Friday, June 28, 2013
bismIllah...


Oh dear blog. Lama tak update rasanya.

Rindu betul nak menulis di sini... This blog is really my escape. Tempat aku lari sebentar untuk rekodkan detik2 yang aku rasa perlu ditulis. hehe...

Alhamdulillah... minggu gaji ni aku sangat sibuk. Syukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi.

Sebenarnya, bulan Jun ni memang bulan yang sibuk jugak bagi aku. Sebab aku ade buat banyak pre-order la, kutu la.. ape la... Kalau dulu malam banyak masa free, now... malam aku lebih senang tido je. Kul 1 dah tido. Kalau dulu, kadang-kadang 3,4 pagi baru tido. Ape aku buat pun tak tau la...

Alhamdulillah... proses pembelian rumah kedua dah hampir nak settle. Sabtu ni nak pergi sign agreement. And start bulan July gaji suami dah kena potong untuk bayaran rumah insya Allah.

Banyak sangat nak pakai duit. Masa hubby called last few days telling me about the amount of money to be paid, rasa nak luruh jantung. Ada lagi RM6k for lawyer fees and another RM5k untuk previous house owner yang kitorang masih hutang (sebab loan yang kitorang apply tu tak dapat byk... since hubby pun dah banyak komitment... so kitorang kena topup duit sendiri... and ade yang masih hutang lagi ekekeke..).

Pengsan. Fuh... Nasib baik la duit lawyer leh bayar half dulu. huhuhu...

Dugaan banyak betul minggu ni. Dengan barang aku order dari oversea masih sangkut, dengan order stroller ada delay dari ETA. bla bla bla... Dah naik tepu kepala otak aku.

Stress kerja ni dah macam masa aku blaja engineering dulu je. Macam masa ade test  Thermo, Dynamics and Strength bertubi2. Oh and Fluids jugak. Tapi masa blaja dulu aku leh la abaikan. paling teruk fail and repeat je wakakaka... tapi kerja aku ni? it will affect people.. my customers... ape-ape hal aku kena hadapi jugak. Ya Allah... bagi la aku kekuatan dan semangat.

I love my job by the way.

Anyway, semalam ade orang contact untuk sewa bilik. Sebelum ni memang aku reject jer... gitau dah tak sewakan bilik dah. Tapi since memikirkan laki aku balik Perak lambat lagi (tak abis2 delay), I think it's better to have housemates. Aku tak sunyi, duit pun ada la dapat untuk topup itu ini. Hopefully things work out well. Aku suka sebab diorang dah cakap diorang takkan masak. =)

2nd house tu tak tau bila nak dapat kunci nyer.. tapi most probably soon. Lepas sign agreement kot. Tu pun nak kena furnishkan bla bla bla... since hubby nak sewakan fully furnish. Duit lagi. ermmm...

Aaaaa... entry kali ni catatan tentang duit je ke? huhu...

Bilalah boleh 'free from financial worry'.

What I really really need right now is a damn holiday.

Just 2 days away from everything will be great. No laptop or iPad. Oh, phone kena la ada. hehe... tapi switch off data plan? :P boleh ke...... 

Tapi susahnye bila kahwin dengan askar ni. Cuti tak menentu. Selalunya, cuti pun macam tak cuti jer. Hubby pernah je cuti seminggu, tapi dalam seminggu tu 3 hari masuk base cos ade 'kerja'. Sabar jela.

Memang macam tu. Takleh nak buat apa... pengorbanan isteri askar. Huhuhuhu...

Okla... better stop kot? Dah nak pukul 2 pagi. Razin dah tido since pukul 10 lebih tadi. Awal pulak malam ni... maybe sebab petang tadi aku tak bagi dia tido lama-lama kot? He slept in the car masa on the way nak pergi Airpak, then Poslaju. Masa kat Poslaju aku dukung dalam Stork and he continued sleeping while aku beratur untuk pos barang. Masuk kete semula pun tido balik. Then pergi kedai Pak Bakar tapau nasi ayam and mee rebus, baru la dia jaga and tak tido dah.

We went to Teluk Batik today. Saje je aku bawak Razin berjalan tengok laut. Dia asyik main iPad jer kejenya. Sangat not healthy.


Selesai pos barang and beli makanan, balik rumah untuk makan.




Then out to Teluk Batik!


Razin takut air laut. Or takut ombak? Aku tak tau mana satu... Takut betul dia bila melihat air naik ke pantai selepas ombak memukul pantai (eceh ayat). Menjerit-jerit bila kaki dia kena air. Asyik tarik tangan aku suruh naik... and kept saying, "takut... takut..."

Ape la Razin.

Klah... nak tidur.

Good night and assalamualaikum!


Written By Ryehana\
alhamdulIllah...
Saturday, June 8, 2013
bismIllah...


Dah berapa hari tak on lappy ni... Saje tak nak on. Kalau aku on, keje mengadap laptop jela. Nanti Razin kena marah cos kacau aku buat keje. 

And frankly, i'm so freaking tired. I wish i have a sub-ordinates that i can delegate things to. Huhu... Penat sebenarnya keje sendiri... :(

5th June lepas was our 3rd anniversary. Dah 3 tahun bernikah. Alhamdulillah...

Takde celebrate hape pun... Call husband pun idak (vice versa). Busy gile ke ape aku pun tak tau lah. But he wished me on facebook. Thanks hubby. :)

Nak sangat ajak hubby bercuti. Need to clear my head. Entah bila... Busy je memanjang...

Cuti sekolah dah nak abis dah pun. Tak pergi mana2 pun. Aritu yang kekonon nak pergi Cameron tak jadi cos 'kawan' kat Cameron nasihatkan takyah la naik cos jem kat atas tu. Buang masa dalam kete je. Huhu... So tak pergi la.. Xde sape beria nak pergi pun kecuali me n mamito.

Esok dah nak balik Lumut semula. Xtau nak bawak Razin ke tak. Kalau Diyana nak ikut, maybe bawak balik. If not, tinggal jela kat Beruas.s

Aku tengah busy cos banyak pulak product baru yang best2 aku baru nak start jual ni. So, memang tak menang tangan. Huhu... Nak updat kat blog pun tak sempat. Haihh

Kla, got to go.

Till then....

Wassalam


alhamdulIllah....


Tak bersusun cos takde masa nak susun.


Sunday, June 2, 2013
bismIllah...



Finally tergerak jugak hati aku nak update blog. Makin lama, makin slow jer update. Adakah aku bakal menjadi seperti kawan-kawan blogger yang lain? Meninggalkan dunia blog dan lebih aktif di twitter mahupun FB?

Oh no... not me.

Ya, blog ni dah berubah. Aku dah berubah. My readers pun dah berubah. hehe... Ape-ape jela. Tak kisah la.. yang penting, i have a blog where i can ramble on things i want to ramble on.

Dah seminggu cuti sekolah start... tapi baru petang tadi aku dapat balik Beruas yang hanya 40 minit dari Lumut.

Hubby balik Perak dari Johor on Friday, then dia ade keje ape tah kat Lumut... (cuti pun kerja yer... navy... camtu lah) Rabu baru gerak ke KL, umah kakak ipar. Sebabnye ibu mertuaku ada di sana. So amik Mak untuk bawak balik kampung ke Felda Lakum, Pahang. heheh...

Tido semalam kat KL, tido semalam kat kampung, then tido semalam lagi kat Ladang Bebar, Muadzam Shah... Umah Kak Ngah. Hari-hari atas jalan jer... gile ah.

Kitorang gerak balik Lumut semula semalam... Sabtu 1st June 2013. Tapi dari rumah Kak Ngah tu, kitorang singgah Negeri Sembilan... jumpa bapak aku.

Laki aku la yang offer.. cos he said, dah masuk Negeri Sembilan takmo jumpa Abah ke? So... pergi jela. Last time Razin jumpa Tok dia masa dia 6 bulan kot? Now dah 2 tahun lebih...

Sampai Mambau dalam pukul 6ptg. Then Abah ajak singgah kampung jap (5-10 minit je from his house) cos ade kenduri... Aku macam... err... err...ikutkan segan sangat. Tapi hubby said, let's. Maka... ikut jelah...

Dapatla jumpa Nenek aku... and Razin met his moyang belah N9 for the first time.

Anyway, lepas Maghrib kitorang terus gerak balik Lumut.

Sampai Lumut pukul 11.30 malam kot?

Hubby drove the car like a mad man. -___-"

Found out later that Razin had a fever. Badan dia panas... I also couldn't sleep last night. Memang always on the road je kan... Penat. Kesian Razin.

I was stressed too. So many things on my mind... Felt like I would explode. Plus, I have backlogged orders yang came in while I was away.

So petang tadi, I have no choice but to send Razin balik Beruas. Hopefully Razin ok la cos kat kampung ramai melayan since it's school holiday...

Ada Amirul and Aidil (Amirul's older brother from Manong) rajin melayan. And all my other siblings ade... Well, Yong akan balik esok since dia ade cuti 3 hari.

Planning to go to Cameron Highlands this week. Mamito asked me to book the hotel. Aku belum ada masa nak survey lagi. huhu... Esok ada banyak lagi urusan lain.

Gosh, I wish I could clone myself.

It's a tiring week.

Stressful. Bad feelings.

I hope the coming week is better. Mengharap dengan sangat.

Hubby changed cars with me. So now I'm using the smaller car. My car.

Eh, I haven't update about my 'new' car kat blog kan? hehehehe...

Well, it's my dream car. Kalau follow blog Remember When ni dari dulu, you would've known what my dream car is. Click here and here.

See?

Dah lama sangat teringin kereta tu.

And no... the one we bought isn't brand new. But I don't care as long as it's the new Beetle! hehe...

Eh kena upload gambo ni... =P


Mr Beetle sebelah Mr Cherev.

Yer, both male. Pedulik hape aku... hehehe..

 Memang kecik, tapi consider ni second car, belasah jela.

Beli kereta kedua ni pun sebab hubby masih dok Johor.. so susah takde kereta.. aku lak kalau bagi Mr Cherev kat dia, aku nak pakai ape kan... huhu...

(Jual Virago, beli Beetle btw)



Genap sebulan pakai.

Hubby brought this back last PRU13. Dapat berapa hb tah... 
Ade benda yang nak kena repair actually... but we made it as a project. hehe...
Little by little...

Klah, tu je update kali ni.

Adios.



Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Tuesday, May 21, 2013
bismIllah...



Dah nak habis May dah pun. Baru dapat nak update blog. Alasan biasa, sibuk. Atau aku perasan sibuk? Whatever lah. Tapi memang tak sempat nak update blog.

It's a sad month.

Abah passed away last 12th May 2013. Sunday. Dia meninggal time Maghrib. Sedihnya ingat balik...

Aku, Mak, Nini and Razin bergegas ke Bangi malam tu. Konvoi kereta dengan Yong, Wan and Mak Teh. Mak Teh kebetulan ade di rumah Yong di Batu Gajah cos esoknya nak ke KL naik train dari Batu Gajah.

Kami sampai pukul 2.30 pagi. Esoknya Abah dikebumikan dekat area situ jugak (Bandar Seri Putra) pukul 11 pagi. Kami bertolak pulang lepas Maghrib. Tengah malam jugak la baru sampai Beruas.

Sangat terkejut. Sebab tiba-tiba je.... well, yes.. Abah memang sakit...

Tapi apa-apa pun aku lega jugak cos sempat bagi Abah merasa makan dari kenduri aqiqah Razin weekend sebelum tu... Abah la yang bising sangat (and Mak Yang too) suruh aku cepat-cepat buat kenduri... Diorang marah cos Razin dah besar gajah tak qiqah2 lagi... Alhamdulillah last 4th May (sehari before PRU13) berlangsung la kenduri aqiqah Razin. Tumbang lembu seekor. So memang banyak la lebih kan... tapi tu kongsi dengan kakak aku jugak cos dia pun ada niat kenduri...

Ralat sikit jela, sepanjang kenduri Abah lepak dalam umah je... aku jumpa Abah bila dah nak balik Lumut. Hari Isnin 6th May. Masuk dalam umah sebelah, salam2 gitu jela... Tak sangka it was the last time I saw him alive. :'(

Oh... Abah yang aku ceritakan ni bukanlah bapa kandung aku... tapi dia bapa saudara aku a.k.a Pak Yang. But I called him 'Abah' sejak kecik lagi. Other cousins pun ada panggil begitu jugak. Cos dari kecik, aku  banyak duduk dengan Mak Yang. Banyak memori aku masa kecik adalah masa di Ipoh... and di rumah Mak Yang kat Beruas ni...

Well...

That's all for now.

Will blog more if I can find the will to type it down.

Wassalam...

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Tuesday, April 30, 2013
bismIllah...


Dah gaji. Walaupun bukan aku yang dapat gaji, tapi sebagai seorang penjual, merasa la jugak tempiasnya. Time ni baru orang membeli barang... time ni jugak baru orang bayar duit kutu (yer, ade kutu stroller, kutu carseat dan juga kutu baby carrier di Mama Panda). Huhu...

Time dah gaji ni jugak aku busy sikit check payment, bungkus barang dan pos.

Alhamdulillah sekarang ni aku tak lagi berkejar ke Poslaju untuk pos barang. Aku tunggu orang kutip kat rumah je... Aku dah buat akaun dengan Gdex dan KTM. So, jimat masa dan tenaga.

Dan aku juga semakin malas.

Since dah tak keluar rumah sangat, aku mana ade nak jaga muka lagi. Serius. Takde dah tempek moisturizer ke... berbedak ke... setiap pagi macam selalu. Takde. hahahahampeh.

Dan di usia 27 tahun ni (birthday aku bulan Ogos! so masih 27 tqvm), memang rasa kulit dah tak secantik dulu. Dahle aku ni pulak pemalas ya amat bab-bab jaga muka ni. Nasib baik la Allah kurniakan kulit muka yang tak banyak masalah... xde jerawat sangat etc. So, xjaga pun xpe sebenarnye. Cuma berkerak plak rasa  cos lama tak letak apa-apa kat muka.

Esok 1 May. Cuti hari buruh. Sesungguhnya aku dah tak sabar nak tunggu suami pulang. Kali ni penantian ditunggu kerana perkara yang lain dari biase. Dia kini sedang memakai kereta aku. wahhh... jeles gile... tapi kena sabar cos lepas PRU je baru dia balik.

Ada lagi seminggu....

Esok Mak Yang, Abah, Kak Lin balik. Nan balik hari Jumaat. Aku pun balik Beruas esok juga. Sebenarnya aku nak balik malam ni, tapi budak-budak tenants ni tak kuar abis lagi.

Sabtu ni ada kenduri... bestnya ramai-ramai berkumpul. Too bad my hubby couldn't come. :(

That's all for today. Till next time.... Daaa...



Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Saturday, April 27, 2013
bismIllah...


1. CEREWET

Tak pernah terfikir pula nak melabelkan diri sendiri sebagai seorang yang cerewet. Tapi.... mungkin betul jugak aku ni cerewet (bak kata Nini). Hey, tengok jugak la aku cerewet sebab ape ok... aku cerewet tentang harta-benda aku.

Dari dulu aku tak suka orang usik barang aku. Tak suka Nini kebas t-shirt, blaus or segala barang aku (dia selalu pinjam or amik cos leh muat baju aku je since Yong and Debab tu...well, debab).

Now aku cerewet bab rumah. Currently I have 4 tenants. 3 of them patut pindah hujung Mac aritu tapi tak jadi... now diorg patut kuar hujung bulan ni... tapi seorang lagi tu masih ade cos belum abis praktikal.

Seriously aku suka ade orang lain dalam rumah ni cos at least tak sunyi.

Tapi sebenarnye memang susah kan... ade jugak la ketidak-puas hatian aku... especially bila part kebersihan dan kerajinan.

Ade yang rajin masak tapi tak penah nak tolong mop lantai yang berminyak. Kadang-kadang pinggan kotor terbiar kat sinki berhari-hari... lantai kalau kat tingkat bawah tu memang tak pernah bersapu la selagi aku tak sapu... and dulu, masa awal2 aku duduk, memang diorang tak pernah langsung tolong buang sampah.. sampai aku naikkan notis baru la ade yang reti nak buang sampah. Sampah sendiri tu... haihhh...

Now, waiting for three of them to move out. At least, yang rajin masak dah kuar aku lega la sikit.

Sesungguhnya perempuan memang takleh kongsi dapur kot. Tak tau la kan... kalau rajin kemas balik, aku ok je. Tapi ni sebaliknya. Hmmm...



2. KERETA

Yaaa... berita yang dinanti-nantikan oleh aku! Hubby dah wassap semalam yang dia dah sign agreement. Now tunggu turn aku plak sign untuk bahagian guarantor. Agreement tu sampai kat Manjung hari Isnin nanti kot. So lepas aku sign baru kereta tu di'release'. Tapi hubby pakai kereta tu dulu.... huhu... Lepas PRU baru dia dapat balik Perak... along with the car. ^__^



3. PRU

First time nak pergi mengundi ni. Aku bakal mengundi di SK Beruas nanti. Tapi Mamito and Afnan entah kenapa mengundi di SK Dendang. huhu... Undi sape? Rahsiaaaa... hehehe...



Cukuplah 3 topik.

Sebenarnya mood tak berapa baik. That's why aku update blog. To take my mind off things/people.

Kenapalah umah mak ni panas sangat.... duduk saje pun berpeluh macam lari 300 meter. :(


Wassalam.

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Saturday, April 20, 2013
bismIllah...



Alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak Babyzen Yoyo yang aku idam-idamkan since last FEBRUARY. Yaaaa... February okeh! Aku submit order hujung bulan Feb tapi baru bulan April ni aku dapat.

Aku terpaksa dahulukan 2 orang customer yang nak pakai urgent and time tu supplier ade 2 units je benda alah ni. Sabo jelah...

Anywayyyy... gile best stroller ni!

Ok, first sekali, main feature stroller ni ialah ke'compactness'. My customer who bought this stroller commented that Yoyo ni seat dia takdelah gebu and sedap macam her Phil & Teds but bagi aku, dah ok dah ni... hehe.. Aku tak pernah pakai Phil & Teds, tapi aku ada Quinny Zapp Xtra... sebab kalau nak ikutkan Quinny Zapp Xtra lagi la takde padding pun kat seat dia except kat safety straps je (and bahagian bwh? lupe cos lama gile tak pakai Quinny).

But we both agreed with how easy to use and compact the stroller is.

Video di bawah dirakam guna Ipad 4 aku... masih lembab nak biasekan diri dengan buckle dia. Lama kat situ... HAHA... Lain-lain best!



Since aku penah pakai Quicksmart Easy Fold, so lebih kurang je cara lipat ni. Sama... tapi ni lagi senang la nak terbuka terkatup berbanding Quicksmart tu. Pakai Quicksmart tu selalu tak jadi bila nak buka laju-laju (unfold) tapi pakai Babyzen Yoyo ni senang gila. :=D


Razin yang excited cos dah lama tak naik stroller. HAHA




Boleh sandang. Best! hehehe




Order dari customers...
Tak banyak cos first time order...
Lagipun mahal kan.. lagi mahal dari Quinny Zapp Xtra T_T


For those yang tak tau, stroller ni leh masuk cabin yer.. so kalau nak travel by flight, you don't have to worry about your strollers dari dicampak-campak bila kena humban masuk bhgn bagasi. Stroller beli mahal-mahal plak tu kan... huhu

Sekian, review pendek dari saya.

Adios!

p/s: Please email me at raihana AT mamapanda DOT com kalau nak order. Harga best!!

Written By Ryehana
alhamdulIllah...