Tuesday, November 15, 2011
bismIllah...


Macam mana nak mengadap sesuatu benda tu hari-hari kalau rasa sayang dan cinta padanya dah pudar?

Macam mana nak bersabar?

Macam mana???

Aku rasa bagaikan berada di persimpangan.

Satu jalan untuk bebas dan fokus kepada mereka yang ku cintai. Tapi jalan ini pastinya penuh onak duri kerana aku akan hilang sumber kewangan sendiri. Oh... memang susah kerana wang sangat penting!

Satu jalan lagi untuk terus terperangkap dengan perasaan tidak puas hati dan sakit hati+jiwa + rohani semata-mata kerana wang.

Yang mana satu??

Kalau ikutkan hati ini, semestinya aku mahu bebas....

Tapi aku masih belum mampu.

Betapa aku cemburukan mereka-mereka yang dapat duduk di rumah menjaga anak, masak, kemas rumah, etc. Aku sangat cemburu... Tak, bagi aku tak kolot pun. And NO, tak rugi pun belajar tinggi-tinggi tapi duduk rumah je (eh pergi mampus ah) if you could afford it.

Ahh...

I wanna be one of them too...

Bilalah boleh agaknya....

T_____T


I don't want to do this anymore.....



alhamdulIllah...
Saturday, November 12, 2011
bismIllah...


Ahahaha... tak sempat nak buat entry pada tarikh 11 November 2011. ahh let it be... it's just a number (ayat Hubby) =P

Anyway, Razin dah 8 bulan. Born on March 11, now dah Jumaat pada bulan ke 8... dah besar dah anakku!!

Seminggu ni aku cuti so berkepit ngan dia jelah. Semalam balik dari Beruas asyik meragam je... hari ni baru ok. Razin ni memang... kalau sebelum ni orang asyik ramai and melayan dia, bila balik umah sendiri yang hanya ada Ayah dan Mak mulala meragam nak perhatian melampau-lampau. Sabo jelah...

Gigi dah 2 batang kat bawah and aku dah pernah kena gigit time breastfeeding! Sakit gile sampai aku terjerit and Razin terkejut + nangis. Nasibla... sape suh gigit. Pehtu dia tak gigit dah. Wakaka... Razin ni memang sensitif dengan bunyi-bunyi kuat. Takut aku terjerit lagi la kot? :P

Anyway, kul 2.30 pagi ni aku on laptop untuk update blog jap.

I've just finished mesin lampin, sidai cd-cd Razin, cuci pinggan mangkuk, blend puree untuk makanan Razin esok, potong-potong bahan untuk breakfast esok dan mengemas hall.

Esok pagi Nyda akan datang Lumut from KL. Then kami akan gerak ke Permatang Pauh, P.Pinang bersama-sama untuk pergi kenduri Ana Syahidah. Aku ingatkan tak dapat nak pergi, tapi sebab hubby balik awal, dapat la pergi.

I've made it a point to attend wedding kawan-kawan yang HADIR pada wedding aku. Hopefully wedding kengkawan yang lain aku dapat datang jugak. Orang berbudi, kita berbahasa la beb.

Tahniah, Ana Syah... Tak sabar nak jumpa dia. Yang paling penting, nak tengok sapakah suaminya itu?? hahahaha... sebab tengok kad jemputan memang tak familiar pun namanya... (Agaknya camni ke perasaan kawan2 masa tau aku nak kahwin dulu? =P)

Oklah... dan 2.40 pagi.

Aku lapo la plak.

Mmmm tapi baik aku tido. Nak bangun pukul 5.30 ni (ececeh leh caya ke)...

Till then.... Salam...



alhamdulIllah...
Wednesday, November 9, 2011
bismIllah...


Aku kat rumah di Lumut since semalam. Kononnya nak standby courier tapi haram tak datang-datang! Bengkek je aku...

Supplier pos barang guna KTM courier since last week lagi. Hari Selasa. Ni dah Rabu minggu seterusnya tak dapat lagi barang... Aku consider gak le cos Raya Haji kan... tapi patutnye semalam dah leh dapat ar. Dahle semalam aku dah siap call dah pejabat KTM kat Ipoh tanya tentang barang aku... diorang pun cakap barang dah keluar untuk deliver tapi semalam aku tunggu takde pun.

Dahle aku tinggal anak kat Beruas... ingatkan leh la balik Beruas balik... tapi sebab dah lewat petang, maleh ar... sampai mesti time Maghrib. Mata tak nampak bila dah nak malam... So, aku mengambil keputusan tido jela kat Lumut.

Haha... Seorang diri aku di Lumut.

Cuak gak menanti malam tapi lantak la... Alhamdulillah senang je tido. hehe...

So hari ni aku call lagi KTM Ipoh tu tanya bila barang aku nak sampai. Encik tu terus bagi no phone driver. Aku pun tefon driver gitau barang yang kat Lumut jangan lupa hantar hari ni. Aku tefon tu kul 11.30 pagi tadi.

Now dah dekat 3.30 petang tapi lori/van tak muncul-muncul lagi. Cuak dah aku ni. So aku sms no driver tu:

"Salam, En. XXX. Barang yang di Lumut tu kena hantar hari ni juga. Ape2 pls contact saya. Consignment no CB 599XXXX. Thanks"

And dia baru balas "Ok".

Haihhh cepat laaaaaa...

I hate waiting!!

Aku nak keluar rumah pun takleh ni cos nak menunggu courier... Dengg!

How I wish supplier hantar guna Poslaju. Senang sikit. Abang Poslaju tu memang dah kenal dah muka aku ni. Even kalau takde orang kat ofis di Marina Island, dia hantar barang ke rumah aku terus cos dia tau aku keje kat Marina Island. huahuahua... and kalau takde orang kat umah pun takde masalah cos dia akan letak juga barang kat tempat yang selamat. So memang senang ar...

Tapi barang aku tu carseats 2 buah. Guna KTM murah sikit dari Poslaju.

Haihhh....

Janganla lambat wahai abang KTM...

Aku nak kuar pos barang kat customer ni... T___T

Poslaju tutup pukul 6! Takut tak sempat je... haihhh...

By the way, hubby called aku tengah hari tadi time aku tengah mengemop bilik. Dia akan masuk Lumut hari ni. Petang kang dalam kul 5 dia balik la. Patutnye Sabtu ni... hehehe...tapi enjin rosak so balik cepat :P

Aku plan bila barang dah sampai dari abang KTM nak balik Beruas terus. Rindu gilerrr kat anak aku. Tengokla kalau hubby bagi ke tak...dia mesti tak larat nak drive and nak bermanja-manja di rumah je. Paham-paham jela orang baru balik sailing. HUAHUAHUA

Ape-ape pun tunggu barang sampai dulu...

Cepatlaaaaaaaaa... I hate waiting!!!


alhamdulIllah...
Tuesday, November 8, 2011
bismIllah...


I am here in Lumut!

Balik awal cos nak standby kat umah cos I am so sure courier carseats akan sampai hari ni. So here I am... Baru lepas mesin baju, menyapu dan angkat jemuran. Kemas-kemas laci Razin and I found stuff to let go!

Beli ajer tapi tak guna... so let see...

First thing to go is the portable carseat.

Baru. Taknah pakai pun.
Decide to let go cos I think I'll buy a Priori for Razin later...
Price: RM65 excluding postage.

Status: SOLD.



Brand new QQbaby plain cloth diapers.
Tengok la warnanye tu...
Warna yang aku nak takde stok, so dapat warna ni.
Warna soft... so let go jelah

**Update:
No. 1, 3 dan 4 dah kena booked.

Price: RM18 excluding postage.
(murah ni weh mai la rembat!)

Status: ALL SOLD



Barang terakhir yang aku nak let go untuk hari ni ialah
GYRO BOWL
Ni gambar dari internet. Maleh nak pergi amik gambo...
PRICE: RM17 excluding postage.

Sebab ape nak let go?
Sebab aku ada beli 2 biji.
Sebiji udah le..

Status:
Reserved-pending payment



Sape nak silalah emel saya yer... sakura_anna AT hotmail DOT com.

Masehhh

Salam...



alhamdulIllah...
Monday, November 7, 2011
bismillah...

I'm bored. Razin tengah tido dalam buaian. Agak bosan juga tak dapat online di lappy ni tapi nak wat camne. No service yang kuar kat Celcom berukband aku! ;(

Aku tengah risau pun ada ni. Carseats tak dapat lagi. Aku riso courier datang time umah takde orang ni.. camne eh? adeiii..

Ishh susahla update dengan phone. Tak best.


Salam aidil adha.

Saturday, November 5, 2011
bismIlllah...


Subuh tadi hubby dah gerak ke kapal... Dia sailing hari ni... Khamis or Jumaat depan baru balik. Nasibaik kejap je... tapi sebab time raya haji ni dia takde, rasa sedih le jugak. uhuhuhuhu... T___T

Sempat jugak online before pergi kapal subuh tadi



Tapi dah namanya tentera laut, so silalah 'Sedia Berkorban' ye. Applies to ALL makcik-makcik navy too... read: makcik=isteri

Anyway...

Hari ni aku CUTI! Seminggu tu... hambik! Puas hati aku... nak rehat serehat-rehatnye dari serabut hal kerja. Aku jugak nak abiskan stok DD yang dibeli sejak bulan 9 (or 8? ntah xingt... lame beno dah). Kang takut Razin dah tak muat size, rugi plak. ahahaha... So aku akan rileks dari cuci cd jugak kot seminggu... =P

Kali ni memang aku nak release tension betul-betul. Hopefully aku akan kembali bekerja dengan perasaan yang lebih baik. Aku harap sangat-sangat.

Ingat aku suka ke perasaaan 'tak suka' pada kerja ni? NO. I don't like it one bit.

Ingat aku suke ke dengan perangai aku yang asyik complain hal keje? NO. Cos aku pun BENCI orang yang banyak komplen, of cos I dont want to be one of those people...

So jap lagi or tengah hari sikit nak balik Beruas dah. Nak kena tunggu kek yang ku tempah 2 bijik sampai dulu. Nasib baik tokei kedai kek leh deliver... Tak yah la susah-susah aku mau pergi amik. hehehe... Aku tempah 2 bijik kek. Red velvet and chocolate moist. Nak bawak balik Beruas... Haaa makan la sampai kembung. (mintak-mintak tak cair la dalam kereta ye :P)

Oh ye... time cuti ni jugak aku tak tau la sama ada dapat online ke tak. The last time aku bawak balik Celcom berokband ni ke Beruas, takde line EDGE at all! Bodo tol... padahal sebelum-sebelum ni ada je... nak harap HSDPA memang la takde, tapi EDGE ada patutnya. So aku harap pencawang Celcom kat Beruas tu ok jelah. Nak pakai Maxis berokband Nini (kat Beruas, Maxisnyer dapat HSDPA), dia dah terminate.

Hmm... maybe online dari Blackberry ku jelah. Tapi tak best xleh tag orang kat FB. huhu..

Another thing about my BB, bateri cepat kong! Fedap aku. But then memang aku guna bagai nak rak pun. Kejap-kejap update Foursquare, kejap2 check in kat FB, ngan twitter lagi... muahahaha.. tapi still nyampah bateri cepat kong (abis, what do u expect, Raihana???)

Bizz aku slow le kot time cuti ni... (eleh sebelum ni pun slowwww! wakakaka)

K lah, nak mandikan anak. Dia baru jaga tu.

Your father is going to miss you like crazy la, Razin...
Baru naik kapal pagi tadi dah call cakap rindu kita dua. hehehe
Sebab mood raya kot... kita doakan Ayah ok je k...
And takde delay-delay balik jumpa kita tau.

Till then...

Salam....


Tuesday, November 1, 2011
bismIllah...



Sebab tarikh hari ni 1.11.11 maka, aku nak jugak UP satu entry untuk blog kesayanganku ni.

Diam tak diam, dah 7 tahun lebih aku berblogging. First 3 years di friendster, balance di blog ni. Huhu...

Macam-macam ku lalui.

Dari bujang sampai dah beranak sorang. Semua ada kat blog ni.

Harapnye, banyak bagi info kepada orang daripada melaghakan. huhuhu...

Ada yang kata sekarang tak ramai orang berblogging or berblogwalking dengan beria sejak adanya Facebook dan Twitter. Ye ke??

Bagi aku FB dan Twitter sama penting... tetap takleh kalau tak menulis di blog. hehe...

Tentang Twitter yang aku paling suka adalah info dan pertanyaan cepat dijawab. Berita pun cepat tersebar di Twitter dari mana-mana medium (pendapat aku la).

Last month, aku tweet pasal 'Ensiklopedia Solat'. Aku tanya ada sesapa nak beli since harga yang aku dapat murah. Dalam RM80 je. And ada orang respon. And she bought it!

Then aku rasa macam... waaa... bagus kan twitter ni. Dapat jugak kongsi sesuatu yang baik. Buku ilmiah tu. Kalau aku mati nanti, ada gak la pahala royalti sebab promotekan buku tu pada dia.

Facebook pun bagus juga. Lebih kurang macam Twitter gak le... but for me, FB kebanyakan untuk keep in touch ngan kawan-kawan lama... And baru-baru ni (sejak ada Mama Panda), dah jadi medium untuk aku promote bisnes. Alhamdulillah... :)

Cakap tentang bisnes, hari ni aku lega sangat-sangat cos first delivery dari supplier Maxi Cosi dah selamat dihantar. Hopefully Yanie dapat la Maxi Cosi Opal dia by this week. Kata nak pakai balik raya haji kan... hehehe... And yang Cabriofix on the way to me. Fuhh.. lega gilaaaaa.. bukan ape, jenuh nak mengejar dateline and supplier cos diorang pun busy. Aku ni plak bizz kecik-kecik je, so kena banyak bersabar laaa... huhu

Cloth diapers pun ramai jugak yang dah start nak cuba. Ok la... aku tak paksa. Kalau minat, silalah cuba beberapa helai dulu... Kalau rasa takleh nak handle, takpe la... Jangan beli sebab trend and rasa tak up to date bila tak try (promo Lunatots macam nak gila kat majalah Pa & Ma kannn), tak best laaa... Tapi kalau dah minat, insya Allah... ok la... tak terasa beban pun cuci kencing dan berak anak ni. Excited lagi ada. Percaya la cakap den. hehehe... that's why ape-ape benda kena ada minat dan dorongan... :)

Lupa lak nak catat, kelmarin adalah FIRST TIME suamiku cuci/bilas lampin Razin yang kena poo. Hahahaha... terkejut aku. Yela, Diyana balik Beruas last Saturday... aku lak kerja balik lepas abis Family Day. So petang tu bila balik umah hubby gitau Razin poo, aku tanya la "Mana cd dia? Abang basuh ke?". And he replied, "Yela, dah basuh dah". Basuh=bilas actually. hahaha... rasa kelakar pula. Sebab hubby TAK PERNAH langsung cuci or bilas cd Razin yang kena poo. Kalau kena pee pun, bila aku mintak tolong baru buat. Kalo tak, takde la...

My babysitter, Diyana memang takde la nak cuci-cuci cd kena poo ni... Yang kena pee pun dia tak bilas, bertuah la nak bilas yang kena taik. hehehehe... tapi takpe, I don't mind. Tu memang kerja aku pun... See? Kalau babysitter tak nak cuci, biar la dia humban cd-cd kotor tu semua dalam wetbag. Kita balik kerja nanti cuci/bilas ler... :)

Ok. Enuff about cloth diapers.

Sekarang ni aku sangat-sangatla rasa kekurangan cos aku tak belajar Prinsip Perakaunan masa belajo dulu. Mama Panda nyer accounts macam hape je... Masa mula2 dulu ok, tersusun... tapi sekarang bila macam-macam aku bawak masuk store, aku sendiri dah pening. Ngan installment plan lagi, orang tangguh bayar nye... fuhhh gile... pening pala otak aku.

Nasib baik la next week aku cuti seminggu. Haaa time ni raya haji kan... aku nak ambil masa sikit untuk kemaskini accounts. Ape yang patut...

Update tentang Mama Panda sikit...

- Pre-order Tommee Tippe dan Baby Bjorn serta Agoo Leghuggers sedang dibuka. Dapat gaji bulan 11 nak submit order kat supplier. Harga memang berbaloi-baloi... Rugi tak join. So sila lah LIKE page Mama Panda Store kat FB yer... hehe

- Sape-sape rasa nak beli stroller Quinny, Maxi Cosi dan Peg Perego, ada promo free postage. Sila refer Mamapanda.com untuk check harga. Sampai hujung bulan ni jer... dengan syarat, full payment la.. takde hutang-hutang... hehehe... Bayar deposit 50% masa nak place order, then bayar full balance when I'm about to post the item to you. ;)


That's it, I guess...

Post kali ni maleh nak mengeluh hal kerja... bab tu di next entry. Babai...


P/s: Macam dah lama tak update blog Razin...


alhamdulIllah...