Monday, July 31, 2017
bismillahirrahmanirrahim



Alone in the shop today cos Hanis mc lak arini.

Today 31hb July. Biasa lah hujung-hujung bulan busy dengan pengeposan barang kutu... bila dia tak kerja, penat la jugak nak membungkus barang.

Anyway, arini nak membebel sikit hal kutu ni...

For those yang dah kenal daku kat FB dari dulu, mesti tau yang I memang ade buat program kutu untuk beli barang baby. Yelah, barang baby yang dijual semuanya branded and paling penting, original. So bila branded nih, harga pun paham-paham la kan. sila baca dengan nada pemberitahuan, bukan nada berlagak ye.. errr

So saje la buka kutu since permintaan pun ada... and senang jugak bagi I untuk plan order. Bila buat kutu, kita tahu la nak order warna/design ape kan. Takdela order design yang tak laku/slow dijual.

At the same time, I am helping orang yang nak bajet so that takdelah keluar gedebuk berapa ratus/ribu beli barang untuk anak.

Orang yang join kutu ni bukannya tak mampu beli cash, no no no... tak semua yang join ni tak mampu. Tapi lebih kepada nak bajet and prioritize benda yang lebih penting. If dah ade kutu, why not join?

And yes, memang buat kutu ni awalnye untuk bantu orang yang tak mampu beli lumpsum cos harga barang baby ni boleh tahan la jugak...

Anyway, konsepnya sama-sama bantu. Aku bantu customer/player kutu, diorang bantu aku dari segi purchase planning dan juga sales (with kutu, it means ade je barang laku every month kan)

It's a good thing. That's why I've been doing this since 2012.

Aku ingat lagi, first kutu aku buat adalah untuk Boba 4G. And now dah 2017, still doing this! Tapi dah bertambah product yang aku buat kutu.

Soalan paling selalu aku dapat adalah, "selamat ke bagi orang main kutu ni? Takde ke orang lari lepas dapat barang?"

Yes, ni memang risiko bila kita buat kutu program since barang dapat kat cusomer ikut giliran.


Let saya Abu main kutu carseat harga RM400, monthly RM100 x 4 bulan. 

And let say Abu dapat turn 1st.

1st payment semua orang bayar RM100. 

Times 4 people so jadi la RM400 kan. 

Abu pun just bayar RM100 tapi dia terus dapat barang cos dia giliran pertama.

Dia boleh je tak bayar lepas tu cos dah dapat barang kan? Untung la dia cos just bayar RM100 and dapat barang harga RM400.



This is the risk.

Tapi alhamdulillah selama aku buat kutu dari 2012 ni tak pernah lagi la ade kes orang lari tak bayar.

LAMBAT tu yer... sampai melangkau bulan pun ada. Patut settle by January, tapi dah masuk March pun tak bayar lagi. Tu memang ada. Bukan sorang dua. Banyak kali jugaklah. Tapi alhamdulillah semuanya bayar akhirnya.

Aku bersyukur dapat players kutu yang takdela buat hal sangat.

Of course ade je benda-benda yang bagi stress, tapi tak penah la lagi orang tak bayar langsung. Maybe jugak ketegasan aku bab payment ni.

I know I can be so annoying bab mengutip duit (hehe)

Tapi jika tak buat camtu, orang pijak kepala.



For instance, these are a few of the things yang mencabar buat mak kutu:-


1) LATE PAYMENT. 

Generally semua player kutu dah tahu due date berapa haribulan. It's always the 30th. TAPI mesti ada je late payment every month. Sebab tu aku tak tunggu semua orang bayar baru pos. If tunggu, hmmm berzaman la nak pos barang kat orang yang turn dia dapat bulan tu. 

Selalunye sebab ade orang yang gaji dia lambat, bukan 30hb setiap bulan. This is fine as long as bagitau aku. Grace period selalunye seminggu dari tarikh due date. Walaupun grace period, bertabahla bila nampak aku sms/whatsapp/inbox remind payment ye. Kikiki

Tapi ade jugak orang yang dah gaji awal tapi masih lambat jugak bayar. Kadang-kadang orang lupe, so aku memang akan inbox and remind semua orang yang belum bankin duit kutu pada 30hb tu.

No need to terasa ke ape... I inboxed EVERYONE yang belum bayar. Most of the time aku copy paste je mesej.

Sebab memang ada je orang terlupa. Biasala tu kan...



2) NO RESPONSE

Benda 'mencabar' yang kedua adalah TAKDE RESPON selepas kita remind bayaran kutu. Please ye, buka la inbox tu and acknowledge the message.

Bacalah whatsapp and jangan biar Unread. Kalau dah berjam-jam/berhari-hari Unread, susah nak bersangka baik and ianya memberi unnecessary stress pada mak kutu tau.

If dah "Seen" tapi tak reply ape-ape pun sama jugak... sabor jelah

Kalau lambat, inform la lambat. Boleh bankin bila bla bla...

Please jangan senyap je... mak kutu tak makan orang. Asalkan inform, ok je... tapi kalau senyap, oh ni memang pantang sangat. Huhu



3) JANJI DIMUNGKIRI

Haha.. beria kau janji dimungkiri :p

Ok, ni basically to those yang janji/inform nak bayar sekian-sekian tarikh tapi nan hado.

Stress menunggu weh. So nak kena remind lagi bila nak bayar bla bla bla... kalau terus respon takpe, tapi kalau dia buat perkara di no.2 tadi a.k.a no respon, haaa... berasap la kepala mak kutu. Hehehehe...



4) TAK NGAKU BELI BARANG

Ok ni benda yang 'rare' and jarang berlaku tapi pernah berlaku. Agak terasa bila orang tak ngaku beli barang dari kita padahal dia main kutu benda tu dengan kita. Haa jangan tak tau ade orang camni ye

Dahla payment selalu lambat, then bila post gambar kat socmed and orang tanya beli kat mana, boleh pulak kata beli di XXXX and not at Mamapanda. Adoihai... sabor jelah menengoknye...

Dahla friend kat FB lol...

Kalau segan beli barang secara kutu, tak perlu pun mention main kutu. Just inform jelah beli dari Mamapanda. Settle. For someone yang bisnes kecik-kecik macam Mama Panda ni we need good mouth to mouth recommendations... sebab tak mampu lah nak beriklan mahal-mahal or buat marketing yang costly...

Tapi tu lah kan, macam-macam karenah orang hehehe... (haa ade orang nak hide kite dari view timeline ke tuuuuu hahahaha)



5) LAMBAT INFORM COLOR/DESIGN YANG DIINGINI

Haa.. ni pun satu benda yang 'mencabar' jugak untuk mak kutu cos kita nak order barang untuk get ready for kutu tapi bila player lambat update nak color/design yang mana satu, agak terbantut lah jadinya.... tak pasal-pasal nanti warna yang nak dah habis etc. So ni pun kena kabor awal-awal ya...

Bukan marah, just bagitau je... hihi... so those yang masih belum bagitau color/corak diingini leh la inbox kite ye... =D


6) KEJAP JOIN, KEJAP TAK JOIN

Ni pun sangat mencabar bagi mak kutu, tapi benda ni biasa lah kan. Nama lagi berniaga. Tanya banyak-banyak, tapi tak beli. Or beli kat orang lain, tapi cara nak guna etc tanya kita. Hehehe...

Mana-mana orang yang berniaga mesti pernah alami... It's ok je actually. =D

Cuma bab kutu ni bila dah masuk kali ke-DUA anda dah bagi nama nak join, TAPI bila orang cabut undi anda tak jadi join; haaa yang tu memang mak kutu unfriend jelah. Koser aih. Ni namanya backout player. If tak jadi join takpe je sebenarnya tapi kena la cari pengganti. Yang stress tu bila kita dah cabut undi and dah ada tetapan giliran, waktu tu la tak jadi join, suami tak bagi lah ape lah... Adoiyai... kalau cari pengganti takpe lagi, tapi SELALUNYA mereka berlalu begitu sahaja... =(

Make up your mind please. Dah decide and confirm baru inform or comment thread berkaitan. Senang. Takde buang masa sesiapa.

By the way, please jangan sentap kalau kena unfriend cos max friends kat FB tu 5000 je. Most of the time memang I will unfriend people yang camni untuk make space for new potential kutu players. Sebab bab kutu memang aku monitor guna FB. So if kena unfriend tapi MASIH dalam group Mama Panda Store, chill jelah. It's nothing personal. Just business =)



Anyway, tu jelah nak bebel.

Basically bab kutu ni:-

If ada delay, BERITAHU mak kutu.

If dapat mesej reminder, ACKNOWLEDGE the message. Reply je "oh ok, terlupa.. nanti saya bankin." atau "Thanks remind. Saya bankin time gaji masuk 3hb" bla bla bla

If nak join kutu tapi ragu-ragu, tanya mak kutu segala soalan... it's ok. Then DECIDE.

Senang. Takde masalah pun asalkan segala komunikasi jelas.

Sekian, thanks baca sampai habis. hehehe....



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Friday, July 28, 2017
bismillahirrahmanirrahim...



Have you ever had your hopes up and then just having it crushed cos people lied and didn't meet your expectations?

Kekadang tak faham kenapa susah sangat nak straight to the point or berlaku jujur. Kenapa nak kena buat orang berharap?

Aku tak reti pulak berpura-pura camtu.

Kalau aku dah tak nak, tak suka, or ape-ape jelah, I will say it.

Yes, sometimes we said things we didn't mean. But if I said it over and over, dalam amarah dan juga dalam senyuman, it means I really meant what I said.

I walk the talk.

Tak faham dengan orang yang senang betul menipu. bohong. tipu lah senang citer. grrr

Especially bila kita sangat jujur dengan semua benda. End up, eh... ko temberang aku rupanya. Wth.





Ada orang plak dah kita cakap banyak kali tak faham-faham juga or memang sengaja tak nak dengar?

People who really listens is different that people who heard you.

Haih penat kekadang...

Sakit hati pun ye...

Camni la ek... asyik orang ambil kesempatan.







It's payday week so kalau nak bayar duit barang tu dah janji nak bayar 27hb, bayarla tarikh tu okeh!!

Ni dok tunggu punya tunggu... senyap je... ni masalah kalau orang order guna air liur




Jangan speku. BYE



Written By Ryehana
alhamdulillah...
bismillahirrahmanirrahim...












Sejak semalam aku perasan food bowl dia tak susut sangat. Selalunya bila dah pagi, abis makanan dia or at least tinggal sikit je... berak pun tak... 

Then petang semalam and pagi ni dia duduk tidur je dalam litter box dia tu. Selalunye dia duduk kat jaring-jaring tu la.. sama ada kat tingkat atas sekali or bahagian tengah. Mata pun bertaik mata and macam lesu je. So around pukul 10 lebih tadi aku bawak dia pergi Animal Clinic.

Sepatutnya it's time for her vaccination, but now aku bawa dia untuk check cos macam tak sihat je.

Indeed, she has a fever. 40 degrees. Then when the doc checked her mouth, she was shocked to see Lola's gums were red. (Seriously aku takde la sampai nak belek mulut dia, biasa la noob)

The inflamed gums could be a sign of being contracted with a virus. Though we don't know what yet.

So Lola's on antibiotics now.

Patut la dia tak nak makan dry food dia kan. Sakit gusi rupanya. So balik dari jumpa vet tadi aku bagi setin wet food. Sedap dia makan. Sian...


While she ate, aku bersihkan litter box dia. Buang semua kristal-kristal tu (eventho belum sebulan lagi) and letak pasir baru. Not really pasir la... this time aku try Cat's Best öko plus pulak.

Sebab utama;

1) Kristal tu bersepah. I mean, dia melekat kat kaki Lola and bila Lola merayap satu rumah, ade jela saki baki kristal kat lantai. Datang Raiq pergi main (worse, masuk mulut! tapi aku tak nampak lagi la)

2) Air kencing tak clump... means, cat's pee diserap oleh kristal tu. For one week ok la, dah lebih seminggu berbau ler... but I must say, baunye takdelah kuat sangat cos kristal ni serap bau juga. Cuma... ntah. Kotor la bagi aku cos air kencing kucing dalam kristal tu masih ada. Si Lola plak bila tak sihat ni dok tido dalam tu lak.

3) Saje nak try Cat's Best öko plus cos katanya boleh flush je. So we'll see...




Aku dah ada a few other brands nak dicuba lepas abis pakai öko plus ni. 

Till then.

Adios


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Wednesday, July 26, 2017
bismillahirrahmanirrahim...


Masa mengemas stor last weekend, aku decided untuk let go some of the kids' stuff macam high chair, walker and baby nest.

Then, ternampak stroller Babyzen Yoyo MILK Limited Edition aku yang jarang berpakai tu. Rasa macam nak let go. Tapi sayang... so, takpela... jom bawak stroller ni berjalan jap haha...

So last Sunday lepas breakfast roti canai kat Lumut, kitorang saje la stroll dekat tepi laut. If decide nak jual, at least ade gambar kenang-kenangan.


See how pretty my stroller is?
Elegant black and white. Limited edition print.


Balik tu fikir-fikir lagi and rasa macam kena jual juga cos next month nak merayap bawak budak-budak ni semua pergi Langkawi. And aku plan nak rembat satu Pockit stroller kat kedai. Since nak amik new stroller, kena la jual sebijik stroller lama aku.

Buat masa ni kitorang ada dua stroller. Babyzen Yoyo and Phil & Teds Verve V3. Yang Phil & Teds tu belum rasa nak jual lagi walaupun JARANG pakai huhu... lagipun if nak jual, aku nak jual RM2900. lambat la lakunye kan... so rilek dulu. Jual jela Babyzen ni huhu...




Serius sayang gile nak jual weh.
Aku takkan dapat dah harga Babyzen BARU range dalam RM1xxx lagi.
Now Babyzen Yoyo semuanya RM2499 ke atas. Warna biasa je pun...
Ni dah la Limited Edition!



Tapi bila memikirkan aku dah tak jual brand Babyzen ni, if orang nampak aku pakai and tanya mana nak beli, rugi dah marketing kat situ wakakakaka...
So baik aku pakai stroller yang aku jual =P

By the way, masa kuar outing ni si Raiq tak nak turun dari stroller. errr...




Listed the stroller on Shopee petang semalam.

Tak sampai 5 jam dah sold.

Pastu now rasa menyesal cos aku jual harga less la lagi dari RM1149 tu hehe...

Nyesal sebab... sayang sangat-sangat weh.

Tak dinafikan Yoyo ni lagi comfy dari Pockit.

CUMA, aku rasa Pockit lagi compact. Tu je. And I need its compactness.

Argh lantak lah. Dah sold dah pun.

Esok nak pos :'(


Selamat tinggal kesayanganku...

Semoga berbakti dengan baik pada tuan barumu.

Pls know I'm letting you go with a very heavy heart.

I will always love youuuuuu....


Huwaaaaaaaaaaaaa





Written By Ryehana
alhamdulillah...
Friday, July 14, 2017
bismillahirrahmanirrahim...



Lama tak update. Nak update hal raya pun tak sempat. Nanti lah.

Today nak update hal Lola.

Who is Lola?

Lola is our new pet cat!


Meet Lola!

She's 5,6 months (I'm not sure) and she's a mix of Persian + DLH breed.



Been hunting for a cat since last week sebab my children love cats. So aku decide nak bela sekor. Memandangkan before this memang kitorang ade je bela kucing and bagi makan cats that came to the house, bela jela sekor betul-betul.

Aku start dengan beli sangkar dulu. Beli online cos tengok kat pet shop di Manjung ni cam mahal (masa ni tak tau pet shop yang murah).

Lepas sangkar dah sampai, aku beli litter box. Beli crystal instead of sand cos orang kedai tu kata lebih serap bau and can be cleaned (?) and reused (?) - of course yang poop tu kena buang la

So I bought the crystal thingy.

Then baru la cari kucing hahaha...

To cut story short (cos banyak citernya masa mencari kucing ni), I bought Lola.

Ade 2 orang yang aku tanya-tanya, nak jual sepasang. Tapi tak mampu la nak bela sampai dua. Sekor je dulu. So far I don't regret it. 




The first night I brought Lola to the house. 
Rabu, 12th July 2017.

Masa ni tak decide nak beli lagi. 
Owner tu pun cakap, bawak la balik dulu tengok ok ke tak.
So bawak balik... the kids loved her, and I decided to keep her.

Esoknye (semalam, 13th July) settled payment, pegi beli carrier, cat food and a few other stuff kat My Pet Zone shop near Giant Manjung (opposite Old Town White Coffee).
Murah la jugak carrier kat situ cos only RM60.
Before this pergi pet shop lain rata-rata jual RM70-80.

Ala, pakai nak angkut balik Beruas or pergi animal clinic je pun.


So semalam abis gak around RM1xx.



Masa first night aku letak dalam rumah lagi. 
Tolak cage ni kat area dapur.

Tapi laki aku suruh letak kat luar, so I moved the cage to outside. 
Area tempat sidai baju...



She's beautiful, right? <3





Anyway, since dah amik Lola ni aku mesej la kawan baikku si Baydah who is also a vet on what to do now that I got her.

Was told to vacc, deworm and letak ubat kutu.

So today, I went to see the vet. (kawanku si Bedah ni dok Kajang btw)


So I told the cat history.

Baru beli 2 hari lepas bla bla...

And was advised not to vaccinate the cat yet. Sebab Lola is still in adapting mood.

(Dia tak makan sangat and she haven't pooped yet)

So vet tu just bagi ubat cacing and letak ubat kutu.

Oh my, ade kutu banyak jugak rupanya. Aku tak perasan before this.

Then vet checked telinga dia, lagi la... fuh ade kutu telinga and the ear was dirty inside.

Aku memang idak le nak membelek telinga kucing. almaklum noob...

Lama gak vet tu cuci, memang kotor gila hahaha... geli haku menengok kotoran yang melekat kat kapas... 

Settle semua, bayar bil. Was charged RM105.

haa amik kau.. nak bela kucing sangat kan kikiki...

Anyway, it's a new experience.

I hope we could really take good care of her.

I can't wait till she's stable and familiar with her new surrounding.

Nak bagi mandi! (oh tapi hantar groom kat kedai la btw)

Was told to wait for her to be stable first... then baru leh grooming...

Well, banyak ilmu baru aku belajar today.

Now baru la faham kenapa orang jual kucing yang lawa-lawa ni mahal. 

Kos makan, kos vet, kos ubat, rumah bla bla... hmmm.. no wonder la kan...

Oklah, that's all for now.


Adios.




Written By Ryehana
alhamdulillah...
Friday, June 23, 2017
bismillahirrahmanirrahim...



Yeay, lusa insya Allah kita Raya.

Aku baru balik dari mengepos barang ke Airpak Express and Poslaju. Malas nak call diorang suruh pick up kat kedai since kitorang pun nak tutup kedai awal today.

Lega sangat-sangat cos stock Pockit Plus strollers aku dah sampai semalam. Semalam jugak aku pos kat customer yang dah order sesiap di Shopee. Harini dah sampai barangnye kat customer. Alhamdulillah...


Pockit Plus strollers je ada.

Pockit Regular yang RM899 tu takde masuk dalam shipment kali ni.

Beza Pockit Plus ni ada recline sikit...






Warna Capri Blue. Cantik kan?
Kat dalam kotak disertakan resit and FREE RuMe Macro bag yang boleh jadi shopping bag or #PockitBag cos muat je stroller Pockit dalam bag tu... bag tu leh lipat-lipat jadi kecik macam dalam gambar. Senang nak sumbat dalam handbag or purse. Hehe...

Link if nak beli:




I have one of those RuMe bag myself walaupun aku takde Pockit stroller...
Sebab bag ni best!


Beg ni besar and tempat nak sandang kat bahu tu pun lebar, tak sakit bahu... selesa pakai.
Yang membezakan RuMe bag ni dengan other foldable nylon bag yang lain adalah material dia. 
Tahan and tak mudah tetas la jahitan dia...

Though I guess if lama-lama angkat benda berat memang akan dig shoulder la kan... tu normal...



Mine is in brown. I love it. 

RuMe bag ni made in korea tapi actually brand dari US.

The macro bag retails at RM45 a piece. Tapi Mama Panda bagi free if beli Pockit strollers secara cash/lumpsum! (if 2,3 bayar or kutu ada free travel bag jugak cuma bukan brand ni la hehe)



Ok enough about work.


Harini dah Jumaat and jalan memang sesak dengan kereta, orang balik beraya. Aku balik Beruas esok. Plannya nak balik petang ni, tapi aku busy kerja tak habis-habis... nak kemas homestay untuk orang masuk esok lagi bla bla bla... maka, esok pagi jela kita balik.

Tahun ni raya kat Beruas dulu then baru balik Pahang.

Aku pun tak sure balik Pahang hari raya ke berapa. Yang pasti, balik Lumut semula pada 30hb Jun. 3hb July dah kerja semula.



Blog post diakhiri dengan gambar dari luar jendela 'work station' aku pagi tadi.
Nampak berkabus bukit belakang rumah ni.
oh home sweet home =)


Well, that's all for now.

Laters baby. Ciao.







Written By Ryehana
alhamdulillah...
Sunday, June 18, 2017
bismillahirrahmanirrahim...




Yeay! Finally a new desktop PC for home use!

Punye la lama aku tunggu nak dapat PC (a.k.a Personal Computer) ni... banyak cerita sebenonye nak cerita...

Ok... sejak makeover guest room ni dah siap, memang aku nak sangat-sangat ade PC untuk bilik guest sebab aku nak buat kerja dari rumah.

Using laptop sucks, plus laptop aku banyak rosaknye. So I need something yang tak bergerak (not portable like laptop), tak mudah jatuh and tetap satu tempat je. A new desktop PC :)

So being seorang manusia yang tak sabar, aku just survey online je kat Shopee for refurbished PC. Jumpa la... harga around RM900 lebih.

Setelah chat ngan seller bla bla, aku decide, hmmm beli jelah. Sebelum tu aku survey jugak yang kat Lazada etc. Aku nak specs similar macam desktop kat kedai, laju la jugak... takmo lembab.

So lastly I bought online in Shopee.

Tapi tahukah anda bila barang sampai CPU nye jahanam and almost terburai? Tahu tak seller tu pos CPU just letak dalam kotak diorang (lembik je kotaknye) and takde sendal ape-ape cebisan kotak untuk make sure CPU tu tak gerak-gerak? Takde ok. No wonder la jahanam CPU nyer... sampai kat aku, dia punye cover untuk bhgn DVD Rom tu tercabut. Dengan lekangnye... nak tekan ON pun takleh, siap aku kena shot current lagi. Hampeh gile.

I mean, it's stupid really. Memang sah la salah courier, tapi seller tu pun bukan first time berjual online! dah memang kompeni korang jual refurbished pc kot tapi ade ke post cmtu? sticker fragile pun takde.

Aku ni kalau pos handbag jenama Storksak yang mahal-mahal tu (6, 7 ratus) memang aku guna kotak ok. Handbag je pun. Bukan benda elektronik. Gile...

To make things worse, aku plak TERTEKAN "Order Received" kat Shopee. Gileee... camne leh tertekan ni?? Padahal aku nak Request Refund. Adoi, memang stress gila aku waktu tu.

Tanya Shopee, camne nak buat if TERTEKAN "Order Received" walaupun sebenonye nak Refund, diorang cakap takleh buat ape. Memang duit akan release terus kat seller. Aku le plak kena mintak dengan seller...

Oh nak mintak bukan senang wehhhh... Jenuh la aku mesej-mesej, hantar gambar, video semua nak tunjuk CPU tu jahanam.


Bayangkan aku dapat barangnye camni je?
Letak bubble wrap camtu je? dengan CPU nyer tergoyang sana-sini dalam kotak tu.
Dahle kotaknye lembik je, bukan jenis keras.





See what I mean?


Sabo jelah kan...




Bila aku bising kat seller, dia nak send replacement. Tapi aku fikir-fikir balik, aku tak nak ah. Aku nak refund duit je senang. Sebabnye masa deal kat Shopee aku mintak less and mintak free gift speakers. Tapi haram tak dapat pun speakernye. So aku dah tak percaya.

Maka, esoknye aku pos semua items; monitor, laptop/mouse, CPU guna KTMD. Kena RM25 okeh, 13kg semuanya. Ni pun aku claim mintak diorang bayar balik.

Jenuh aku follow up dengan KTMD cos nak tau diorang dapat bile barang tu. Alhamdulillah esoknye sampai and aku terus mintak diorang refund. Yang agak bengang tu, seller kata technician dah check tapi TAKDE MASALAH apa-apa and boleh je ON. Gile ke ape, aku dah tunjuk video aku nak on takleh siap kena shot current lagi ada. Tengok sendiri gambo kat atas tu pun leh nampak lekang tu kan... so aku bebel-bebel tak duli tak nak replacement, nak REFUND. Dahla say sorry pun idak masa aku complaint2 nih.

Tapi biasa la kan, bab refund ni slow sikit and macam-macam alasan. Maka terpaksa main taktik kotor sikit, ugut nak bagi bad rating bla bla then baru lah dia cakap, OK, management kata boleh refund, akan refund via cheque minggu seterusnya. Lega aku. 

So alhamdulillah dapat la balik duit aku RM9xx tu.

Bile jadi camni baru la laki aku nak tolong carikan desktop PC. Selama ni aku suh cari dia buat bodo je... -__-

Dia search kat Mudah je, yang boleh COD kat tempat dia keje now di Selangor. Senang, takyah pos-pos. Harga under RM600. Genuine Microsoft Windows 7. Deal.

So laki aku baru je bawak balik kelmarin. So happy! Ni aku tengah blogging guna PC aku le ni hehehe... Refurbished je. Murah. Jimat. Kitar semula ;)




Jadilah.
Meja komputer zaman dulu kala aku beli time sale. ade slot cd bawah tu.
Kerusi pun kerusi murah, Rm20 lebih

Senang nak buat kerja sikit...
Senang nak blogging (yeay!) yang paling penting hahaha...

Aku ni dahla mood blogging time 2,3 pagi.

Oh well... Very happy to finally have this =D





Complete dah guest room/escape room 

Ok, I should've moved that white blanket. -_-
rosak gambar




Pengajaran dari insiden ini adalah:-

a) Jangan beli computer ONLINE. Ni pengajaran untuk aku jela. Cos aku dah serik. Aku penah beli Smart TV online and dipos oleh Gdex, it was fine. Laptop pun penah beli online. Cuma kali ni maybe takde luck kot.

b) Check sebelum click. Jangan click "ORDER RECEIVED" kat Shopee selagi tak check barang betul-betul. Ok actually ni aku dah check and memang nak refund tapi TERTEKAN "Order Received" instead of "Request Refund/Return". Hai jari gemuk. Or self consciously tekan kot? Entahlah.


But jom kita pandang dari segi positif pula:-

a) Dapat beli PC baru dengan harga lebih murah.

b) Dapat voucher RM30 dari Shopee cos diorang feel bad aku punye pengalaman pembelian cam hampeh and diorang takleh watpe. Kahkah....


So there.

Adios.




Written By Ryehana