Monday, October 26, 2015

Tragedi

bismillah...





Ya Allah... sedihnya...


Bayangkan dari tingkat 26??!

Aku kesiankan baby dia.

Tapi betul ke sebab takleh breastfeed? Entah-entah sebab lain? Ehh banyak ok sebab-sebab untuk buat ko stress and hopeless.

Yes, tak dinafikan masa berpantang, masa baru lepas bersalin adalah masa yang kritikal.fragile for a MOTHER.

Tak kira la first time mom ke, dah beranak 3,4x ke... still, masa ni hormon tak betul, badan tak sihat, darah nifas keluar, tak suci bla bla... So please mothers, get support! Semasa preggy lagi dapatkan ilmu dan sokongan dari suami + family.

Aku harap tragedi ni tak berulang lagi.. Allahu...


Dulu aku stress gak bab susu masa time Razin. 

Then masa Raul and Raiq, ahh lantaklah. Aku bagi je susu tin masa awal-awal beranak. Malas nak semakkan fikiran. Dahla perut kena belah, semua benda tak larat. Susu badan tu in time dia akan kuar, rilek-rilek jelah.

Bukanla aku takde gali ilmu penyusuan. Of cos I know la yang supply-demand thingy. Baby baru lahir nak melekap je cos tak biase bla bla bla all that shit. Tapi aku TAK NAK ko melekap. Aku nak tido. Aku penat!!! Aku dah tak larat nak layan ko melekap. Asyik-asyik nangis nak tetek je! Minum jela susu bancuh tu. 
.
.
.

Haaaa kejam ke bunyinya? aku ade sikit2 nak kena meroyan kot? Ntah la... Lantak. Asalkan aku tak jadi gila nak campak budak (or nak bunuh diri), baik la sesape (laki aku la) tolong amik budak ni bagi la dia susu bancuh ke hape... aku tak larat nak dengar dia nangis.

And yes, lama-lama lepas rilek and cukup rehat, ok je... susu ade je.

Now that is why aku takdelah obses gila about breastfeeding. Seronok and happy yes. Tapi sampai point nak obses gila and nak judge people yang tak bf budak, No la. 

To each her own.

Aku tak nafikan ade ibu2 menyusukan ni obses. But then maybe sebab diorg macam nak mati jugak usaha utk susukan anak. So they deserve to be proud of it. Ingat senang nak pam waktu kerja? huiiii tak larat weh. Aku bernasib baik keje aku flexible, aku la kuli, aku la boss. Dah bengkak dada, balik umah pam. Leh tido+makan+solat sekali.

Now seronok2 try macam-macam pam untuk review. 

Ehh this is not obsessive ya. Ni namanya review. Utk bisnes. =D


Aku nampak kat bahagian komen-komen di social media orang bash ibu2 yang obses susu ibu ni. Yer, mmg kalau jumpa mak2 budak yang poyo+berlagak gila susu banyak mmg ko nyampah. Aku alhamdulillah tak pernah jumpa di dunia nyata lagi.

Baca komen-komen je.

Dulu aku pernah bawak susu tepung ke kursus babywearing yg dihadiri Lactation Kaunselor/kolumnis yang of cos la advocate breastfeeding kan... tapi luckily she didn't say a word about tupperware aku berisi susu tepung yg aku bancuh kat Razin bila dia nak susu. Ekekekeke... nasib baik. Belakang citer tak tau lah kan tapi so far ok je... she was really cool when she helped teaching me to nurse in a sling. She seems ok la. 

I wonder what made the mother committed suicide.

I wonder how she felt.

Allah... kesiannya.... 
Haih...


Bagi aku la, takyah ikut orang. 

Buat mana yang termampu.

Buat mana yang terbaik.

A mother knows best.

Masa berpantang, dapatkan bantuan jika rasa stress, tension and penat. Get help, seriously.

Adios.



Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: