Sunday, December 19, 2010
bismIllah...

Since aku dah pindah ke Perak ni, Mamito sangat mengambil berat dengan apa yang aku makan. Mamito jugak dengan penuh semangat membekalkan/membelikan aku buah delima untuk dimakan.

Kata orang, buah delima ni bagus untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Supaya cerdik kalau tak silap.

So, aku sempat la menggoogle khasiat buah delima atau 'pomegranate' dalam bahasa Inggeris ni.

Betul.. banyak khasiatnya...

Antara yang aku jumpa dari wikipedia,

1. Metabolites of pomegranate juice ellagitannins localize specifically in the prostate gland, colon, and intestinal tissues of mice,[46] leading to clinical studies of pomegranate juice or fruit extracts for efficacy against several diseases.

In 2010, 23 clinical trials were registered with the National Institutes of Health to examine effects of pomegranate extracts or juice consumption on diseases shown below[47]

2. Islam

According to the Qur'an, pomegranates grow in the gardens of paradise (55:068).[55] The Qur'an also mentions pomegranates twice (6:99, 6:141) as examples of good things God creates.


Well... memang buah delima ni ada di'mention' dalam al-Qur'an. Leh rujuk perenggan di bawah:

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/12/khasiat-delima.html#ixzz189OCfldm

So...

Bakal-bakal ibu sekalian, jamahlah buah delima kerana banyak khasiatnya... jus pun boleh... kapsul pun boleh...

Tengok rupa delima ni pun ada macam paru-paru kita...
Macam otak pun ada...
So, memang diciptakan untuk memberi khasiat pada manusia.
Macam badam jugak kan.. rupa badam macam otak...
insya Allah dapat melahirkan bayi berotak cerdas...

Kalau dapat yang merah macam ni, memang best...



As for me, aku makan buah je setakat ni. Tapi takde la dapat makan hari-hari... ikut gak la... kalau abis stok, dalam seminggu tak makan... cuma kalau dah beli buah delima, aku akan bajet untuk makan sebijik sehari... jadila...

Simpan dalam peti ais then makan... Sedap tau!

Dapat warna merah pudar camni je...
Hubby beli kat pasar malam Padang Tembak...
Makan 2 bijik cos laki aku pun suka menyibuk nak ngap gak.


Licin...
K, citer dah abis.
Cau cin cau...

p/s: buat bakal-bakal ibu seperti saya, share la ape amalan pemakanan anda semua. hehehe...



alhamdulIllah...
Friday, December 17, 2010
bismIllah...


Macam biasa la... bila dah tau jantina bayi, mestilah nak cari nama yang sesuai... So pagi ni aku asyik la mencari-cari nama for my unborn baby. Apa yang aku cari adalah nama yang sedap, senang disebut, tak panjang sangat dan yang paling penting mempunyai maksud yang baik.

And then I stumbled upon this blog entry...

Salam,

artikel ini aku amik dari email Emma member kita.. so she ask me to pass this.. and please continue read on….

…Puan bagus kerana memikirkan sedalam-dalamnya dalam menamakan anak sendiri. Ini adalah sunnah Rasulallah s.a.w..


4. Memang benar kata puan bahawa nama-nama Malaikat adalah dilarang ulama.


5. Dalam tradisi Nasrani, terdapat kecenderungan memberikan nama anak-anak mereka dengan nama Malaikat seperti Gabriel (Jibril) dan Michael (Mikail). Ini tidak seharusnya berlaku dalam traidisi Islam.


6. Para Malaikat mempunyai sifat tidak makan-minum dan tidak bernafsu serta bersyahwat. Ini bertentangan dengan fitrah manusia iaitu berkehendak kepada makan-minum serta bernafsu syahwat. Barangkali sebab itu dilarang memberi nama anak dengan nama malaikat sebab sifat Malaikat itu berbeza dengan manusia.


7. Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:”Tanggungjawab bapa kepada anaknya ialah memberikan nama yang baik dan memperelokkan adabnya.” Pemberian nama yang baik ibarat doa kepada seseorang. Kesan psikologinya; orang yang bernama yang baik-baik seharusnya melakukan kebaikan sahaja. Nama-nama anak yang baik akan menyerlahkan peribadi murni anak-anak. Rasulallah akan menukarkan nama sahabat yang tidak baik kepada yang baik-baik belaka.


8. Dari Jubair bin Muth’in, katanya Rasulallah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ”Aku mempunyai lima nama. Aku Muhammad (dipuji), aku Ahmad (amat terpuji), aku Mahi (penghapus) yang Tuhan menghapuskan kekafiran dengan usahaku, aku Hasyir (pengumpul) di mana dikumpulkan manusia di belakangku dan aku ‘Aqib (penghabisan).”


9. Nama yang baik ialah nama Rasulallah s.a.w. dan para Nabi.


10. Nama-nama Allah boleh diberikan dengan syarat disertakan di hadapannya perkataan ‘Abd ertinya hamba misalannya ‘Abdullah, ‘Abdul Hakim, ‘Abdul Wahid dan seterusnya. Ada 99 nama Allah. Ini bersesuaian dengan hadith Nabi; Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga.”


11. Wallahu A’lam Bi Al-Sawab. Terima kasih.

Dr. Amini Amir Bin Abdullah
Director, University’s Islamic Center
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia



Hmm...
Nama malaikat yang selalu kita jumpa pada manusia adalah 'Malik' dan 'Ridhwan'. Malik adalah nama malaikat yang menjaga Neraka. Ridhwan pula adalah nama malaikat yang menjaga Syurga. Ridhwan juga bermaksud 'Keridhoan Allah' di sini.

Sekarang, tengah trend orang letak nama anak dengan nama malaikat yang di'Inggeris'kan. Contohnya Mikael or Mikhail (omputih letak nama Michael), Gabrielle ( malaikat Jibril) , dan Raphael or Rafael (malaikat Rafail yang ada dalam the Old Testament)... (just to name a few).

Hmm...
Untuk elakkan perasaan was-was, I think I'm going to skip la nama-nama malaikat ni... Nama biasa je sudey... *dengan memangkah nama 'Rafael' dari list* (gedik nak nama glemer-glemer sangat. haa amik ko)
huhu...

Susah betul nak cari nama baby... Aku lak gedik nak mula ngan huruf R gak... Yela, namaku Nor Raihana, nama husband Rostafar (takde maksud!), so nak anak huruf R gak... tapi entah kenapa, nama baby boy yang huruf R ni susah sangat nak cari yang sedap-sedap dan bermakna baik. Kalau nama girl banyak je....

Kalau yang sedap-sedap tu, ramai sangat orang dah letak kat anak diorang. Contohnya nama Rayyan. Ni nama baby boy Kak Di yang baru lahir tu... Walaupun aku dah teringin lama nama ni (sejak zaman student), tapi takkan nak sama kot. Tak best la... huhu

So... misi mencari nama baby ku teruskan. Mungkinkah aku kena lupakan je hasrat nak huruf 'R' tu? (cos nama huruf A banyak yang best!)

Hmm... sama-sama kita nantikan. Doakan juga aku dapat nama-nama yang elok. Ya, bukan senang nak namakan anak... Dibawa sampai mati... bukan saja sampai mati, tapi nama yang diberi ibubapa itu jugak yang bakal disebut di akhirat nanti...


p/s: Ade ke laki aku nak buh nama anak 'Kimi Raikkonen'? Hamsap sungguh...

p/p/s: Tahukah anda, (bakal-bakal parents) yang kalau anda dikurniakan anak lelaki, anda digalakkan meletakkan nama Muhammad atau Ahmad kepada anak itu? At least, one of your sons must have Muhammad or Ahmad. Just sharing... :)


Salam sayang,

alhamdulIllah...
Thursday, December 16, 2010
bismIllah...


Semuanya bermula dengan subuh tadi... Tiba-tiba je perut aku sakit. Yang aku heran tu, sakit kat belah kanan... Bukan senak... bukan juga Braxton Hicks contraction (aku pun xtau rase dia camne tapi patut ade rasa kontraksi la kan? tapi ni takde...). Just plain pain. Adalah dalam 5-10 minit aku asyik ber'adoi2'... Hubby pun naik risau... Then lepas tu tak sakit dah.

So, pagi ni hubby call CO dia gitau lambat masuk kapal cos nak hantar aku pergi klinik. Aku suggest pergi klinik swasta je cos nak scan sekali... kalau pergi KKIA Sitiawan, mesti lambat and then takde nak scan-scan nih...

Actually, aku plan nak buat 2nd ultra-sound masa kandungan dah 7 bulan cos leh wat 3D scan ke 4D scan sekali... (cos baby dah besar sikit kan). Tapi jadi macam ni, so just scan biase jela dulu...

Maka, kami ke SEJATI... dekat-dekat area Tesco baru nak bukak tu. RM150 for ultra-sound. Bayar jela... Lagipun bukan senang hubby dapat teman untuk aku ultra-sound. So... we did it.

The doctor was nice. He checked everything... Dari muka baby (untuk check mulut ada sumbing ke tak), jari-jemari samada cukup ke tak, sampaila benda-benda details macam jantung baby, buah pinggang, pundi kencing etc.

And of course, check jantina baby sekali.

Syukur la baby tak kepit paha kali ni... So leh nampak la kan... Doctor tu sendiri suruh aku guess boy ke girl cos it was so obvious!

Check for yourself;

Sorry gambar tersenget sikit.
Yeah.. it's a BOY!
Leh nampak telor dia.. haha..
dalam gambar ni tak berapa clear kan...
tapi masa tengah check tu, memang nampak sangat-sangat la...



Actually, I was quite surprised.
Yela... ramai gile orang teka baby girl. Dari boss besar, boss kecik sampai la kawan-kawan... Opah pun teka pompuan. So? of cos la aku ingat girl. Nama pun dok cari nama girl je...

Sekali kau, baby boy rupanya... hihihi...

I don't mind really... boy ke girl. But this surprise definitely made my Mom happy! Tak nah lak aku dengar dia terjerit macam masa aku tefon dia kejap tadi. :D

Syukur alhamdulillah...

Baby sihat. Berat dalam 951 gram. And doctor cakap uri pun dalam keadaan ok. takde masalah.
As for the pain that I felt earlier, doctor cakap itu normal. Biase la sikit-sikit sakit perut bila dah pregnant.. cos bila check, memang takde ape-ape pun. Maybe aku tidur tak bergerak lame sangat kot. And aku suke sangat tidur terlentang and bukan mengiring. Bukan ape, aku memang start tido mengiring, tapi masa tengah tido tu yang berubah posisi. huhu

ok. Tu je nak update. Salam...

p/s: Kandungan dah berusia 26 minggu plus... btw, ada orang cakap jangan percaya sangat scan ni cos nanti kuar jantina lain. well, semuanya ketentuan Tuhan. Aku terima je... asalkan baby sihat dan normal. tu paling penting... :)



alhamdulIllah...
Wednesday, December 15, 2010
bismIllah...



Please report profile ni kalau free (aku dah report btw)
Appreciate kalau ramai-ramai leh report.
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001768555001


Sangat menggeramkan ok!

Ni dah kali ke-3. Diulang... kali ke-3!!

Yang aku bengang sangat tu, sebelum2 ni gambar aku ada lagi aku nyer watermark/url blog. Kali ni dah kena cropped. Kuang ajaq tol...

Leh usya kat bahagian Label under 'CopyCat'. And you'll see semua kes berkaitan.

Nampaknye lepas ni aku kena letak watermark macam gambar di bawah ni le yerk??


Dari rasa amused and flattered, sekarang tidak lagi!

Aku rasa nak hempuk-hempuk je impostor nih!! >:(


Pembetulan: Kali ketiga disalahguna di Facebook. Kalau campur ngan pengiklanan haram di kedai, haaa ni kes yang keempat la... :P



alhamdulIllah...
bismIllah...


Bila bace entry Hanis Zalikha tentang Resepi Lauk-Pauk Mudah, memang aku terasa ada betulnya kat perenggan di bawah;

"...Mesti korang hairan asal tiba-tiba mama dah tak kisah anak perempuan dia tak pandai masak kan? Dulu punyalah bingit kalau anak tak masuk dapur. Lemme tell you why.. Sebab Mama tengok ramai je kawan dia yang tak reti masak langsung, zero skill dan semua perempuan macam tuh Allah jodohkan dengan lelaki pandai masak. Maka dia dah tak ambil pusing kalau anak dia pun tak pandai masak sebab opposite attracts, syok dapat menantu lelaki pandai masak. Kah kah kah!"


Muehehe...
Well... that is so true. Nini masa overnight umah aku pun macam terkejut tengok hubby tolong aku prepare breakfast (nasi goreng + nugget goreng je pun). Yela.. bapak aku dulu mane penah ke masak kat dapur langsung...

Aku ni bab memasak adalah sangat moderate. Biase-biase je... Takdela sampai tak tau langsung kan.. melampau la tu... dahla mak aku cikgu KH (ERT). Huahuahua. Tapi sebab utama adalah malas... tapi tak sangka lak bertemu jodoh ngan lelaki yang rajin ke dapur. And boleh/reti la memasak... kekadang, dia yang betulkan aku... :">

Orang kata, askar memang pandai masak. Yeke?? ade bini-bini askar lain nak komen?

So yes, aku rasa teori pompuan tak pandai masak bertemu jodoh ngan lelaki pandai masak tu boleh diguna pakai. Heeee...

Lagipun, memang selalu je aku jumpa kes macam ni... kalau kes pompuan terer masak and laki tak tau ape tu selalu la... kan?

Sekarang alhamdulillah... lepas kahwin ni baru la aku rajin nak masak. Terpaksa pun same gak. Nama lagi dah jadi bini orang.. kenala ke dapur... Hehehehe... sebelum ni liat nak mampos. Nini je yang selalu masak... aku bagi duit. :P

But what I enjoyed most was when we cooked together. Hubby masak lauk ni, aku masak lauk lain... tapi selalunya dia tukang menggoreng je...

Lauk lebih yang disimpan dalam fridge di rak tengah.
Abaikan benda lain yang tak bersusun.
Ade cili blended dalam tupperware, tin berisi jem dan kaya, bla bla bla...


Well... tengah belajar nak budget supaya masak tak berlebih sangat... Paham-paham jela kalau dah simpan dalam peti ais ni, kadang-kadang sampai lupe... lastnye buang... bazir je. huhuh

Pagi ni tetiba mood nak menambah resepi tiba-tiba muncul. Malam kang nak memasak-masak lagi...

K lah, dah nak lunch time. Nak balik umah panaskan lauk and mamam. Byeeeeee...



alhamdulIllah...
Monday, December 13, 2010
bismIllah...


Aku tengah elok-elok layan buku cerita... then diganggu oleh bunyi gerudi dari lot sebelah, belakang dan atas. Dah la ofis aku ni kosong je... melantun-lantun bunyi...

Sakit kepala aku!



Tak ke rasa macam nak bakar je bangunan???

Bising gile.... serabut!! Bodooooooo...

Terus mati mood aku nak bace novel Sidney Sheldon yang aku dah beli lame tapi tak bace lagi rupanya... Malam tadi baru start bace...


Anyway, nak update perkembangan pregnancy.

Sekarang dah 6 bulan lebih. Perut memang makin besar toksah cite la... tapi alhamdulillah takde pecah-pecah di perut yang terbaru. Yang dulu punyer je yang ada... Okla... lega sikit. Tapi jenuh la kena sapu minyak pagi petang siang malam... huhu...

Baby dah jarang kick perut... at least, dah kurang rasa perut ditendang... Instead, I felt like the baby is rolling or rotating her/his position. Kadang-kadang rasa senak. Kadang-kadang rasa geli. Ooops... there he/she goes again. Baru je terasa baby bergerak lagi... Is it because ruang perut makin menyempit? Sebab tu aku rasa baby bergerak cmtu?

Hmmm ape-ape pun, aku harap baby sihat je... Amin.

Hujung bulan ni plan nak scan for baby's gender cos dah nak masuk 7 bulan kan... kena start beli barang-barang baby le kot. Plus, it's easier if we know the gender. Kalo betul dapat girl, leh beli baju cute-cute for her! :D

But for now, I'm looking to buy used books at cheap price.

Does anyone know which blogshop is reliable?

I usually bought used books online at Bangi Bookseller. Cos the price is cheap and the books were all in good condition. But lately the owner is not contactable. Huhu...

Kalau kedai biase, nun di Ipoh Parade sana... Aku selalu beli di Novelhut. Tapi Ipoh tu jauh la.... malas nak pergi. huhu...

Sebab tu plan nak beli secara online je. Jimat minyak kereta. :P

Sesape yang tau, please komen. Really in need of some good books to read. Plus, tengah dalam proses nak penuhkan almari buku ku yang kecik tu...

Okey... sebelum kena kutuk, meh nak gitau... susunan buku memang tak cantik cos ade kecik, ade besar... cam hape je susunannya...

Tapi aku susun buku in alphabetical order... Ikut nama author. huhu

Ini hobi aku... bace buku, kumpul buku (tapi banyak gile dah hilang kat Beruas!).

As for my husband, dia kumpul benda alah ni...

Mini cars!




Macam-macam hal... tapi kereta tu xpela... jangan patung Barbie sudeyyyyy

Daaa...

alhamdulIllah...
Saturday, December 11, 2010
bismIllah...


Just bought 3 boxes of contact lenses last week. All from Freshkon... mostly because I'm quite fed-up with contact lenses that I bought online.

Sure, memang contact lens yang dibeli secara online lebih murah (mostly memang murah la dari kedai), tapi... seringkali aku rasa tak puas hati dengan warnanya...

Kat dalam website/blogshop, nampak macam cun giler... tapi bila pakai, ala... warna biase-biase je... Ada la 2,3 lens yang aku suke warnanye... tapi tak tahan kalau pakai lame plak. So... beli kat kedai biase jela... leh kelebek macam-macam.. hehe

Last week, aku beli 3 pasang lens dari Freshkon iaitu;
1) Hippie chestnut
2) Groovy Green
3) Misty Grey

Kotak Hippie Chestnut takde cos aku terus pakai kat kedai.

By the way, ni aku beli 3 kotak RM120 kat Jusco Ipoh. Ada kedai jual 3 kotak RM100 je tapi kena order la plak cos tak simpan stok. Aku malas nak datang Ipoh lagi, so aku beli 3 kotak RM120 kat England Optical J.J Ipoh


What excites me is Hippie Chestnut!

Cantik gak warnanye... and since aku ni dah lame gile kot tak beli lens warna coklat, so aku beli la warna ni...

Dari dekat...


Dari jarak agak jauh sikit...


As for Groovy Green and Misty Grey, well... aku dah banyak kali pakai dah kaler tu... memang my favorite color la kiranya...

Leh usya gambar di bawah:

GROOVY GREEN BY FRSHKON

Groovy Green. Taken in 2009


Groovy Green. Taken in 2007, I think.


Groovy Green. Taken in 2008 (waktu kenduri kahwin Yong)
Gambar ni jugak dicilok oleh satu kedai optik di Taman Melawati untuk promosi contact lense. Hampeh...



MISTY GREY BY FRESHKON

Dari dekat.


Dari jarak jauh sikit.
Sila perhatikan warna mata aku dan Kak Yantee (kanan).

Kami sama-sama pakai lens Misty Grey.
Tapi nampak warna yang dipakai Kak Yantee lebih gelap.
Yang aku pakai nampak lighter than hers.
Kan?

Here's another pic.

So, it is safe to say, lain mata, lain warnanye...

Okeylah..

Cukup-cukup ulasan kali ni.

Kesimpulan, kalau nak warna yang striking dan macam dalam gambar di atas, pilihlah jenama Freshkon.

Kalau nak yang natural, pilih Freshlook. Leh usya gambar berkaitan di dengan klik label 'Contact Lens' di sidebar blog ni.

As for jenama Blincon, tak pernah try lagi cos mahal. Geolens banyak jugak yang pernah dibeli online... Biase jela...

That's all for now.

Daaa...


alhamdulIllah...