Thursday, May 26, 2011

Breastfeeding woes

bismIllah...


Sekarang ni aku di minggu kedua bekerja selepas maternity leave. Kerja aku agak busy sekarang... memang tak lekat sangat di ofis. Almaklum, ada dua je staff (termasuk aku) di branch Lumut ni. So, memang aku kena selalu keluar la.

Keadaan ni sangat berbeza dengan masa kat KL dulu... Kalau kat KL, memang aku duduk ofis je. Mana ada kuar-kuar ni sume... Sekarang ni banyak masa abis atas jalanraya je. Tapi apa boleh buat... this is my job.

Apart from not being able to pump my breasts every 3 hours, I enjoyed every minutes of my working hours. Tapi tu la... tak sempat nak pam untuk stok susu Razin. Frozen EBM yang aku buat stok banyak-banyak dulu (takdela banyak mana tapi lebih 10 botol kira banyak ar gak tu) kini tinggal 3 botol je dalam freezer. Yang dah kat bahagian chilled ada 4 botol.

Ni pun nasib baik jugak la ada MASA nak pam time kerja (kalau kat KL usah harap!). Aku bawak cooler bag ke mana aku pergi... Tapi kesempatan tu yang takde. Bayangkan stok ada 4 botol je????

Guess how I feel?

T_____T

Setakat ni I can proudly say that Razin is fully bf since he was born. Dari dia skinny, sampai sekarang dah tembam and bulat, memang dia minum susu ibu. Ada 2,3 kali je dia minum susu formula. 1st, sebab aku gatal nak test susu tin tu ok ke tak ngan dia. Then the other times was when Razin ngamuk-ngamuk time aku nyusukan dia... then bila aku picit nipple memang takde kuar susu pun. Terpaksa topup formula milk (FM). A few times jela cos aku tak pernah tinggal Razin berhari-hari... Kalau kena tinggal, memang bersusu tin la dia jawabnye.

No big deal pun bagi anak susu formula. Tapi, since aku join group KIM kat FB tu, semangat nak breastfeed baby tu berkobar-kobar. Cos the group members memang sangat support breastfeeding. So I wannna be part of them too... Plus, NO ONE can deny the benefits of breastfeeding to our babies, right? It's the best form of food for our precious darlings.

Tapi tu la... I'm working. Kerja pun tak tentu. Kekadang busy (like now), kekadang rileks gile. AKu tengok Ganesh, Ganesh tengok aku. haha... bosan je dok ofis. TV pun takde. :P

Ada yang suggest untuk aku beli Medela Freestyle Breastpump. Wuuuu... harga RM1.5K tu... Tak mampu buat masa ni. Lagipun aku dah ada Spectra 3. Manual breastpump pun ada. Dahle susu aku tak banyak mana, so... memang aku kurang motivasi nak melabur kat breastpump tu. Hmmm... Ntahla...

Macam malam ni aku takleh tido so aku nak pump la susu tapi dekat 15 minit, susu yang kuar sikit gila. Tak penuh pun dasar botol storage tu. Alahai... sedih mak, nyah...

Kalau betul la ditakdirkan aku kena campur (bf+fm), aku redha. Hopefully masih akan keluar susu la cos aku risau...orang kata kalau tak pam and breasts jarang di'suck' (ehh jangan pikir bukan-bukan) OLEH BABY, susu pun tak kuar dah la. Konsepnya 'Supply and demand'. Kalau takde demand (x bf baby selalu), takde supply dah la. Waaa... takmo le cenggitu.... Ya Allah, murahkanlah rezeki hamba-Mu ini...

I love my baby. I want to give him the very best. huhu...

Kalau tengok gambar-gambar Razin di previous post, memang nampak dia dah chubby kan? Dulu masa cucuk 2 bulan, berat dia 4.6kg. Sekarang aku rasa dah lebih 5 kilo kot cos berat!! Dah tak larat nak riba. Well, tu Diyana la kata. Aku larat lagi riba. Sayang anak, of cos la kalau berat guni beras pun selagi aku leh riba, aku riba. :)

Mmmm...

Sedih le kalau tak dapat eksklusif bf Razin... Tak tau nak cakap camne rasa sedih tu. Maybe sebab dalam kepala otak aku since pregnant dok fikir nak bf baby, cloth diaper baby dll so bila rasa macam susah nak capai plan menyusukan anak tu, kekecewaan tu menebal. haihh...

Bab cloth diaper, insya Allah dan alhamdulillah memang aku dah nak sebulan pakaikan Razin cd. Except waktu malam. So PetPet yang hubby beli sepeket (ada 60 pieces) sejak 2 minggu lepas masih ada lagi berbaki. Belum habis lagi. Kira ok la kan... jimat jugak duit dari dok beli PetPet je. Aku ni memang jenis tukar diapers every 3 hours (kalau dah berak, tukar waktu tu jugak le). Kalau aku tak pakai cd langsung, dalam 2 minggu dah nak 2 peket PetPet rasenya. Jenuh le berhabis duit beli benda yang takleh pakai balik...

Nak fully cloth diapered Razin, tu aku tak tau bila. Rasenya leh je dah kalau pakaikan cd kat Razin malam-malam, tapi aku ni pemalas. haha... Malas bab berak. Cos kalau Razin berak memang aku terus bilas cd tu, tapi kalau malam-malam and tido diganggu memang tak koser ar nak bilas-bilas ni kan... Nak biar je cd kotor (kena najis)? Mmm... tah la.. aku memang tak suka cd yang kena poo dibiar lama-lama tak bilas. Nanti nak bilas susah sikit...

eh, aku nak tulis tentang bf je, ni tulis tentang cd lak.

K la... nak tido, Aku update blog ni pun tengah-tengah malam. Ni je masa free (baru lepas pam yang dapat beberapa titik tu). Ni pun baru pas pre-wash cd2 baru beli yang sampai dan sidai, mesin cd-cd kotor dan sidai, cuci pinggan mangkuk and lipat kain... Gile ar busy lately. Nak bloghop lagi la takde masa. Teman layan fb je kejap-kejap.

Salam...


alhamdulIllah...

5 comments:

All About AnaYna said...

Salam..hye ryehanna.Nak tya sket la psl manual breastpump tu.ok tak pakai tu?lenguh x ble duk ngepam tu..hehe.spectra 3 tu cmne plak?nape still guna yg manual wlaupn dh ade auto punyer..hihihi.

Ryehanna said...

manual pump tu ok. lenguh sikit2 tu biase la kot cos nama lg manual (tp den xnah lak lenguh). spectra 3 tu electric... leh double pump which means, dua2 breasts leh pam serentak. jimat masa. saya pakai manual jgk cos manual tu bwk pg keje.. spectra lak utk pam di rumah. sbb bila keje sy xsesuai bwk spectra (elektrik kan.. so xleh bawak kalau kena kuar dari ofis)

that's y saya ada 2 pam :)

rAtu saLju™ said...

besa la da jadi mak2..kena la berkorban lebih sket kan?..xpe la,ko still ada hujung minggu nak cuti2an..time tu ko beloghop la ngeee..anyway surah al hujerat untuk banyak kan susu...try la baca.. :)

deena awanis said...

u r right ana..KIM mmg sgt membantu dari segi naikkan semangat nak BF..=)

Ryehanna said...

To Ratu Salju: Huhu.. mmg xde masa nak bloghop pn! kejap2 je tgk.. tu pn tgk gambo, bkn bace. hehee


To Deena Awanis: Kan? Kan? rasa cam tak best lak kalau dah start campur... huhuhuhu