Tuesday, July 14, 2015

At the shop

bismillahirrahmanirrahim...



I'm at the shop now. Luaran memang tutup, tapi kat dalam ade orang tengah settlekan pack barang nak pos. Yeah, I did mentioned earlier yang last pos barang adalah pada 13 July which was yesterday, tapi dah aku masih kat Lumut lagi ni, tak best kalau ade barang dah berbayar belum berpos.

That's me. Aku tak suke simpan barang lama-lama. Dah bayo, pos je. Nasib baik masih di Lumut.

Lagipun aku dapat mesej-mesej dari customers yang barang aku pos semalam diorang dah dapat arini. Meaning, takdela tunggu lepas Raya baru sampai. Elok je pos Isnin, Selasa sampai. Maka, moh le kita pos barang orang.. hehehe...

Selain pos barang, aku tengah follow up kes barang yang belum sampai kat customers especially yang dipos guna KTM Distribution. Ntah kenapa takde plak link "Tracking" kat website diorang tu. Susah betul....

Hari ni Razin still pergi taska, Raul pun hantar ke babysitter. Mr Husband dah start cuti sejak semalam sampai la Raya ni... Isnin depan dia start kerja balik. Tapi kalau aku bersalin, dia sambung le cuti lagi seminggu.



Dah 38 weeks weh!


Di akhir pregnancy ni macam-macam penderitaan aku alami. Tapi nanti jelah citer. Tunggu lepas beranak.

Sekarang ni tunggu masa je untuk beranak.

Dr. Goh dah pesan kalau by 27th July belum bersalin, besar kemungkinan kena induce. Aku cakap aku takmo kena induce. 

"If let say dah 40 weeks but I still haven't given birth, masih ada waiting time before induce kan?" I asked him, feeling hopeful. =P

He replied, "After 40 weeks kalau belum bersalin datang jumpa saya dulu... kita check, we'll see how..."

Huahuahua.

Aku sebolehnya nak beranak secara natural. Dah sampai masa untuk bersalin, bersalin jelah. Tak perlu nak 'paksa'. Sebolehnye nak camtu le kan... standard kot most mommies nak camtu.

Plus, dari pengalaman orang; induced labor menaikkan risiko untuk kena czer.

1st, baby's heart rate dropped. 

2nd, dah 2,3x masuk ubat untuk induced still takde bukaan so ended up czer.

Hmmm... those were my concerns la cos sebolehnye memang tak nak dah czer. However, kalau dah tersurat itu nasibku, redha jelah kan.

Cuma setakat ni kita usaha supaya dapat bersalin normal.

Setakat checkup kali ni alhamdulillah aku takde ape-ape masalah yang buat kena czer. Air ketuban ok. Baby pun dah turun kepala ke bawah masuk laluan.



Anyway......

Aku masih belum siapkan beg nak pergi hospital klinik untuk bersalin. Semalam baru pergi beli pads and newborn diapers.

Baju-bajan belum pack masuk bag lagi. huhu... Malas gile weh

Lagi ape ek? 

Cam blur-blur je aku kali ni untuk prepare barang bawak pergi hospital klinik.

Semoga dipermudahkan ya Allah!




Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: