Saturday, July 25, 2015
Bismillah...


Aku jarang update tentang benda yang tengah viral... Tapi aku nak update tentang brother Reza yang balik beraya dengan 3 orang anak dia naik motor from Sepang to Penang.




First time tengok kat page Siakap Keli, memang rasa sedih tengok anak-anak dia atas motor tu.

Yang kat belakang berikat cos takut jatuh... Yang depan sampai tertido-tido and without helmets some more. 

Kita rasa kita susah, tapi ada orang lagi susah dari kita.

Sepang-Penang jauh giler woi... Aku yang pernah naik motor dari Penang-Beruas, Perak pun dah kematu bontot, imagine all those kids! Sedihnya...

Can't imagine if they're my sons.

Alhamdulillah dengan viralnya di FB, ade hamba Allah offer nak bagi sebijik kereta untuk bro ni.


Thank you bro topi merah. Semoga semakin murah rezeki and sihat sejahtera selalu. Ramai mendoakan tu... Tak rugi and takkan miskin dengan bersedekag. Cemburunya aku dengan kemampuan bro pemurah ni. Byk pahala tolong orang...

Jenuh jugak diorang nak pujuk Bro Reza tu untuk terima kereta tu... 2 jam pujuk. Yelah, mesti dia segan and tak nak di label amik kesempatan...

Alhamdulillah dia terima akhirnya. Orang kesian kat anak-anak dia tu... Sometimes elok rendahkan diri untuk kebaikan orang tersayang... 


Gambar ni yang buat aku sebak sangat.

There is still hope in this world....



Alhamdulillah...
Thursday, July 23, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


Masih belum beranak so semalam sempat shopping-shopping online. 


Earth Mama Angel Baby - A Little Something for Baby

What's in this bundle pack?

- 1 baby bottom balm (i love this! Sgt effective for diaper rash or kalau merah2 kat bebird baby)

- 1 body wash & shampoo for baby (tak pernah pakai so ni first time try. 50ml je so ok la.. It's not a 'tear-free' formula so kena hati-hati kalau mandikan baby jangan kena mata)

- 1 angel baby oil. Pure, herbal massage oil for pure, natural babies. I've tried some and best! Lembut gila kulit jadinya... Suke sangat!

- last but not least, 1 unit of baby lotion. Ni memang pakai dari dulu. Tak berbau kuat sangat, so natural... I love! Contains organic herbs and oils.

Sebelum ni aku memang pernah beli barang-barang Earth Mama Angel Baby. 

Yang aku pernah beli: Baby bottom balm, baby lotion, Mama bottom balm (ni aku pakai) and Mama bottom spray (ni alu pakai gak tapi jarang... Sampai sekarang ade lagi)

Ape yang aku suka dengan barang-barang EMAB ialah ianya organic stuff. Takde bahan kimia merbahaya and kat botol memang siap tulis ingredients dia ape... And kalau google tentang EMAB ni memang banyak pengiktirafan bahawa product yang diorang hasilkan bermutu and totally safe for babies. :)

Aku pernah gak beli produk tempatan yang claim jual "natural stuff" and organic tapi satu jer aku tak kenan; bau wangi kuat sangat and kat botol takde senarai ingredients. Product yang aku maksudkan ni product Tropika Beauty.

Anyway, Herbal cream dari Tropika tu memang best. Tu memang aku pakai kat Raul. And kat kedai memang ade jual produk Tropika. Tak sempat nak promote je.. Cuma tu la bab mandian and losyen aku tak suke sangat cos bau terlampau wangi. :(

Anyway, selain shopping barang EMAB, aku try jugak this brand I've never tried before. It's Nature's Baby Organics.

Kalau bukan sebab Raul tu kulit sensitif, memang takdela aku berminat nak amik tau sangat tentang produk2 organic ni... 


Aku tak pernah share bab masalah kulit Raul kat blog eh? He has sensitive skin. Setakat ni mandi pakai Eubos cream & bath oil baru ok.

I've stopped using Johnsons2 dah... Razin je abiskan benda yang sedia ada...

Back to Nature's Baby Organics:


I bought the Trial & Travel Kit.

First time try so better amik trial kit je. Setakat yang aku buka, try and sniffed, the smell is ok with me.

And as for the moisturizing lotion, I love it. Fragrance free. :)

Yang ade 4 benda asing bawah kotak ti semuanya samples + free gifts. Besttt hehehe...

Ape lagi yang aku sempat shopping arini?

Mmm that would be a raspberry leaves tea! Dah nak due date baru ko nak minum hahaha...

Beli jelah.. Usaha gak. Esok sampai insya Allah.

Tadi check up, Dr Goh dah bagitau suruh datang klinik on the 27th July IF aku tak bersalin lagi.

Dia akan buat VE untuk check dilations amd most probably aku akan kena induce ler nanti. Sebab ape tak tunggu 1-2 weeks?? Sebab GDM!

Haihhh. 

Semoga bersalinlah aku esok lusa ni.... Doakan.




Assalamualaikum



Alhamdulillah...
Tuesday, July 21, 2015
bismillahirrahmanirrahim...



Kalau masa anak 1st, takdela rasa tak sabo nak beranak. Rileks je.

Masa anak ke2, cuak gila cos nak kena operate. Dreading the date.

Yang ke3 ni plak, adohaiii.... BILA NAK BERANAK NI?






Dah 39 weeks and 1 day.


Sesungguhnya aku dah tak sabar. Ramai kawan-kawan seangkatan dah selamat bersalin.

Tapi aku masih takde tanda-tanda nak beranak pun.

Lusa check up rutin. Blergh.


Berdoa dengan sangat semoga tak kena induce.


Baby adik bila nak kuar ni sayang... Mak tak sabar nak jumpa dah. Tak sabar nak panggil "F...."

*wink2*

Nama still ada huruf R. Stended. Tapi nama belakang tu kali ni F.... laki aku buh nama belakang, aku buh nama depan. Maksud nama belakang tu lebih gagah :)



Sekian.

Written By Ryehana
alhamdulillah...
Saturday, July 18, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


Dah lepas pukul 12 tengah malam. Dah masuk hari Sabtu dah pun. 

Rayanya hari Jumaat, 17 July 2015.

Anyway, Selamat Hari Raya to all readers yang beberapa kerat bace blog ni... Kikiki

Biasela blog suam-suam kuku...

38 weeks and 4 days. Masih belum beranak. Tho I do feel a bit different tonight.

Can't sleep. Sakit pinggang ya amat. Adehhhh... Tadi sakit perut tak tau nak membuang ke nak beranak... Tapi nak membuang je sebenarnya hahaha...

Adoiyai... Risau gak cos kat Beruas ni. Aku rasa ptg esok kena balik Lumut la kot. Risau lak kalau nak bersalin dah.

Now takde contractions ape pun tapi sakit pinggang and sakit kat bawah. Macam kepala baby dah ke bawah sangat....

Tadi jiran aka best fren Mamito iaitu Mak Cik Pah dah tegur "ehh macam dah ke bawah benor dah perut kamu ni... Nak beranak sgt dah ni... Entah-entah esok beranak"

Hahaha... Biar betik.

Cuak gak.

Tapi takkan takde tanda kan... Selalunye (mengikut pengalaman bersalin Razin dulu) mesti ade tanda. Tompok darah ke... Ni takde ape pun.

So tunggu jelah... 


Ikutkan memang tak sabo dah nak beranak. Beso gila perut aku. Merekah-rekah dah kulit (stretchmarks le maknanya) perut. Macam tembikai hahahaha...

Pedulikla kan. Melahirkan zuriat hehe...

I'm blessed to be with my family now. Hubby has been great with all the cookings and kids. Fyi, I don't cook AT ALL since preggy... Laki aku je masak. Alhamdulillah la dpt laki reti masak. Huhu...

Kali ni aku nak dia teman kat labor room kalau ade rezeki. Sebab tak pernah merasa lagi. Semoga ade la rezeki...

As much as I'm confident I'll have a vaginal birth, I do reserve some mental preparation for an emergency csect if I ever would have one. We never knows right... All in Allah's plan.

Okla bateri pun nak kong dah.

Till then.

Toodles!



Alhamdulillah...
Tuesday, July 14, 2015
bismillahirrahmanirrahim...



I'm at the shop now. Luaran memang tutup, tapi kat dalam ade orang tengah settlekan pack barang nak pos. Yeah, I did mentioned earlier yang last pos barang adalah pada 13 July which was yesterday, tapi dah aku masih kat Lumut lagi ni, tak best kalau ade barang dah berbayar belum berpos.

That's me. Aku tak suke simpan barang lama-lama. Dah bayo, pos je. Nasib baik masih di Lumut.

Lagipun aku dapat mesej-mesej dari customers yang barang aku pos semalam diorang dah dapat arini. Meaning, takdela tunggu lepas Raya baru sampai. Elok je pos Isnin, Selasa sampai. Maka, moh le kita pos barang orang.. hehehe...

Selain pos barang, aku tengah follow up kes barang yang belum sampai kat customers especially yang dipos guna KTM Distribution. Ntah kenapa takde plak link "Tracking" kat website diorang tu. Susah betul....

Hari ni Razin still pergi taska, Raul pun hantar ke babysitter. Mr Husband dah start cuti sejak semalam sampai la Raya ni... Isnin depan dia start kerja balik. Tapi kalau aku bersalin, dia sambung le cuti lagi seminggu.



Dah 38 weeks weh!


Di akhir pregnancy ni macam-macam penderitaan aku alami. Tapi nanti jelah citer. Tunggu lepas beranak.

Sekarang ni tunggu masa je untuk beranak.

Dr. Goh dah pesan kalau by 27th July belum bersalin, besar kemungkinan kena induce. Aku cakap aku takmo kena induce. 

"If let say dah 40 weeks but I still haven't given birth, masih ada waiting time before induce kan?" I asked him, feeling hopeful. =P

He replied, "After 40 weeks kalau belum bersalin datang jumpa saya dulu... kita check, we'll see how..."

Huahuahua.

Aku sebolehnya nak beranak secara natural. Dah sampai masa untuk bersalin, bersalin jelah. Tak perlu nak 'paksa'. Sebolehnye nak camtu le kan... standard kot most mommies nak camtu.

Plus, dari pengalaman orang; induced labor menaikkan risiko untuk kena czer.

1st, baby's heart rate dropped. 

2nd, dah 2,3x masuk ubat untuk induced still takde bukaan so ended up czer.

Hmmm... those were my concerns la cos sebolehnye memang tak nak dah czer. However, kalau dah tersurat itu nasibku, redha jelah kan.

Cuma setakat ni kita usaha supaya dapat bersalin normal.

Setakat checkup kali ni alhamdulillah aku takde ape-ape masalah yang buat kena czer. Air ketuban ok. Baby pun dah turun kepala ke bawah masuk laluan.



Anyway......

Aku masih belum siapkan beg nak pergi hospital klinik untuk bersalin. Semalam baru pergi beli pads and newborn diapers.

Baju-bajan belum pack masuk bag lagi. huhu... Malas gile weh

Lagi ape ek? 

Cam blur-blur je aku kali ni untuk prepare barang bawak pergi hospital klinik.

Semoga dipermudahkan ya Allah!




Written By Ryehana
alhamdulillah...
Wednesday, July 8, 2015
bismIllahirrahmanirrahim...





Hari ni kena buat BSP (Blood Sugar Profile). Malas gile nak buat cos gula aku maintain je 4-5 ish. Paling tinggi 6.6 tu pun betul-betul lepas makan aku amik bacaan hehehe...

Setakat scan aritu, weight and size normal. Insya Allah xde ape kot. 

Masa menunggu je ni... bila baby nak kuar etc.

First time dalam pregnancy kali ni aku tak catat rekod pergerakan baby 10x dalam buku. Sebab dok check up kat klinik swasta, mana ade nurse yang remindkan huahua. Tapi yela dah anak nak masuk 3, aku sendiri beringat sendiri la. Cuma tak catat....

Selalunye now I'm already at the shop. Lepas hantar budak-budak kat taska and babysitter, aku terus singgah kedai settlekan benda nak pos hari ni walaupun belum mandi. Supaya senang time Hanis masuk kedai nanti aku boleh blah and dia pulak settlekan pack barang. 

But today is Wednesday. Akak cleaner datang kemas rumah pukul 10 kang. So standby jelah. Rumah memang dah macam tongkang pecah. Tak koser dah aku nak ngemas. Tak larat wehh

Nak raya pun tak semangat sangat cos lebih excited menunggu bila nak beranak. Haha... Ntah-ntah aku beranak time raya ke... mana nak tau... tu yang macam tak tau nak balik Beruas ke tak.

Tapi takkan la tak balik kan... balik le jugak cuma standby terus beg hospital dlm kereta. Senang terus dush pergi Sejati kalau nak terberanak. Ni beg hospital pun tak ready lagi... 

Razin lahir 11.3.11 (EDD 23 March 2011)
Raul lahir 14.5.14 (EDD 23 May 2014)

Yang no3 ni kalau lahir 15.7.15 memang cantik sangat dah tarikh. Hehe... EDD 27 July.

Sama-sama la kita tunggu.

Esok la lepas check up baru nak prepare beg hospital.




Me at 37 weeks (gambo malam tadi)


Hadoii rasa baru je lagi beranak dah nak beranak lagi. Huahuahua...



Anyway, Raul sangat la cranky and clingy and... I don't even know wth he wanted! Mencabar gile semalam. Aku ni dah la seksa sangat nak tido lately, badan tak selesa and susah nak dapat posisi yang ok untuk tido... Bole plak si Raul ni bangun 3,4x waktu malam melalak-lalak macam kena pukul.

Yang tak tahan tu nangis kuat gila. Macam saja nak bagi satu perumahan dengar. Stress gila aku n hubby. Ngantok weiii

Dahla bagi susu tak nak. Tepuk bontot tak nak. Peluk-peluk pun tak nak. Keje nak melalak je secara tiba-tiba. Jenuh...


No wonder la Mak aku cakap anak no.2 ni lain sikit...

I am no.2 and yes I admit we can be difficult some times. Adeihhh

Bertabahlah. I hope I don't lose my temper easily like yesterday. Sorry Raul....

Semoga behave la pasni... pengsan mak kamu ni kang kalau baby meragam n yang abg dia pn meragam sama. T_T



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Friday, July 3, 2015
bismillahirrahmanirrahim....




Woohoo dah 36 weeks dah kome... Kalau macam Razin, keluar 38 weeks, lagi 2 weeks je nak beranak! Adoii cuaknye... time Raya plak tu. huahua


Alhamdulillah.. pagi ni dah settle tulis consignment note Poslaju and Airpak yang customers dah bayar petang semalam.

Dan juga dah follow up kes barang customer yang dipos guna KTMD tak sampai-sampai lagi.

Settle kejap leh la update blog. Rindu nak menaip kat blog ni. =D


Banyak benda aku tak sempat jot down kat blog ni.

Aku dah ada babysitter baru sejak 1st Ramadhan aritu. Yang bestnye babysitter ni duduk taman yang sama dengan ex-babysitter Raul last April hehe... So senang la. Tak jauh dari kedai, tak jauh dari taska Razin. Lepas hantar Razin, terus hantar Raul and aku plak terus ke kedai.

Alhamdulillah so far ok... Babysitter tu pun muda lagi... 23 tahun, baru kahwin last year tapi belum ade rezeki baby lagi. Husband tak bagi kerja, so dia bosan and sudi nak mengasuh Raul. Okla.. jaga Raul sorang je. Rezeki Raul.

Cuma yela rumah takde budak kecik, so kena la prepare tilam, bantal and mainan kat Raul hehehe... Alah no hal la. Cumanya nanti aku beranak mesti stop kejap... and since nak raya rasanya akan sambung balik hantar babysitter by August.

Razin plak makin bijak. Alhamdulillah walaupun aku ni takdela beria sangat mengajar dia membaca ke hape, tapi nampaknye ok la pergi Little Caliphs tu. Macam dah leh bace and kenal huruf sikit-sikit (ni pun consider slow gak cos target LC budak leh membaca by 4 years old). Tu pun Mak malas ngajar. Kalau Mak rajin mesti Razin pun lagi cepat dapat. Huhu... forgive me Razin... Nak wat camne Mak kamu ni busy, pehtu mengandung pulak... asyik tak larat je...

But then, aku sendiri pun takdela nak tekankan sangat bab pandai baca by 4 ni. Rileks la. Baru 4 tahun kot. Main puas-puas dulu...

Razin still nangis setiap kali hantar pergi taska. Kadang-kadang ok, tapi sejak cuti sekolah 2 minggu tu, hari2 ngobak bila hantar. Ngada-ngada. Dia takdela menjerit beria, tapi menitis2 air mata tahan sedih. Sabo jela aku budak ni. Padahalnye dah masuk taska and jumpa kawan-kawan, elok je.... heh.

More notes on Razin; dia still belum diaperless. YA! At 4 years old masih belum berjaya fully diaperless.

Bapak dia dah penat ngajor (and cuci!)... aku pun dah penat... kadang-kadang ok la, dia bagitau dia nak kencing, nak berak... tapi MOST of the time dia diam je. Sedar-sedar dah basah. Dah berapa kali ek keluar, dia kencing tak bagitau... abis basah seluar. Paling takle blah masa kuar pergi bazar Ramadhan, tengok2 abis basah lepas kuar kete. Terpaksa le aku pegi beli seluar jap kat Giant (nasibaik pegi pasar malam Giant) untuk ganti seluar dah basah kena kencing.

Banyak gak insiden kat luar yang dia tak pakai diapers and dia tengah terkucil....

So... still memang dia tak pakai diapers, tapi bila pergi taska, tak berani le pulak kalau tak pakaikan diapers. Kang tak pasal teachers kat taska bengkek nak kena basuh kencing bersepah. Nasib baik bab poop dia ok la leh gitau. Tapi nak pee tu masalah... sedar-sedar dah basah. Nak kena remind suruh kencing tapi kadang-kadang mak pak pun lupe. T_T

Nayaaaaa...camne nak consistent tah. Ahh lantak. Ni keroje ayah. Semoga Ayah cepat settlekan. Tahun depan dah 5 tahun oi...

Aku tak ingat kitorang dulu camne...

Masa kecik-kecik memang takdela pampers bagai ni. Pakai lampin kain. Tapi Mamito cakap, once kitorang dah boleh bercakap, takde dah pakai lampin. Kencing malam tu standard le.. sampai dah masuk sekolah rendah pun kencing malam jugak (HAHA). Tapi umur 4,5 tahun memang takde dah pakai lampin. Haihhh susah jugak ye nak train budak ni.

I know the key is consistency. Tapi susah cos orang yang nak train pun tak consistent. Kejap2 pakaikan diapers, kejap2 idak. Hmmmm... wait and see jelah camne jadinya.


Ok settle updates hal Razin.


Preparation untuk beranak?

Aku plan nak berpantang kat rumah je kali ni.

Last weekend kitorang settle tukar ofis aku kat bawah jadi bilik tidur.


Meja tulis dah dipindahkan ke kedai.

Penambahan: new queen bed & aircond. 

Oh and bilik air kat bawah jugak baru install water heater. Sebelum ni dalam rumah aku ada heater kat master bedroom je. Kat tingkat atas. Koser le kan time pantang nak turun naik tangga... which is why bilik bawah ni finally dilengkapi dengan katil + aircond. Sebelum ni takde bajet and keperluan. =P

Okla, senang kalau ade guests. Macam mak aku or Mak Yang, mana larat deme nak naik tangga ke bilik atas huhu...


So now, the waiting games.

Tunggu jelah bila nak beranaknye.

My next check up is next week.



Insya Allah kalau takde ape-ape, dapat bersalin normal di Sejati ni.

Yeah it's a clinic. Ramai ingat aku nak beranak kat Hosp Pantai Manjung hehehe...idok le... beranak kat tempat dah biase check up jela.

Tunggu next pregnancy pulak nak beranak tempat lain ke... huhu

Hospital bag and other stuff belum ready lagi. Next week la kot.

And in the next blog post insya Allah.


Till then.


Assalamualaikum.
Written By Ryehana
alhamdulillah...