Sunday, October 9, 2011

Cloth diapering while travelling

bismIllah...


Citer 24 September yang lepas... tapi baru sekarang rasa macam nak catat.

That day was the first time aku bercd travelling jejauh... Kalau setakat bercd time balik Beruas or outing ke Tesco, Giant etc tu dah biase dah... bawak spare sehelai cd je kalau outing dekat-dekat. Tapi kali ni ke Serdang! Jauh tu... uhuhuhu...

Oleh kerana memang takde beli disposable diapers so tawakal jela... cuak sebenarnye tapi sampai bila nak takut-takut? Redah jela.. nama lagi ibu yang bercd. heheh..

Selain daripada pack susu untuk Razin (susu badan dah tak cukup), aku pun pack cd jugak.

Untuk travelling, adalah sangat convenient kalau bawak lampin jenis AI2 (All In Two).
Sistem ni mudah cos kita boleh guna balik waterproof cover tu.

From the pic above, aku pack Flip with 3 stay dry inserts, Econobum with 3 prefolds, Grovia with 3, 4 extra soakers. Ada jugak pack 3, 4 ketul pocket cd untuk backup.
Oh.. jangan dilupa juga wetbag untuk letak soiled cds. Aku ada satu je wetbag masa ni.. GroVia punyer wetbag, kecik je.. tapi muat gak la dalam 5,6 ketul cd pocket untuk disumbat.


Kami gerak ke Serdang dari Batu Gajah around 10 am (pergi umah Yong dulu cos nak naik Citra dia). Kebetulan before gerak Razin dan berak so lega gila ar aku. haha..

Kitorang pergi Serdang balik hari je... Singgah Tapah tukar lampin. Ok je...

Sampai Hospital Serdang pukul 2 so dah takleh melawat Abah, maka kami pergi umah Chu kat Kajang. Tukar lampin lagi... then pukul 4 baru ke hospital.

Actually, tak susah pun travel dengan cd ni. Cuma kena pastikan wetbag anda cukup besar! Aku nak kena beli wetbag berzip yang besar pasni cos that day, sampai umah je (malam) wetbag dah penuh. huhu... Tido kat Batu Gajah then the next day baru balik Beruas. Cukup-cukup je segala cd yang aku pack. Lega...

Dah balik Beruas, barulah aku bilas semua cd-cd yang kotor tu. Lagipun travel selama 1 hari 1 malam jer so takpela peram sume dalam wetbag. hihi.. kalau travel dok hotel lagi senang, leh terus bilas.. aku tak bilas masa tido kat Batu Gajah sebab penat. :P

So pasni aku dah confident ler nak manage cd Razin time travelling. Chayok Chayok!

Kat bawah ni nak share a lovely video... meh usya meh...




p/s: Aku dah pesan Rumparooz sebijik dari Kak Cam di Penang. Semalam dia pergi baby expo kat PISA and one plain Rumparooz cd was only RM45! Aku nak printed design tapi takde... so dapat plain color pun jadila asalkan Rumparooz! :D



alhamdulIllah...

4 comments:

amal said...

wah tahniah tahniah. ni la contoh ibu yang berjaya hihi..

erm harini btau husband nak pakaikan baby cd ni. sangatla dia tak setuju. huuu macamanala nak convincekan dia ni :(

love the vid!

Ryehanna said...

Pulak dah??

nape lak dia x setuju? dia takut kena cuci ke? my hubby xpenah lgsg cuci... takde hal pun... :P

deena awanis said...

sweet gile vids tu..=)

Ryehanna said...

kan?? suke vid tu.. kalaulah pandai menjahit...hihi (berangan laaa)