Wednesday, June 8, 2011

Majlis barbeku meraikan Panglima Angkatan Tentera

bismIllah...


Citer basi lagi.

Majlisnya adalah pada malam Isnin yang lepas. Tapi malam Rabu baru ada masa nak update.

Ini la first time aku kena teman hubby hadiri majlis di Wisma Samudera, Pangkalan TLDM Lumut. Sebelum-sebelum ni kalau kena hantar wakil isteri pegawai ke aktiviti Bakat, aku dapat elakkan (alasan: berpantang mode)

Tapi kali ni takleh nak lari. Pergi jela... makan je pun. Nasib baik gak le barbeku.. kalau makan beradab, lagi aku segan... :P

Majlis barbeku ni untuk meraikan Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang akan bersara...

Layan gambo jelah eh...

Tapi gambo pun cam hampeh cos pakai henpon je... flash lak off cos malu ler nak ber'flash' bagai... :P


Benda yang aku mula-mula amik: BUAH

Time ni hubby dok ulang-alik amik chicken chop (for me), mushroom soup, garlic bread, fries and steak (for him. i don't favor red meat).





Sotong + kangkung ni feveret...so kalo ada memang aku ngap
(walaupun dah melantak macam-macam)







nyanyi2...
Karaoke tu wajib eh?
layan jela....



muka kenyang + ngantok + boring

Ni time selesai makan spaghetti marinara



Pergi toilet untuk touch up.
Lipstick abis cos makan kan...
(ape daaa gambo kat toilet pun nak letak)

Dari kul 8-12 malam baru majlis selesai.

Hmmm.... nasib baik Diyana ada untuk tengokkan Razin...

Overall, kenyanggggggg...

Ape yang best?

Dengar and tengok persembahan dari Bakes. Love their choir performance. :D

Update lagi (cos tadi update sambil tengok Nora Elena so maleh nak menaip banyak-banyak):

Kitorang sampai lambat gak la... patut kul 8 malam dah ada kat sana tapi 8 suku baru sampai gate base. :P

Sampai-sampai, cuak cos tak kenal sesape pun... Hubby jumpa pegawai atasan dia untuk bertegur sapa. Lame la plak... aku tercogok je kat belakang dia.. then nampak segerombolan wanita-wanita anggun, aku pun pergi situ. Main tegur je orang... sembang2 dengan seorang isteri CO KD XXXX. Ok la... nice lady (she's a teacher)

Beberapa minit pastu, hubby cuit and bawak aku pergi tempat lain... Katanya, tempat aku menyembang tadi tu semua kategori bini-bini pegawai kanan (or mak-mak datin). HUHU. So lari le ke tempat lain... Kali ni terserempak ngan Tiger (the one who asked for my help untuk carikan date dia tu). Dapat jugak dia seorang wanita yang sudi teman. Blind date! haha... so dia bawak jumpa teman dia yang bidan terjun tu. Sembang-sembang lagi... Kira ok la attend bena2 ni... Not bad. Kenal kawan baru :)

Time ni kitorang kat hallway je tunggu ketibaan VIP. Bila dah leh masuk ball room, cari meja yang dah di'assign'. Terpisah le ngan geng2 baru jumpa kat hallway tadi. ermmm...

Tunggu... dan menunggu... VIP akhirnya masuk dewan around 9 pm. Then MAKAN....

Selesai makan, dengar ucapan dari Panglima Tentera Laut. Baru ku tau yang sebelum ni mana ada Panglima Angkatan Tentera (PAT) dari tentera laut or udara... yang ada just dari tentera darat. PAT yang nak bersara ni adalah dari TUDM.... he's the 1st Panglima dari TUDM. bla bla bla... lupe dah ape lagi yang PTL cakap.... sebok dok bertweet je. errr...

Pas ucapan, dengar nyanyian duet dari PTL and PAT. 3 lagu tu! huhu... tapi sedap suaranya so ok la.. enjoy... :)



alhamdulIllah...

2 comments:

asna cute said...

wow! kek dia byk betulll.. habis ke makan semua tue hehe

Ryehanna said...

Ntahnye... xbersentuh pun padahal time kitorang pergi merayap cari2 makanan tu dah reda dah orang amik2 makanan...

:P