Wednesday, July 8, 2015

Menunggu

bismIllahirrahmanirrahim...





Hari ni kena buat BSP (Blood Sugar Profile). Malas gile nak buat cos gula aku maintain je 4-5 ish. Paling tinggi 6.6 tu pun betul-betul lepas makan aku amik bacaan hehehe...

Setakat scan aritu, weight and size normal. Insya Allah xde ape kot. 

Masa menunggu je ni... bila baby nak kuar etc.

First time dalam pregnancy kali ni aku tak catat rekod pergerakan baby 10x dalam buku. Sebab dok check up kat klinik swasta, mana ade nurse yang remindkan huahua. Tapi yela dah anak nak masuk 3, aku sendiri beringat sendiri la. Cuma tak catat....

Selalunye now I'm already at the shop. Lepas hantar budak-budak kat taska and babysitter, aku terus singgah kedai settlekan benda nak pos hari ni walaupun belum mandi. Supaya senang time Hanis masuk kedai nanti aku boleh blah and dia pulak settlekan pack barang. 

But today is Wednesday. Akak cleaner datang kemas rumah pukul 10 kang. So standby jelah. Rumah memang dah macam tongkang pecah. Tak koser dah aku nak ngemas. Tak larat wehh

Nak raya pun tak semangat sangat cos lebih excited menunggu bila nak beranak. Haha... Ntah-ntah aku beranak time raya ke... mana nak tau... tu yang macam tak tau nak balik Beruas ke tak.

Tapi takkan la tak balik kan... balik le jugak cuma standby terus beg hospital dlm kereta. Senang terus dush pergi Sejati kalau nak terberanak. Ni beg hospital pun tak ready lagi... 

Razin lahir 11.3.11 (EDD 23 March 2011)
Raul lahir 14.5.14 (EDD 23 May 2014)

Yang no3 ni kalau lahir 15.7.15 memang cantik sangat dah tarikh. Hehe... EDD 27 July.

Sama-sama la kita tunggu.

Esok la lepas check up baru nak prepare beg hospital.




Me at 37 weeks (gambo malam tadi)


Hadoii rasa baru je lagi beranak dah nak beranak lagi. Huahuahua...



Anyway, Raul sangat la cranky and clingy and... I don't even know wth he wanted! Mencabar gile semalam. Aku ni dah la seksa sangat nak tido lately, badan tak selesa and susah nak dapat posisi yang ok untuk tido... Bole plak si Raul ni bangun 3,4x waktu malam melalak-lalak macam kena pukul.

Yang tak tahan tu nangis kuat gila. Macam saja nak bagi satu perumahan dengar. Stress gila aku n hubby. Ngantok weiii

Dahla bagi susu tak nak. Tepuk bontot tak nak. Peluk-peluk pun tak nak. Keje nak melalak je secara tiba-tiba. Jenuh...


No wonder la Mak aku cakap anak no.2 ni lain sikit...

I am no.2 and yes I admit we can be difficult some times. Adeihhh

Bertabahlah. I hope I don't lose my temper easily like yesterday. Sorry Raul....

Semoga behave la pasni... pengsan mak kamu ni kang kalau baby meragam n yang abg dia pn meragam sama. T_T



Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: