Thursday, November 12, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


Lama dok peram review ni... ni baru free nak update.

Spectra M1 ni actually single pump.
Dalam kotak ada 1 je breastshield set.

Retail Price: RM576

Mama Panda's Price: RM449 for single pump & RM489 for double pump



Simple and kecil je pam ni.

Cuma takde LCD screen jelah. 

Sebab dah terbiase ada screen untuk tengok time, bagi aku agak kekok gak la awalnye.

Tapi not a big deal anyway, timer kat handphone pun ada.






Abaikan semak samun di meja tuuuu hahaha

Ok, before this semua pam yg aku guna (Medela Fs & Spectra 9+ je pun), kalau charging and nak tau dah penuh ke tak, kena tengok pada pam...

But since M1 ni takde lcd screen pun, so indicator adalah pada charger.

Kalau merah, bateri belum penuh 

Kalau hijau, bateri dah penuh.

okla...



Rupa bila dah on.

Kalau nak single pumping, tutup lubang tubing satu.

Biar satu je terpasang (single)







Tak banyak parts untuk dicuci!

Botol, breastshield dan membrane sahaja.



Review aku tentang M1 ni:-

a) Suction ok, agak kuat jugak la... tapi tak sakit.
b) Bateri cepat kong... pakai 2x and bateri drop dari 3 ke 2 bar.
c) Massage mode bagus... tapi tak cukup soft macam Spectra 9+ i think 
d) Aku prefer 9+ lagi rasanya... yela 9+ model lebih baru...lebih improved.
d) Overall oklah. I bagi 8/10


Iklan jap:

If berminat nak beli tested unit ni, leh whatsapp 0125280858.

Harga menarik menanti anda

(single pump)

Pakai utk review je hehe


Sekian






Alhamdulillah...

Written By Ryehana
Tuesday, November 10, 2015
Bismillah...


Tengah siap-siap nak tido (awal lagi baru pukul 9). Raiq dipegang oleh bibik, aku angkut Raul dari dalam buai bawak naik atas. Bilik tido kat tingkat atas.

Sebelum angkut naik atas prepare susu utk Raul... Dia mesti jaga punye kejap lagi and nak susu.

Settle masuk bedroom, Razin kena kencing before tido... So suruh dia masuk toilet pee dulu.

Lama budak ni dlm toilet. Buat ape?

Jenguk, tengok dia atas toilet seat tengah menung.

"Dah kencing ke belum?"
"Belum... Ajin sakit perut nak berak"
"Ok berak dulu"

Aku sambung tukarkan pampers Raul and layan dia minum susu.

Razin masih belum kuar toilet.

Jenguk lagi.

Oh my god! Nampak dia bercangkung kat lantai and taik bersepah cos dia cirit. Ahh sudah.. Nasibaik cair je so aku spray ke lubang saliran. Hadoii sabo jela... Kecoh-kecoh dalam toilet, Raul pun menyibuk masuk toilet nak main air...

Ok kuar bilik air, settle nak tido. Raiq dah tido lepas menyusu kat atas katil.

Razin ni aku nak pujuk suruh tido bawah cos sempit le katil kalau 4 beranak tido sekali... Selalunye memang salah sorang kena tido bawah dgn Ayah. Ni Ayah takde jenuh le mak huhu

Tengah pujuk-pujuk, tiba-tiba Razin batuk. Pastu bluwekkk kuar muntah selambak. Oh my god... Stress aku. Ape ke hal budak ni asyik cirit n muntah ni?

Tengah aku tanya-tanya Razin, datang Raul meluncur atas tilam straight ke muntah Razin. Oh noooo... Abis muka dia ngan rambut kena muntah Razin!

Aku dah menyirap dah tapi nak marah pun nak watpe? Bukan paham. Hadoiii pergi ke toilet lagi mandikan terus Raul and cuci badan Razin yang kena muntah. Pijama Razin pun habissss... Grrrr

Now dah pukul 10 and we're trying sleep.

Raul dah kacau Raiq so Raiq bangun merengek2 nak nenen lagi.

So while i'm typing all these down, I have Raiq breastfeeding, Raul on my right side  tengah minum susu botol sambil menyondol-nyondol bahagian ribs aku.

Razin?
Dia kat bahagian kaki aku.

Ni keadaan ada anak 3.

Bibik once msk tido aku xkacau dah.

So cmni yer keadaan ade anak kecik rapat2.

Raiq, 3 months.
Raul, 1 year 6 months.
Razin, 4 years 8 months.


Semoga tak lupa Ana.

Semoga tak lupa...





Alhamdulillah...

Thursday, November 5, 2015
bismillahirrahmanirrahim...



Busy gila lately.

Razin punye Ihtifal (konvo tadika) hari Ahad ni. Sian dia bapak dia takde. Laki aku pergi Sabah seminggu sejak last Tuesday.

Semalam Mamito datang untuk teman.

Memang le bibik ade, tapi pengsan aku memalam nak tidokan 3 orang budak! Semua nak menempel bawah ketiak aku lak tu... Yang baby dahla nyusu badan, abg dia si Raul jeles... nak duduk dekat-dekat jugak. Raul dahla tembun... riso je aku Raiq kena crushed dengan Raul.

Razin plak biase la... nak aku gak.


Pengsan wei... baru anak 3.

Bibik pancing2 gak ajak Raul or Razin tido ngan dia. Tak hengen pun bebudak ni. Plus, aku pun tak suka.

Semalam sebab Opah diorang ada, so Razin & Raul tidur ngan Opah. Mak kat atas dengan Raiq.

Bangun pepagi tadi Raul nampak aku jer terus nangis. Sedih benor macam aku tinggal dia... kesiannnn hahahaha... aku letak Raiq kejap kt katil and then pergi kencing pun dia ngobak cam hape. Ape la Raul....


Anyway, Razin pun ngobak pergi sekolah arini. Dia ni bukan ape, tengok Opah ade kat umah... Raul kat umah, Raiq kat umah, mulala rasa seronoknyeee duduk rumah. So tak nak pergi sekolah. Saba jela dak Razin ni huhu


K lah. adios. nak balik umah mengepam


Bye

Written By Ryehana
Saturday, October 31, 2015
bismIllahirrahmanirrahim...

**Sticky post** (scroll down for new blog posts)


Open again. Cos current renters dah nak kuar hujung bulan Oktober ni.

Untuk sesiapa berminat nak sewa rumah, kami nak sewakan Rumah Manjung:

Sesapa cari rumah sewa?

Kemasukan November 2015

Rumah Semi-D 1 1/2 tingkat, 4 bedrooms, 2 bathrooms. 

Fully furnished + aircond in every bedrooms.

Sewa: RM1800 sebulan (firm)

Whatsapp/call 0125280858 (Ana) or 0129617875 (Tapa)

- xkisah orang tempatan or foreigner (asalkan bukan PATI hehehe)


English version:

Looking for a house to rent in Seri Manjung, Perak?
We have a fully furnished Semi Detached house in Fasa 1D2, Seri Manjung for rent.
4 bedrooms, airconditioned.
2 bathrooms.

Monthly rental: RM1800

Whatsapp 0125280858 or 0129617875 if you're interested.

Open to everyone - foreigners/locals/students/practical students.

Current renters are 4 employees of Sapura Kenchana (not far from Kg Acheh & Lumut Port).



Kawasan rumah luas. Boleh click label "Our house" kat blog ni untuk pic and video (a ah video pun ada)... tapi gambor lama. Gambo baru takde cos tak amik lagi. Yang penting cat dah bertukar ok sikit. No more colorful macam taska hahaha.

By the way, just a helping tool to those yang mencari rumah sewa di Manjung, boleh join facebook group berikut:



As you can see, group Komuniti I Love Manjung lagi ramai members. So boleh la join group ni ya.

Ni group kedua actually... Group yang 1st wujud adalah group I Love Manjung.

Tapi kemudiannya a bunch of people created the new group "Komuniti I Love Manjung" yang merupakan Persatuan berdaftar. Siap ade akaun bank atas nama Komuniti I Love Manjung. Which is good actually, sebab diorang tapis iklan kat group. Yang tak berdaftar takleh iklan berniaga kecuali barang2 preloved, sewa rumah/bilik etc...

Aku personally suke group baru (KILM) ni cos kalau nak post ape-ape, diorang tak tapis. Takdela 'pending approval' dari admin (macam group I Love Manjung - last time i checked)

ok tu je nak kabor.


Sekian.


Status:

ON RENT from Nov-Dec 2015.

If you wish to rent from Jan 2016 onwards, do contact us.



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Thursday, October 29, 2015
Bismillah...



Mak and Raul. (Omg i looked so makcik2 with spectacles & tudung express on!)

Anak bujang no. 2 dalam fasa comel dan nakal at the same time.

He's 1 year and 5 months now. Still couldn't string up words... Still couldn't talk, but oh how cute is it to hear him babbles! Hahah

He's so adorable. I love this kid dearly... 

Dia ramah. Suka 'menegur' orang tapiiiii he's usually scared of men with deep voice. Kikiki...

Oh, dia takut kat Atok dia gak. Padahal bapak mertua aku bukanla jenis cakap kuat-kuat pun. Tapi Raul tengok je mesti ngobak. Sabo jela...

Anyway, tu gambo siang tadi masa menunggu beli air... Sekarang gile menerai air-air bancuhan serbuk yang naik macam cendawan tumbuh kat Manjung ni...



Petang tadi try Coffee Legend, tapi bukan beli air kopi pun. I ordered Chocolate and Strawberry flavor. Sedappp! Jangan gula naik balik udahh! Huahua

Tangan kecik yang pegang straw tu tangan Raul. Sebok je.


Hi, saya Raiq! Dah 3 bulan. Alhamdulillah anak no.3 ni anak yang senang jugak dijaga berbanding no.2

Masa Razin ok, masa Raul kurang ok, masa Raiq ok semula.

No.4?? Haaaa ntah le yer. Kalau add tu ade la. Takde pun takpe... Ade orang cakap, (berdasarkan petua & pengalaman dia) next baby pun aku dapat boy gak nih. Hohoho... Mmg nak bg team futsal kot heeee...

Rilek rilek... Take a break dulu. Ade 3 boys pun nak tercirit dah haha

Harini aku pasrah yang aku terpaksa simpan/buang/bagi orang jela baju2 kurung lama cos semua dah tak muat!

Sendat kat boobs and hips. Yang kain berzip (bukan getah), lagi la... SEMUA aku takleh pakai dah. Gilerr. Gemok siot. 

Sedih weiii


This is me at work today. No contact lenses, no spectacles. Just a BB cream on my face & a swipe of lipstick. How plain. Oh well, this was better than my everyday i-dont-care-how-i-look face. Most days I went barefaced and wearing the same tudung 2 days in a row. 

Sentiasa bertudung hitam, berbaju hitam. Macam org berkabung pun ade. Oh yes i'm mourning my pre-pregnancy figure that was LONG GONE. T.T

Yesterday I caught my husband using the Nordictrack elliptical cross trainer that I RARELY anymore (i haven't been working out for agess!). 

Imagine my surprise.. My husband had NEVER USED the cross trainer. That thing cost RM6k. He merely laughed and made sarcastic comments on how I waste my money on it. Then tetiba dia guna?

Guess what? He used it for 5 minutes only! Kahkahkah... Haaa tau pun. I'm not the only one yang tak fit yer. =p

November is nearing. 

Razin ade Ihtifal pada 8th November nanti. Oh anak aku dah nak masuk 5 tahun next year. How time flies!

K lah. Ngantok. 

Patut la, dah pukul 1.15 pagi...

Nak tido. Bye


Alhamdulillah...

Monday, October 26, 2015
bismillah...





Ya Allah... sedihnya...


Bayangkan dari tingkat 26??!

Aku kesiankan baby dia.

Tapi betul ke sebab takleh breastfeed? Entah-entah sebab lain? Ehh banyak ok sebab-sebab untuk buat ko stress and hopeless.

Yes, tak dinafikan masa berpantang, masa baru lepas bersalin adalah masa yang kritikal.fragile for a MOTHER.

Tak kira la first time mom ke, dah beranak 3,4x ke... still, masa ni hormon tak betul, badan tak sihat, darah nifas keluar, tak suci bla bla... So please mothers, get support! Semasa preggy lagi dapatkan ilmu dan sokongan dari suami + family.

Aku harap tragedi ni tak berulang lagi.. Allahu...


Dulu aku stress gak bab susu masa time Razin. 

Then masa Raul and Raiq, ahh lantaklah. Aku bagi je susu tin masa awal-awal beranak. Malas nak semakkan fikiran. Dahla perut kena belah, semua benda tak larat. Susu badan tu in time dia akan kuar, rilek-rilek jelah.

Bukanla aku takde gali ilmu penyusuan. Of cos I know la yang supply-demand thingy. Baby baru lahir nak melekap je cos tak biase bla bla bla all that shit. Tapi aku TAK NAK ko melekap. Aku nak tido. Aku penat!!! Aku dah tak larat nak layan ko melekap. Asyik-asyik nangis nak tetek je! Minum jela susu bancuh tu. 
.
.
.

Haaaa kejam ke bunyinya? aku ade sikit2 nak kena meroyan kot? Ntah la... Lantak. Asalkan aku tak jadi gila nak campak budak (or nak bunuh diri), baik la sesape (laki aku la) tolong amik budak ni bagi la dia susu bancuh ke hape... aku tak larat nak dengar dia nangis.

And yes, lama-lama lepas rilek and cukup rehat, ok je... susu ade je.

Now that is why aku takdelah obses gila about breastfeeding. Seronok and happy yes. Tapi sampai point nak obses gila and nak judge people yang tak bf budak, No la. 

To each her own.

Aku tak nafikan ade ibu2 menyusukan ni obses. But then maybe sebab diorg macam nak mati jugak usaha utk susukan anak. So they deserve to be proud of it. Ingat senang nak pam waktu kerja? huiiii tak larat weh. Aku bernasib baik keje aku flexible, aku la kuli, aku la boss. Dah bengkak dada, balik umah pam. Leh tido+makan+solat sekali.

Now seronok2 try macam-macam pam untuk review. 

Ehh this is not obsessive ya. Ni namanya review. Utk bisnes. =D


Aku nampak kat bahagian komen-komen di social media orang bash ibu2 yang obses susu ibu ni. Yer, mmg kalau jumpa mak2 budak yang poyo+berlagak gila susu banyak mmg ko nyampah. Aku alhamdulillah tak pernah jumpa di dunia nyata lagi.

Baca komen-komen je.

Dulu aku pernah bawak susu tepung ke kursus babywearing yg dihadiri Lactation Kaunselor/kolumnis yang of cos la advocate breastfeeding kan... tapi luckily she didn't say a word about tupperware aku berisi susu tepung yg aku bancuh kat Razin bila dia nak susu. Ekekekeke... nasib baik. Belakang citer tak tau lah kan tapi so far ok je... she was really cool when she helped teaching me to nurse in a sling. She seems ok la. 

I wonder what made the mother committed suicide.

I wonder how she felt.

Allah... kesiannya.... 
Haih...


Bagi aku la, takyah ikut orang. 

Buat mana yang termampu.

Buat mana yang terbaik.

A mother knows best.

Masa berpantang, dapatkan bantuan jika rasa stress, tension and penat. Get help, seriously.

Adios.



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Bismillah...


Hi, perkenalkan ni anak aku yang keempat. Huurun Aina Bashasha. Kitorang panggil Huurun (maksudnya Bidadari)

Dah jadi anak aku dah cos minum susu aku. Dalam tak banyak masa nak mengepam tu dapat gak aku bagi Yong susu ebm dalam 20 packs last week. Abis dah Huurun minum.. Dah lebih 5x kenyang dah... So rasmi lah jadi anak aku (susuan)



She's a darling.

Baru masuk 6 bulan.

Tahun ni Raiq ramai gile geng...

Ade Huurun, ade Umar (anak ijah), ada Adam (anak Didi), anak Abg Ijone pn ade.. Tak ingat nama. 

Belah laki aku lak, ade baby baru lahir hari ni... Anak Busu, boy. Tak tau nama apa.

Ehh update: dah tau nama anak Busu... Nuh namanya. Just that 3 alphabets. Hahaha ni kan nama yg aku nak bg Raul dulu... Tp laki aku ltk nama lain. Kalau tak, nama Raul adalah Noah. Hehehehe



Mmm bestnya jadi budak2...



Alhamdulillah...