Saturday, August 29, 2015

Bersih 4.0

Bismillahirrahmanirrahim...


Dulu aku tak paham ape yang buat orang berkumpul and protes itu ini.

Dulu aku tak paham kenapa nak bangkang and menyusahkan orang dengan berhimpun beramai-ramai tu.

Yang aku nampak, menyusahkan orang sebab jalan jem, kedai terpaksa tutup cos takut ade rusuhan.

Yang aku nampak, mereka-mereka yang tak bersyukur 'negara masih aman'... 

Yang aku rasa, "alahh korang buatla ape pun, takkan nak merubah apa-apa... Buang masa je"


Aku hanya follow and tahu tentang "Bersih 1.0" dulu cos kat masa tu kecoh kat twitter and my cousins and blogger friends ade join.

Bersih 2.0 & 3.0 aku tak tau langsung bila berlaku.

Aku tak rasa aku perlu tau pun.

Betapa ignorantnya aku.

Now baru aku paham.

Sekarang baru aku rasa mereka-mereka ini hanya nakkan "kebersihan" dalam negara.

Berhimpun ni je cara paling "selamat" untuk protes. 

Berkesan ke tidak, tu belakang kira. Asal kita usaha.

Mereka hanya perjuangkan hak mereka. Hak aku. Hak kamu.

Betapa corrupt nyer negara ni kan... Dah umur 30 ni baru macam tersedar and nak amik tau hal negara. 

Kalau dah Tun M pun join, itu menunjukkan apa?





Ini bukan blog politik. Setiap manusia ade pendapat sendiri. 

Agree to disagree.


Salam...



Alhamdulillah...

3 comments:

Anonymous said...

Tun x sokong bersih,dia sokong rakyat
Tun x sokong najib,dia sokong bn
Skdr pandangan

f.m.y said...

Agree on your opinion.

We need medium to express our voice

They control all the media

where else to go?

I hope the corruption will end

I love my country

BTS said...

free speech..
kebebasan bersuara digalakkan..