Tuesday, October 11, 2016
bismillahirrahmanirrahim...



Baru lepas lunch kat Aeon Manjung, heading back to my shop with Razin in the car.

Then suddenly he said, "Mak, Ajin haus... Haus la... Haus..." while eyeing the air-conditioners inside the car. (sebab aku pesan before this untuk slowkan rear aircond. Dia sorang je pun yang kat belakang)

Eh, bila masa pulak Razin pandai guna perkataan haus ni?

"Ajin haus?"

"Ye Mak. Ajin haus la. Buka la aircond kuat eh"

Aikkk. Mintak aircond, bukan air.

"Ajin tau tak haus tu ape?"

"Haus tu panas la Mak"

Hahaha... gelak dalam hati.

"Bukan la Ajin. Haus tu maksudnya dahaga. Nak minum air. Bukan panas."

"Haus tu panas. Sebab tu Ajin cakap Ajin haus"


"Bukan... Haus tu maksudnya dahaga. Mana Ajin dengar orang cakap haus ni? Teacher ke? Ke kawan-kawan?"

"Ajin la cakap"

"Mmm ok tapi Ajin salah faham. Haus means thirsty. Not hot. Ok?"
Senyap.

Aku sambung lagi, "Kalau Ajin duduk tengah panas, memang la panas kan? Bila panas, Ajin haus. Rasa nak minum air, betul tak? Tapi haus bukan maksud panas. Haus maksudnya dahaga, nak air"


"Okay Ajin panas. Ajin kuatkan aircond ye Mak"

"Haa kuatkan la..."



Settle satu entry. LOL

Written By Ryehana
alhamdulillah...
Monday, October 10, 2016
bismillahirrahmanirrahim...


Ha? Tak habis-habis lagi blog tentang #ananakkurus? Ehhh suka hati aku la blog aku kannn...

Biase ar, bila dah nampak ade perubahan, semangat sikit hehe...


Current weight.


Still kadang-kadang jadi 80kg jugak tapi sebab dah tau badan aku camne, aku positif yang memang berat boleh turun lagi if I keep doing what I'm doing.

To tell the truth, it is not easy to maintain your schedule to work out at least 3 times in a week.

Kalau lah aku ini seorang makan gaji yang kerja 9-5 every weekdays, memang aku susah le sikit nak luang masa nak ke gym.

Banyak halangannya especially if you're a mom.

Kalau bujang, insya Allah bole la lagi spend masa malam tu kan...

All in all, I'm so grateful that I have a business on my own that I can delegate to my staff at the shop.


However, if you really looking forward to shed some weigth and stay fit, maybe you can do a little bit of research on quick exercises that you can do at home.

Aku memang takde masa nak google-google sangat so I listened mostly to what my trainer said.


If you're big like me (berat 80kg ke atas dengan tinggi 160cm), running or jogging may not be suitable for you in the beginning. Sakit lutut weh... even jogging pun macam nak tumpo. I learned that in a hard way. Sakit nak mampos kaki aku padahal aku lari seminit dua je masa atas treadmill... Selebihnya jalan laju je... Berlari 1 minit after every 15 minutes and almost 4 hari kaki/lutut aku sakit.


I found this link to be very useful. Those were the exercises I did with my trainer. At first we started with 2 sets of 12 reps. Now dah up ke 4 sets!

Link: http://www.bodybuilding.com/fun/wotw12.htm


Fuhh...

Nanti sambung.

---------------------------------------------------------------------------------------


TETT!!

Aku sambung balik entry ni pada 10 Oct 2016 cos lama gile benda di atas tu kat "Drafts"

Well well.. dulu 79 kg eh.

Now berat dah 75 kg. My thighs still chunky tapi dah toned down and I don't look as big as I did when I was 79kg heh.

Cuma masalah besar aku sekarang ialah PERUT.

Konon-konon nak ade ade toned abs by December, tapi aku rasa macam susah giler je. Kejadahnye kan cos masih buncit lagi HAHA..

Even Kak Yantee yang train aku pn perut dia tak flat. Reason paling penting sebab tak control makan... then faktor lain maybe sebab dah 2,3x operate perut utk beranak. 

Tapi bab operate maybe alasan je la... yang sebenar-benarnya sebab tak control makan.

If selama ni aku leh bangga gitau orang yang aku TAK DIET (memang aku xdiet or makan ape2 ubat kurus okehhh) and lose weight semata-mata work out, nampaknye pasni takleh dah la cos aku KENA juga control makan jika nak perut cantik hihihihi....


We'll see how.

Really, it's not easy.

Adios.



Written By Ryehana
alhamdulillah...
bismillahirrahmanirrahim...




Alhamdulillah... bertemu lagi kita di sini sebulan lebih selepas previous blog entry. wakakaka..

My God... I'm beginning to be like those lazy mommy bloggers yang used to update their blogs EVERYDAY to once a month.

Since dah ade 3 orang anak ni aku noticed yang aku dah tak serajin dulu nak berfacebook or komen2 kat group di FB. Aku pun dah tak cukup masa nak spam groups di FB dgn iklan-iklan. HAHAHA

Well what can I say, time changes you.


Anyway, nak update about Razin.

Razin dah hilang 2 batang gigi depan (gigi susu) since gigi kekal dia baru tumbuh di belakang gigi susu dia tu. The first tooth cabut di Hosp Angkatan Tentera (Lumut) sebab masih kuat and takde tanda-tanda nak goyang. Nak free, pegi la kat HAT kan hahaha... Encik suami temankan dia.

Seronok betul gigi dah cabut. Siap cakap "Tak sakit pun" hehe

Second tooth tercabut dengan sendirinya di rumah cos Ayah dah malas nak pergi HAT and said "biar cabut sendiri" since gigi tu dah goyang2.

Last week pulak, (24hb Sept) Razin join Simulasi Lambaikan Kaabah, gabungan tadika swasta daerah Manjung. Actually Little Caliphs Manjung just join atas jemputan je tak silap, cos organizernyer 3 tadika lain which were Tadika Cahayaku Mindaku Bistari, Tadika ABS Manjung & Tadika Imtiyaz Bonda (yang kat Manjung)

It was a nationwide event rupanya... I mean, tadika2 swasta kat negeri lain pun ada buat.

So nak spam gambar.










That's all.



p/s: Karangan ditulis pada 29 Sept, tapi baru now Mak dapat upload pic.





Written By Ryehana
alhamdulillah...
Monday, August 29, 2016
Bismillah....


Fuhhh mcm lama gile tak update blog. Sebulan! Hahahahahampeh... Busy meh

Aku update ni pun sebab tgh tunggu cermin kereta direpair. Sesorang mcm bodo je kat Dr Cermin ni haihhh

So what happened dlm masa sebulan?

I turned 31 last 17th Aug. Takde celebrate jadah ape pun. 

Berat masih statik and tak berubah... Masih 75-74kg jer. Dah 2,3 minggu tak ke gym btw. Yela, dah tak bayar trainer kan... Wakakaka...

Tapi Sept ni start balik ade trainer cos kak yantee dah start full time training orang again. So i might just sign up again? Sebab nak buat sendiri tu MALAS giler okayyy. I can't. Or maybe i wouldn't.  Nak ada orang marah and paksa baru ok huhuhu


Anyway...

What else to write?

Otak jadi blur pulak...

Share gambar la...


Geram dgn dimples Raul



Aku and Aya.. Masa ni karok sempena birthday haha.. Dia kebetulan dtg Perak cos join kursus koperasi...


Raiq di kedai.. Masa ni maid/pengasuh cuti seminggu. Pengsan menjaga budak2  tanpa maid huhu


Last sekali Ajin hensem...



K lah that's all for now.

Bye


Alhamdulillah

Saturday, July 30, 2016
Bismillah...


Dah almost 1am tapi baru now Mak free nak update blog kejap. Baru lepas tengok movie and now nursing Raiq to sleep.

It's Raiq's first birthday yesterday! (29 July 2016)

Just a small celebration at Mamito's. Mamito buat nasi ayam and Mak beli kek. Settle.

Aku memang takdela nak buat party beria-ria cos malas... I hate organizing any event (aku kahwin pun aku tak amik tau ape2 hahaha)

So yeah.. Just us siblings. Yong balik so Huurun pun ada. 

Update pics sikit:-



Ramai komen muka aku nampak kurus. Awww thank you! =p



Tangan Raiq yang pantas je mencekuh kek... -.-"


Chocolate Odyssey. Sedap gile weh kek ni (tapi manis nak mampus. Makan sikit jela hehe)

Tak tempah kek kali ni cos laki aku dah warning jangan tempah kek berfondant2. Mahal n tak makan pun bendanya... So kek SR jela. Cuma rupa biase jela... Tak mcm kek Raul last May, bentuk Batman hehe...


Lagi gambar...


Huurun and Raiq. Huurun pakai sleepsuit aku beli berzaman dah tp lupa nak bawak balik. Ade dua dress jugak aku beli masa shopping TCP time usd 4.0 dulu...


Baju terus try pakai... Comel sangat (standard la puji anak sendiri)



Oklah... That's all for now. Bye!




Alhamdulillah

Friday, July 8, 2016
Bismillahirrahmanirrahim...

Dah 8 July baru nak update blog. Raya ketiga dan aku masih di Pahang, kampung husband.

Start gerak ke rumah kakak ipar last Sunday, tidur rumah dia di Batang Kali 1 malam. Dia nak tumpang balik Pahang cos her husband went back to Algeria, and tak bagi dia drive seorang (with son).

Baru lah aku nak jejak kaki rumah Kak Lang aku tu. Dulu dia pernah ade rumah di Kajang Villa Heights tapi jual a few years ago kekonon nak pindah/migrate Australia or Algeria tapi tak jadi.. Balik Malaysia semula and bought a new house in Batang Kali.

Giler lawa rumah dia... Anak pun sorang je darjah 5. Aku suke cos memang rumah konsep moden yang aku suke. Sempat amik gambar bilik air bawah je haha...



See??? Siap ade jacuzi! Aku nak jugakkkk huaaaa... Ntah berapa ratus ribu la abis untuk renovation cos rumah lain yang sederet biasa-biasa je...

Anyway, back to Raya story.

Gambar raya pertama:



Tema mint green.

Raiq takde baju melayu cos takde size. Lagipun takyah la nak pakai... Panas...



Selfie Raya ni banyak dapat likes kat Facebook. Kahkah... Ni muka tipu by the way. Guna apps yer. Silalah download the Makeup Plus app untuk edit gambar muka flawless hahahahaha

Oklah tu je update Raya. Esok sabtu dah nak blah... Pergi rumah Mak Yang pulak untuk hadir ke majlis pertunangan sepupu aku, Naufal hari Ahad nanti...


That's all for now.

Adios


Alhamdulillah...
 
Monday, June 6, 2016
bismillahirrahmanirrahim...



Dah bermulalah fasa sebulan 1,2x je update blog gamaknye haha...

Busy weh, ape nak dikata.

Today is 6.6.2016... The first Ramadhan for 2016. Also my wedding anniversary! Alhamdulillah dah 6 tahun kahwin...

Last Saturday we went to Lost World of Tambun. It was Raul's (and Raiq's) first time there. Seronok sangat budak-budak ni main air... I was so happy seeing them happy! :')

Tahun ni Raya kat Pahang cos tahun lepas skip turn since aku nak beranak masa tu... Kekonon takut terberanak tengah jalan etc. Maka, tahun ni walaupun sebenarnya raya Perak, kena la raya kat Pahang kan. huhuhu...

Tahukah anda bahawa berat aku dah cecah 75 kg??


Alhamdulillah.. eventho dah 3 minggu tak ke gym, aku buat jgk kat rumah. Cuma now tak tau la kan cos dah bulan puasa, tak larat kot?

We'll see how. Jangan naik balik udah T_T



Adios. bye






Written By Ryehana
alhamdulillah...