Thursday, October 4, 2018
bismillahirrahmanirrahim...



Last week aku start sakit-sakit kat lower abdomen. Risau weh.. cos sakit sangat macam cramp ke ape tah. Aku confuse jugak aku gastric ke... (aku memang ada gastric). When the pain was unbearable, aku pergi Poliklinik Dr Azhar depan rumah aku tu cos masa tu dah senja... Nak balik Beruas cos esoknye ade course kat Taiping.

Went to the clinic on 27th Sept untuk scan perut ok ke tak. Aku risaukan hal baby... Alhamdulillah masa scan baby active je (phewww... i was thinking the worst!). So doktor suruh check urine. Dia test guna strip je and said aku positive kencing kotor. So I was given antibiotics yang kapsul tu. Okla harapnye takde ape dah pastu.




Oh, selain masalah Urinary Tract Infections (UTI) or jangkitan kuman pada pundi kencing ni, aku juga ada masalah tekanan darah tinggi. Most of the time kalau check awal-awal kat klinik mesti 130 ke atas over 80.

Yang elok patutnye BELOW 120/80.

Bile rest and then amik lagi bacaan barula dapat 120/80 which is borderline. Selalunye terlebih dah 120 something. Haihh... Macam-macam ler bila dah tua ni kan...

Anyway semalam 3rd October aku pergi ke Sejati Maternity sebab perut aku masih sakit and aku rase kencing aku masih kotor. Padahal antibiotik dari Poliklinik Dr Azhar tu dah nak abis dah tinggal lagi 3 biji.... aku takde masalah rasa sakit masa nak pee or ada discharge ape2... memang ok je. Cuma perut je sakit. Not exactly perut la tapi betul-betul kat bahagian dalam parut czer tu... bawah sikit, area ari-ari.

Dr Goh scan dulu and takde ape-ape masalah. Baby ok... cuma aku ada la jugak cyst tapi kecik je dalam 2cm camtu he said, which patutnye takde ape-ape pun. Akan kecut sendiri selalunye.

So lastly check urine jugak. Kali ni kat sini diorang check guna machine and bukan strip. Sebab ade print out results and the results were bad. Macam... patutnye bacaan 0 if normal, tapi aku punye bacaan 500.


Monurol tu antibiotics dalam bentuk satchet. Bancuh dengan air. Minum sekali tu jer..
Then Ural tu plak satchet juga bancuh dengan air. Macam ENO tu rasa dia... Yang Ural kena minum 3x sehari after eating.

Pramilet saje beli as supplement. 

Total RM295. Huhu... mahal kot ubat tu gamaknye T_T

Dahle masa pergi Poliklinik Dr Azhar kena RM95...

Adehh at times like these how I wish I was still working with Hertz. Boleh claim medical expenses. 



So pagi tadi second check up di KKIA.
Berat naik 1.5kg dalam masa 2 weeks!

Masa 1st buat buku 20 Sept lepas, berat aku 82 kg.
Today 83.5 kg wakakakaka... 
(semalam masa timbang kat Sejati, berat 84kg)

So kena jumpa doktor... then check gigi.

Alhamdulillah everything was smooth today.



Doakan semuanya selamat. This pregnancy seems tougher than the ones I've experienced before. I think it's because of my age and my health yang tak tip top. Haihh

By the way, video di bawah adalah ultrasound masa check kat Poliklinik Dr Azhar 27th Sept tu. Doktor suruh aku record hehe...





Written By Ryehana
Wednesday, October 3, 2018
bismillahirrahmanirrahim...



Aku baru lepas bankin deposit untuk Confinement Lady. Awal kan?? Fetus baru 7 weeks. Tapi sebab aku malas nak pening-pening pikir mana nak cari, baik book siap-siap.

Aku amik Natalis CL by the way. Ala yang jaga Siti Nurhaliza tu. Aku berdoa dan tawakal semoga confinement lady yang dihantar nanti memuaskan hati.

Aku amik pakej Stay In for 3 weeks yang EKONOMI. Price RM3850.

Deposit 30% = RM1155

So ada balance lagi RM2695


Ekonomi je sudah hahahaha...

Ni antara sebab lain jugak aku decide bersalin kat hospital kerajaan je kali ni. Since czer kat private sekarang dah RM8-9 ribu, baik la aku guna duit untuk penjagaan selepas berpantang. Jimat kos kat part beranak. Yela, bersalin czer lagi kan. Aku tak nak stress macam masa beranak Raul dulu.

Masa Raul dulu memang boleh dikatakan aku meroyan gak la. Memang depressed sesangat sampai Raul pun aku rasa effect sampai ke besar. Asyik kena pekik-pekik and kena marah masa baby. :(

Masa beranakkan Raul I was so mad at everyone. Kat laki aku cos tak tolong jaga baby, kat Mak aku cos tak jaga aku betul-betul masa pantang, and also at myself cos I was so fucking tired the whole time. Aku tak boleh menyusu sambil baring time Raul cos luka czer tu sangat-sangat menyakitkan. Every time Raul bangun tengah malam aku pun kena bangun, duduk and ribakan dia untuk bagi nyusu. And most nights memang aku fedup and marah cos aku penat, ngantok and suruh laki aku je bancuh susu... then laki aku pulak masa tu buat perangai malas nak tolong cos kacau dia tido. Bangun tapi marah-marah. Ehhh anak kau jugak. Haaa mendapat la.

Nightmare betul masa beranakkan Raul dulu. 1st time kena czer la katakan. Masa Razin everything was ok jela... sambil nyusu aku boleh baring, and tido sekali. Plus, perut takde sakit.

Masa Raiq pulak, maybe sebab beranak kat private, semuanya smooth juga. Cos baby dijaga di nursery lepas aku beranak. Aku boleh tido and rehat puas-puas kat bilik (single private room), and bila dah ok and nak susukan baby leh mintak diorang hantarkan.

Plus, the painkillers were powerful. Serius tak seteruk masa Raul. Masa dalam pantang pun takdela sakit gile-gile macam aku beranakkan Raul dulu. Overall, Raiq pun ok. And maybe jugak sebab aku malas dah nak pikir beria-ria nak exclusive bf baby, aku campur je formula milk (private clinic tu bagi 4 tin Frisolac masa discharged) if aku tak larat nak pam/breastfeed.

Yela, anak dah 3... baik aku jaga mental aku jugak dari nak berkejar-kejar sangat jaga 'exclusivity' of breastfeeding. Terpulang la masing-masing kan. Dah lama-lama and dah kuat tu, elok je breastfeed sampai 2 tahun lebih. Ok je.

Ketiga-tiga anak ni masa berpantang takde confinement lady yang betul-betul jaga.

Masa Raul and Raiq memang aku tak berbengkung pun cos czer kan. Aku pakai Belly Bandit nursing tank tu je. Mild compression pada abdomen. Perut aku memang buruk le toksah cite hahaha... pengorbanan jadi mak orang.

Now bila aku bagitau family aku yang aku pregnant, of cos they were happy. Tapi Mamito sebut jugak camna la dia nak jaga aku berpantang cos dia pun tak larat. Mak aku 59 tahun di tahun 2018 ni.
Memang dia dah sakit lutut and kalau berjalan pakai tongkat.

Nak harap laki aku jaga aku time pantang?

Hmmmmmmm... Takpelah. Aku sendiri kenal laki aku camne, baik la aku upah orang jaga aku. Kang aku tak puas hati, aku jugak yang bengang. Biasa la aku punye standard ni tinggi sikit dari laki aku. Even dia mop umah pun aku tak puas hati and aku rela mop sendiri... Muahaha...

Plus, suami aku maybe hanya cuti 2 minggu je lepas aku beranak nanti. Then weekends je baru dia balik... dah 2 tahun duduk jauh.

Dia suruh aku survey2 lagi CL yang dekat Manjung. Memang ade jugak tapi sebab baca review Natalis cam ok... part makan tu sedap... and duduk sekali kan... so harapnye ok la. Mohon sangat2.

Now aku risau bab sape nak hantar anak-anak aku sekolah masa aku berpantang nanti. Hmmm...

Nak minta tolong Hanis, rasenye masa tu dia dah kawen.

We'll see how.


Ya Allah permudahkanlah segala urusan.



Written By Ryehana
alhamdulillah...
bismillahirrahmanirrahim...



Awal jugak aku start craving.

Like since kelmarin, aku nak makan rojak pasembor. Semalam pergi kat mamak, dia kata petang baru ada. Hmmm

Semalam ade orang suggest Rojak Manjung, harini aku terus pergi beli. Beli untuk 4 orang makan. Makan with Diyana je. Pastu now aku dah kekenyangan dan macam nak muntah pun ada cos makan banyak sangat. Ade lebih lagi sikit untuk Raul cos dia tido. Razin and Raiq tak nak makan.

Anyway, berat aku pagi ni was 79.4 kg.

Stress jugak memikirkan badan naik ni. Aku nak workout, tapi risau pulak jadi apa-apa. Tak berani jugak...

Cross trainer tu total body workout. Tapi macam lasak?

I wish I have a treadmill!

Aku jugak banyak memikirkan hal nak beranak tahun depan ni. Walaupun lambat lagi (aku baru 7 weeks), tapi aku risau memikirkan hal kedai... hal anak2 nanti sape nak hantar pergi sekolah and.... macam-macam lagi lah. Cos this time laki aku takde di sisi. Dah 2 tahun pjj kot. And he will continue to work far from home till 2020.

Haihhhhh



P/s: Scheduled post again. Written on 28/8/2018

Written By Ryehana
bismillahirrahmanirrahim...



27 August

11.40 am - Jenguk klinik 1Malaysia di area rumah aku ni. Ada KKIA kat situ jugak rupanya. So aku bagitau la aku nak buat appointment untuk buat buku pink.

Diberi tarikh 20 Sept untuk datang. 8 am sharp katanya. Sebab lepas tu aku kena jumpa doktor di Sitiawan pulak. Makes me wonder, why then aku tak terus ke Sitiawan je? Well... tengok le camne.


After amik budak-budak sekolah and settlekan pos barang, aku ke Sejati Maternity Center untuk minta Dr Goh sahkan kandungan.

Baru 7 weeks 2 days.

Macam biasa, buat ultrasound kat perut.

Raiq pun ikut masa ni. Pantang aku bergerak, dia pun nak ikut.

So masa Dr Goh scan, all of us bertumpu pada skrin. To my horror, kantung aku ada tapi there's nothing inside!

Aku cuak. Aku tengok muka Dr Goh and dia pun berkerut-kerut dahi.

"Eh... kenapa takde ye? Ade ke takde ni? haha"

"Kantung besar. Tapi tak nampak. Takpe, kita scan dari bawah pula" kata Dr Goh.


Huh?? Dari bawah? Kot vajayjay ke? omg. Tak pernah pulak aku kena scan kot situ untuk tengok baby.

"You pergi kencing dulu. Nanti kita scan dari bawah"

So aku pun pergi la ke tandas. Doktor pun nampak pundi kencing aku penuh kikiki.

Dahla pakai jeans. Jenuh pulak...

Maka, scan la kot bawah. >__<


Guess what?

There's my little peanut!


Akhirnya nampak.

Alhamdulillah lega sangat.





Saje-saje tanya kos czer kat Sejati sekarang berapa. Dr Goh said around RM8K plus.

omg.

Luruh jap jantung aku. Mahalnye.... T_T

Tak mampu la weh. Masa Raiq dulu RM5K plus... bole gagah lagi.


Maka, marilah kita berdoa semoga segala urusan bersalin di hospital kerajaan (HAT la rasenye) berjalan lancar nanti. Aminnnnn.



Post ini ditulis pada 27 Ogos 2018. Tapi scheduled to be posted in Oct 2018.

Bye

Written By Ryehana
bismillahirrahmanirrahim...


I'm 6 weeks pregnant today. Gosh, feels like we have such a long way to go...

And I already can't wait to hold a new baby in my arms.

Anyway, I'm writing cos I can't sleep.

I'm thinking of where to give birth... thinking of whether I can have vba2c... and thinking of the life with new baby & with my husband only available on weekends for the next 2 years. My God... I don't know if I could do it.

Dengan budak-budak dah sekolah... nak hantar amik... all kena buat sendiri. Adik aku yang jaga budak-budak ni nama je ada lesen tapi tak tau bawak kereta. Susah :(

Nak jaga kedai lagi... Hmmm... macam mana ya. Cost of living pun bertambah. Kena add one more insurance bulanan.

Then aku dah ada pengalaman pahit beranak kat govt hospital so I think I would give birth in private place like last time... tapi tu la, if czer of cos la beribu-ribu kan. Macam sayang je duit nak habis beribu kat situ padahal boleh je pergi govt. Tapi aku takut sejarah lama berulang lagi. :((

Masa Raiq dulu beranak kat Sejati almost 6K gak la abis. All my money. Kali ni aku nak suruh laki aku bayar pun, ntah dia nak bayar ke x... cos aku yang gedik nak beranak private kan. If govt hosp free je. Hm. Tapi if nak selesa and tak stress, private la. Beza gile czer kat HAT dengan czer kat Sejati. Kat Sejati aku rileksssss je. Lega. Takde meroyan macam masa Raul :(

Okla. Done membebel. Lambat lagi....

Ya Allah.... permudahkanlah semuanya... semoga semua selamat. Amin.

***Scheduled post. Ditulis pada 20 ogos tapi dijadualkan untuk publish di blog pada 3 Oktober 2018

Written By Ryehana
alhamdulillah...
bismillahirrahmanirrahim...





Alhamdulilah syukur kepada Allah. I just found out that I'm pregnant a few days ago.


Wednesday, 12.42 AM.
- Couldn't sleep and rasa mual-mual.
- Terus test whether aku preggy ke tak using extra Urine Pregnancy Test yang aku beli sejak July lepas. Bulan lepas lagi aku dah try to get pregnant tapi akhirnye period.
- So malam tu memang aku dah ada la pregnancy test sebijik... test and ada faint line.

Faint line but it still showed ade 2 lines though.

So lepas check tu terus tido... siang nanti nak beli lagi 1 pregnancy test.


Balik kerja pergi farmasi and beli UPT yang boleh diguna bila-bila masa. Means tak perlu tunggu urine waktu pagi hehe...

Alas, 2 double lines. Merah menyala. Takde faint line anymore.



Khamis
- Jumpa doctor untuk confirmation. Bawa test yang aku buat di rumah tu.
- Buat ulrasound. Yes, ada kantung dah.

Alhamdulillah...

Mula-mula I wanna kept it a secret. Konon-konon surprise la kannn. Tapi tak boleh! I'm bubbled up with excitement. Camne lah orang boleh simpan pregnancy smpai abis 1st trimester? I can't! I told husband after 1 day, then mom and Nini bla bla...


K lah sambung later. Tak sangka jugak akan ada new baby di usia 33 tahun ape2 pun syukur sangat...



Post ni ditulis 11 Ogos tapi aku buat scheduled and to be published on this blog on Oct 2018 nanti. Selepas settle 1st trimester. Daaaa






Written By Ryehana
Friday, July 27, 2018
bismillahirrahmanirrahim




Hai blog. Lamanya tak bukak, tak sign in kahkah.

Busy gile hidupku sekarang.

Tapi nak catat gak la ape yang berlaku recently.


Last weekend aku join kelas grooming by MJMA Cats Motel & Spa.

Saje tambah skill, and memang aku nak belajar pun. Amik kau, bayar la duit kelas RM370. Tapi takpelah, ilmu ni... Lagipun En Jefri tu femes. Ape salahnye bayar untuk ilmu kan hehehe...

Kelasnye di Geli-geli Kucing Taiping (Kamunting).


Beria kan hehehe...
2 wanita di kiri tu adik-beradik and they're opening a new pet shop in Batu Gajah.
The one on the far right is already a pet shop owner in Gerik.

Me?
Saje suke suki kikiki...
Takdela aku nk buka pet shop pulak. haha...
Just maybe kalau dah tua-tua nanti bosan bisnes barang baby, bole la amik upah boarding and grooming kucing kot?
KALAU rajin. =P




Merasa la Red kena groom for 'show'. Hahaha
Nasib baik aku bawak Red. Dia baik je... elok je takde meronta-ronta bila mandi hihi...



So what did I learn?

Well, biasa la benda-benda basic camne nak handle kucing bla bla. Banyak juga benda baru yang dipelajari contohnye macam grooming tools. Ade macam-macam jenis brush/comb... setiap tools lain resultnye. Banyak sangatla. Aku rase 1 day tu memang singkat sangat untuk belajar macam-macam. I wish there were 3 days course.

For example; we did show grooming and basic grooming only. Hanya sempat mandikan 2 cats. Malangnye bawa kucing sama warna! Adoiyai... if only there were other cats yang warna putih, then kita boleh tengok proses whitening macam mana. How the cat transforms... and I also would like to know (and WATCH) how precisely do you groom a persian cat. Yela, tahu-tahu jela Persian ni mata dia tu semedang je kotor. So benda tu tak cover cos no one brought a persian. 

Mine was a mix of scottish fold and persian, and he doesn't have the persian profile much except for the long coat.

So agak rugi sikit la cos we didn't manage to see that.

However, Jefri said we could message him anytime if there's anything we would like to ask. Hopefully he'll be free enough to reply hehe...

Overall, still a beneficial class for me. Ada products knowledge. So I have the gist of what type of shampoo suitable for which cats etc. I just wish the class was longer! 

Shampoo-shampoo yang digunakan semua mahal-mahal weh. Even the scissors, the comb... pergh. Untuk aku yang baru nak berjinak-jinak ni memang aku telan air liur gak la cos barang-barang tu high end products. Mostly made in USA. Tahu-tahu jela bila benda berat, liquid plak tu... bila import ke Malaysia jadi mahal harganya huwaa...

(macam tu la kot bile orang tengok aku jual carseat & strollers harga ribu-ribu kot? Padahal ade yang murah kan... kualiti, brand tu yang buatkan mahal hehe)

Anyway, that's just a little bit on the grooming class I went to. Nak lebih info dan details, silalah join. Boleh contact terus MJMA Cats Motel & Spa untuk kelas seterusnya. Diorang wat tour satu malaysia sekarang. Ada 5 orang untuk satu kelas dah bole dah...


Kat bawah ni aku upload pics dua ekor kucing yang aku groom sendiri selepas pergi kelas grooming. Alah too bad takde before picture. Ah lantakla. Saje nak upload je pun...




Keira, the only female cat in the house.
9 months old.



And today aku mandikan Todd for the first time sejak bela dia.
Fyi, I adopted Todd last April... 29 April to be exact.

Masa dapat tu terus hantar Animal clinic untuk dia groom and bagi ubat cacing, ubat kutu etc. Memang aku tak pernah mandikan cos dia macam 'liar' sikit awal-awal tu. Takut orang, tak leh dipegang... maybe sebelum ni kena kurung je kot that's why dia camtu.

And today baru berani handle Todd. Mandi air panas... tapi sempat guna satu shampoo je. Aku nak guna dua, tapi takleh cos dia tak bekerjasama. Maybe next time.


Todd, 8 months 22 days.

1st time aku turn on blower tu dia berlari ke sana sini dalam sangkar. Takut sangat-sangat.
So aku stop. Then aku tengok muka dia n cakap slow-slow that I just wanted to dry him off, the 2nd time aku turn on blower dia tak lari-lari dah. Just dok diam biar aku keringkan. Bagus betul Todd!






Tak sempat kering bagi abis jugak cos lama gile weh nak keringkan bulu dia ni. Tebal semacam. Kat bahagian kaki ade lembab-lembab sikit.


Anyway, that's all for now.

Bye


p/s: I made a new instagram account for my furbabies. Follow us at @ryesfurbabies

Thanks!




Written By Ryehana
alhamdulillah...