ada banyak responsibilities to my business. Ohhh how I long to be carefree and just enjoy my leave when I was employed by Hertz before. Tak peduli ape, cukup time gaji masuk. Alangkah indahnye.

Ni aku nak beranak bulan 5 nanti ni pun aku dah risau camne la kalau tak online, tak berbisnes 2 bln. Mana nak korek duit weh???

I is sad.

Huhu.....

But then, lantak la. Takyah nak risau lebih2 benda yang belum terjadi kan?

Maka............

Aku berdoa yang semuanya akan baik2 sahaja.






Ahhhh sape bankin duit kat aku petang tadi ni!!!!!!!! @@8&&^%))))))0@@@##LLK!!!!


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Wednesday, November 27, 2013
bismIllah...


Dari rasa depressed ntah ape2, baik fikir nak release tension.

To me, release tension = SHOPPING. hahahaha...


So nak jot down sikit ape yang nak dibeli, dah dibeli, dalam dilema utk beli ke x


1. Nuna Leaf - DONE

Aku beli warna Cinder. Tak buka dari kotak pun lagi. I is excited! hehehe


2. New stroller (Zapp Xtra 2.0 Purple Pace) - March 2014

3. Carseat (Maxi Cosi Pebble!) - March 2014

Untuk stroller memang aku STILL akan beli Quinny jugak. Love it. And Purple Pace tu cun jugak. Aku usya masa expo aritu warna dia memang cantik. So I'm going to have that.

And I want to buy Maxi Cosi Pebble this time around. Yeah, it's pricier than Cabriofix tapi lebih cantik and empuk actually. Aku anggap jela duit bonus abis ke sini. Lantak la. Asalkan puas hati. Lagipun dah ada buyer utk my old Zapp Xtra yang xleh fold tu. An old friend nak beli. So aku bagi free carseat lama Razin tu. So rumah dah clear sikit hehe... takde rasa guilty sangat.

However, masih too early to buy these things. Bulan 3 tahun depan la baru beli. Nak guna duit untuk benda lain dulu.


4. Baju-bajan.

Firasat aku ni macam kuat kata nak dapat baby boy lagi. So takdela excited beno nak shopping baju baby HAHA. Rilek2 sudeh. Bulan 3 jgk la baru nak beli. Kali ni nak kurangkan beli rompers. Pengalaman mengajarku. hehehe...


5. Receiving blankets

Ohhh seronok shopping barang baby yang macam ni. Nak tempah custom made guna fabric comel-comel.


6. Breastpump.

Still contemplating! Tak tau nak beli ke idak.



Takleh nak pikir ape lagi nak dibeli.... Bersambung.....



Written By Ryehana
Tuesday, November 26, 2013
bismIllah...


Been meaning to blog but I just couldn't find the time. Alhamdulillah finally mlm ni dapat jugak menulis sikit...

I had a breakdown today. I don't remember when was the last time I cried because of stress. I felt suffocated. Felt as if the walls are closing in and I was trapped.

I was lonely. I miss my son eventho I have only slept one night without him last night. Left him in Beruas and I had to get back to Lumut for work. Asked Hanis and Afnan to accompany me for the night since hubby was away... But they left early in the morning... around 9am i think.

I was busy at first. Today is the pay day. People bought stuff, and people paid their monthly installment. I was so busy I have no time to cook.

I was hungry. My stomach then ached... Gastric. But I had lots of stuff to pack for deliveries. And I was waiting for one potential customer who was coming over to test baby carriers... I only managed to go out at 5pm for lunch. T_T

And before that, I had spent 30 minutes of crying because I was so angry when hubby told me he'll only be back next week. He was supposed to come home tomorrow! I was mad like hell.

This week is a busy week... just like how 'minggu gaji' always been for me. I need his support... but what can I do? He's away in Sabah because of work. And I'm alone cos Mamito does not want to stay at my place. She said "tak larat nak naik turun tangga" (cos I turned the bedroom downstairs into my office so there's no bed in that room). I was so sad I can't stopped crying for good 30 minutes. Mad at hubby... mom... myself....

I hate to leave Razin in Beruas. Cos I'll miss him sorely. But I simply cannot cope taking care of him alone during my BUSY WEEK.

Which was why I was depressed. I was sad.

I had no choice but to bring Razin with me tomorrow... I hope I won't shout so much. And I'm worried of what to eat. I have no appetite with my own cooking :(

I still have morning sickness eventho I'm no longer in my 1st trimester.

Darn it.

I don't feel so good. Writing back all these make my head aches.

Need to lie down... after all, it's 2am now. Adios.


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, November 7, 2013
bismIllah...


Preparation for new baby?

Wishlist?

Well... let's list them now! hehehe... tengah bosan-bosan teman Ajin tengok Upin Ipin ni, ape kata kita update blog le plak hehe...


1. New baby carrier(s)

I want to try new brand of baby carriers I haven't tried before. Any maybe try to find love in wrapping? Dulu pakai wrap kejap sangat cos only using Moby and God knows the material is not suitable for hot weather! Asyik berpeluh je... so maybe this time I'll try other wraps.. gypsy mama bali breeze or jumpsacbaby's midnight rainbow? I still have 1 wrap in stock that I kept for myself. hehe...

As for SSC, I've bought Manduca. I did not find love the first time I held it in my hand (which was around 2 weeks ago) because of its buckles... Lebih kurang macam Beco. Terlampau pentingkan safety kot? Kena guna dua tangan untuk unbuckle and I hate things like that. So aku bagi orang try and review dulu cos I don't have time for it yet. I didn't event carry Razin in it yet (malas... lagipun pregnant)

Oh well... hopefully in time, after getting used to it, I can find the soft spot. :)



I bought this one. It's up for rental sementara tunggu the new baby pops out. Hehe




2. New stroller(s)

Haha... perlu ke? Ntah le... tapi kalau ikutkan masa Razin dulu, time newborn memang stroller+carseat travel system ni sangat-sangat penting. We used Maxi Cosi carseat that we attached to Quinny stroller most of the time while we're out. 

I think I'm going to stick to that. Only that we're going to change our old Zapp Xtra to the new one that has folding seat. I love Quinny strollers. Especially the Zapp Xtra. It's more compact and sleek looking (to me) than Buzz or Moodd. Hmm I was never a fan of bulky and big strollers. I might admire the smoothness of big strollers (the Buzz and Moodd has great suspension system), but the bulkiness turns me off.

It's not like the strollers couldn't fit into our SUV, well of course it can... but... hmmm... not for me. I prefer to have strollers that do not take much space in our boot.

Fact is, I know for certain how long/frequent we're going to use the stroller. I'm a  babywearing mama, ok? hehehe... I prefer wearing my baby. So let's save our money on something else... :P



3. Carseat

Haaaa... ni dalam dilema. Sebenarnye, if we want to have travel system (to put carseat on stroller), kena la beli carseat yang kecik comel. Yang memang untuk newborn till 1 year je (manufacturer's recommendation smpai 1year or 13kg, tapi sebenarnya sampai beberapa bulan je kalau baby jenis chubby... macam Razin dulu, sampai 10 months je muat Maxi Cosi Cabriofix tu)

Razin punyer infant carseat masih ada lagi dalam stor. Maybe we'll use that? I don't know yet. Yela.. tu pun beli preloved. Macam kesian plak new baby pakai 'third hand' punyer huhu... Lagipun dulu I didn't know better. I wasn't a "businesswoman" ekekekeke... Oh well, we'll see.. kalau distributor buat sale, bole la beli baru.. aku menunggu je ni... :P

On the other hand, I'm planning to buy Maxi Cosi Opal for the new baby. Carseat ni memang best. Untuk newborn sampai budak dah besar... Harga je tak best. Dah lama aku mengidam nak beli... sejak Razin dulu lagi tapi sayang duit! haha...

Tengokla mana yang ada rezeki... dilema oiiii... kalaulah kayaaaaaa (berangan tak kena duit)


Maxi Cosi Opal


Quinny Zapp Xtra + Maxi Cosi Cabriofix




4. Breastpump?

Perlu ke? Yang lama (Spectra 3) ada lagi dalam stor tapi aku tak tau mana laki aku simpan haha... Ikutkan nafsu nak breastpump baru. TAPIIIIII... ape kejadahnye nak pump beria sangat kalau aku dok umah and boleh je direct feed baby kan? ekekekeke... gedik betul. Tapi aku nak jugak ajar dia isap dari botol macam Razin. Direct bole, botol pun bole. Senang ckit... which means, I still have to pump la kan... rindunye zaman pumping2 ni.

Semoga with new baby ni leh la lama sikit breastfeeding... since aku pun dah takde employer kan? =D


5. Baby cot




Hmm... rasa macam nak beli cos masa Razin dulu takde... tapi, macam tak berapa praktikal cos MESTI co-sleep jugak (senang nak bf malam-malam). But oh my God these are so cute! Teringin lah.

We'll see what hubby says about this. And tengok bajet gak le. kwang3... kalau teringin sangat beli jela murah-murah sudey. Takyah berangan nak Galipette punye yer... =P

Time Razin dulu ada tapi yang  plastic and senang buka tutup tu. Sampai sekarang ada lagi cot tu. Cuma biase le mak dia ni nafsu barang baby tu melampau2 sikit. huhu



6. Bouncer/swing/rocker

Okeh, masa Razin takde beli bouncer ape kejadah ni. Ramai kawan-kawan seangkatan beli Fisher Price Rocker dan sebagainya... tapi aku tak beli. 

Kenapa aku tak beli eh?? Hmmm... mahal (bagi aku) and sebab tak pakai? Ohhhh sebab Razin dah ada Jumperoo hehehe

But this time cam teringin la nak beli... 

Got my eyes on Nuna Leaf and Mamaroo Swing (oh and Baby Bjorn Babysitter too actually... tapi i dismiss it quickly). Selepas mengsurvey and membanding-banding, aku rasa aku akan beli Nuna Leaf jela kot.

Sebab yang tu ada distributor kat Malaysia. Ape2 masalah senang (aku memang prefer beli dari distributor dari import sendiri or join pre-order yang kena tunggu berbulan-bulan) cos kalau beli direct dari distributor, confirm la benda tu original...ade warranty bla bla... And suke Nuna Leaf ni sebab dia leh pakai sampai budak besar... Mamaroo tu takleh. kalau tengok video, rasanya sampai baby 6 bulan je kot muat. Ntah le... however, Nuna Leaf ni ade jugak kekurangan dia.. dia swing dalam seminit je... bukan berterusan. ahh but I don't care. I want. =p

Sesape nak order benda alah ni sila pm aku. Ade harga best untuk 1st pre-order ;)
Sila search kat Youtube kalau nak tengok Nuna Leaf in action. 



7. Baju-bajan

Hapah pun tak beli lagi cos tak tau gender. Lagipun aku ni bab baju-bajan takdela excited mana nak shopping hehe...


Lagi ape ek....

Hmmm  tetiba blank dah kepala otak aku.

Yang lain-lain seperti duit for aqiqah, baby names ade jugak prepare dah. Takmo la jadi macam Razin dulu. Lambat benor buat aqiqahnye.

And as for baby names, aku ada banyak nama untuk baby boy je hehe... utk girl takde idea langsung.

Tak sabar nak tunggu beberapa minggu lagi untuk tau jantina.

Till then. Adios

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, November 4, 2013
bismIllah...



Just a quick update untuk mencukupkan players kutu-kutu di group Mama Panda Store.

Sekarang ni ada 5 kekosongan lagi untuk kutu Babyzen Yoyo strollers.



Start bayar hujung bulan November ni. Habis bulan April tahun depan. Kekosongan tinggal untuk giliran bulan March and April sahaja.

Harga: RM1580 (dah masuk pos semenanjung)
Players: 6 orang = 6 bulan
Bulanan: RM250

Tapi bila giliran anda sampai untuk dapat barang, kena pay extra so jadi RM330 (sebab total RM1580 kan)

Let say anda pilih untuk giliran March, so bulan March nanti anda kena bayar RM330 dan barang terus dipos kepada anda. Then lepas tu sambung le bayar RM250 sebulan... :)

Ni jadual bayaran untuk lebih jelas:

Nov - RM250
Dec - RM250
Jan - RM250
Feb - RM250
March - RM330 (dpt brg)
April - RM250


Kutu Babyzen Yoyo ni tak termsk Boba Air baby carrier yer. Tapi ade diskaun kalau nak tambah ;)

Berminat?? Please pm me in Facebook or just contact here.

Anda kena ada FB akaun yang genuine dan aktif.


*Serious players only. I help you and you help me by paying the kutu in time :D*










p/s: Kutu Quinny Zapp Xtra 2.0 pun ada tapi tu mahal sikit monthly. RM300 sebulan selama 6 bln and masa turn dapat kena byr extra RM50 (so jadi RM350)

Written By Ryehana
alhamdulIllah...