Wednesday, June 8, 2011
bismIllah...


Citer basi lagi.

Majlisnya adalah pada malam Isnin yang lepas. Tapi malam Rabu baru ada masa nak update.

Ini la first time aku kena teman hubby hadiri majlis di Wisma Samudera, Pangkalan TLDM Lumut. Sebelum-sebelum ni kalau kena hantar wakil isteri pegawai ke aktiviti Bakat, aku dapat elakkan (alasan: berpantang mode)

Tapi kali ni takleh nak lari. Pergi jela... makan je pun. Nasib baik gak le barbeku.. kalau makan beradab, lagi aku segan... :P

Majlis barbeku ni untuk meraikan Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang akan bersara...

Layan gambo jelah eh...

Tapi gambo pun cam hampeh cos pakai henpon je... flash lak off cos malu ler nak ber'flash' bagai... :P


Benda yang aku mula-mula amik: BUAH

Time ni hubby dok ulang-alik amik chicken chop (for me), mushroom soup, garlic bread, fries and steak (for him. i don't favor red meat).





Sotong + kangkung ni feveret...so kalo ada memang aku ngap
(walaupun dah melantak macam-macam)







nyanyi2...
Karaoke tu wajib eh?
layan jela....



muka kenyang + ngantok + boring

Ni time selesai makan spaghetti marinara



Pergi toilet untuk touch up.
Lipstick abis cos makan kan...
(ape daaa gambo kat toilet pun nak letak)

Dari kul 8-12 malam baru majlis selesai.

Hmmm.... nasib baik Diyana ada untuk tengokkan Razin...

Overall, kenyanggggggg...

Ape yang best?

Dengar and tengok persembahan dari Bakes. Love their choir performance. :D

Update lagi (cos tadi update sambil tengok Nora Elena so maleh nak menaip banyak-banyak):

Kitorang sampai lambat gak la... patut kul 8 malam dah ada kat sana tapi 8 suku baru sampai gate base. :P

Sampai-sampai, cuak cos tak kenal sesape pun... Hubby jumpa pegawai atasan dia untuk bertegur sapa. Lame la plak... aku tercogok je kat belakang dia.. then nampak segerombolan wanita-wanita anggun, aku pun pergi situ. Main tegur je orang... sembang2 dengan seorang isteri CO KD XXXX. Ok la... nice lady (she's a teacher)

Beberapa minit pastu, hubby cuit and bawak aku pergi tempat lain... Katanya, tempat aku menyembang tadi tu semua kategori bini-bini pegawai kanan (or mak-mak datin). HUHU. So lari le ke tempat lain... Kali ni terserempak ngan Tiger (the one who asked for my help untuk carikan date dia tu). Dapat jugak dia seorang wanita yang sudi teman. Blind date! haha... so dia bawak jumpa teman dia yang bidan terjun tu. Sembang-sembang lagi... Kira ok la attend bena2 ni... Not bad. Kenal kawan baru :)

Time ni kitorang kat hallway je tunggu ketibaan VIP. Bila dah leh masuk ball room, cari meja yang dah di'assign'. Terpisah le ngan geng2 baru jumpa kat hallway tadi. ermmm...

Tunggu... dan menunggu... VIP akhirnya masuk dewan around 9 pm. Then MAKAN....

Selesai makan, dengar ucapan dari Panglima Tentera Laut. Baru ku tau yang sebelum ni mana ada Panglima Angkatan Tentera (PAT) dari tentera laut or udara... yang ada just dari tentera darat. PAT yang nak bersara ni adalah dari TUDM.... he's the 1st Panglima dari TUDM. bla bla bla... lupe dah ape lagi yang PTL cakap.... sebok dok bertweet je. errr...

Pas ucapan, dengar nyanyian duet dari PTL and PAT. 3 lagu tu! huhu... tapi sedap suaranya so ok la.. enjoy... :)



alhamdulIllah...
Monday, June 6, 2011
bismIllah...


Aku nak mengamuk hari ni. So kalau aku menyumpah-nyumpah and mencarut-carut tu sila jangan nak terasa terganggu. Kalau tak suka orang mencarut, leh klik 'X'.

Pernah dengar tentang AIA-Eonbank Insurance scheme?

Sape-sape yang takde kad kredit Eonbank maybe tak pernah dengar.

Sebab tu aku nak tulis kat blog supaya nanti orang google-google akan jumpa blog aku ni. Ni aku bukan nak tunjuk kebodohan aku yang 'terkena' (ade jugak la sikit-sikit. kahkahkah) tapi untuk rujukan orang lain sebelum terkena. :P


Kesnya begini:

Someone from AIA will call your phone dan offer untuk amik insurans ngan diorang. Simple je bendanya, diorang akan deduct payment from credit card selama berapa tahun yang kita setuju. Insurans punyer policy takyah tanya aku cos sampai ke sudah aku tak dapat-dapat. Macam celaka ok. Dahle masa 1st time tefon tu dalam kereta so dengar-dengar gitu jela. Aku ni pun bangang pergi setuju kena deduct RM75 setiap bulan selama.. ntah tak ingat. 9 tahun kot.

Aku tak ingat cos call yang aku terima tu was last year! DECEMBER 2010 ok! Aku agree pun cos setakat RM75 sebulan tu ok jela... ade coverage itu ini (dah lupe actually)

Dia kata dalam masa 30 hari aku akan dapat policy contract. Ok, xpe... tunggu jela...

Selain dari sebab tu, aku google Internet tak jumpa lak ape-ape info tentang collaboration AIA and Eonbank ni. Yela, nak check la ape kebenda yang aku sign up tapi TOTALLY NADA. Nothing in the Internet... (aku check masa Januari 2011)

Tup-tup, 1st February aku kena charged RM75 pada kad kredit. Siot jer... dengan ape-ape policy takde, tetiba caj aku. Ok, takpe. Ni sebab aku agree on the phone tu ke? cilake punyer Coco (nama orang yang call aku tu). Ko kata nak pos policy, ni ape kes aku tak dapat2 lagi ni???

So, ape lagi, bermula la emel-emel ngan pihak AIA. Kalau korang bace, mesti korang tau betapa panasnye hati aku.. wei, RM75 tu DUIT jugak wei! Sesuka hati nak caj aku tapi dokumen tak bagi ape kes??

nak call, asyik la busy je manjang. So nak senang aku EMEL.

This is the 1st email I sent them:

hi, My name is NOR RAIHANA and my mobile number is 012-xxx xxxx This is the 2nd time i'm emailing you so I hope there will be a reply via email. I received a call from one of your agent named Coco from 03-2036 6888 on 24th December 2010. He called me because I am one of Eonbank's credit card holders and there was some kind of promotion for insurance in collaboration with AIA.

To cut the story short, I agreed to be charged RM75 a month for 9 years. And my credit card was charged for the first time on
1st Feb 2011. I was surprised to be charged when I haven't received any documents or policy to give me better understanding on what I signed up for. The call on 24th Dec was all I received and explained on. Of course I want a hardcopy/policy mailed to me for better reference. So I emailed you to ask about it.

Few days after that, I received a call by someone (from AIA) asking me whether I was charged or not and I said yes.
But I was a bit angry on WHY HAVEN'T I received any doc/policy?? Then, he told me I will received the policy/hardcopy doc in 30 days time from the date I was charged. Today is already the 7th of March 2011 but I still haven't received anything. U have charged me, so please let me know the details. That's all I'm asking for. I just want to know this is not a scam, and it's legit!

I wish I can check in your website about what I have agreed to be charged on but I don't even have my copy of policy! No policy number, no policy name! Just the info that it's something to do with Eonbank's credit card holder.
I have a recorded conversation with your agent on 24th Dec 2010 and I will take action if there is still no news from you. That was all the information I know about this 'insurance'.

If contacting me is too much trouble, I want to cancel everything and I want a refund on what you have charged me.
Attached is the copy of credit card statement, a proof that you have charged me on the 1st Feb. SO PLEASE REPLY THIS EMAIL ASAP.

Email and a telephone call is appreciated. I want a feedback email for my reference.
Thank you

Regards,

NOR RAIHANA BINTI MOHD RASHID

XX, XXXXXXX,
XXXXXXXXXXXX
32200 LUMUT, PERAK.



Ni reply-reply dari mereka:

From: my, corporate-ops
Sent: Tuesday, March 08, 2011 8:56 AM
To: my, corporate-creditlife
Cc: sakura_anna@hotmail.com
Subject: FW: AIA KL Credit Life

Dear Credit Life,

For your kind attention and action

Regards

Customer Relations Unit

From:XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Sent: Tuesday, March 08, 2011 9:23 AM
To:XXXXXXXXXXXXXXXX
Cc: sakura_anna@hotmail.com
Subject: RE: AIA KL Credit Life

Dear ROP team,

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX <---policy no. (aku delete la b4 publish kat blog)

Kindly assit and re-send policy contract as policyholder has yet to receive

Please send to same address

Regards

American International Assurance Bhd.

From: XXXXXX@aia.com
To: XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
CC: sakura_anna@hotmail.com
Date: Tue, 8 Mar 2011 18:23:01 +0800
Subject: RE: AIA KL Credit Life

Dear XXXX,

Kindly assist. Thanks.



Ok. So aku tengok macam ada progress la kan? Depa dok mintak orang hantar/pos poliocy kat aku. Ok takpe... kita tunggu.

Sekali lagi tup tup aku dapat seprais!

AKU KENA CAJ DOUBLE pada bulan MArch! BABI tol laaa... mencarut-carut aku masa tengok statement.

Emel lagiiiii...


To whom it may concern,
Kindly enlighten me on why I was charged
TWICE for the month of March? (refer attached photo)

Thank you

Nor Raihana

012-XXX XXXX


Okay... emel di atas ni TAKDE REPLY.

AKU EMEL LAGIIIII.... kali ni aku letak subject 'PLS REPLY ASAP'


Dear Sir,

THIS IS A RESEND EMAIL.

PLS GIVE A FEEDBACK AS THIS IS NOT THE FIRST TIME YOU DID NOT RESPOND TO MY COMPLAINTS AND EMAILS!
I HAVE YET TO RECEIVE A POLICY CONTRACT FROM YOU (DOES IT TAKE A MONTH TO POST A DOCUMENT FROM KL TO PERAK???)

AND I WAS CHARGED TWICE IN MY MARCH CREDIT CARD STATEMENT!

I WOULD APPRECIATE A TELEPHONE CALL FROM ONE OF YOUR REPRESENTATIVE!

RAIHANA



Diorang balas:

From: my, corporate-ops
Sent: Monday, March 28, 2011 2:04 PM
To: XXXXXXXXXXXXXXX
Cc: raihana rashid
Subject: RE: PLS REPLY ASAP- AIA KL Credit Life- Double charge for March?

Dear Credit Life,
For your Urgent attention and Action.
Regards
Customer Relations Unit


From: XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
To: XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
CC: sakura_anna@hotmail.com; XXXXXXXXXXXXX
Date: Mon, 28 Mar 2011 14:17:30 +0800
Subject: RE: PLS REPLY ASAP- AIA KL Credit Life- Double charge for March?

Dear team,
Please assist
Regards
XXX



Tolak sana, tolak sini... takde sape pun nak call aku untuk explain!

Ape lagi, EMELLLLL!

Dear XXX and the team,

Please arrange for the cancellation of whatever it is you're charging me.

I want a refund of the charges you did without my consent. read: you did not send me any doc/policy after the 1st email i sent (refer the bottom of this email) and nobody tried to reply my previous email.

I need to send several times then only you take some actions??
Your service sucks, you're causing me headache and too much trouble and I don't want to have anything to do with your company anymore. Please refund everything or at least the double charges u did on March!

This is the first time I was treated like this by a company with such big name. Such shame.


Thanks in advance.



Emel ni takde reply.

Aku risau diorang tak terminate je policy aku ni. Kang dok caj lagi! So, lepas emel benda alah di atas, aku pun PRINT semua emel-emel antara aku dan mereka. YA, SILA PRINT.

Aku kumpul semua dan POS ke alamat diorang kat Menara AIA KL dengan ATTENTION to MANAGER (bahagian Customer Relations). Settle satu benda.

Aku pos pada 1 April then seminggu lepas tu dapat reply VIA POST (boleh plak ko pos?? sampai je kat umah aku????)

Kena pos bagai baru ko took actions!


Sekali kau, bulan April pun tiba and bila aku check statement kad kredit, AKU KENA CAJ LAGI!!! babi betul. cilaka! cam gampang ok!

Padahal sebelum tu AIA dah call kata nak cancel/terminate. Email pun dapat. Tapi kenapa caj lagi? Sebab sistem?? tak efisyen betul la korang ni!!!

Ni emel lepas aku pos segala mak nenek and COMPLAINT.


From: XXXXXXXXXXXXXXXX
To: sakura_anna@hotmail.com
CC: XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Date: Wed, 20 Apr 2011 12:02:24 +0800
Subject: RE: PLS REPLY ASAP- AIA KL Credit Life- Double charge for March?

Dear Cik Raihana,
As spoken to you this morning.
We will terminate the policy with full refund by May 2011 to your Bank Credit card.
Woud apologize for any inconvenience caused.

Regards

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Corporate Solutions Department

American International Assurance Bhd.



So, bila aku kena caj lagi pada bulan April, ape lagi... MENGAMUK!!! (yer, aku memang kuat mengamuk. But so would you if this happen to u kan???)


DEAR XXX,



PLEASE MAKE SURE I WILL GET MY MONEY BACK BY MAY 2011 (NOT JUNE!)
AS I AM PISSED AGAIN TO FIND OUT THAT YOU STILL CHARGED ME FOR APRIL!



PLEASE REFER ATTACHED PHOTO



I WONDER, HOW DO YOU OPERATE? ALL MY COMPLAINTS WENT DOWN THE DRAIN, WAS IT? NO ACTIONS WERE TAKEN, NOTHING! WHAT KIND OF CUSTOMER SERVICE IS THIS? NOT TO MENTION HOW LONG I HAVE TO WAIT WHENEVER I WANT TO PHONE MY COMPLAINT! WHICH WAS WHY I HAVE TO EMAIL YOU GUYS...



I THOUGHT YOU WOULD NOT CHARGE ME AFTER ALL MY EMAILS BUT TODAY WHEN I CHECK MY UNSTATEMENTED TRANSACTION, THERE YOU GO AGAIN... ANOTHER BLOODY AIA CREDIT LIFE CHARGE ON 20TH APRIL!! WTF????



NOT TO MENTION ABOUT THE 'SO CALLED POSTAGE' OF MY POLICY CONTRACT THAT I HAVEN'T RECEIVED UNTIL TODAY! (IF IT'S TRUE THAT YOU GUYS ACT WHEN I COMPLAINED IN THE PREVIOUS POST, I WOULD'VE GOTTEN IN BY NOW)



YOU GUYS SUCK BIG TIME. I'M AMAZED THAT A BIG COMPANY SUCH AS AIA HAS VERY SLOW AND VERY UNSATISFACTORY CUSTOMER SERVICE.



IF I STILL HAVEN'T GOT MY MONEY BACK BY MAY 2011 (ALL RM300 OF IT---LET'S NOT HOPE THERE'LL BE CHARGES ON MAY!), I WILL MAKE SURE NONE OF MY RELATIVES WILL TAKE INSURANCE FROM AIA, THAT'S FOR SURE!



(AND MY BLOG READERS TOO)



THANK YOU IN ADVANCE.





And now is the 6th of June.

Aku masih tak dapat refund.

Tadi XXX tu call aku lepas aku emel and dia kata akan dapat refund by JULAI pulak.

CELAKA!! bengang betul aku tapi nak tak nak kena tunggu jugak arrr... babi!


Sape-sape yang terkena tu (aku tau ada cos kat twitter tadi macam ada yang kena jugak je... heheheh), buat macam aku buat. POS je komplen korang tu kat Manager. Ade kat laman web AIA. Selagi tak dapat policy kita dah terminat in black and white, selagi tu kena caj kot?

Fight for your rights, dude!

Nak jadi citer, last week aku dapat call dari sorang minah dari AIA nak offer aku benda ni. HELLO!!! aku dah pernah sign up ok! So tak pasal-pasal minah tu kena sembur ngan aku. Tergagap-gagap bila aku tanya itu ini. Wakakakaka...

So korang, sekarang ni musim diorang nak call orang. My advise is, JANGAN ACCEPT!

Nak insurans sila pergi Prudential... ramai orang rekemen Prudential.

Sekian. (xde la banyak mencarut sangat kan?)

Salam....


alhamdulIllah...
Sunday, June 5, 2011
bismIllah...


Yes, today is the 5th of June!

Last year, pada tarikh ini aku akad nikah (lepas Asar actually)

So dah setahun menjadi isteri orang!

Wahhhhh... as cliche as it may sound, how time flies!



After a year, we are still happily married (with occasional annoyance) and we already have one little soldier! Syukur alhamdulIllah...

Gambar semalam...
Lepas Razin mandi petang


We have a long way to go, dear husband... Moga-moga di hari mendatang we'll grow more matured and wise... And of course, with a string of kids :D Insya Allah...


Pagi ni aku maleh nak bangun awal-awal. Masak breakfast? Ahh maleh. Penat. Semalam Razin susah nak tido. So pagi ni hubby beli nasi lemak kat kedai je... Then dia mengemas stor kat bawah.

Aku?

Guling-guling atas katil ngan Razin sampai kul 10.30 pagi. Kul 11 baru mandi. har har har... Mentang-mentang hari Ahad kan... ni jela hari nak balun bangun lambat. Dahle semalam public holiday tapi kena kerja so balas dendam skett.

Err... Razin pun kul 11 lebih baru mandi. kuikuikui...

Hadiah anniversary ape?

Aku dah beranakkan Razin tu kira hadiah la tu kan? ekekeke...

Actually, mula-mula nak buat seprais kek tapi terpaksa cancel cos kedai kek tak buat delivery so tak jadi... Tengok le malam kang... makan kat mana-mane ke...

Hubby bagi ape? Setakat tengah hari ni takde ape-ape lagi... tapi pepagi dah wish kat FB (walaupun tak mention cos xreti gamaknye padahal dah ajar :P)

Alah tak kisah sangat pun sebenarnya... :)

Hubby busy mengemas stor bawah tangga pagi tadi.

Now tengah godek-godek kat atas buat ape tak tau.

Ok, aku dengar bunyi tv... So dia on kan tv yang dah lama terkangkang kat bilik la tu... oh best! ada tv dah bilik tidurku! Leh layan dvd atas katil... hihihihi... (pantang seratus hari tak abis lagi wei)

Ermmm malam esok ade bbq kat navy base yang aku kena pergi (teman suami)

AMENDE AKU NAK PAKAI NI????

Baju kurung or kebaya.

Sah-sah le pakai baju kurung.... baju kebaya sumer dah tak muat

Eh ok la.

Nak layan chatting ngan mamat navy yang mencari teman untuk bbq malam esok. Hahaha... (susah eh takde awek? :P)

Sape yang free eh?

Nini dah sah-sah takmo cos dia tak berapa minat ngan mamat-mamat tentera ni :P

eh ok la...

Tu je update kali ni.

Doakan perkahwinan kami bahagia, berkekalan dan sentiasa diberkati Allah...



Salam...



alhamdulIllah...
Saturday, June 4, 2011
bismIllah...

Gambar hiasan.


Entry ni nak share tentang perbelanjaan duit untuk disposable diapers dan cloth diapers.

Secara asasnya, diaper kena tukar sekurang-kurangnya 4 jam sekali. Tapi aku selalunya tukar selepas 2 1/2 jam or 3 jam. 4 jam pun ada jugak le kalau terlajak tapi sangat jarang berlaku.. Paling lama Razin tak bertukar diapers adalah waktu malam time tido. Tu pun kalau dia jaga malam nak susu, memang aku akan tukar la since dah terjaga kan...

Starting dari bangun tido waktu pagi sampaila ke waktu pagi esoknye, Razin akan pakai diaper sebanyak 7 keping (give and take... cos kalau kena berak, of cos terus tukar kan walau tak sampai setengah jam. hehe)

1 pack PetPet size S yang hubby selalu beli ada 60 pcs disposable diapers (DD). Harganya dalam RM25 (kot?). Tak ingat harga berapa cos laki aku yang beli tapi rasenya dalam RM25.

Kalau sehari pakai 7 keping DD (start dari pagi hari ni sampai pagi esok), sebulan aku akan pakai dalam 210 keping DD.

210 keping DD bersamaan 3.5 pack PetPet.

Kena beli 4 packs PetPet.

Which equals to RM100

Mmmm sebulan RM100!!

Setahun= RM100 x 12
= RM1200

Hmmm... banyak tu.

Sekarang ni aku masih lagi campur-campur tapi alhamdulillah la aku dapat cut down pembelian PetPet.

Sudah 2 minggu berlalu tapi PetPet yang 1 pack 60 pcs tu masih ada balance dalam 10 keping. Ok la kan??

At least sebulan aku pakai less than 2 packs. Pakai DD time nak tidur waktu malam and kalau keluar rumah.

Tapi aku dah berazam nak FULLY cloth diaper Razin bila di rumah. Meaning, malam-malam pun Razin kena pakai CD. Mesti lagi leh jimat kan?

Kalau keluar pergi mana-mana, aku rasa lebih mudah pakai DD. Campak je kalau kotor. Cos Mak Razin maleh nak angkut-angkut wetbag berisi soiled CDs. haha.. well, buat masa ni aku tak ready lagi kot nak bagi Razin pakai CD kalau kuar. Kalau kuar kejap-kejap takpe lagi (macam masa kuar pergi Teluk Senangin tu... time tu pakai CD je, tak bawak DD pun). Tapi kalau lama and Razin akan poo-poo, ohhh memang tak koser la aku nak angkut CD bertaik ke hulu ke hilir dalam mall (walaupun letak dalam wetbag). uhuk uhuk...

Oh..

btw, ni aku tak tulis lagi duit yang aku dah abiskan dengan beli CD. Malu ler nak letak... Tapi.....
well... errrr... dalam RM885... Masih less dari RM900 kan? :P

*Aku start beli CD since pregnant. Sebelum baby lahir, aku dah ada 15 keping CD aku standby...

Don't worry, from what cloth diapering parents shared, CD yang mahal berkualiti dan boleh pakai lama... Memang dari baby sampai anak dah umur 3,4 tahun masih muat OS CD. CD ni dah confirm boleh dipakai semula kan? So leh pass down kat adik-adik dia lagi... So, pelaburan yang baik juga kan? Sebab boleh pakai lama... Insya Allah...

Yang penting, pikir sendiri la berbaloi ke tak nak invest kat cd-cd yang pelbagai brand dan fungsi ni... Kalau rasa fungsi sama cuma harga nyer mahal sebab brand, itu nafsu yang buat keputusan. Bukan otak (ingatan untuk diri sendiri ni. huhu...)

CD Blueberry yang aku beli mahal tu memang nafsu yang buat decision. Padahal pocket je macam Babyland and the rest. Bezanya pada insert dia jela kot...cos insert Blueberry ni sangat menyerap. Baby pee tak rasa basah pun pada inner cd. :)


Ingatan untuk diri sendiri, pasni kalau nak beli CD berharga lebih dari RM30, HANYA UNTUK CD YANG SELAIN DARI YANG ADA. Cam weehuggers ke, fitted ke... tapi aku macam lebih suka pocket cds. So, maybe beli pocket cd murah-murah jela pasni kalau nak tambah koleksi. Actually 20 keping CD dah cukup. Tapi kena cuci cd-cd tu semua 2 hari sekali. Kalau hujan and cd tak kering? well... beli ler lagi kalau nak selamat... haha...

Sekian.


alhamdulIllah...
Friday, June 3, 2011
bismIllah...



Aku dah perasan yang banyak barang-barang yang aku beli and perabih duit adalah barang-barang yang aku beli secara online.

Semua ni bermula sejak pregnant dulu. Abis semua benda aku beli online gara-gara jarang keluar merayap di shopping malls. Bila pindah Lumut lagi la kan... shopping malls mender... ada The Store jer la kot? Peh tu hypermarkets; Giant and Tesco. Tu jer la...

Nak ke Ipoh jarang-jarang cos jauh le jugak.

So, ape yang senang? Online shopping!

Lagipun kalau online shopping ni macam tak perasan je duit kuar... Aku leh berabis almost 5,6 ratus dengan shopping online.

Tapi kalau pergi kedai-kedai and nak beli beg yang ratus-ratus ringgit, giler sayang. Tak beli sudahnye. :P

Kalau online, aku jenis suka survey-survey dulu baru beli. Survey harga arrr...

So, jangan nak kencing aku jual barang mahal-mahal eh cos aku jumpa ada online shop lain jual barang yang sama dengan harga lebih murah. Lagi establish plak tu... so bagus jugak kalau rajin survey2 ni kan? hehe...

Tapi aku ni perasan jimat. Diulang, PERASAN JIMAT.

Padahal takde jimat ape sangat pun cos dah sah-sah duit aku KELUAR jugak. Mane ade save. Ape punyer ngok ngek la aku ni... sama kes macam Mr Kahuna gak laa... bila dia tulis entry ni, rasa gedebuk kena batang hidung aku. hehehehe

Tapi, in my defense, barang yang aku beli tu memang sangat berguna pun. And memang less dari kedai-kedai kat Manjung ni... ^___^

Setakat ni memang aku pakai la barang-barang yang dibeli online tu... err kecuali sleep bra dan wrap yang aku pakai 2, 3 kali jer... err... err...

Breastpumps, storage bottles, supplements, Razin's toys, Razin's clothes, Razin's cloth diapers... ni semua memang pakai... berguna sangat-sangat!

Paling latest, aku beli set cadar dan comforter secara online!

Giler ke tak giler?

Tak pernah lagi aku beli cadar secara online wehhhhh... 2 sets lak tu. 1 untuk single bed, satu lagi untuk queen bed (katil aku la). Aku beli sebab sekali comforter... aku rasa macam murah (sebenarnye tak tau murah ke tak cos aku tak nah beli cadar ni sumer... Mamito yang selalu beli) so aku rembat jelaaa :P

Sampaikan aku sendiri lupe aku ada beli.

Then semalam Poslaju singgah umah. Tu diaa... besar dowh parcel! wakakaka...

Hubby balik dari kapal malam tadi terkejut tengok 2 sets cadar+comforter kat tangga (tak larat nak bawak naik)


"Ni bila masa plak beli ni??"

"Tak ingat bila... minggu lepas kot. Lawa tak? Lawa tak?"

"Mmm berapa ringgit ni?"

"Dua ratus. Bak duit. Nak claim"

"Beli takde proposal ape pun... so, takde claim-claim"

"Kedekut!" *muncung*


Heeeeee... so, kena stop online shopping mulai hari ini.

Sekarang aku tengah tunggu 2 parcels. Satu dari Yanie, satu lagi dari Kak Tini.

Group buy Rockin' Green Soap dah tiba. Duit pun dah bayo... tak sabar nak try cuci cloth diapers Razin ngan sabun tu. Betulkah bagai dikata? But have to use sparingly la cos mahal gile sabunnya...huhuhu (mahal sebab kos postage from US... kalo ikutkan harganye takde la mahal sangat)

Aku rasa aku ketagih dapat parcels dari abang-abang courier la... -___-"

Rasa excited kalau dapat parcels. Giler... hahahaha

But kena stop la...

Dah nak kering dah ni... lagi-lagi kena asingkan duit nak ke Kelantan 17hb ni. Chalet, duit minyak, makan bla bla bla... hmmm...

ANA, PAUSE SEKEJAP BOLEH KAN?

Insya Allah. BOLEH.

Salam


*scheduled entry. time ni maybe aku tengah terhegeh-hegeh drive dari Ipoh nak balik Lumut.


alhamdulIllah...
bismIllah...



Suami: Ayang...

Aku: Hmm? (sungguh aku berasa sesuatu cos lain macam je bunyi panggil aku)

Suami: Ahad ni ada dinner...

Aku: HAH???

Suami: Majlis perpisahan boss abang... (aku rasa ni kot yang beliau cakap cos kepala otak aku tak berapa nak dengar ape dah bila dia cakap ada 'DINNER')

Aku: So?

Suami: Ayang kena ikut sekali tau

Aku: Alaaaaa... ni maleh ni...

Suami: Ala kejap je... pakai baju kurung biase-biase je...

Aku: Malas laaaa

Suami: Pergi jelaa... Diyana kan ada jaga Razin...

Aku: Ee... ana maleh betul la nak join benda-benda gini... Dahle time anniversary. Nyampah ar...

................................



Aku memang malas nak bersiap-siap and mingle with strangers. Bukan takleh... okey je sebenarnya kalau dah ada kat situ kan. Tapi... nak bersiap-siap tu aku malas. Demmm...

:(




p/s: Hubby memang panggil 'Ayang', tapi aku tetap bahasakan diri aku 'Ana'. kehkehkeh... malu la nak ngaku ayang ni... dah anak sorang nak malu-malu lagi, pangggg kang...

Kthnxbai!




alhamdulIllah...
Wednesday, June 1, 2011
bismIllah...



Lokasi: Ruang tamu (depan tv)
Masa: Time Nora Elena baru start
Tarikh: Semalam (31 Jun)



Aku: Eee handsome kan Aaron Aziz ni bang? Kalau dia pakai uniform navy yang putih tu mesti marveles!

Laki aku: Takkk.. Tak handsome la.


Pastu kuar lak muka Siti Saleha (ni time mula-mula citer start.. kan sorang-sorang pelakon kuar tu...)


Laki aku: Haaaa cantik kan Nora Elena ni??? hehehe... (sambil jeling-jeling aku)

Aku: Elehhhh... *muka takde perasaan*

Laki aku: Hihihihi... (gelak-gelak plakk)


Pastu kuar muka si Eid plak (apa nama betul dia eh?)


Aku: Haaa bang... Eid ni pun hensem kan. Dia ni kalau pakai baju uniform memang hensem la... rase pernah nampak dia berlakon jadi polis ke ape... tough giler badan dia... uuuu best!

Laki aku: Tak... Tak hensem... Abang lagi hensem!




Pastu citer start terus tak layan aku.

Aku ni kalau bukan sebab laki aku layan TV3, memang aku tak tengok pun citer ni kot?

Tapi not bad la... layannnnn... hehehehe

Nasib baik hero hensem and heroin cantik and lawo. :D


Aku suka tgk Seth lepas kahwin... before ni memang aku tak suka sangat
(ngaco tunang orang)




Serius dia comel :)


Layan gitu-gitu jela... takde la sampai menggelupur kalau terlepas citer ni sebab kena teman kakak kandung sendiri ke Ipoh *jeling-jeling Nini*

Daaaaa


alhamdulIllah...