Wednesday, February 16, 2011
bismIllah...


Amaran: Entry berbaur kedewasaan dan tidak sesuai dibace oleh orang yang tak kahwin lagi. hik hik


Dah dekat nak bersalin ni (sekarang dah 35 minggu), kepala asyik fikir tentang beranak beranak dan beranak.

Tak sabar nak beranak.

Tapi takut pun yer juga... Mau nyer tak. Ni first baby. Takde pengalaman and tak tau apa nak di'expect'.

Last checkup, aku tanya la something yang aku asyik dengar tentang beranak. Biase la, ibu-ibu yang berpengalaman suka benor menyakat and menakutkan bakal-bakal ibu nih.

Nak tau aku tanya ape?

Well... aku tanya, betulke kalau first child ni memang kena gunting time beranak?

Or dalam istilah medical nyer 'episiotomy'. Sila google sendiri yer. Segan teman nak letak link. :P

And nurse tu cakap, ya. Memang kena gunting.

Arghhh... tak dapat nak bayangkan.

And then she added, "Ala, time beranak tu tak rasa pun masa kena gunting... Sakit beranak tu lagi kuat dari sakit digunting... Kalau terasa pun mungkin masa nak jahit balik. Tapi ada bius... bukan takde... kena penerajang le nurse kalau tak bius before jahit"

Haih...

This is my side of the bed. Aku tukar side since pregnant cos I don't want to give husband my back... (elok tidur mengiring belah kiri kalo pregnant kan)

Buku wajib bace! walaupun dah khatam, tapi aku mesti akan rujuk balik...
this book helps a lot!



Ntah le...

Aku dengar camtu pun dah seriau. Yer, aku memang penakut. Kalau kena cucuk untuk amik darah, memang aku tak tengok pun jarum tu masuk dalam badan. *shudders*

But then, ramai je orang beranak ok je kan...

I guess I'm just too nervous. Uhuk uhuk...

And oh... aku jugak ah check, kepala baby dah turun ke bawah. Tapi nurse kata ade possibilities dia akan pusing-pusing lagi. Dalam minggu ke-36 baru la selalunya baby akan berposisi kepala di bawah dan tak gerak-gerak dah.

Tapi ada je kes time dah nak beranak pun baby still pusing-pusing and kepala kat atas. Or sesetengah wanita tu banyak air ketuban. Banyak space untuk baby gerak. Kalau kepala ke atas, tu yang kena operate tu.

Ok. Tu satu kes yang aku risau... (episiotomy)

The other one would be... aku risau aku akan memalukan diriku sendiri time beranak. Beranak sambil terberak-berak ke... huhuhuhu... malu oh...

Ingat lagi citer The Backup Plan yang aku tonton dengan Nini. Ada part pompuan ni beranak dalam air (water birth) and then time dia teran tu taik dia pun kuar and terapung... Datang sorang rakan tolong kaut buang guna penyauk yang orang tangkap ikan tu (versi kecil la)

Oh tidak! Huahuahua...

Ni lagi satu benda yang tak dapat ku bayangkan kalau berlaku padaku.

Well, seorang kakak iparku pernah je alami benda ni (heh.. dah mula interview pengalaman beranak orang lain). Katanya, "Biaselah tu... Ingat beranak ni senang ke. Bertarung nyawa.. Bukan setakat berak je... terkencing-kencing pun normal la cos kita meneran"

Erm...

Dah ada 2 benda yang aku list kan di sini. Episiotomy and embarrassing myself.

Thirdly, well....

I better not type it down.

Ah, darn it.

Let's just hope everything will turn out fine and great, shall we?

Insya Allah.

Pray for me!

Salam...


alhamdulIllah...
Saturday, February 12, 2011
bismIllah...


Nak mintak pendapat mommy-to-be(s) and hot mommies out there. Please bagi cadangan dan pendapat. Huhu...

Ini ada persoalan yang ku fikir-fikirkan lately and tak tau nak buat decision.


1. Perlu atau tidak untuk membeli barang-barang di bawah ni sebelum melahirkan anak? Or should I wait after given birth baru beli?

a) Baby cot

b) Stroller

c) Breastpump <--- ini aku paling blur...

I got my eyes on Spectra 3.


But then, I stumbled on Spectra DEW 300 plak.


Spectra DEW ni lebih mahal sikit dari Spectra 3.

Which one is better?

And, PERLU ke beli before beranak?
Time pas beranak kan leh direct bf? Especially time berpantang...
So, perlu ke nak pam-pam bagai?
Tu yang aku paling nak tau...

Or should I just buy it time dah nak abis berpantang nanti?

help pls!


d) Cloth pad <--- better pakai pad biase (I use Kotex) or beli cloth pad? Maternity pad tu camne ek? Hmmm... comments please...

Aku taknah tau kewujudan 'cloth pads' ni before pregnant.
Rupanya ada.
Memang jimat kos beli pad... Tapi rajin ke nak mencuci dan mensidai ek...

Kalau pad biase, cuci (of cos) and then buang je. Hehehe...

Well, what do you guys think?


e) Breast pad <--- Perlu ke beli? Errr...



Benda-benda di C, D dan E tu yang teman paling blur...

Bab stroller and baby cot tu... ermmm... rasenya pas beranak baru beli kot. Lagipun aku plan nak beli buaian. Mak aku memang confirm nak belikan buaian time aku duk kampung masa berpantang nanti... Siap cakap, "Kome taknak ajar anak tidur buaian takpela. Aku nak beli jugak buaian letak kat sini (Beruas). Biarla dia tidur buaian. Banyak tidur, senang nak buat kerja!!"

(-___-")


Since kami dulu-dulu pun memang jenis tidur buaian (sepupu-sepupu aku pun), so... buaian pun buaian la... heheheh

Then, still perlu ke baby cot nih? Hmmm...

Bab tidur anak ni biar la dulu. Stroller pun sama... Time berpantang, tak perlu stroller lagi kot... Lagipun kami bukan kuat merayap. So rilek dulu.

Ok tu je.

Menanti feedbacks dari ibu-ibu+bakal ibu di luar sana. Kalau readers yang single tapi ada pengalaman jaga anak saudara or baby sape-sape jelah, you're welcome to give your suggestions too!

Thanks in advance!

Salam...


alhamdulIllah...
Friday, February 11, 2011
bismIllah...


Amaran: Entry ni aku nak citer hal rumah. Panjang gile ok. Kalau tak minat hal rumah, better stop bace. Saya tulis ni untuk catatan yer (and maybe rujukan untuk golongan yang rasa entry ni berinformasi).



Semalam, balik je kerja, tengok motor hubby takde kat umah. Kipas pasang... heran aku... So sms ler...

"Abang gi mane?"
"Kat umah Danial... Danial pun nak pasang kabinet. Nak suruh Ah Seng buat"
"Bukan nak gitau... Tak ajak pun"
"Meh la datang"

So aku pun vrooom ke umah Danial. Ala, yang kat entry INI...

Dah pasang grill... so next week, giliran umah kitorang lak pasang grill... akhirnye.

And btw, kitorang dah upah orang iaitu Mr Ah Seng untuk pasang kabinet dapur. Senang nanti bila baby dah kuar, rumah takde la tunggang-langgang and baru nak tambah itu ini... Paham-paham jela bila dah ada baby nanti, leceh le nak supervise renovation ngan anak kecik. huhu...

So, since Danial (kawan hubby) pun nak guna khidmat Ah Seng untuk buat kabinet dapur and wardrobe umah dia, laki aku pun menyebok dan bodek-bodek Ah Seng... Dapatle kepala paip sinki free... :P



Danial pilih design grill camni.
Simple tapi ok! aku suka gak...
Err... grill umah aku design agak serabut sikit.
Hmm... risau la plak jadi macamane nanti.
Ahh lantak la...

By the way, kos pemasangan grill di rumah Danial ni dalam RM2.7K kalau xsilap.



Kipas ngan lampu dah pasang... lawa je...
rumah aku nyer lampu just lampu kalimantang biase tu je.
Kipas pun biase.
Jimat! (takde bajet sebenarnye.. uhuk uhuk)


Semalam dah bagi duit pendahuluan kat Ah Seng sebanyak RM2K untuk buat kabinet dapur. Total yang dia caj almost RM6K tak campur dapur(stove) dan hud. Bagi kami, harga ni memang mempokaikan kami... tapi sebab dia je kontraktor yang leh bagi rate murah dengan permintaan-permintaan kami, so kami pun pasrah jelah. Kitorang pun banyak songeh gak... nak itu ini kan... so amik ko... (Ah Seng was recommended by Ms Wong... my Mom's bestfriend who teaches English in Sitiawan)

Ini dapur kami... (gambar diambil dari post-post sebelum ni... lupe nak snap baru)

Kat tepi sinki tu la kami memasak.
Semak kan bawah sinki tu? Sakit mata aku!


Ruang tempat kami makan.
Tapi ruang ni nak diubahsuai jadi tempat memasak.



Nak ubah tempat makan ke bahagian yang bertanda bulatan merah tu.
Lagipun area tu kosong... TV dan drawers tu dah alih tempat lain...


Sebelum decide untuk hire Ah Seng, kami dah tengok renovation rumah jiran kami...
Kos renovate dalam RM3K (tak campur stove and hood).
Kontraktornyer Ah Seng gak (kalau tak silap).
Rumahnye corner lot, so here's what he did.

Gambar 1



Gambar 2


Gambar 3

Beza design dia ngan kitorang adalah:

1. Kami nak masak kat area tingkap pada gambar no. 2
Cos kami takde tingkap, just dinding je kat situ (umah di atas adalah corner lot)

2. Kat tempat dia masak tu, kami nak letak sinki 2 unit di situ (sinki yang kembar dua tu). So kena tarik air la kat situ)

3. Design tabletop di atas (Gambar 2) adalah dari material kayu. As for our preference plak, kami nak Ah Seng ni buat tabletop nyer mozek. Berjubin. So kena la bersimen dan berbata bagai.

Yang kabinet-kabinet tu still same la lebih kurang... Guna kayu biase...

And yes, bawah sinki yang menyemakkan mata tu pun nak ditutup jugak la kan...(rujuk gambar yang ada suamiku berdiri di sinki tu)

So, dalam RM6K. What do you think?

Mahal ke tak?

Aku dah malas nak pikio... aku rasa ok. Hubby ku yang kedekut tu pun rasa dah ok. Tu pun lepas kurang tau. First estimation yang Ah Seng ni bagi is around RM7.5K. Mahal dowh... so lepas potong sana, alter sini... lastly around 6K.

Duit pun dah bayar 2K so hopefully semuanya berjalan lancar jelah.

Harga quoted tu tak campur stove and hud yer... So semalam aku, hubby dan Danial dok pergi survey stove+hood kat Tesco, Giant dan kedai-kedai biase. Beli yang biase-biase je... Stove RM258 (Tesco) and hood harga RM239 (Giant). Dua-dua jenama Elba. Settle. Tunggu Ah Seng pasang jelah nanti.

Then hubby beli rak nak letak TV sekali di Tesco. Rabak dalam RM190. Almaklum, dah ada tv 2 bijik la katakan.

Citernya begini... (bukan saja2 nak pakai sampai 2 bijik tv oke).
Mulanya TV kami rosak, takleh ON. Try banyak-banyak kali still takleh ON. Menggelupur la laki aku cos dah 3,4 kali TV tu direpair. Sakit hati la bila rosak balik. Dia taknak hantar repair dah cos ngabih duit je so beli terus ler tv baru)

TV lame letak kat bilik bawah. Ntah camne, dua tiga hari lepas suamiku sesaje la ON TV tu.. BOLEH PLAK ON!! Cam hampeh kan... So, kitorang pun decide nak angkut TV lame tu bawak ke bilik kami. Tapi pasang aerial je lah. Takde makna nak 2nd decoder Astro lak. huhuh

Duit elaun transfer aku sebanyak RM1.5K yang aku dapat ngan gaji bulan Januari dah licin. Hutang kad kredit pun ada dalam RM1K. Tapi untuk bulan ni dah bayar. Lagi 2 minggu baru gaji. Wawawawa...

Grill nak kena bayar lagi RM3100 dan kabinet dalam RM4K. So RM7K la...

Grill bukan Ah Seng buat yer... Tapi kami upah orang dari Lekir buatkan.

Duit yang hubby kuarkan untuk kabinet dapur dan grill memang cukup-cukup je. As for barang-barang baby, insya Allah semua yang penting dah ada. Stroller dan baby cot tu nanti-nanti la yer... Time abis pantang baru beli... Tu tak kisah sangat cos takde la costly macam nak renovate dapur kan...

Ape-ape pun aku lega...
Yang penting sekali, takde hutang.

Nasib baik la laki aku tak bagi aku buat personal loan ke ape ke (giler tempted nak mampus oke!). Dia kuarkan duit savings dia je... takpela, pasni simpan la balik. Hehe.. Ala, lagipun untuk rumah sendiri kan... Bukan rumah sewa. So takpelah (sedapkan hati)

Esok hubby berlayar seminggu. Did I tell you yang dia still kena berlayar?
Nasib baik seminggu je.

Kenduri doa selamat pun postpone ke next weekend.

So yes Nyda, do come next weekend k!!

Esok pas kerja nak ke Beruas amik Diyana teman aku tidur di Lumut. Takleh nak tidur di Beruas cos hari Ahad still kena kerja... Ada delivery ke Lumut's Yacht Club (kat mane ek?)

That's all for now.



Updates**

If you want Ah Seng's number (cos tetiba cam ramai plak mintak no fon dia), kindly leave your email in the comment section. I'll email his number... Tak nak ah aku publish no fon dia kat internet. Har har har




Salam.


alhamdulIllah...
Thursday, February 10, 2011
bismIllah...


Orang perempuan, bila umur dah melebihi 20 tahun and dah abis belajar, soalan yang sangat famous ditanya adalah "Bila nak kahwin?"

Kalau orang lelaki, selalunya bila umurnya dah mencecah 30 tahun or dekat-dekat nak 30 baru la soalan macam tu kerap ditanya (pendapat aku la)

Perempuan-perempuan yang masih single sangat meluat nak jawab soalan ni kan? :P

Pantang je hadir kenduri kahwin rakan, mesti ada je makcik-makcik takpun kawan sendiri (yang dah kahwin) dok tanya bila pula giliran dia untuk kahwin.

Dalam hati, rasa menyampah sesangat. Tapi muka kena kontrol cun... siap senyum lagi...

Sama le jugak ngan kawan-kawan sebaya aku yang tak kahwin lagi... aku faham sangat dengan tekanan yang mereka hadapi. Ada yang cool je... ok la. Tapi ada jugak yang asyik la desak boyfriend untuk bertunang+kahwin...

Yer, aku memang dah kahwin. Selamat dah. Tapi aku ada seorang adik yang juga sering ditanya "bila nak kahwin" nih.

So aku paham la ape perasaannye bila kawan-kawan dah kahwin tapi diri sendiri belum lagi. Ala, before aku kahwin dulu pun kena tanya camtu gak... sangat menyampah ok.

Apa yang gadis-gadis bujang ini boleh buat?

Sabar jelah...

Aku ni kekadang ada jugak bertanya kat kawan-kawan yang masih bujang "Bila ko nak kahwin?"

Tapi tak pernah langsung berniat nak berlagak yang aku dah lepas or nak menyindir-nyindir dia... Lebih kepada 'concern' sebenarnya. Yela, kawan aku kan. Tapi mungkin ramai akan kata "Ala sebok je tanya... mentang-mentang dia dah kahwin"<--- aku tau cos kekadang ada terdengar jugak adik aku cakap camni. hehe Actually, bukan menyebok pun... just nak tau je... Or maybe just nak berbasa-basi... Pernah dengar perenggan bawah ni?
Belum kahwin, soalan yang sering ditanya adalah bila nak kahwin?
Bila dah kahwin, soalan yang sering ditanya adalah bila nak ada anak?
Bila dah ada anak, soalan yang sering ditanya adalah bila nak tambah anak, takkan sorang je?

And so on....

So takpela... aku akan TRY untuk tak tanya dah bab-bab "bila nak kahwin" pasni... terguris hati sape yang tau kan... huhu...


Di bawah ni adalah sebab-sebab KENAPA ramai perempuan lambat kahwin menurut pengetahuan aku:

1. Belum bekerja atau ada karier yang stabil
- Macam kes adik aku la... Mak aku takdenya nak bagi adikku kahwin kalau kerja pun belum ada yang tetap dan stabil. My mom is very skeptical dengan 'pergantungan sepenuhnye kepada suami'. And I know she knows best.
- Lagipun zaman sekarang ni agak susah le nak harap semua benda orang lelaki provide. Kalau suami kaya-raya and jenis banyak duit+pandai berjimat, memang no hal la kan.


2. Sibuk dengan kerjaya
- Hehehe... ini selalunya dialami oleh wanita-wanita yang sangat successful in her career. Takde masa nak berboifren or bercinta. So macam mana nak kahwin?


3. Pernah ada pengalaman pahit dengan lelaki or serik nak bercinta lagi
- Mmmm... banyak sangat cerita-cerita sedih yang ku dengar about 'pengalaman pahit' ni. Contohnya; ada pasangan ni bertunang selama beberapa bulan. Lagi 2 minggu nak bernikah, lelaki yang jadi tunangannya tak dapat dihubungi. Hilang tak dapat dikesan. So pernikahan tu dibatalkan la... hati perempuan tu?? Korang pikir la sendiri...


4. Tak cukup duit
- This is a common problem. DUIT adalah penting... Nak kenduri biasa-biasa pun nak pakai duit jugak. Memang le orang kata, bersederhana udah. Tapi, ikut pengalaman aku la... even majlis yang sederhana pun still nak pakai duit jugak(aku takde salin baju 3,4 kali, takde majlis berinai beria, takde majlis khatam Qur'an, takde habis duit kat goodie bags and deco sangat, takde flower girls kejadah, takde tempah dewan mahal-mahal, takde istiadat merenjis-renjis/menepung tawar...)

Takkan nak harap sponsor je manjang.. Mampuih ler... Tu baru majlis... Macam mana plak kos pengangkutan rombongan mempelai? Kalau pasangan orang jauh, nak kena jugak pikir duit tol, duit minyak, duit penginapan etc. Huihhh... bab kahwin ni duit memang kena ada aaa...


5. Memilih
- Eh, of course la kan? Nak kahwin ni sekali je (mudah-mudahan begitulah yer) so kena lah cari calon suami yang sesuai. Nak jadi teman hidup sampai akhir hayat ni... bukan main-main. Lagi-lagi yang dah pernah ada kenagan pahit dengan lelaki. Kenalah memilih dengan lebih hati-hati. huhu


6. Takde calon
- Kalau takde calon, camne nak kahwin?? Like, seriously... aku dulu susah nak faham alasan ni cos... takkan la takde sorang pun kawan lelaki yang ko berkenan nak feeling kan? Tapi... bila tengok adik aku yang memang takde kawan lelaki sangat, baru la aku faham. Err.. aku ni kes berbeza cos memang sejak sekolah rendah aku cam tomboi sikit so memang banyak kawan ngan dak jantan. hehe..

Pernah gak adikku cuba dikenalkan ngan seorang lelaki yang memang kami tak kenal. Mak saudara yang kenalkan... tapi, takde chemistry and adik aku jenis tak reti la nak melayan... nak sms ke, call ke... usah harap. Kalau lelaki call or sms, dia leh tanya aku nak cakap ape ngan lelaki tu. Pelik... tapi memang ada perempuan macam ni kan??


7. Takde jodoh lagi.
- Alasan paling sempoi. Abis citer. hehehehehe. Betul ape... kalau dah belum jodoh lagi, nak buat camne kan?


8. Takut nak kahwin
- Takut sebab dengar pengalaman tak best orang yang berkahwin. Lelaki kontrol la, asyik mintak duit la, kena pukul la... ko tak takut?? huhu...
- Takut sebab pernah ada sejarah hitam. Takda dara, maybe? Berpenyakit?'


9. Takde nafsu.
- Kes macam ni aku surrender la ek. Tak tau nak nolong eh...


10. Sentiasa menunggu tanpa cuba berusaha
- What do you think?

Eh cukup la sikit-sikit...

Aku tak nafikan yang aku ada jugak rasa risau dengan keadaan adikku yang masih single-mingle tu. Boyfriend pun takde... bukan just takde je, malah tak pernah ada! Bagus tol... huhu... Tapi itu jugak buat aku macam risau... Mak aku kata, nanti dia dah kerja, mak aku carikan jodoh kalau dia tak jumpa lagi... Tapi, arranged marriage? With someone yang tak dikenal? mmm....

It's possible... but risky!!

oh... ignore me. Sometimes I can be so shallow.

Yang aku tau, kebanyakan orang semuanya nak kahwin. Ada teman hidup... zuriat...
Cuma cepat dengan lambat je... Tu semua ketentuan Allah.

That's all for now.

Salam


alhamdulIllah...
Wednesday, February 9, 2011
bismIllah...


Oleh kerana semalam aku dan suami masih lagi cuti, kami settlekan pendaftaran aku di HAT (hosp. angkatan tentera). Oleh kerana sebelum ni aku pergi routine checkup di klinik luar iaitu KKIA Sitiawan, so aku agak blur dengan ape aku kena buat. Tapi nurse kat KKIA Sitiawan suruh aku ke KKIA A10 (dalam base.. kat blok A10) dulu... so off we went... Rupenya kena buat ID kad kat HAT dulu before ke A10, maka ke HAT la plak...

Nak buat ID kad je kan? sile ke kaunter 1.



Then, baru le ke A10...
aku tak pasti untuk ape ke sini sebenarnye...
nak check jugak le kot..



Aku diberi nombor giliran di A10.
Sementara tu, turut kena check air kencing, tekanan darah and berat.
Berat aku dah naik jadi 81.5 kg baidewei... wawawawa...

Then settle check air kencing and tekanan darah, perut lak dicheck.
Nurse tu kata kepala baby kat atas... bukan turun ke bawah.
Abis, yang aku dok sakit-sakit kat bawah tu ape? huhu...
But she said not to worry, banyak masa lagi untuk baby gerak-gerak and berada di posisi yang betul i.e kepala ke bawah.
Lega den...

By the way, sampel darahku turut diambil untuk ujian Hepatitis B.
Sebelum ni aku checkup kat Sitiawan, takde pun buat ujian Hep. B nih.
Then nurse A10 ni terangkan yang most klinik kerajaan tak buat test Hep. B ni cos kos dia mahal sikit..

Tapi kalau di klinik A10, memang wajib buat disebabkan persekitaran yang dekat ngan laut, makan makanan laut, suami tentera laut etc... so risiko Hep. B ni tinggi.
So kena la buat ujian Hep. B.

Hmmm barulah ku tahu.

Pastu, nurse suruh datang lagi next week untuk checkup.

Oh oh... Not good!

Aku pun tanya la, "Kalau saya teruskan checkup kat Sitiawan boleh tak?"

"Puan duduk dalam ke luar?"

"Luar. Kat Sitiawan senang sikit... dekat ngan rumah"
(tipu sikit-sikit takpe la kan)

"Boleh... takde masalah. Nanti nak beranak kat HAT kan? So takpela, dah ambil semua maklumat puan..."


Hehehe... lega hatiku ini.

The main reason aku maleh nak checkup kat dalam base ni bukan ape... Aku tak familiar dengan keadaan dalam tu.

And then, sebab PROTELA nih...

Protela TLDM

(suka cuci mata kat sini cos pernah beberapa kali nampak ada sorang mamat protela tu hensem gile!! orang kepulauan borneo rasenya... kehkehkeh)


Aku tak suka nak checkup kat dalam base cos sangat leceh kalau aku bawak kereta yang takde sticker navy. Yela, kot-kot la nanti aku bawak keta kompeni ke... Drive lak sorang-sorang... Kalau laki aku yang drive takpe... Macam gambar dalam atas tu, ni time bawak kereta sendiri... Kan ada sticker navy kat belah kiri atas sticker roadtax tu... haaa itu le dia...

Kalau takde sticker, kena tinggalkan IC kat sini... Nak kuar kena amik balik. Kalau dibuatnye Protela rajin tak semena-mena or aku bawak kereta besar ke ape ke... diorang suh bukak boot untuk check ape aku bawak kuar.

Eeee tak koserr!

Sangat melecehkan... walaupun checkup kat A10 berganda lagi dekat ngan umah dan tempat kerjaku, tapi aku rela ke Sitiawan. Huahuahua... (manusia ni pelik kan? :P)

Eleh... sebenarnya nak melantak Rojak Manjung pas checkup. Heheheh...

Ermm.. apa lagi nak citer...

Well, aku nak citer bab pengubahsuaian dapurku tapi entry ni macam dah cukup panjang.

Lenkali la sambung lagi...

Salam...



alhamdulIllah...
Monday, February 7, 2011
bismIllah...


My husband TAK JADI SAILING!!!


Syukur alhamdulillah... (please refer to this entry)

Aku dah agak lega sikit cos kebarangkalian untuk aku beranak tanpa suami di sisi adalah sikit.

Insya Allah, he will be within reach. Takdelah di tengah laut atau di kepulauan lain....

Dahle anak pertama... tak tau apa nak expect... kalau suami pun takde, sedihnye la rase...

Syukur ya Allah...

Tak tergambar betapa leganya hatiku ini...

:)


Anyway, blog ni tak berupdate+bercuti sempena raya cina cos tuan blog balik kampung umah mertua di Felda Lakum, Pahang since Khamis. Then ke Muadzam Shah pula pada hari Jumaat... parents in laws aku pun ikut. Stay sana sampai Ahad. Kat Muadzam Shah tu umah kakak iparku (Kak Ngah)... first time la merasa dok dalam ladang kelapa sawit. Wawawawa... (takde line maxis oke)

Ahad gerak ke Kajang... tidur umah kakak iparku (Kak Lang) di sana. Sebelum tu sempat jugak singgah umah Mak Yang di Bandar Seri Putra untuk melantak. Hehe... (biase la... pergi umah mak yang cos nak makan sedap-sedap..). Lagipun aku rasa macam dah lame benor tak jumpa Mak Yang and Abah. Dulu masa masih dok KL, weekend je mesti merayap umah Mak Yang. So bila memikirkan Mak Yang+Abah susah nak balik Beruas and aku pun nanti lamaaaa lagi baru leh ke umah diorang (kan kena berpantang plak), so singgah le kejap... Makan and sembang-sembang, baru ke Kajang...

Same jugak la kes balik ke Pahang ni... cos aku dok mikir nanti dah nak beranak, pastu berpantang, mesti lambat lagi la baru dapat balik Pahang... that's why balik jugak la time raya cina ni... sian lak kat laki aku nanti berapa bulan tak jenguk mak pak dia di kampung...

Ehem... Encik suami, baik kan isterimu ini? Walaupun dah sarat and penat gile travel jauh-jauh dengan perut boyot, sanggup dia buat camtu untuk suami dia. Uhuk uhuk... (panggggg sedas)


Arini (Isnin) baru balik Perak.

Esok aku and hubby masih cuti lagi... nak ke A10 plak esok untuk uruskan pendaftaran beranak di hospital dalam base tu.

Rabu baru kerja. Ahhh... bila dah cuti lama, malas betul rasenya nak kerja. huhu...

Rase macam banyak gila benda nak citer ketika berada di Pahang... tapi maleh nak menaip la plak. Cukup la aku rumuskan, aku dah naik jemu asyik dok tengok ladang kelapa sawit ke kerjanya... Nak pergi ke satu tempat dari satu tempat pun punyalah jauh. Letih gile walaupun dok dalam kereta je. huhu...

So bile gerak dari Pahang and masuk Selangor, rase lega sikit... lagi-lagi bila tengok area yang familiar macam MRR2, Tesco Ampang etc... Syahdu rasa hati cos area tu la aku selalu lalu dulu...

Oh well, that's all for now.

Mahu rehat-rehat dulu.

Salam....

p/s: by the way, ada sesiapa pernah alami kredit limit untuk kredit kad dinaikkan? Aku baru peh bayar hutang kad kredit and check available credit ada berapa... then terkejut cos amount 'available credit'nyer banyak le plak. Bahaya ni... credit limit c.card aku memang sikit je cos guna untuk emergency shj. Kalau limit banyak, aiiii... kang tangan pun gatal nak meng'swipe'. Oh... bahaya! Kenape eh tetiba CL aku banyak?? konfius nih... maleh tol aku nak call diorang.... :|



alhamdulIllah...
Tuesday, February 1, 2011
bismIllah...


Lupakan hal emo cos suami nak berlayar... malas nak pikir...

Sekarang aku tengah asyik tak sedap badan. Perut asyik keras and senak je rase. Kekadang, rasa senak tu kuat sangat sampai aku dok bayangkan perut aku ni merekah-rekah nak besar lagi. Tapi takdela sampai camtu pulak.

Nak tidur pun susah la lately.

Hubby aku dah sedap tidur tapi aku?? Mata masih celik lagi dok terkelip-kelip tengok siling. Bosan! Pagi esoknye mula la liat nak bangun. :(

Aku rasa macam aku memerlukan bantal orang pregnant macam yang JLo pakai dalam The Backup Plan tu. Mesti best gile kalau ada bantal tu... huhu

Best je tengok dia peluk

Sakit di bahagian 'bawah' makin menjadi-jadi kalau aku nak bangun tidur, or bangun dari keadaan duduk. Sakit gile oh... :(

Penyakit malas pun makin bertambah-tambah. Ada sebakul baju bersih yang dah kering tak berlipat-lipat lagi... Malas gilaaaaaa...

Nak masak pun malas. Kalau hubby takde, memang aku tak masak. Koser... Kang kalau masak, kena kemas dapur, cuci kuali and pinggan mangkuk. Erm... maleh...

Ini makanan orang malas masak.
Sayur salad+anggur (xtau jenis ape yang kecik-kecik tu), tomato ceri warna kuning dan lobak merah yang dipotong halus (xnampak dalam gambar).

Asalkan ada sos thousand island, settle!
Ni la aku nyer kudap-kudapan. Hehe

Kalau lapar lagi, minum air masak banyak-banyak sampai laki aku balik kerja.
Pastu baru kita masak nasik.
Muahaha... dasar pemalas!
:P


Nasib baik la nanti time hubby berlayar ada adik perempuanku yang rajin memasak tolong teman. Heee... lega la sikit... cos aku ni kalau penyakit malas datang, memang sanggup makan roti je 2,3 hari. :P


I guess it's normal la untuk aku alami perkara-perkara ni. Nama lagi dah 3rd trimester. huhu...

Hmm...

Preparation untuk ke hospital baru buat sikit-sikit.

Bakul baby dah beli, tunggu nak diisi jela.

Lepas cuti raya cina nanti baru nak pergi daftar kat HAT.

Oh ye, start dari Khamis ni aku cuti sampai la ke Selasa depan. Rabu (9hb Feb) baru kerja. Saje mintak cuti Isnin and Selasa tu cos nak teman hubby ke KL cos ada hal sikit. Hal yang kena disettlekan time waktu bekerja... hmm...

Balik kampung di Pahang pun yer juga... :)

K lah, that's all for now.

Arini Lumut elok panas terik. Nak pergi carwash la jap lagi...

Salam...


alhamdulIllah...