Friday, May 27, 2011
bismIllah...


Since dah bekerja, aku bawak cooler bag everyday bila pergi kerja. Gunanya adalah untuk simpan botol susu yang berisi susu ibu yang telah dipam semasa di tempat kerja.

My cooler bag adalah dari jenama Autumnz. Ni paling murah yang aku sempat survey dulu...

Beli kat One Baby World dengan harga RM44.72.
Harga before diskaun adalah RM55.90

Tapi sila la beli time offer cos macam tak berbaloi nak beli sampai RM55.90 cos beg nyer kecik je...


Dalam gambar tunjuk leh muat banyak botol kan...
8 botol... hmm.... kalau yang 2 oz punyer botol mungkin la kot...

Cos hakikatnye, bila dah masuk ice packs, jadi sempit tau!

Ni bila letak 2 botol...
Aku rase leh muat dalam 4 botol je kot beg ni...
4 botol untuk kapasiti 4-5 oz...

Lebih dari tu maybe muat jugak kalau sumbat...
Susah nak zip bag jela kot?
And maybe botol kurang sejuk...
Tahla.. but I don't really mind...
Sebabnye, memang aku selalu letak 2 botol jer cos setiap kali kuar ofis, aku singgah umah hantar susu masuk peti ais. hehehe....


Ada 2 compartments...


Sebelah letak susu, sebelah lagi aku letak pam manual aku.
Kalau yang jenis tinggal pam kat ofis, lagi bagus la cos leh letak botol susu kat tempat aku letak pam ni. Cuma kena beli extra ice packs la...




Ice packs pun aku beli jenama Autumnz jugak..harga RM18.40 untuk 3 ice packs.
Beli kat One Baby World jugak. Tapi sekarang dah takde promosi RM18.40 tu...
Now, One Baby World jual ice packs dia dalam harga RM20.70!

Ok jugak ice packs ni. Tahan selama 13 jam setakat aku test (kat website tulis 'tahan 14 jam').
Selepas 13 jam, beg dan susu masih sejuk.
Ice dia dah cair (of cos la, dah 13 jam kan?) tapi MASIH ada yang ketul-keras keras...
So, sangat puas hati.
:)



Ni gambar penaik semangat.
Saje nak upload jugak.
HEHEHEHE...
Sesi pam pertama pagi tadi lepas masuk ofis and Ganesh tak masuk ofis lagi.
Sempat pam and dapat macam hasil di atas.
2 botol!!!!
First time ok!
ALHAMDULILLAH...
gembira sangat.
Razin still minum susu ibu je hari ni.
Tak campur-campur lagi.
Esok Sabtu, then Ahad. cuti...
so leh try buat stok lagi.

^____^

By the way, I love my new manual pump!
Best ler pulak... jadi maleh nak pakai Spectra 3 dah.
Yang tak best manual pam ni ialah silicone massager dia.
Kalau pakai, susu masuk kat bawah tu cos dia longgar.
Ironi sungguh! aku beli sebab nak silicone massager tu, alih-alih memang aku tak pakai!
Lagi satu yang tak best, tangan lenguh sikit. heheheh


p/s: Jenuh dok ingat ape aku makan malam semalam sampai dapat susu banyak camtu? (sebab 2nd session dapat 1 oz je!) Siang makan sandwich telur 2 keping dan pisang goreng 1 plastik je. Malam lak makan ikan goreng dan sup sayur (sawi) yang hubby masak. Berkat makanan hubby masak?? Tapi selalu je makan ape hubby masak... hasil biasa-biasa je... hmmm... pisang goreng milk booster kah? :P




alhamdulIllah...
Thursday, May 26, 2011
bismIllah...


Sekarang ni aku di minggu kedua bekerja selepas maternity leave. Kerja aku agak busy sekarang... memang tak lekat sangat di ofis. Almaklum, ada dua je staff (termasuk aku) di branch Lumut ni. So, memang aku kena selalu keluar la.

Keadaan ni sangat berbeza dengan masa kat KL dulu... Kalau kat KL, memang aku duduk ofis je. Mana ada kuar-kuar ni sume... Sekarang ni banyak masa abis atas jalanraya je. Tapi apa boleh buat... this is my job.

Apart from not being able to pump my breasts every 3 hours, I enjoyed every minutes of my working hours. Tapi tu la... tak sempat nak pam untuk stok susu Razin. Frozen EBM yang aku buat stok banyak-banyak dulu (takdela banyak mana tapi lebih 10 botol kira banyak ar gak tu) kini tinggal 3 botol je dalam freezer. Yang dah kat bahagian chilled ada 4 botol.

Ni pun nasib baik jugak la ada MASA nak pam time kerja (kalau kat KL usah harap!). Aku bawak cooler bag ke mana aku pergi... Tapi kesempatan tu yang takde. Bayangkan stok ada 4 botol je????

Guess how I feel?

T_____T

Setakat ni I can proudly say that Razin is fully bf since he was born. Dari dia skinny, sampai sekarang dah tembam and bulat, memang dia minum susu ibu. Ada 2,3 kali je dia minum susu formula. 1st, sebab aku gatal nak test susu tin tu ok ke tak ngan dia. Then the other times was when Razin ngamuk-ngamuk time aku nyusukan dia... then bila aku picit nipple memang takde kuar susu pun. Terpaksa topup formula milk (FM). A few times jela cos aku tak pernah tinggal Razin berhari-hari... Kalau kena tinggal, memang bersusu tin la dia jawabnye.

No big deal pun bagi anak susu formula. Tapi, since aku join group KIM kat FB tu, semangat nak breastfeed baby tu berkobar-kobar. Cos the group members memang sangat support breastfeeding. So I wannna be part of them too... Plus, NO ONE can deny the benefits of breastfeeding to our babies, right? It's the best form of food for our precious darlings.

Tapi tu la... I'm working. Kerja pun tak tentu. Kekadang busy (like now), kekadang rileks gile. AKu tengok Ganesh, Ganesh tengok aku. haha... bosan je dok ofis. TV pun takde. :P

Ada yang suggest untuk aku beli Medela Freestyle Breastpump. Wuuuu... harga RM1.5K tu... Tak mampu buat masa ni. Lagipun aku dah ada Spectra 3. Manual breastpump pun ada. Dahle susu aku tak banyak mana, so... memang aku kurang motivasi nak melabur kat breastpump tu. Hmmm... Ntahla...

Macam malam ni aku takleh tido so aku nak pump la susu tapi dekat 15 minit, susu yang kuar sikit gila. Tak penuh pun dasar botol storage tu. Alahai... sedih mak, nyah...

Kalau betul la ditakdirkan aku kena campur (bf+fm), aku redha. Hopefully masih akan keluar susu la cos aku risau...orang kata kalau tak pam and breasts jarang di'suck' (ehh jangan pikir bukan-bukan) OLEH BABY, susu pun tak kuar dah la. Konsepnya 'Supply and demand'. Kalau takde demand (x bf baby selalu), takde supply dah la. Waaa... takmo le cenggitu.... Ya Allah, murahkanlah rezeki hamba-Mu ini...

I love my baby. I want to give him the very best. huhu...

Kalau tengok gambar-gambar Razin di previous post, memang nampak dia dah chubby kan? Dulu masa cucuk 2 bulan, berat dia 4.6kg. Sekarang aku rasa dah lebih 5 kilo kot cos berat!! Dah tak larat nak riba. Well, tu Diyana la kata. Aku larat lagi riba. Sayang anak, of cos la kalau berat guni beras pun selagi aku leh riba, aku riba. :)

Mmmm...

Sedih le kalau tak dapat eksklusif bf Razin... Tak tau nak cakap camne rasa sedih tu. Maybe sebab dalam kepala otak aku since pregnant dok fikir nak bf baby, cloth diaper baby dll so bila rasa macam susah nak capai plan menyusukan anak tu, kekecewaan tu menebal. haihh...

Bab cloth diaper, insya Allah dan alhamdulillah memang aku dah nak sebulan pakaikan Razin cd. Except waktu malam. So PetPet yang hubby beli sepeket (ada 60 pieces) sejak 2 minggu lepas masih ada lagi berbaki. Belum habis lagi. Kira ok la kan... jimat jugak duit dari dok beli PetPet je. Aku ni memang jenis tukar diapers every 3 hours (kalau dah berak, tukar waktu tu jugak le). Kalau aku tak pakai cd langsung, dalam 2 minggu dah nak 2 peket PetPet rasenya. Jenuh le berhabis duit beli benda yang takleh pakai balik...

Nak fully cloth diapered Razin, tu aku tak tau bila. Rasenya leh je dah kalau pakaikan cd kat Razin malam-malam, tapi aku ni pemalas. haha... Malas bab berak. Cos kalau Razin berak memang aku terus bilas cd tu, tapi kalau malam-malam and tido diganggu memang tak koser ar nak bilas-bilas ni kan... Nak biar je cd kotor (kena najis)? Mmm... tah la.. aku memang tak suka cd yang kena poo dibiar lama-lama tak bilas. Nanti nak bilas susah sikit...

eh, aku nak tulis tentang bf je, ni tulis tentang cd lak.

K la... nak tido, Aku update blog ni pun tengah-tengah malam. Ni je masa free (baru lepas pam yang dapat beberapa titik tu). Ni pun baru pas pre-wash cd2 baru beli yang sampai dan sidai, mesin cd-cd kotor dan sidai, cuci pinggan mangkuk and lipat kain... Gile ar busy lately. Nak bloghop lagi la takde masa. Teman layan fb je kejap-kejap.

Salam...


alhamdulIllah...
Monday, May 23, 2011

bismIllah...


Semalam punyer cerita.

Aku bosan gile pas sampai umah. (Petang Sabtu gerak balik Beruas and tidur sana, waktu tengah hari Ahad aku balik Lumut semula)

Ajak hubby jalan-jalan...tapi nak jalan ke mana? Nak pergi JJ sebenonye tapi jauh sangat sampai ke Ipoh. Aku teringin nak tengok wayang actually... wayang kat Sitiawan tak best sangat (gedik). Peh tu teringin nak makan Kenny Roger's la, nak makan kek la ape la...

Last nye pergi Tesco je. Beli blueberry cheesecake and barang-barang dapur sikit. Saje je nak jenjalan ngan hubby since Razin ada orang jaga kat umah. HAHA

Bila dah Asar, hubby ajak jenjalan Teluk Batik. Seriously, sejak aku berpindah dari KL ke Lumut ni (November 2010), aku tak jejak-jejak lagi Teluk Batik. Tapi... hari Ahad mesti crowded gak. So aku gitau kat hubby maleh nak bawak Razin pergi tempat ramai orang...

So hubby ajak ke Teluk Senangin. Tempat tu memang tak ramai orang pun. Ok aje... Maka bergerak la kami ke Teluk Senangin.

First time bawak Razin tengok laut...

Enjoy the pics...




Yer, saya gemok saya tau.
:(



alhamdulIllah...
Sunday, May 22, 2011
bismIllah...


Salam...

Tuan tanah nak jual botol Avent 2 bijik yang BARU dan tak pernah pakai pun.

Sebab?

Razin is not a fussy baby, dia ok je ngan mana-mana jenis botol. Botol susu 'storage' untuk EBM tu je ku bedal bagi Razin. Teat nyer lak yang Spectra 3 punyer (beli pam dapat 1 botol free sekali ngan puting)

So... dari dok simpan botol 'Made in England' mahal-mahal, baik jual kan? leh beli CD lagihehehe... Razin just pakai Tommee Tippee jer... nanti kalau dah masa untuk tukar botol, beli botol murah-murah je udah. Asalkan BPA free... bagus Razin, jimat duit mak. :P


Oh, aku ada citer bab botol susu ni kat blog Razin. Kebetulan order Avent Bottles ni lambat sampai, so aku bagi Razin pakai Tommee Tippee jer... since ok, so bila Avent bottles sampai, memang tak guna pun.


Ni kalau gambar kedai...
Tapi spesifikasinya macam dalam gambo tu ler...

-PES tau, bukan PP (PP murah sikit)
-honey colored tint
-260 ml/9 oz
-BPA free
-2 bottles!


Ni gambo dari henponku...


Puting pada botol ni adalah 'slow flow' untuk newborn.


FOR SALE:
RM75
INCLUDING POSTAGE (Poslaju).

Retail price is RM95


Berminat?
Or ada kawan-kawan baru bersalin yang mencari botol susu yang boleh minimise 'nipple confuse' di kalangan bayi?

Just comment and I'll get back to you.
Add me in Facebook- 'Nor Raihana Mohd Rashid'

Thanks!
:pandaGeli_36:


**Update:
Reserved for Mrs F.

SOLD



alhamdulIllah...
bismIllah...


Have you ever missed a song?

I did.

A couple of days ago, I was driving back from work. As I turned to my house area, a familiar 'ting a ling a ling' was on the air... (I tuned to Lite FM). It was so familiar but I couldn't remember what song it was... So I waited for the singer to sing the song... It took me just a few seconds to guess the title when I heard the words to the song... It was one of my favorites! How could I forget that song?

And oh... I don't know how to describe it, but how I miss that song! I listened to the rest of the song even after I already parked the car in our front porch. (my sister was wondering what the heck was I STILL doing in the car when she already opened the sliding door for me to enter my house)

It's just that...
I really miss that song...

That song brought back thousands of memories... of my diploma years, mostly...

I felt so relaxed... so calm when I listened to it...the melody was so nice....

So here I am, listening to it again cos I am missing my husband... yeah, forget the words of that song. Irrelevant to my status now... it's a great song nonetheless!

Dear hubby,

Who would've guessed that we will be together? We've known each other for just a short time before we decided (or was it, I decided? haha) to get married.

Things happened for a reason, right?

If our paths did not cross, maybe I would still be single... and a bit lost.
There would be no Razin yet.

But our paths DID cross. At 26 years old (not yet actually...since my birthday is in August!), I am married to you and I have a beautiful baby boy that lights up our life. I love every single moments of being a wife and a mother.

So here is the song that made me stopped and smiled the other day...

Enjoy...




p/s: Entry mushy2 cos dah nak dekat sambut anniversary ni. HEHE



p/p/s: Kenapa aku rase teruk giler entry bahasa inggeris aku ni?? giler babeng serabai... tula, lame xnulih dalam english. buruk beno bunyinye. huhuh


alhamdulIllah...
Thursday, May 19, 2011
bismIllah...
tulisan buruk gila.
ni benda2 aku jot down semalam...
sekarang ni memang busy sikit...



Hari ni mata rabak cos Razin takmo tido lepas menyusu kul 3 pagi tadi. Dekat 4.30 pagi baru dia nak tido balik. Then dia bangun lagi kejut aku Subuh.

Hmmmm... ngantok gila.

Hubby balik petang ni.

Aku nak tanya dia about our plan to go to Kelantan this June for Mashitah's wedding.

Lambat lagi la baru beli stroller camni. huhuhu

tak comei doh mok oghe ni.
:(



p/s: nak ke kelate, kena prektis. ekekeke...

alhamdulIllah...
Tuesday, May 17, 2011
bismIllah...


....rasa nak bawak anak pergi tempat kerja je. Like seriously. Ni sebab takde carseat je lagi ni, kalo idak memang aku angkut. haha...

Rutin baru adalah sesi mengepam susu before pergi kerja. Then keluarkan cd-cd dan baju yang nak bagi Razin pakai lepas mandi. Aku minum Horlicks jap then kejut Diyana suh turun bawah jaga Razin baru pergi keje. Razin tidur pagi-pagi cos dia dah bangun dalam kul 4 pagi camtu. hehe...

1st day keje?

Ok la... aku sempat pam 3 kali dalam waktu kerja. The 4th time was after 6pm, bila dah balik umah. Cabaran betul la kalau nak bagi baby susu sendiri ni. Susu aku pulak dahle tak banyak. Agak stress le juga... tapi aku teruskan jer la pam...

Gambar semalam masa pam di ofis...
Guna pam manual yang beli aritu
Sikit je susu aku... 3 oz pun tak sampai ni rasenya cos hati tak tenang....
Asyik tengok pintu je (walaupun dah kunci)




Hari ni baru 1st time aku buat double pumping. Nama je beli Spectra 3 with extra breast shield set tapi tak nah guna. So arini baru aku guna cos aku rasa sangat-sangatlah time consuming kalau pam sebelah then asyik tukar-tukar. Sekali pam dua-dua belah baru jimat masa. hehe... almaklum, baru nak belajar-belajar hands-free. Sebelum ni dok pegang je corong masa pam. :P


Serius rasa macam kilang susu je.
WAKAKA
btw, aku hands-free dengan selit corong tu kat bra...
(tips dari KIM)
takde bajet ah nak beli benda-benda alah yang assist hands-free ni...



Sekarang aku dah tau dah Razin minum banyak mana time aku pergi kerja.
Razin minum dalam 4 botol yang berisi 3 oz susu je....takde la banyak sangat. Ok la.. tau la aku nak bajet kalau hantar dia ke babysitter or nursery nanti (Diyana jaga for the time being)

Maknanye sehari aku kena pam dalam 4 kali gak le... baru leh rotate. Almaklum, stok tak banyak... dalam freezer adal 10 botol frozen EBM. Kat bahagian refrigerator ada 3 botol EBM yang chilled. ITU JE.

Beruntungnya kalau jadi stay at home mother, tak perlu nak kejar buat stok sangat. Direct feed je. Stok guna kadang-kadang... ni rasa macam nak benti keje je ni

Aku ni tengah pening camne nak bagi banyak susu. Bulan puasa dah dekat. Dekat KIM ramai je bf mothers dok kepoh-kepoh buat stok susu. Siap beli deep freezer semata-mata nak letak stok EBM. Perghh banyak betul susu diorang! huhu... kalau puasa camne nak bf? Boleh ke? mampoih susu tak kuar rasenya cos tak minum air... kalau kuar pun mesti sikit. Takkan tak puasa pulak?? Aku tinggal puasa tahun lepas pun berlambak tak ganti lagi ni. Tumpo la aku...

Cabaran betul la nak menyusukan anak ni. Aku memang bersemangat je nak BF. Tapi kalau berdepan halangan yang kita takleh nak buat ape walaupun dah usaha, camne?? Doa-doakan susu aku bertambah meriah ye... sebolehnye memang aku taknak bagi susu tin kat Razin.

Memang la susu badan ni takde cop DHA, Taurina, Gangliosida and ape tah lagi macam yang kat susu tin, tapi susu ibu adalah yang terunggul kan? Khasiatnye tidak ternilai. Sebab tu aku nak sangat-sangat Razin minum susu dari badan aku. Ya Allah, permudahkanlah... murahkanlah rezeki hambaMu ini. Amin.

Apa-apa pun aku bersyukur dapat bagi Razin bf setakat ni. Bila dah mula kerja ni yang aku risau sikit.

Well, mudah-mudahan aku berjaya... target aku adalah 6 bulan cos lepas tu Razin dah makan solid food so takdela eksklusif minum susu ibu lagi. Campur ngan FM pun takdela terasa sangat. Seelok-eloknya sampai 2 tahun kan? tapi bila tengok prestasi susu aku yang kurang dari segi kuantiti, tak tau la nak ramal akan tercapai ke tak penyusuan selama 2 tahun tu. huhu

Oklah, masa untuk pam kali ketiga.

Salam.



alhamdulIllah...