Friday, October 16, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...




Sejak share kat Instagram time pakai plastik beg ni, ramai komen and share cos seriously ni memang memudahkan keroje.

So in this blog entry aku saya citer detail tentang benda alah ni. 

Ape yang aku saya pakai? (ayat kena sopan sikit cos nak review benda haha)


Ok ni review Honeysuckle's Breast Pump Bags and how to use 'em.

On the left side is the Honeysuckle's D'Adapter

Each package comes with 4 units of adapters by the way.

But Mamapanda.com has a starter kit of 2 units adapters + 1 box of Honeysuckle's breast pump bags.

You can check the price here.

However, the adapters only fit NARROW NECK bottles macam yang Medela breastpump pakai.

So, kalau pam anda wide neck (macam Spectra & Lacte) so kena lagi beli tambahan wide to narrow neck adapter.. RM15 satu tak silap... yang tu coming soon kat Mamapanda.com hehe


Ok next.


Pasangkan adapter tu pada pam anda.

Tempat yang selalu kita letak botol tu diganti dengan adapter.




Lepas tu get ready jela plastik and sangkutkan je pada adapters tu..

Ketatkan plastik and tadaaa.. siap!




For me, kelebihan dia selain dari jimat masa, ianya sangat sesuai untuk ibu-ibu yang selalu tandem nursing/pumping macam saya.


Sebelah baby menyusu, sebelah lagi pam.

Ni satu cara nak tingkatkan production susu juga :D




Kenapa saya cakap kelebihan?

Sebab kalau guna botol, botol tu akan mengganggu laluan kaki baby nak menendang-nendang. HEHEHE..

So bila guna plastik, takde dah masalah tu since plastik tak ambil banyak space :)

Isn't it great?? Bottles are no longer in baby's way!



I love how easy it is!

Sambil nyusu, dapat menuai jugak hehe...



Untuk pengetahuan semua juga, Honeysuckle plastic storage bags ni material dan design dia tak sama dengan plastik simpan susu yang biase kita jumpa (yang harga rm10-14 sekotak).

Totally different. Nak lebih confirm kena pegang la kan... 

Sedikit history tentang Honeysuckle ni, founder dia ni dulu design storage bag for Lansinoh. I remembered I wanted to get my hands on those bags masa first dapat baby in 2011 dulu but somehow couldn't get it (not sold in Manjung). So.. bila tau Honeysuckle ni didesign oleh orang yang sama and with better improvement, of course la sukaaa ^_^

Plastic yang digunakan lebih tebal and berkualiti. Untuk more reviews boleh check website diorang, Link here.

Here's a snippets:


Klik untuk tumbesaran berganda




So kesimpulannya:-

PRO
- Cepat 
- Tak perlu cuci botol 
- Tak mengganggu ruang kaki baby jika tandem nursing/pumping
- Plastik berkualiti (biodegradable and tahan, tak mudah bocor)


CONS
- Mahal dari beg plastik biasa. heee...


Well, tu jela kot yang nak direview.

Till then.


***update!

Dah boleh pakai pada wide neck pump seperti Spectra & Lacte.

Additional 2 more stuff to prepare iaitu Wide to Standard neck adapters.


The starter kit for wide neck pump adalah  RM95 sebab adapter tu RM15 satu.

Dgn harga RM95 tu anda dapat;

1 box of Honeysuckle breastpump bags (50pcs)

2 x Honeysuckle's D'Adapters

2 x Wide to standard neck adapters


Benda warna putih tu la Wide to Narrow Neck adapter.





Written By Ryehana
alhamdulillah...
Thursday, October 15, 2015
bismillahirrahmanirrahim...


Ya well we got a new maid now.

10th Oct hari tu pick up dia kat Kuantan, and now dah beberapa hari la dia di rumah.

About her:
- from Lombok.
- can't read
- sebelum ni kerja ladang, tak penah jadi maid lagi
- ada anak, ada cucu
- janda
- umur 33 tahun


Our comment for the past few days she's around:
- slowwwww
- tak rajin
- tak pandai jaga budak


Oh well, to any of you yang plan nak amik maid, selagi boleh hold, hold lah dulu. Maid ni kalau dapat yang ok tu, alhamdulillah la. Dapat yang slow and macam blur-blur jenuh le jugak.

So far kami masih monitor dia camne. Banyak gak la benda yang memeningkan kepala aku 2,3 hari ni. tapi takpe, kita paham masih BARU. Hopefully in time, berubah la. Banyak dah duit habis ni... nak tak nak kena la sama-sama saling tolong-menolong and kerjasama.


Good news is we have CCTV.

Ya, i'm paranoid like that. Aku takut dia tak jaga anak2 aku betul2... So, melabur lagi duit pasang cctv. Kena RM1650. 4 cameras semua tingkat bawah, decoder+monitor kat master bedroom (our room) di tingkat atas.

Boleh tengok kat hp... so senang la.

This is just a tool to monitor. I hate to use it. But have to lah... kang tak tenang je hati masa keroje huhu...

Well, I wish to blog again tomorrow. Ade benda best nak review... hopefully esok free.


Daaa



Alhamdulillah...




Written By Ryehana
Wednesday, October 7, 2015
bismillah...





Terkesan betul dengan status ni.

Betul. Memang betul sangat.

Dulu masa aku nak berkedai, ramai nasihat TAK PAYAH.

Dengan lokasi yang tak berapa femes (sebab mostly clinics & bengkel je kat situ) and aku berniaga kecik-kecik, ramai nasihat takyah buka kedai. Biar online je... 

Tapi aku teruskan jugak niat aku tu. Alhamdulillah... makin bertambah barang + brands yang aku jual. Plus aku lebih selesa orang datang kedai dari datang rumah :)

Kelebihan lain: dapat gajikan adik sendiri yang menganggur. Takla banyak gajinya, tapi dia pun dapat kerja yang tak banyak pressure (keje ngan kakak kan...) and flexible.

Now....

Aku ade projek lagi nak buat tapi masih berkira-kira and dalam pertimbangan.

I don't know if I should pursue it or just wait and see first.

From experience, I learned that if you wait too long, you're going to miss big time.

Haihh such dilemma.

When I read Kak Di's status above, lagi la macam semangat nak teruskan.

Oh well... time would tell.

Sekian.


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Bismillah...



That sums up what I do for living. My work. I love it. 

Anyway...

It's 2 am.

Couldn't sleep cos tertidur petang tadi. Know what? Nasib baik laki aku balik kerja dia kejut aku. Dalam pukul 5.40 petang camtu. Aku and Razin sedap tido... Aku tertido sambil bace buku kot (around 4)

Bila check hp, ade whatsapp dari babysitter yang gitau "akak, susu Raiq tinggal sebotol".

That's a cue for me to get ready to pick Raiq up from babysitter. And that whatsapp was an hour ago. 

Nasib baik masa aku sempat amik Raiq before dia ngamuk... Dia sempat abiskan last bottle and elok aku datang amik.

Fuhh.. Selalunye aku pickup pukul 5 camtu.. Tadi almost 6pm. 

Leceh gak bekalkan susu ebm ni. Tak larat nak mengepam. Aku sekarang memang kais arini utk esok baby minum. Kalau arini tak pam, takdela susu untuk esok. Huhu

So takleh nak tinggal baby kalau nak pergi memana. Where ever i go, baby goes....

Arghh kena tido. Esok Razin sekolah after 2 hari cuti jerebu.

Esok jugak ade org nak datang pasang cctv kat rumahku lepas pukul 10 pagi. Kena mandikan Raiq awal sikit la nampaknya.. Slalu mandi pukul 9-9.30... Pastu hantar babysitter... 

Raul takde kat Lumut.. Sejak last week dia dok Beruas. Aku nak bawak balik Ahad lepas Kak Lin kata takyah le... (Ahad lepas kenduri Dayah anak Pak Ngah btw)

Sian kat Raul. Asyik berjauhan dgn Mak je. 

Takpe... Dah ada maid nanti, we'll be together always! Takde dah mak hantar or bagi Opah/Mak Yang amik Raul lagi...


Toodles! Night.




Alhamdulillah...
Friday, October 2, 2015
Bismillahirrahmanirrahim

2.30 pagi and masih belum tido. Maybe sebab dah tido lepas Isyak tadi. Penat gile arini.. Raiq meragam je kerojenye. Lepas Isyak aku terus pengsan dalam bilik. Dengar gak le Raiq ngobak cos dia mcm xberapa sihat/growth spurt ke ape tah. Lantaklah. Bapak dia jaga... 

Aku sedar pukul 10 cos dia melalak2 dalam buai and laki aku kat atas. Terpaksa le bangun jugak huhu

Malam ni settle ngemas umah sikit-sikit. 

Aku ni bab masak memang malas and tak suka... Aku sanggup tak makan haha... Tapi kalau bab ngemas umah ni memang aku tak tahan. Aku sangat2 tak suka umah bersepah. 

Masa mula2 beranak dua (ade Raul) dulu asyik tension je cos Raul memang tukang sepah. Razin dulu bukan jenis menyelongkar, so takdela beria teruk sangat... Tapi Raul jangan. Barang Razin yang bertahun2 elok je if dpt kat dia abih jahanam haha... So yeah, masa ade anak dua aku asyik tension.

Pastu aku malas dah sakit2 kepala ngemas umah. Kalau aku xlarat, aku bior je. If larat, aku kemas.

Tapi paling lama buat "dek" pun ade la dalam 3,4 hari je kot. Aku mmg xtahan umah semak.

Paling senang aku panggil akak cleaner ngemas umah. Tapi if nak jimat, kemas le sendiri... Upah orang sekali kemas dah melayang RM80. ;p

Mungkin sbb dari kecik dah biase ade orang gaji, umah mmg xdela bersepah teruk gile. So aku sendiri tak tahan if semak sgt.

Beza dgn laki aku. Aku selalu gile bengang cos dia jenis jelui je baju merata and tak letak dalam bakul baju kotor. Pastu lagi satu aku geram, almari baju mesti tak reti nak tutup! Biar je tercangah lepas dah amik baju.. Ape la salahnye tutup je pintu lemari tu kan.. Eii geram benor teman... Huh.

Lagi satu xpueh hati, susah benor nak tolong mop lantai. Ni lagi satu aku lemah.

Aku tak larat nak mengemop. Sapu ok, kemas mainan budak yang bersepah, lipat kain sumer ok. Mop aku tak larat. Sakit pinggang oi

Tapi ape2 pun aku bersyukur la laki aku berganda bagusnya nak tolong hal rumah berbanding bapak aku dulu...

Husband aku akan mesin baju2 kotor and sidai. Baju2 kering dia akan angkat (TAPI DIA TAKKAN LIPAT. Selama kawen tak pernah nampak laki aku lipat kain hahaha)

Laki aku masak. Aku memang malassssss gile bab masak2 ni. So memang tu keje laki aku. 

Kalau laki aku tak penah lipat kain, aku lak tak pernah siang ikan langsung selama hidup berkahwin ni. Not my job. Hehe.. Oh and iron uniform askar dia pun tak pernah. Laki aku xharap kot. Dia iron sendiri heee (bgsla cos aku malas gile nak iron baju)

Aku bersyukur jugak cos laki aku tolong uruskan anak2 starting dari aku berpantang Raiq dulu. Pepagi mandikan n siapkan Razin ke taska, angkut Raul n htr ke babysitter. Oklah. Dulu tu semua aku buat. Now dh ade baby kecik kena pass la

Aku dah dapat maid by the way.

Cuak and risau. Lega pun ye juga. 10hb nanti nak pergi Kuantan untuk amik bibik.

Aku meramalkan perniagaan lebih terurus and rumah kemas selalu pasni. 

Haih banyak nak type tapi tak syok update dari phone. Dapat ngadap komputer best sikit.

Dah 2.50 am. Ngantok dah..

Tulis point2 jelah.

1. 4hb okt ni birthday Nini and also kenduri kahwin sepupuku Dayah di Panchor. Tahniah Hidayah Norhan!

2. Petang tadi aku dah tukar bateri iphone 5 aku kat kedai Sofan King di manjung lama. Kena RM80 je. Oklah. Ori tak ori batt tu aku tak kisah sangat sebab warranty iphone dh lama abis n aku desperate nak battery baru. Hopefully ok jelah

3. Tak jadilah beli iphone 6s. Mahal sgt. Baik aku melabur bizz... That's why ip5 just tukar batt je. Pakai la sampai terberancei. Dah rosak nanti treban je..then baru le beli baru huhu. Doa2 le ade bajetnya

4. Aku tak suke nak berblog or bercerita ttg bapak aku. Kami tak rapat n aku sgtlah anti dgn beliau sejak kecik2 dulu... Membawa ke besor. So yeah, we're not close and i dont like to talk about him.

5. Raul kat kampung... Kak Len amik semalam. Deme balik cos kenduri Dayah tu. Umah sunyi sikit bila Raul xde 

Ok ngantok dah

Nanti sambung.

Last update gambo bapak anak 3


Best gile stroller ni hokeh. Nnt free aku review

Bye


Alhamdulillah...
Sunday, September 27, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


Blog dari gmbo2 jelah.


Ni gambar masa on the way balik Perak from Pahang.

Plan asal nak pg Cameron tapi tak jadi cos ramai kata jem. So laki aku melebcong ajak singgah Bukit Fraser memandangkan aku tak pernah lagi sampai situ.

Dalam kereta macam nak pecah kepala melayan Raul yang paling banyak ragam. Tu gambo dia ngaco Raiq tido. Adik dia elok2 tido tapi Raul sibuk nak cucuk mata la, jolok hidung la, even masuk jari dia dalam mulut Raiq. Saboooo jelah kan. Lastnye aku transfer Raiq duduk depan.


Sila jangan tiru aksi ini. Sangat2 tak digalakkan meletak baby di depan.


Heh. Macam boss kecik!


Sampai-sampai Bukit Fraser, aku almost termuntah. Cam hampeh je jalannye... 

Dahle perut lapo cos tak makan dari umah mertua 


Lunch kat Fraser Hill Golf Club. 

First time kami berlima makan sekali di luar. First time okeh. Sebelum ni tak pernah lima-lima kuar makan bersama cos Raul sama ade tinggal kat kampung or Raiq tinggal kt umah (opah jaga time dlm pantang).

Haaa pengalaman xleh dilupakan. Macam nak terbalik meja. Raul makan lambat sangat and aku plak kena kuar cepat cos Raiq dah nangis lah ape lah... Nak susu kot. Kuar la aku nyusukan Raiq kat luar dengan Razin. Raul n laki aku masih makan kat dalam tu...

Eloklah plak Raiq tgh nyusu tetiba Razin terlompat2 pegang bebird gitau dia nak berak. Ahhh sudah. Laki aku dahla kat dalam tu tengah makan dgn Raul lagi, menapak le aku n Razin (n Raiq didukung cos tak bawak ring sling) mencari public toilet.

Nasib baik tak jauh sangat. But still kena mendaki bukit le sikit. Hadoii.. Praying hard masa tu supaya Razin tak terberak dalam suar hahahaha


Ni gambo kat mana? Haaa ni dalam toilet!

Nasib baik lah aku bangku betul2 kat luar jamban tu... Dapat le aku letak jap Raiq sambil bukakan spender + seluar Razin and arah2 dia pergi masuk jamban n melunaskan hajat dia haha..

Nasib baik taska dia dah ajor cara cuci bontot, lega sikit aku..

Abis dia poopoo, jenjalan le kejap amik2 gambo.


Laki aku pg mana pn berselipar je. Raul nampak ok sikit. Kasut lama Razin btw. 


Anak sulung teman... :D


Okeh tu sumer citer semalam. Ni citer arini plak



Kami lunch kat Sushi King.

Kali kedua lah ni makan kat luar berlima beranak. 

Lagi sekali, Razin nak terkencing lepas makan minum 10 minit. Laki aku lak pergi bawakkan ke toilet. Tinggallah aku berkungfu melayan Raul n Raiq. 

Raul tak reti duduk diam, Raiq plak melalak2 bila dah bosan dalam ring sling.. Aku? Sabooooooo

Akhirnya (which seems like eternity), laki aku and Razin kembali ke meja. Raul duduk dengan ayah semula.

Aku dah risau ade benda tumpah ke ape pasni so ajak laki aku blah. Tapi dia tak nak lagi cos masih lapar. Ok tunggu le laki aku makan lak.

Tup tup... Terjadilah kes tumpah-tumpah air pulakkk... Mata tertengok tempat lain kejap je

Air oren yakult Raul tumpah, abis kena laki aku. Pastu Raul still tak nak duduk (keje nak diri je), tepis itu ini sampai tumpah plak air green tea bapaknye. Nasibaik dah sejuk huhu...

Ape lagi, blah le hahahaha.. Sian laki aku. Entah kenyang ke idak. Takpela, Mak yang bayor pun :p

Pas makan, bawak pulak budak2 main kat Aeon punye playland ke ape tah. 

Raul's first time. Sian lak tak pernah bersosial and main tempat public camtu. 



Lepak setengah jam je cos takut ade insiden anak berak ke hape ke hahahaha...

Pastu balikkk.

Penat emosi. 

Tu pun laki aku ade hati nak ajak bercuti ke Penang lak hujung tahun. Aku kena ajak Mak & Nini ikut sekali le konvoi kalo cmtu... Yang paling melasak sekarang Raul. Umur setahun 4 bulan ni memang tengah fasa melasak gila. Time Razin dulu ok la cos Razin sorang, takde adik lagi... Heh.

Tu je nak citer.

Tak sabar tunggu esok pagi where Razin akan pergi taska and Raul akan dihantar ke babysitter. Mak n Raiq je kat umah.

Aku nak buat keroje banyak gilaaaa...

K bai



Alhamdulillah...
Saturday, September 26, 2015
Bismillah...


Tahukah betapa stressnya bila kau pergi travel jejauh (Any journey yang lebih 2jam utk pergi bg aku jauh dah tu) tapi LUPA bawa benda-benda penting??

1. Baby carriers

Haram tak bawak satu pun padahal aku ade berlambak. Dengan umur Raiq sekarang (baru nak masuk 2 bulan), aku prefer ring sling... Ring sling takde dalam kereta rasa macam... Ishh tak lengkap sesangat!

Kitorang singgah Bukit Fraser on the way balik Lumut. Tak best hokeh takde ring sling ;(


2. Stroller

Memang jarang bawak pun... Tapi sebab terlupa bawak carrier, if ade stroller should be ok lah. Tapi tak... Lupa jugak.


Ni semua salah laki aku yang pindahkan barang masuk kereta tapi tak bawak any babywearing gadgets!


3. Last but not least, a nursing cover.

Yeah well a nursing mother memang best kalau dari segi takyah bawak air panas, tin susu and air masak if travel... Tapiiii adelah agak melecehkan nak menyelak tengah2 orang untuk susukan anak. Aku tak taulah kenapa org laki ni if nampak mak nyusukan budak lagi la dia mcm terintai2 or usya semcm. Rasa nak hempuk je. Tak semua lah kan... Tapu selalu cmtu especially if nursing in public (NIP)

Aku slalu stress bab nak NIP ni cos tak berapa confident sangat. Pastu anak aku pulak dari Razin sampai la ke Raul n Raiq, tiga-tiga tak suka nursing cover. Hampeh je... Ngan Raul paling seriau. Penah time nyusu in public dia tarik2 cover cos rimas. Nasibaik le kt dlm tu cover dgn nursing shirt lagi. Berpeluh hoii 

Still, even baby tak suka pun, nursing cover tu penyelamat gak lah and especially time awal2 nak latchkan baby. 

Tadi dahle pakai baju bukan nursing friendly, nursing cover pun tak bawak, bayangkan betapa berpeluhnye aku nak menyusukan anak? Nak cover perut, nak cover itu ini huuuuu


Kenapalah pelupa sangat!





Alhamdulillah...