Friday, December 17, 2010

Nama malaikat tidak digalakkan...

bismIllah...


Macam biasa la... bila dah tau jantina bayi, mestilah nak cari nama yang sesuai... So pagi ni aku asyik la mencari-cari nama for my unborn baby. Apa yang aku cari adalah nama yang sedap, senang disebut, tak panjang sangat dan yang paling penting mempunyai maksud yang baik.

And then I stumbled upon this blog entry...

Salam,

artikel ini aku amik dari email Emma member kita.. so she ask me to pass this.. and please continue read on….

…Puan bagus kerana memikirkan sedalam-dalamnya dalam menamakan anak sendiri. Ini adalah sunnah Rasulallah s.a.w..


4. Memang benar kata puan bahawa nama-nama Malaikat adalah dilarang ulama.


5. Dalam tradisi Nasrani, terdapat kecenderungan memberikan nama anak-anak mereka dengan nama Malaikat seperti Gabriel (Jibril) dan Michael (Mikail). Ini tidak seharusnya berlaku dalam traidisi Islam.


6. Para Malaikat mempunyai sifat tidak makan-minum dan tidak bernafsu serta bersyahwat. Ini bertentangan dengan fitrah manusia iaitu berkehendak kepada makan-minum serta bernafsu syahwat. Barangkali sebab itu dilarang memberi nama anak dengan nama malaikat sebab sifat Malaikat itu berbeza dengan manusia.


7. Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:”Tanggungjawab bapa kepada anaknya ialah memberikan nama yang baik dan memperelokkan adabnya.” Pemberian nama yang baik ibarat doa kepada seseorang. Kesan psikologinya; orang yang bernama yang baik-baik seharusnya melakukan kebaikan sahaja. Nama-nama anak yang baik akan menyerlahkan peribadi murni anak-anak. Rasulallah akan menukarkan nama sahabat yang tidak baik kepada yang baik-baik belaka.


8. Dari Jubair bin Muth’in, katanya Rasulallah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ”Aku mempunyai lima nama. Aku Muhammad (dipuji), aku Ahmad (amat terpuji), aku Mahi (penghapus) yang Tuhan menghapuskan kekafiran dengan usahaku, aku Hasyir (pengumpul) di mana dikumpulkan manusia di belakangku dan aku ‘Aqib (penghabisan).”


9. Nama yang baik ialah nama Rasulallah s.a.w. dan para Nabi.


10. Nama-nama Allah boleh diberikan dengan syarat disertakan di hadapannya perkataan ‘Abd ertinya hamba misalannya ‘Abdullah, ‘Abdul Hakim, ‘Abdul Wahid dan seterusnya. Ada 99 nama Allah. Ini bersesuaian dengan hadith Nabi; Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga.”


11. Wallahu A’lam Bi Al-Sawab. Terima kasih.

Dr. Amini Amir Bin Abdullah
Director, University’s Islamic Center
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia



Hmm...
Nama malaikat yang selalu kita jumpa pada manusia adalah 'Malik' dan 'Ridhwan'. Malik adalah nama malaikat yang menjaga Neraka. Ridhwan pula adalah nama malaikat yang menjaga Syurga. Ridhwan juga bermaksud 'Keridhoan Allah' di sini.

Sekarang, tengah trend orang letak nama anak dengan nama malaikat yang di'Inggeris'kan. Contohnya Mikael or Mikhail (omputih letak nama Michael), Gabrielle ( malaikat Jibril) , dan Raphael or Rafael (malaikat Rafail yang ada dalam the Old Testament)... (just to name a few).

Hmm...
Untuk elakkan perasaan was-was, I think I'm going to skip la nama-nama malaikat ni... Nama biasa je sudey... *dengan memangkah nama 'Rafael' dari list* (gedik nak nama glemer-glemer sangat. haa amik ko)
huhu...

Susah betul nak cari nama baby... Aku lak gedik nak mula ngan huruf R gak... Yela, namaku Nor Raihana, nama husband Rostafar (takde maksud!), so nak anak huruf R gak... tapi entah kenapa, nama baby boy yang huruf R ni susah sangat nak cari yang sedap-sedap dan bermakna baik. Kalau nama girl banyak je....

Kalau yang sedap-sedap tu, ramai sangat orang dah letak kat anak diorang. Contohnya nama Rayyan. Ni nama baby boy Kak Di yang baru lahir tu... Walaupun aku dah teringin lama nama ni (sejak zaman student), tapi takkan nak sama kot. Tak best la... huhu

So... misi mencari nama baby ku teruskan. Mungkinkah aku kena lupakan je hasrat nak huruf 'R' tu? (cos nama huruf A banyak yang best!)

Hmm... sama-sama kita nantikan. Doakan juga aku dapat nama-nama yang elok. Ya, bukan senang nak namakan anak... Dibawa sampai mati... bukan saja sampai mati, tapi nama yang diberi ibubapa itu jugak yang bakal disebut di akhirat nanti...


p/s: Ade ke laki aku nak buh nama anak 'Kimi Raikkonen'? Hamsap sungguh...

p/p/s: Tahukah anda, (bakal-bakal parents) yang kalau anda dikurniakan anak lelaki, anda digalakkan meletakkan nama Muhammad atau Ahmad kepada anak itu? At least, one of your sons must have Muhammad or Ahmad. Just sharing... :)


Salam sayang,

alhamdulIllah...

12 comments:

aTiKa aTeRkaH said...

why not start with a n r..haaa...dua dua dapat...lagipun kalau nama r nanti dalam susunan nama dlm kelas duduk last last according alphabet kan...hehe....

btw, u r cute preggy mom though..hehe

topo said...

aku ada sorang lecturer nama anak dia Mika.. asalnya laki dia nak letak Mika Hakkinen..

Rayyan sangat common skrg ni.. rasanya nnt kalau budak tu masuk sekolah silap2 ada 10 orang budak nama rayyan.. =.="

http://namanamaislam.com/category/r

++Kerudung Ungu++ said...

'Kimi Raikkonen' x tahan..hehe...

thanx sharing... hubby sy mule dari F pun susah nak cr yg best2... lau ader pun dah ramai yang pakai... sabau jelah..hehe

bardboo said...

kalo Rifqy ok x? tp xtau la pe maksudnya..hehe...

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

letak je nama ape yang ko rasa sesuai..hehe..tp kena panggil nama yang sama la...jangan nama muhammad yusuf ko panggil kuncup, memang kuncup la jadinya....

hehehe...

nak apply jadi godfather anak kau bleh?hahha

Ryehanna said...

To Atika Aterkah: Mm tgh xtau nak letak nama ana mula dgn Muhammad or Ahmad. Tapi as for 'a' and 'r', mmg plan nye cenggitu. hihi

To Topo: Hehehe... mmg dh common sgt kot nama tu.. aku tgh mikir nak cari nama lain... tu yg blur tu... btw, thanks for the link

To Kerudung Ungu: Memang xmenahan.. husband i siap masa student letak nama 'Kimi Rostafar' kat jaket mekanikal dia.. perasan gile.. haha

To Bardboo: Rifqi maksudnya Lemah lembut, kawan pendamping...hmmm sedap gak nama tu... leh dipertimbangkan. hehe..

Ryehanna said...

Azizee, godfather?? no such thing! tp kalau nak jadi bapak angkat tolong supplykan mainan-mainan baby, oK je! hahahaha

nads said...

Hmm...dear, my opinion letak nama yang mudah dipanggil dan bermakna...pastikan nama yang diberi,adalah nama panggilan dari ibu bapa pada anak2...nama idtu doa untuk anak2....jadilah pilih nama yang terbaik yer..selamat memilih...!!!

Ryehanna said...

thanks nad...
mmg tgh pening mencari nama yg betul-betul sesuai... xsangka ssh camni... huhuhuhu

Mr PenyuBiru said...

sekarang ni bagi nama anak pun ikut trend.kekadang kita tak sedar kita pun terikut.cam nama anak aku Batrisyia. masa tu mmg trend bagi nama anak ada Batrisyia, sampai aku pun terikut.tengoklah biler dia sekolah nnt.tentu ramai kekawan dia nama Batrisyia.hehe

hamzah ian said...

tenkiu sbb kongsi

Ryehanna said...

To Mr Penyubiru: Hehehe... betul tu... mmg terikut jgk ngan trend... yela, sape xnak letak nama yg sedap2 kan... cuma yg xbestnye ialah sgt berkemungkinan besar time anak ke sekolah nnt ada yg nama sama dengan dia.. :P

To Hamzah Ian: No problem. sharing is caring! :)