Thursday, February 10, 2011

Soalan taboo

bismIllah...


Orang perempuan, bila umur dah melebihi 20 tahun and dah abis belajar, soalan yang sangat famous ditanya adalah "Bila nak kahwin?"

Kalau orang lelaki, selalunya bila umurnya dah mencecah 30 tahun or dekat-dekat nak 30 baru la soalan macam tu kerap ditanya (pendapat aku la)

Perempuan-perempuan yang masih single sangat meluat nak jawab soalan ni kan? :P

Pantang je hadir kenduri kahwin rakan, mesti ada je makcik-makcik takpun kawan sendiri (yang dah kahwin) dok tanya bila pula giliran dia untuk kahwin.

Dalam hati, rasa menyampah sesangat. Tapi muka kena kontrol cun... siap senyum lagi...

Sama le jugak ngan kawan-kawan sebaya aku yang tak kahwin lagi... aku faham sangat dengan tekanan yang mereka hadapi. Ada yang cool je... ok la. Tapi ada jugak yang asyik la desak boyfriend untuk bertunang+kahwin...

Yer, aku memang dah kahwin. Selamat dah. Tapi aku ada seorang adik yang juga sering ditanya "bila nak kahwin" nih.

So aku paham la ape perasaannye bila kawan-kawan dah kahwin tapi diri sendiri belum lagi. Ala, before aku kahwin dulu pun kena tanya camtu gak... sangat menyampah ok.

Apa yang gadis-gadis bujang ini boleh buat?

Sabar jelah...

Aku ni kekadang ada jugak bertanya kat kawan-kawan yang masih bujang "Bila ko nak kahwin?"

Tapi tak pernah langsung berniat nak berlagak yang aku dah lepas or nak menyindir-nyindir dia... Lebih kepada 'concern' sebenarnya. Yela, kawan aku kan. Tapi mungkin ramai akan kata "Ala sebok je tanya... mentang-mentang dia dah kahwin"<--- aku tau cos kekadang ada terdengar jugak adik aku cakap camni. hehe Actually, bukan menyebok pun... just nak tau je... Or maybe just nak berbasa-basi... Pernah dengar perenggan bawah ni?
Belum kahwin, soalan yang sering ditanya adalah bila nak kahwin?
Bila dah kahwin, soalan yang sering ditanya adalah bila nak ada anak?
Bila dah ada anak, soalan yang sering ditanya adalah bila nak tambah anak, takkan sorang je?

And so on....

So takpela... aku akan TRY untuk tak tanya dah bab-bab "bila nak kahwin" pasni... terguris hati sape yang tau kan... huhu...


Di bawah ni adalah sebab-sebab KENAPA ramai perempuan lambat kahwin menurut pengetahuan aku:

1. Belum bekerja atau ada karier yang stabil
- Macam kes adik aku la... Mak aku takdenya nak bagi adikku kahwin kalau kerja pun belum ada yang tetap dan stabil. My mom is very skeptical dengan 'pergantungan sepenuhnye kepada suami'. And I know she knows best.
- Lagipun zaman sekarang ni agak susah le nak harap semua benda orang lelaki provide. Kalau suami kaya-raya and jenis banyak duit+pandai berjimat, memang no hal la kan.


2. Sibuk dengan kerjaya
- Hehehe... ini selalunya dialami oleh wanita-wanita yang sangat successful in her career. Takde masa nak berboifren or bercinta. So macam mana nak kahwin?


3. Pernah ada pengalaman pahit dengan lelaki or serik nak bercinta lagi
- Mmmm... banyak sangat cerita-cerita sedih yang ku dengar about 'pengalaman pahit' ni. Contohnya; ada pasangan ni bertunang selama beberapa bulan. Lagi 2 minggu nak bernikah, lelaki yang jadi tunangannya tak dapat dihubungi. Hilang tak dapat dikesan. So pernikahan tu dibatalkan la... hati perempuan tu?? Korang pikir la sendiri...


4. Tak cukup duit
- This is a common problem. DUIT adalah penting... Nak kenduri biasa-biasa pun nak pakai duit jugak. Memang le orang kata, bersederhana udah. Tapi, ikut pengalaman aku la... even majlis yang sederhana pun still nak pakai duit jugak(aku takde salin baju 3,4 kali, takde majlis berinai beria, takde majlis khatam Qur'an, takde habis duit kat goodie bags and deco sangat, takde flower girls kejadah, takde tempah dewan mahal-mahal, takde istiadat merenjis-renjis/menepung tawar...)

Takkan nak harap sponsor je manjang.. Mampuih ler... Tu baru majlis... Macam mana plak kos pengangkutan rombongan mempelai? Kalau pasangan orang jauh, nak kena jugak pikir duit tol, duit minyak, duit penginapan etc. Huihhh... bab kahwin ni duit memang kena ada aaa...


5. Memilih
- Eh, of course la kan? Nak kahwin ni sekali je (mudah-mudahan begitulah yer) so kena lah cari calon suami yang sesuai. Nak jadi teman hidup sampai akhir hayat ni... bukan main-main. Lagi-lagi yang dah pernah ada kenagan pahit dengan lelaki. Kenalah memilih dengan lebih hati-hati. huhu


6. Takde calon
- Kalau takde calon, camne nak kahwin?? Like, seriously... aku dulu susah nak faham alasan ni cos... takkan la takde sorang pun kawan lelaki yang ko berkenan nak feeling kan? Tapi... bila tengok adik aku yang memang takde kawan lelaki sangat, baru la aku faham. Err.. aku ni kes berbeza cos memang sejak sekolah rendah aku cam tomboi sikit so memang banyak kawan ngan dak jantan. hehe..

Pernah gak adikku cuba dikenalkan ngan seorang lelaki yang memang kami tak kenal. Mak saudara yang kenalkan... tapi, takde chemistry and adik aku jenis tak reti la nak melayan... nak sms ke, call ke... usah harap. Kalau lelaki call or sms, dia leh tanya aku nak cakap ape ngan lelaki tu. Pelik... tapi memang ada perempuan macam ni kan??


7. Takde jodoh lagi.
- Alasan paling sempoi. Abis citer. hehehehehe. Betul ape... kalau dah belum jodoh lagi, nak buat camne kan?


8. Takut nak kahwin
- Takut sebab dengar pengalaman tak best orang yang berkahwin. Lelaki kontrol la, asyik mintak duit la, kena pukul la... ko tak takut?? huhu...
- Takut sebab pernah ada sejarah hitam. Takda dara, maybe? Berpenyakit?'


9. Takde nafsu.
- Kes macam ni aku surrender la ek. Tak tau nak nolong eh...


10. Sentiasa menunggu tanpa cuba berusaha
- What do you think?

Eh cukup la sikit-sikit...

Aku tak nafikan yang aku ada jugak rasa risau dengan keadaan adikku yang masih single-mingle tu. Boyfriend pun takde... bukan just takde je, malah tak pernah ada! Bagus tol... huhu... Tapi itu jugak buat aku macam risau... Mak aku kata, nanti dia dah kerja, mak aku carikan jodoh kalau dia tak jumpa lagi... Tapi, arranged marriage? With someone yang tak dikenal? mmm....

It's possible... but risky!!

oh... ignore me. Sometimes I can be so shallow.

Yang aku tau, kebanyakan orang semuanya nak kahwin. Ada teman hidup... zuriat...
Cuma cepat dengan lambat je... Tu semua ketentuan Allah.

That's all for now.

Salam


alhamdulIllah...

7 comments:

bardboo said...

mmg tu soalan yg org slalo tny..sbb tu aku slalo elak dr tny soalan yg sama kat org lain..sbb takut dia trase..huhu..

Jom Lawat Blog Bardboo

A.I.Z.A.T said...

nice entry Ryehanna.good job!

dan sangat la sokong, nak nak saya pn belum kawin.kawan2 smuaaa dah kawin, tapi nak wat camne kan, belum lagi kot..

dan sangat melegakan sbb ade gak yg paham situasi dimana tak semua orang 'mampu' dan 'boleh' kawin..

Ryehanna said...

To Bardboo: Tula.. aku pn cuba elak gak... tp kekadang TERtanya jgk. huhu

To Aizat: Biase la kan... setiap org mane nak sama jodohnye... tp teman mmg paham betapa xselesanya bila ditny soalan tu...

ViNN said...

ololo nini...meh meh..saye ade ni mehh..hahahha

Ryehanna said...

Gedik la majin... awek ko nak letak mane... gate...

Dayah said...

Salm Ryehanna,

Agree with u. Dayah pun same situation with ur sister cumanya saya dah bekerja. Usia haruslah lebih lanjut... hehehe..

Jodoh ini kena cari, tak cari dia tak datang. Pandang sayalah, cumalah kekangan masa yang membataskan.

Mungkin juga kerana rasa rendah diri, dia rasa dia tidak layak. Bukan itu sahaja ada sesetengah wanita rasa ilmu dirinya kurang dan takut untuk tempuhinya.

Ryehanna said...

Xpe, hopefully akan tiba masa utk usaha mencari jodoh... mmg ramai kata dh xde jodoh nk wat cmne... tp semua bnda kita kena usaha dulu br tawakal...

well, u have a job!

i'm still worried about my sister :(