Monday, September 24, 2012

Nak jadi WAHM?

bismIllah...


Aku busy giler minggu ni. Kejar order, kejar hutang, kejar pos barang... errr... memang letih ar. Husband plak dah menyuarakan kata-kata bahawa dia 'kurang kasih sayang' sebab aku tido lambat je lately. Plus, dia bengkek sebab nak kena tidokan Razin yang banyak ragam. :p

Abis, kalau tak buat kerja time malam, bila lagi kan? Lagipun, aku dah seharian melayan Razin... malamnye Ayah la plak tolong tidokan. huhu... But aku take note la bebelan suami itu so mulai semalam aku tido dulu (sama-sama bagi Razin tido) and bangun kul 3,4 pagi buat kerja.

Insya Allah.

Anyway, since aku buat Facebook Ads untuk FB Page Mama Panda baru-baru ni, ramai la yang LIKE page aku tu... and ramai orang add friend...

And, I received questions on how to be a WAHM. Ade yang mintak cadangan camne nak berbisnes dari rumah? Cos dalam network aku tu ramai new mommies and isteri-isteri yang tak bekerja or baru berhenti kerja sebab beranak/kahwin/ikut husband etc.

Well, aku sangat-sangat memahami ketensionan duduk di rumah tanpa pendapatan. Lagi-lagi kalau yang ade degree, diploma or pernah bekerja dengan gaji yang ok sebelum ni then dah benti sebab dok umah jaga anak/beranak/kahwin.

Bukan senang kan... DUIT tu benda paling dirisaukan. Kalau your husband no hal leh tanggung shopping segala and memang tak bagi kerja tu ok la... Kira takde la kritikal sangat problem tu. Maybe problem boring dok umah jela kan... (and problem tension menahan telinga orang komen belaja tinggi-tinggi tapi tak kerja). Kalau gitu, nak wat camne... tahan jelahhh... You can't please anybody. Just remember why you quit. Sebab anak? Then, fine. Itu sebab yang dah kukuh dah. Mothers know best.

As for mommies yang memang nak cari duit sebab gaji husband tak cukup or you cannot do any shopping for yourself sebab limited budget, you can work from home.

How?

Mmmm banyak peluang sebenarnye... amik upah jaga anak orang (pengasuh) antara paling selalu orang buat...

Tapi yang paling menguntungkan adalah berniaga dari rumah. Meh aku share sikit serba-serbi yang aku tau (saya pun newbie lagi yer... huhu)

Berniaga ni sangat general kan... tapi ni jelah cara nak dapat duit banyak tanpa employer. Meh aku kecikkan skop dia:

a) Bisnes sendiri

Meaning, kena keluar modal la. Bisnes ape tak kuar modal kan... Nak jual ape? Haaa tu kena tanya diri sendiri. Apa yang korang minat? Sila jual barang yang korang minat, suka, guna dan korang willing to share (kena well informed la) dengan orang lain. So that korang akan tahu first  hand ape yang korang jual tu.

Contoh: Barangan bayi (ni aku la ni), produk kecantikan wanita, baju-baju wanita cam maxi dress, skirts, blaus la ape la... alat permainan or buku-buku for children... or kalau nak jual henpon ke, kain ela ke... ish macam-macam la kan.

Ikut minat korang... and ikut modal korang jugak. Last but not least, kena pandai cari supplier and kena tau sape target market korang tu. Make sure research betul-betul kalau nak berbisnes so that tak putus stok or barang korang tu tak tersadai (sebab tak laku).

Eh cam pandai sangat je aku ni... belajar mechanical engineering, nak ngajo orang bisnes plak. ekekeke... takdela, aku share ape aku tau je... kot-kot leh bagi idea.

Bab supplier? Semua di hujung jari je sekarang ni... cuma google 'pemborong tudung muslimah' mesti korang akan jumpa banyak link2 supplier dalam malaysia ni. Pepandai pilih la... and sila aplikasikan penggunaan internet dengan semaksimum mungkin. Nama lagi nak bisnes dari umah, cara ape lagi kalau bukan online kan? Nak lagi selamat, sila tinjau physical shop pemborong yang korang nak berbisnes tu kalau ragu2 dengan kesahihan info nyer...


2) Dropship

Dropship ni adalah cara nak dapat duit tanpa modal. Takyah kuar modal sesen (oh maybe kena bayar bil internet and letrik) pun tapi untung pun sikit jela...

Contohnye: Aku jual penapis air. Dalam network aku maybe laku dalam 100 bijik je sebulan (contoh ye, 100 bijik sebulan banyakkkkk tu!). Tapi sebab aku nak ramai orang tahu tentang penapis air aku ni, aku amik ejen dropship (selalu kita nampak orang iklan cari pengedar or stokis... camtu la lebih kurang, cuma dropship takyah beli borong).

Ejen ni kejenya cari buyer je... Let say harga barang tu RM1000, harga ejen RM980. So, kalau dia dapat orang yang nak beli penapis air tu, dia akan buat payment pada aku RM980 je padahal customer bayar kat dia RM1000. So, ejen dropship ni dapatla RM20 untuk seorang buyer yang dia dapatkan.

Aku ni yang akan pos pada customer dia. Ejen tak simpan stok. So dia amik untung atas angin jela... cari orang and iklankan je... and dapat pun takdela banyak, setakat RM20 je. Tapi kalau seorang RM20, kalau 5 orang kan dah RM100? Kena ramai contacts and rajin beriklan/promo la...

Anyone can do this! TAPI.... make sure la kalau nak buat dropship pun, buat dengan syarikat atau bisnesman/woman yang leh dipercayai. Kang dibuat kes ko dah bankin kat peniaga, peniaga tak pos barang kat customer ko, naya jeee... Nama ko yang busuk. Well, ni risiko-risiko dia la yer... Bisnes ape takde risks??

Kelemahan dropship ni: Leceh sikit la cos stok bukan depan mata ko. So kena check dengan peniaga color ape ade, size ape ada, bila boleh pos bla bla bla...

Ape pun, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.


3. Ade kemahiran menjahit? Minat menjahit? Well, of course la you can make money from sewing! Sekarang ni ape aje la yang orang tak beli online?? Jahit bekas letak handphone pun orang beli online kalau comel dan eksklusif.

Ni aku nak share la yer... serius beruntung mereka-mereka yang tahu menjahit. What can't you create? Korang boleh jahit beg, jahit cloth diaper, cloth pad, jahit baju budak, baju mak bapak budak, set tilam baby, tudung, bla bla bla... giler banyak la yang korang boleh jual kalau reti menjahit. Like, SERIOUSLY!


Pompuan ni tengah jahit cloth diaper tau.



Tips berniaga barang-barang jahitan online ni ialah: BE UNIQUE. Hasil kerja korang kena lain dari yang lain. Guna kain yang jarang orang nampak and cun (selalunya imported la) dan yang paling orang suka, tempoh tempahan tak lama sangat.

Kalau korang jual barang2 yang dijahit guna kain beli kat Kamdar, jarang jugak la orang nak amik perhatian since tukang jahit kat tempat diorang pun leh jahit (except kalau korang amik upah murah, tapi sanggup ke amik upah murah kalau bersengkang mata menjahit barang tu penat-penat?)

Kalau nak berbisnes takde modal, nak dropship tak minat or takde contacts, bolehla menjahit dari rumah. Bisnes ni sesuai untuk mereka-mereka yang minat kain, minat menjahit and suka duduk di rumah.

Tips mana nak beli kain comel-comel and imported? Sila join group 'Geng Gila Kain' di Facebook. Search je kt FB tu and bila jumpa 'Ask to Join'. Selamat gila beli kain (cam aku... tapi beli tak tau jahit tak guna jugak! HAHAHAHA bengong....)



4. Last sekali.... MASAK. Yaaa... untung orang ade kemahiran menjahit dan memasak ni. Modal tak banyak sangat la, skill tu yang 'memahalkan' produk korang.

Kalau terer masak, korang boleh berbisnes jugak. Buat  kek ke, macaron ke, pavlova ke... tempahan majlis hari jadi ke, aqiqah ke.. ish macam-macam la!

Kelemahan: Sebab benda makan, so takleh la nak pos-pos makanan yang tak sesuai dipos. Tapi biskut raya and macaron ade je orang pos, so limited la benda yang leh dipos tu.

Untung weh kalau pandai cari duit cara ni. Serius! My cousin's wife yang sebelum ni lawyer pun dah berenti kerja sebab nak buka bakery since she cooks great stuff. Cer search 'Geboo Donuts' kat Facebook (di Kajang). Haaa... tu sepupu aku and her wife la yang punya tu. Bermula dari baby steps, now dah ada kedai. Takyah jadi lawyer. Usaha tangga kejayaan. =)

Oh yer, kan sekarang ade orang jual tepung cheese cake la ape la tu kan? benda tu leh pos. So, bayangkan... bayangkan betapa untungnya if you can create something like that. Pasni create perencah soto ke, perencah mee rebus ke... ape2 jela yang leh dijual. Zaman sekarang ni orang suka beli online... so sila explore online markets ye. hehe...


I guess tu jela leh cite buat kali ni. Simple suggestions jer... Tapi hopefully boleh bagi idea la pada sesiapa yang berminat nak berbisnes dari umah tu.

Bagi aku, memang tak pernah ada istilah bosan dok umah sebab aku sentiasa online. Dari dulu lagi (since bujang) aku memang suke online. Ade je benda aku buat. Aku akan bosan macam nak gila kalau takde internet atau telefon. Abis.... memang mati kutu ar. :p

Bersediala kalau decide nak berbisnes dari umah sebab... ade kemungkinan korang akan jadi superbusy menguruskan hal rumah dan bisnes. After all, a work at home mother is the one who DOES IT ALL. Never-ending job. Kerja kat ofis lagi rileks dari kerja kat rumah ok. At least kat ofis kita buat kerja takde si kecik mengacau nak susu ke, berak ke, wet diapers ke.. nak makan la or itu ini in the middle of telephone call with customers... Dibuatnye plak anak demam and nak berkepit je, lagi la cabaran.

But heck, you gain some, you lose some la kan... nak jaga anak kat umah and nak dapat duit at the same time, kena la berkorban sikit.



Written By Ryehana
alhamdulIllah...

11 comments:

Mama Ku Adam Darwisy~ said...
This comment has been removed by the author.
Mama Ku Adam Darwisy~ said...

sgt mberi inspirasii.huhuu

kak tini (umialya) said...

akak sokong 100%

Allene said...

yang mana 1 la agaknya lin kan.. uhuhuh.. :D

ainmamasyahmi said...

setuju.
duduk rumah even x keje, lg penat, dr pegi keje anta anak dok taska..
double penat,kalau jadi WAHM..
kalau ade helper, ringan cket beban..
kene tabah la kalau nak jadi WAHM..
silap gaya boleh stress kan?

yuyu jannah said...

yuyu nk jadi WAHM jgk.tp apakan daya.there's no turning back

amal said...

nice one! hehehe... kebetulan wani tgh bengang ngn someone (FTWM) yg mengutuk SAHM ni. huh. kalola dia tahu SAHM can also be WAHM baru dia tau sape lagi hebat hehe.. emo emo.. nice entry anyway. sangat memberi inspirasi kepada dirikuuuu :D

ciNDerella stRikEr said...

Nad pon teringin sangat... tp takut.

hana said...

i really like ur blog..spontan and cool..betul ape yg u ckp..me too sahm(kawen +4y) bile husband jauh(airforce and selalu outstation) kdng tu boring..tu yg mcm nak bisnes utk isi masa..i bkn kaki bisnes tp beli2 brg x pkai,letgo..esp brg baby..rambang mata dibuatnya.now ade lah sikit2 nk mula bisnes..btw rezeki dimana2..nak x nak je.. :)

*syok ade duit sendiri nak shopping ape x pyh minta duit husband kan

Noli@Ibu Wafa said...

setuju..sekarang noli pon tgh carik ruang untuk berbisnes di samping jadik pengasuh anak org ngn anak sendiri nih..insyaAllah usaha tngga kejayaan..tq tuan tanah :)

Kamilah said...

Suka tipsnya...InsyaAllah mahu jadi WAHM juga...Dengan pendapatan berkali ganda pendapatan makan gaji...