Wednesday, November 9, 2011

I hate waiting!

bismIllah...


Aku kat rumah di Lumut since semalam. Kononnya nak standby courier tapi haram tak datang-datang! Bengkek je aku...

Supplier pos barang guna KTM courier since last week lagi. Hari Selasa. Ni dah Rabu minggu seterusnya tak dapat lagi barang... Aku consider gak le cos Raya Haji kan... tapi patutnye semalam dah leh dapat ar. Dahle semalam aku dah siap call dah pejabat KTM kat Ipoh tanya tentang barang aku... diorang pun cakap barang dah keluar untuk deliver tapi semalam aku tunggu takde pun.

Dahle aku tinggal anak kat Beruas... ingatkan leh la balik Beruas balik... tapi sebab dah lewat petang, maleh ar... sampai mesti time Maghrib. Mata tak nampak bila dah nak malam... So, aku mengambil keputusan tido jela kat Lumut.

Haha... Seorang diri aku di Lumut.

Cuak gak menanti malam tapi lantak la... Alhamdulillah senang je tido. hehe...

So hari ni aku call lagi KTM Ipoh tu tanya bila barang aku nak sampai. Encik tu terus bagi no phone driver. Aku pun tefon driver gitau barang yang kat Lumut jangan lupa hantar hari ni. Aku tefon tu kul 11.30 pagi tadi.

Now dah dekat 3.30 petang tapi lori/van tak muncul-muncul lagi. Cuak dah aku ni. So aku sms no driver tu:

"Salam, En. XXX. Barang yang di Lumut tu kena hantar hari ni juga. Ape2 pls contact saya. Consignment no CB 599XXXX. Thanks"

And dia baru balas "Ok".

Haihhh cepat laaaaaa...

I hate waiting!!

Aku nak keluar rumah pun takleh ni cos nak menunggu courier... Dengg!

How I wish supplier hantar guna Poslaju. Senang sikit. Abang Poslaju tu memang dah kenal dah muka aku ni. Even kalau takde orang kat ofis di Marina Island, dia hantar barang ke rumah aku terus cos dia tau aku keje kat Marina Island. huahuahua... and kalau takde orang kat umah pun takde masalah cos dia akan letak juga barang kat tempat yang selamat. So memang senang ar...

Tapi barang aku tu carseats 2 buah. Guna KTM murah sikit dari Poslaju.

Haihhh....

Janganla lambat wahai abang KTM...

Aku nak kuar pos barang kat customer ni... T___T

Poslaju tutup pukul 6! Takut tak sempat je... haihhh...

By the way, hubby called aku tengah hari tadi time aku tengah mengemop bilik. Dia akan masuk Lumut hari ni. Petang kang dalam kul 5 dia balik la. Patutnye Sabtu ni... hehehe...tapi enjin rosak so balik cepat :P

Aku plan bila barang dah sampai dari abang KTM nak balik Beruas terus. Rindu gilerrr kat anak aku. Tengokla kalau hubby bagi ke tak...dia mesti tak larat nak drive and nak bermanja-manja di rumah je. Paham-paham jela orang baru balik sailing. HUAHUAHUA

Ape-ape pun tunggu barang sampai dulu...

Cepatlaaaaaaaaa... I hate waiting!!!


alhamdulIllah...

6 comments:

Nurulhuda|Adlie said...

tetiba hubby balik kan, enjoy sometimes alone, ehem!

amal said...

hahaha.. statement last paling tak tahan ekekekekeke

Ryehanna said...

To Huda: Hahaha... i balik kampung leaving my hubby jaga umah kt Lumut cos dia xlarat nk folo


To Amal: hahahaha.. sendiri mau ingt la beb :P

Fitri said...

Kak, kalau guna khidmat KTM tu murah ke? barang kecil pun boleh ek?

Tak pernah tau lak KTM pun hantar sampai rumah. ingatkan dia hantar kat stesen dan kita kena ambil sendiri.

:)

Ryehanna said...

To Fitri: Akak pun xnah guna KTM ni tp supplier guna KTM courier. Brg kecik org xguna KTM sbb poslaju ada. KTM ni utk benda besor2..

teringt gak zaman study dl time dh abis belajar kwn2 ada pos guna ketapi. KTM courier ni la... utk brg2 besar... mmg akan ada lori htr ke penerima. cuma dr pengirim tu xtau cmne caranya.. pg ke ktm station ke cmne tah

Irfa said...

first time guna khidmat pos ktm ni
Ya Allah risaunya, jgnla lambat