Tuesday, October 18, 2011

Moga hari ini lebih baik

bismIllah...


Bangun awal hari ni. Pukul 5 pagi... sebab Razin dah jaga and takmo tido. Melayan dia jelah. Then hubby pun nak siap-siap pergi sailing.

Ya, again... he went sailing today. Sebulan sekali mesti sailing. Walaupun tak lama (seminggu), tapi bagi aku tetap tak best. Huhu... tapi nak wat camne, nama lagi 'mak cik' navy. Sedia berkorban.

I was in a really bad mood yesterday.

Semuanya berkaitan dengan kerja. Rasa tertekan, sakit hati and rasa menyampah yang meluap-luap pada kerja. Dengan customer juga. Bengang oke. Aku maleh nak tulis kat sini cos kang ada yang busybody... tapi yang pasti, memang aku stress tahap gaban semalam. Aku tak pernah rasa camtu kot selama aku kerja ngan Hertz ni. Semalam was a first.

Aku call Nurul kat KL. Masa aku call dia, aku kat JPJ. Dah tak tau nak buat ape dah time tu. Kepala aku serabut. Call Nurul ingat nak mintak tolong dia check and track customer celaka tu, but end up, aku menangis terisak-isak kat dia (perghhh tak pernah guna ayat 'terisak-isak ' kat blog ni selama ni!).

Dia cam terkejut la apsal aku tetiba breakdown cam nak gila kan... huhu. Malu gak tapi aku dah bengang tahap dewa. I just got to let it out. Habisla semua orang yang berkenaan aku carut-carutkan kat Nurul. Budak tu dengar jelaa... Settle. Dah lega rasa hati, baru aku drive nak balik ofis.

But on the way ke ofis, Ganesh told me customer ada kat Teluk Rubiah. So ke Teluk Rubiah la aku. At the same time aku call lagi customer celaka tu tapi haram dia tak angkat... Bila dia akhirnya angkat, dia kata dia kat Ipoh. Cam haram kan... aku bengang gak le ngan budak yang cakap customer tu ada kat Teluk Rubiah. Penat je aku berkejar ke situ tapi habuk pun takde.

Arghh bengang dan bengang! Ke Puspakom ingat nak jumpa pegawai kat situ tapi pegawainye takde pergi kursus. Another wasted journey. Bazir masa. Tenaga. Which was why aku sangat-sangat down semalam.

Aku tak jadi pergi Penang untuk amik kereta. Tak hingin dah aku. Dah petang, balik mesti malam buta. Muka aku ni nak drive sesorang? Memang takkan la. Dahla laki aku nak sailing esoknya (hari ni), takkan aku nak susahkan dia teman aku. But heck anyway, aku dah memang meluat dan fedup. Pergi mampus la nak jadi ape. Kul 6 lebih aku punch card and balik umah.

Customer hampeh tu nak datang ofis kul 8.30 malam. Ahh tak koser dah aku nak layan. Lantak la nak jadi ape... Bukan takleh tunggu esok. Lagipun DAH TERLAMBAT.

So malam tadi... aku ngadu kat hubby lak.

"Abang... abang leh tanggung tak kalau Ana tak kerja?"

"Hmm... sabar la..."

"Orang dah menyampah laa!" kataku sambil air mata berjurai. Tah la... dalam kepala otak aku dah tak nampak ape yang bagusnya kerja lagi. Aku dah betul-betul menyampah. Menyampah sesangat. Tak tau nak cakap camne.

Hubby diam.

Aku pun diam melayan perasaan. Aku teringat kata-kata Nurul petang tadi, "Sabar la Ana... kita kerja untuk keluarga, anak-anak... ringankan beban suami... Aku tau ko stress kat sana. Kitorang pun sama jugak. Cuma maybe ko kat sana sorang-sorang takde kawan... Kitorang kat sini sebab ramai... So ape-ape kitorang ada la kawan nak lepas geram ke, tolong ke... Ko sabar jelah..."

Yer.. aku tengah sabar la ni. Tapi kekadang tu... especially semalam... arghh... actually bukan sebab kerja sangat yang aku fedup. Tapi cara orang yang aku refer tu handle persoalan aku tu yang buat aku menyampah sesangat.

Kita ni dah la susah hati tak dapat settlekan something kat JPJ, so call la dia nak tanya. Alih-alih kena bebel lak. "kenapa baru hari ni nak buat? kenapa... kenapa... kenapa..." Please eh. Kalau tak dapat nak tolong selesaikan masalah, boleh tak jangan nak tambah rasa senak di dada aku ni?? Dah tau kita ada masalah, lagi nak tambah sesak kepala aku. Tu yang aku fedup gilababi tu. Itu punca aku rasa menyampah sangat-sangat tu.

Kenapa kenapa... dah tau kat sini ada 2 orang je, lagi nak tanya. Semua benda kena buat! aku rasa macam hamba abdi dah! Yang si Ganesh tu lagi la teruk tapi dia still boleh lagi cos dia bujang and muda. Lelaki lak tu. Aku??? I have a family ok. Gila ke nak keje and OT almost everyday? Dan oleh kerana hal OT yang dulu2 tu sampai sekarang aku terasa hati, memang aku tak hingin nak OT kalau bukan sebab penting. So korang akan dengar keluh-kesah aku jela.

Sangat berbeza ok. Orang yang tolong kita cari penyelesaian, dengan orang yang nak membebel dengan masalah yang kita hadapi.

Eiii... tah la... aku seriously rasa macam tak lama je aku kerja kat sini.

Bukan hal di JPJ semalam jer buat aku dah meluat.

Benda-benda lain pun sama.

Aku cari new staff pun salah? Aku dah tolong carikan tu kira dah bagus sangat la tu. Ni nak persoalkan mana dapat orang-orang ni sume. Huh?? Of cos la sebab aku gitau orang yang aku nak cari staff. Bagitau orang Marina, bagitau kawan-kawan di Manjung, bagitau orang workshop... Ape lagi?? hadoi laaaaa...

Sakit kepala. Sakit hati. Sakit jiwa.

Hubby kata, camni la kerja swasta.

Yea yeah... selama aku kerja kat KL, tak pernah langsung encounter masalah camni. Aku kerja kat sana setahun lebih. Kat sini dah nak masuk setahun gak ni... tapi dari blog entries aku ni, cam banyak gila je keluhan bila dah pindah ke Lumut ni.

Kalau aku gitau Abang Ama ni, mesti dia suruh aku bersabar jelah. Yela, dia yang rekemenkan aku kerja kat sini lepas aku quit degree dulu. Masa kat KL memang aku enjoy gak ngan keje. Stress tu of cos la.. kerja ape yang tak stress kan... tapi entah. Kat sana still bearable. Kat sini?? Aaaaaa... aku tak tau nak cakap apa lagi.

Buat masa ni aku tunggu jela. Tengok sampai bila aku leh bertahan.

Kalau tak, I guess they better find 2 more staff then. I honestly just don't care anymore. Buat ape nak peduli kalau orang tak pedulikan kebajikan kita kan?? Jaga hati kita pun tak... So aku tak rasa ape-ape attachment langsung dengan branch Lumut ni. Very very very different from when I'm in KL.

Ok. Tu cerita semalam. Moga hari ni lebih baik. Aku mengharap dengan sangat!

Kthanksbai. Nak siap-siap pergi ofis lak.

Salam.


alhamdulIllah...

4 comments:

deena awanis said...

dina pun tengah bersabar gak ngan keje skrg ni..tak ley nk wat ape sbb ada bonding lagi 1tahun stengah..unless ada duit rm26k jatuh dari langit, memang i quit on the spot!!

Bardboo said...

kesian plak bad tgok ana stres2 macam ni..mungkin dah masa utk ana duk kat rumah, take care of ur famili..cuba slow talk dgn hubby..ana kan dah buat biz skrg..so mungkin biz tu blh tampung sikit perbelanjaan umah..kdg2 mungkin dr segi duit kurang mencukupi, tp bila kita tak stress, semuanya akan jadi OK..insyaAllah.. =)

erysweetie said...

sabar yek...mmg banyak sungguh dugaan bekerja...moga Allah permudah segala urusan...

Ryehanna said...

To Deena: Hmm macam2 tempat, macam2 ragam kan... takpela. bersabar setakat yg boleh sabar


To Bardboo: Bizz baru start la dear.. i memang tak confident lagi nak hrpkan bizz seciput itu. huahuahua... lgpn, risau gak kalau takde kerja ni. :P


To Erysweetie: Thanks a lot, dear... ;')