Monday, March 7, 2011
bismIllah...


Semalam Ahad.

Husbandku pun pulang dari berlayar.

He bought some stuff from Langkawi... jom usya...

1. Chocolates!

Standard la kalau pergi Langkawi kan...
mesti kena beli coklat kat bini dia yang hantu coklat ni...
Aku dah makan coklat Cadbury tu satu bar... tinggal suku je.
Lepas tu terus minum air banyak-banyak... riso le jugak kan.. :P


2. Minyak gamat sedozen

3. Air ibu gamat

4. Set pisau untuk Mamito.

5. Tea set.

Kotak pink yang terbaring tu mengandungi tea set.
Tapi aku malas nak amik gambar cos tak cun. hahaha


Macam ni la rupa set pisau yang dalam kotak tu.
Tapi ni yang rumah aku punyer.
Yang hubby beli kali kedua tu (dalam pic sebelum ni) untuk Mak cos Mak teringin nak set pisau camni bila tengok umah aku ada... heheheh...
Jenis biase je... takdela mahal bebeno...


Mak suruh beli minyak gamat.
Katanya untuk kegunaan semasa berpantang.
Untuk berurut le kot.


Air gamat ni pun Mak suruh beli.
Ewww... aku tau rasanya mesti tak sedap!


Untuk kegunaan perempuan selepas bersalin.
Yuk! O__o


Then, last but not least...

The 6th item is...

1 set Corelle 20 pcs!
hehehe...
So dah leh cantas dari wishlist aritu.


1 set 20 pcs ni mengandungi 4 pinggan mkn, 4 pinggan lauk, 4 cawan etc.
(mcm dalam gambar di SINI).
Senang citer untuk 4 orang la.
Tak best kan?
Aku nak yang untuk 6 orang at least...

Hubby beli set ni dengan harga RM359 kalau tak silap.
Murah la jugak berbanding yang aku jumpa kat internet ni... huhu

Design Country Rose sebab yang Mak order kat kawan dia pun design ni...
So, sebab nak bagi ada 8 pcs pinggan n cawan, beli la design yang sama lagi satu...

Apa-apa pun, dah puas hati walaupun design tu design lame/classic.
Tapi pedulik ah... lagipun aku prefer cawan teh dari mug.
So okla ni...

Maybe nak kena beli teko and mangkuk jela plak pasni?
Eh... ade ke teko dia? Macam taknah nampak je...
Errr...ape-ape pun, tu wishlist tahun depan!




Iklan Corelle yang funny!



Serius aku merasa sungguh keibu-ibuan ('makcik-makcik'an??) bile happy dapat set pinggan camni. Wakakaka...

Who would've guessed?

Macam makcik-makcik pun teman pasrah je laa... :P

Baidewei, aku harap sangat aku akan deliver by this week. Like seriously. Lagi 3 hari genap 38 minggu. Patutnya dah elok sangat la time tu cos baby dah matang... Doakan aku ye!

Till then, salam...


alhamdulIllah...
Friday, March 4, 2011
bismIllah...


Sebab apa nak cepat hari Ahad?

Sebab husbandku pulang berlayar Ahad ni... hehehe...

I want to see his reaction when he saw what I did with our wedding presents yang lama terperuk dalam stor...

This is SOME of our wedding presents last year...
Hadiah tipikal kenduri kahwin orang melayu adalah set gelas! hehehe...
Ini hanya suku dari gelas-gelas and tea set yang diterima ya...ada lagi yang aku dah sumbat dalam kabinet.

Orang bagi, bedal jelah.

So, since hubby pergi sailing last Saturday, aku dok menyusun-nyusun set-set gelas ni masuk dalam kabinet dapur. Selain dari set gelas, ada juga periuk, periuk kukus, blender, punch bowl, jug kettle etc. Mana yang tak pakai tu (sebab dapat lebih dari satu), simpan jela dalam kabinet. Aku nak clearkan stor actually... cos serabut gile dah stor kitorang ngan kotak-kotak hadiah kahwin...

Apa agaknya komen hubby bila tengok kabinet dapur dah berisi barang-barang? Aku buat sendiri tau! :D



Next, our aquarium.

Bersih kan?
Air pun jernih.

Akuarium ni kat luar rumah supaya senang nak cuci...
Abaikan la ke'simple'an akuarium kami ni...
Maleh and takde bajet nak hias lawa-lawa.
Asal ada ikan udahhh


That is another surprise for dear hubby (a clean aquarium) cos selalunya dia yang cuci/tukar air cos itu memang kerja suami :P.. But this time Nini yang cuci. HAHAHA...(still bukan bini dia jugak yang buat!)

Sebab utama, Nini serabut tengok air dah hijau gila sampai ikan pun dah tak nampak.

Sebab kedua, ade sekor ikan emas dah mati (besar kemungkinan berpunca dari air yang hijau)

So Nini dah cuci akuarium umahku kelmarin. Lega... Aku bab nak mencuci akuarium ni lemah sikit. Cuci jamban takpe... jangan suh cuci akuarium. hehehe... MALAS!

Oh ye... camne aku nak bagitau laki aku yang arini ada sekor lagi ikan dah mati??

Nasib baik bukan ikan emas... tapi ikan DBKL yang tak berapa cantik tu. huhu... Nape mati tah... nak kata tak makan, har-hari aku bagi ikan makan... hmmmm....

Hubby hari ni dah masuk Langkawi... Kapal berlabuh di sana. Tadi dia ada 3G. Hehe... makin hitam suamiku itu :P

Time 3G tadi dia suruh pilih set Corelle design camne yang aku nak. So, aku suh dia amik design sebijik macam yang Mak orderkan kat kawan dia untuk aku (dengan kawan Mak leh hutang...wakakaka). Nanti ada 2 set la... 1 set ada 4 pieces pinggan n cawan so mane best... at least mesti nak 6 pcs kan so that's why ler aku order 2 set. 1 hutang (Mak kata leh 3x bayar), 1 beli kat Langkawi. Yang kat Langkawi murah RM30 dari yang order dari kawan Mak. Dah. Settle. Tak payah nak corelle morelle dah pasni!


Hmm...

Lupe nak catat sebelum ni. Bulan lepas first time aku dapat potongan gaji suami untuk isteri tentera. Bini askar kan ada peruntukan... so, gaji gomen yang lepas baru la aku dapat. Lambat kan? Kahwinnya bulan Jun tahun lepas... Cos hubby punyer borang asyik kena reject... Salah isi la ape la... Ape-ape pun, cambest je walaupun takdela banyak mana+aku ada gaji aku sendiri and hubby memang ada bagi duit. Hehehe... ^___^

TAPI. Huh... sama macam tak dapat je bila aku kena bayar bil telefon and bil broadband cos hubby berlayar minggu ni! Ceittt. Sungguh hampeh. Nak wat camne kan, nak tefon and suh laki aku bayar pun takleh cos dia kat tengah laut. Aku lak mane leh hidup kalau henpon kena bar. Gile.. kalau nak call customer ke ape takleh memang jeopardize kerja aku tol... So nak tak nak, aku la bayar (aku taknah bayar bil tefon pun sebelum ni, broadband tu biase la cos RM50 je) Aaaa... tu jugak antara sebab tak sabar tunggu Ahad. Nak claim! Muahahahah... (gile keji)

I think I've written in the previous entry about how I need to 'berjimat-cermat' bulan March ni, kan?

Well... hari ni dapat cek Nuffnang!

Yeay... alhamdulillah! Walaupun amount yang aku cashout RM125 jer... Jadi la untuk topup-topup ape yang perlu... heheheh...

Cheque Nuffnang yang ke... entah. aku dah lupe.

Abaikan cek maybank belakang tu. Tu duit petty cash ofis.


Moga dengan kelahiran anak sulung kami akan bertambah murah rezeki... :)

By the way, aku harap dapat beranak next week la. Cos next week hubby ada. Kalau aku beranak, dia tak perlula sailing on the upcoming week (14-20 March). ^__^

Lagipun next week aku dah masuk minggu ke-38 kot... boleh beranak dah patutnye kan? errr... yer, aku memang tak sabo dah! Walaupun takut gile, tapi... ahhh pedulik la... tak sabar nak ada baby... huhuhu

Okeylah. That's all for now.

Nanti-nanti teman update lagi.

Kalau lame tak berupdate tu, kome paham-paham sendiri la yer... dah terberanak le tu... ekekeke...

Salam....


alhamdulIllah...
Tuesday, March 1, 2011
bismIllah...


Arini terjaga awal... dalam 5.30 gitu... tapi mandi still lambat. Pukul 7.45 baru mandi. Muahahaha...
Baidewei, aku nak citer yang terbuka je mata pagi tadi, aku rasa hepi semacam. Sebab dah 1st March. Dah dekat dah due date aku... huhu

Due date yang nurse bagi adalah 23 March (macam pada ticker di blog ni). Tapi due date kalau scan adalah 17 March. Aku scan kat 2 klinik berasingan and they both came up with 17th March. Apa-ape pun, doc kat klinik suh ikut je due date 23 march... So, kita tunggu jela...

Rasa tak sabar sangat dah nak ada baby... tapi still, aku harap aku bersalin time hubby ada di sisi. Takmo la time dia di tengah laut. Aku harap, KALAU aku bersalin awal, mintak-mintak la dalam minggu ke-38 (next week?). Cos waktu tu hubby ada...

Asyik sailing je kan? (tengok tulisan berwarna merah)
Geram betul...


Apa boleh buat, nama lagi kahwin dengan navy... sailing jelah kerjanya... aku bernasib baik gak cos kapal hubby kapal kecik... sailing pun kejap-kejap je...

Setakat ni, takde rasa lagi contraction kuat di perut. Braxton Hick's contraction pun macam takde... nak jugak rasa contraction latihan tu cos at least body tengah prepare untuk bersalin. Tapi, lagi aku nak, lagi la dia rileks je... Hmmm...

However, baby aktif dalam perut. Kejap-kejap bergerak ke kiri, kejap-kejap ke kanan... but mostly ke kanan... stretchmark aku di perut bahagian kanan pun berlambak and banyak berbanding belah kiri. Huhu...

But at this point, lantak la ngan stretchmarks. Maleh teman nak pikio... yang penting sekarang ni, baby sihat, normal dan bakal dilahirkan dengan selamat. Tu yang paling penting sekali. Aku harap aku takde mengalami apa-apa komplikasi time nak bersalin.

Satu je yang merisaukan sekarang, which is... my swollen feet!

Bengkak sangat... Yang pelik, kaki kanan je yang bengkak besar... Kaki kiri biase je... Adakah sebab babyku banyak dok kat bahagian (perut) kanan? Hmmm... sampai nak biar terlipat pun takleh cos kebas and sakit jadinya nanti... Pergelangan kaki pun bengkak. Memang nampak beza sangat dengan kaki kiri... Kaki kiri maintain slim macam biasa...

Oh edema... I hope you won't give me much trouble!

Setakat ni just kaki kanan je bengkak... tangan and muka and lain-lain anggota remain macam biasa...

Well, that's all for now.

Hari ni nak settle segala paperwork before noon cos lepas lunch nanti nak gerak ke Ipoh lak. Ada customer return kereta kat Ipoh Airport. Nasib baik la Nini ada teman aku kali ni.. So nak angkut dia sekali...

Ganesh akan collect kereta customer tu, then aku and Nini drive balik kereta yang kami bawak dari Lumut... Nak singgah Ipoh Parade ke? Mmm tapi tak best kalau tengah berjimat. :(

Salam...


alhamdulIllah...
Sunday, February 27, 2011
bismIllah...


Ini wishlist (senarai keinginan?) jangka masa terdekat atau dalam erti kata lain, within a few months/this year:

Aku susun ikut priority. Hehe...

1. Air-conditioner for our master bedroom. Hopefully dalam pertengahan tahun ni leh dapat laa. Kena bajet cos nak kena beli yang 2 horsepower. 2 Hp punyer aircond mahal ler (dalam RM2K something kalau tak silap)... kalau setakat 1 or 1.5 hp, memang xsejuk la bilik tu... bilik besor pun masalah... haih...


2. Set pinggan-mangkuk baru. Biasa la... bila dapur dah lawa, mesti la nak perkakas-perkakasnyer lawa jugak. HEHE. Siyes umahku takde set dishware yang ok. I want fine china! huhu... Ade la 1 set pinggan mangkuk yang ku beli kat Ikea tak berbuka-buka lagi dari bungkusan. Tu jela satu. Aku ingat nak rembat 1 set Corelle. Jadi le... (Corelle murah sikit dari Noritake kan?) Bila tah nak beli... takpe, ada duit nanti kita beli. :P


3. Oven... or microwave? Eh... microwave leh bake cake tak?? Btw, budget aku sikit je. Nak beli oven biase dalam range LESS than RM400. Heheheh... sebab, buat pe beli mahal-mahal kalau bukan selalu baking kan... macam le rajin sangat aku ni... So, beli yang murah-murah udah!


4. New bed. Sebab katil yang ada sekarang ni tak best. Orang (hubby's friend) bagi 2nd hand... so leh la beli baru kan? :P Eh jap... budget untuk katil ni macam banyak jer... so tak jadi la beli dalam masa terdekat. Tahun depan, maybe? Sementara tu, pakai jela katil ni cos elok je lagi


4. New sofa set. Simply because the one that hubby bought before marriage ni bukan taste aku. Dia beli dalam RM1k something, and material sofa ni tak berapa best... leh terasa kayu (ke cardboard?) di bahagian tempat letak tangan tu... so takleh dok atas tempat tangan tu cos tak kuat... eh jap... sofa ni pun kosnya tinggi sangat la... tahun depan gak laaa
4. Pasu-pasu bunga. Aku nak start gardening sikit-sikit (chewahhh). Since rumahku takde tanah (semuanya bersimen) so kena la bercucuk-tanam di dalam pasu... Setakat ni baru ada 2 bijik pasu di belakang umah; pokok kunyit (yang dah nak mati) dan pokok kucai. Heeee...

5. Lose weight!! At least, aku kena turunkan berat sampai ke pre-pregnancy weight aku iaitu 64-65kg selepas bersalin nanti. Sekarang berat aku dekat 85kg... banyak tu nak turun! mati ar... Kalau nak lebih ideal dan kurus ala-ala model, berat aku patutnya dalam 58kg. But the last time I had that weight on my scale was in 2004! Muahahaha...



Aku mesti capai wish untuk turunkan berat badan ni! huhu...

Tu je wishlist aku dalam masa terdekat. Sikit je kan? Sekarang dah nak masuk bulan March, insya Allah... aku harap 5 keinginan aku ni boleh dicapai dalam tahun ni.

Kena start balik kumpul duit sikit-sikit... Sebab bulan March ni kami dah kebengkrapan sikit. Banyak abis duit kat rumah; grills and kabinet dapur.

Grills+awning belakang umah=RM5600,
Kabinet dapur=RM5900.

Tinggal duit grill je tak bayar lagi RM3100 cos diorang tak abis pasang lagi... Duit dah letak tepi, siap je grill, bayar terus. Takmo hutang lama-lama...

So, untuk bulan 3 ni, no more shopping furniture/clothes and benda-benda yang tak penting. Barang baby insya Allah dah ada ... mane yang takde nanti kita tambah sikit-sikit... tak penting, tak yah beli. And kalau makcik-makcik dia nak sponsor, kita terima dengan hati terbuka! hahahaha...

Hubby dah banyak abis duit kat rumah and bayar saman (RM900 lepas diskaun! nasibaik ada diskaun... kalo tak, habis RM1.8K kat saman jer... huh!). Syukur la dia ada savings untuk grills and kabinet dapur tu... Kalau nak harapkan aku? Kena buat personal loan la... huahuahua... Duit tak reti nak nyimpan!

Tapi aku pun ada berhabis gak... Duit gajiku digunakan untuk mentopup apa-apa kos yang hubby tak larat nak cover. (TV plasma 42" yang hubby nak sangat-sangat! T___T)

Oh... and sebab aku gatai nak pakai kad kredit, so of course la aku yang kena bayar hutang kad kredit. Huhuhu... Takpe, bulan 3 ni kita simpan kad kredit dalam almari baju. Kuarkan dari purse. Takmo guna. Guna debit kad sudey. And peringatan untuk diri sendiri, no shopping online for March (no credit or debit card usage!) Chayok-chayok... (leh caya ke ni? Eh, mesti boleh!!)

Wishlist jangka panjang??

Well... tak payah catat la kot. Ade je dalam kepala otak cos sentiasa je berangan and planning... nak dapat tu yang lambat sikit kot...

Ok. Wish me luck!

Salam...

p/s: Hubby dah sailing pagi ni... Ahad depan (6th March) la baru jumpa. Hopefully minggu ni tak terberanak lagi... :)



alhamdulIllah...
Friday, February 25, 2011
bismIllah...


Ah Seng called last Wednesday... Gitau yang dia nak datang pasang kabinet on Thursday morning. Masalahnye takde orang kat umah la plak cos aku and hubby kerja. Adikku yang teman aku aritu dah balik Beruas dah. So bincang punyer bincang, hubby leh balik awal... dalam kul 2 dia ada kat umah. So ok la..

I told Ah Seng to come around 2pm... Mula-mula dia kata takleh siap la cos start lambat, then bila aku cakap, "Ala.. kalau tak siap, you datang lagi hari Jumaat... kalau you nak buat next week, duit pun you dapat lambat la cos husband I pergi sailing seminggu Ahad ni"

Agaknye dia takut payment lambat, so petang semalam dia settlekan kabinet sume... hehehehe...

So let's see the progress...

Mr Chubby Cheeks yang bertambah-tambah chubby sekarang ni.
Haha...
Tengah inspect apa yang patut sementara tunggu Ah Seng datang.



K, barang-barang dah sampai...



Lembaga berbaju merah yang blur tu Ah Seng.
Almost done... kejap je diorang pasang...
Time ni diorang gitau nak pergi break jap...



That's it.
Dah siap.
Di bahagian kanan tu hubby tengah tolak fridge untuk letak kat tepi tu



:)


Well, remember this?
(refer below)




Sekarang tidak lagi!
Hehehehe...
Ok. Masih semak cos tak alih barang-barang and kemas lagi...
Abaikan mesin basuh dekat sinki tu...
Bakal dialih ke luar rumah (bahagian belakang) lepas grill settle and awning dipasang...


Oh... lega sangat-sangat cos kabinet dapur dah settle. Bolehlah memulakan proses memunggah stor dan susun pinggan mangkuk serta hadiah-hadiah kahwin (yang kebanyakannye set gelas -___-") ke dalam kabinet. Setor bawah tangga tu sampai dah crammed gile aku tengok. So that's our project this weekend!

Yang tak settle lagi adalah bab grill....

Bengang oke... bayar deposit RM2.5K since 3 minggu lepas (or is it a month ago?) tapi haram berpasang lagi...

Nasib baik semalam diorang dah hantar grill sikit lepas hubby buat lawatan mengejut ke kedai mereka (cos call tak dapat-dapat and kata nak pasang tapi tak datang-datang pun).

Beza kan bisnes orang Melayu ngan orang cina? Padahal kitorang upah Ah Seng tu SELEPAS book+bayar deposit grills. K, malas nak sentuh bab tu. Paham-paham sendiri jelah ek...

So semalam diorang hantar dah grill sikit... then janji nak bawak selebihnye arini. Pas Jumaat hari ni diorang akan pasang...

Grill untuk sliding door je yang baru dihantar semalam.


Oh, terlihat gambar Encik Nouvo dalam pic di atas, teringat peristiwa malam tadi...

Semalam gomen kan gaji, tapi hubby tak pergi check pun gaji dia siang tu... So malam nak kuar la check gaji and dinner kat luar (dapur baru tu nanti-nanti la aku rasmi. HAHA)

Try start kete Kancil yang dihantar oleh Nini dari Beruas kelmarin tapi bila nak drive je, enjin mampos. Dahle takleh nak pasang aircond cos nanti lagi la lembab keta tu, so berpeluh-peluh la nak start Kancil... Dah panaskan enjin tu as instructed by Nini... Tapi takkan la nak panas sampai sejam? Enjin bergegar macam ape toksah cite la... serius keta tu memang dah teruk gile... (Mak beli 2ndhand pada tahun 2003 kalau tak silap... lame gile dah)

Maka... lastnye, kami naik Encik Nouvo je. Bayangkanlah aku ni... 9 months pregnant membonceng Nouvo?? Aku rasa kalau orang tengok dari belakang mesti tak nampak hubby... betapa besarnye aku. Wakakakaka...

Dah lame gile aku tak membonceng motor ok... Paling-paling pun aku yang bawak... bukan dok belakang... beromantika di atas motor memalam buta la plak... huhuh! (tapi aku memang suka naik motor... berangin je... heheh)

Well, Sang Kancil...
Tunggu tuan ko datang sini la baru ko bergerak ek...
Tak reti la kami nak drive kamu...
Warga emas yang delicate!

Nak je aku minta Mak ganti Cik City ngan Vios baru dia..
Tapi menjerit la dia nanti.. Haha..

That's all for now.

Salam.


alhamdulIllah...
Thursday, February 24, 2011
bismIllah...


So, kandunganku dah cukup 9 bulan.

Walaupun due date aku lagi 4 minggu (nak bagi cukup 40 weeks kan). Tapi aku tau... aku ni dah di fasa menanti hari jela untuk melahirkan anak sulungku. Mudah-mudahan semuanya selamat, insya Allah...

Bad news is... husbandku akan berlayar pada hari Ahad ni. Seminggu... Nasib baik la seminggu jer. Kalau sebulan, memang sedih la aku...huhu

Since Cik City dah eksiden dan dihantar ke workshop, aku pun agak risau la dengan kebarangkalian-kebarangkalian yang aku mungkin bersalin sebelum hubby balik sailing.

Yang aku risau, camne kalau aku dah nak bersalin sangat then kena tahan ngan Protela kat pintu masuk pengkalan tldm tu? Takkan nak kuar bagi ic, daftar pelawat etc kot??? Dah nak bersalin dah ni! (sebab kereta yang dibawak tu confirm takde sticker navy cos Cik City kan masuk hospital)

Camne ek??

Hubby kata, "Ala... gitau jela emergency nak ke hospital... takyah nak berhenti lama-lama".

Boleh ke??

Cuak dah aku ni...

And then, Nini or Ganesh (colleague aku kat sini) kena la tau jalan nak ke hospital dalam base tu. Diorang memang tak tau jalan... Aku ni, memang la tau tapi kot-kot dalam kesakitan nak beranak tu sumer benda aku lupe camne?

So, aku plan nak bawak diorang jalan-jalan dalam base before hubby sailing. Huhuhu...

Ini langkah berjaga-jaga yang aku kena amik... yela, nama lagi dah sarat. Dah 9 bulan ok. Bila-bila masa dalam tempoh minggu depan aku leh beranak.

Aku harap aku akan bersalin lepas suami balik berlayar la... mengharap dengan sangat.

Mak aku dulu masa beranakkan Yong (anak sulung) siap overdue lagi... kena tarik ngan forceps. Ughhh... aku just harap baby aku nanti kuar time ayah dia ada di darat, bukan di tengah laut. Hmmm...

Okey, update hal kesihatan sikit since dah 36 minggu ni:

- Kaki ku bengkak. Dah le bengkak, sakit lak tu.. Risau kena darah tinggi je... hopefully takde la... huhu :(

- Mengalami kegatalan yang melampau di certain areas of my body. Aku tak gatal langsung kat perut macam sesetengah orang pregnant, tapi gatal kat tempat lain... betis aku pun dah naik luka kena garu... Fungal infections and jerawat di badan! Aku dah jumpa doktor cos gatal gile and aku garu gak sampai luka-luka (memang susah nak tahan weh). So, aku diberi ubat tahan gatal(makan), ubat sapu and sabun sulfur seperti dalam gambar bawah ni.

First time aku tau kewujudan sabun sulfur.
(bau belerang! aku teringat mercun setiap kali pakai sabun ni)
Recommended for pimples on face and body, dark spots, body odour and fungal infections.

Alhamdulillah...
Dah 2 hari aku pakai sabun ni and sapu ubat, takdela gatal-gatal lagi.
Tempat yang gatal-gatal tu pun dah kering dan ok.
Syukur sangat-sangat.


- Selain dari gatal dan bengkak kaki, aku asyik mimpi baby je. Mimpi beranak la... mimpi kat hospital la... memang dah tak sabar sangat nak ada baby. :')

Mmm... tak tau dah apa nak catat.

Oh ya, aku sekarang tengah banyakkan pengambilan buah-buahan cos risau kena sembelit dan yang sewaktu dengannya. Hopefully semuanya nanti berjalan lancar.

Aku nak share 1 video yang sangat membantu pemahaman aku dengan proses melahirkan anak. For new mommies like me, leh usya video tu di sini.

That's all for now.

Wassalam.


alhamdulIllah...
Wednesday, February 23, 2011
bismIllah...


30 Ogos 2010
- First buat buku pink di KKIA Sitiawan. Masa ni dah nak 3 bulan pregnant kot. Berat 69.4 kg

11 Oktober 2010
- Hehe.. aku skipped bulan 9 punyer checkup. Berat 73.1 kg. Naik 3.7 kg kau!

16 November 2010
- Berat naik 4 kilo, iaitu jadi 77.1 kg. Disuruh datang lagi 2 minggu...

30 November 2010
- Berat 75.5 kg. Turun 1.6 kilo la plak. So sebab berat cam tak cantik je, aku kena la buat MGTT (Meal Glucose Tolerance Test). alhamdulillah result gula ok... takde diabetes.

16 Disember 2010
- Pergi wat checkup kat Sejati and scan baby. Berat aku 77 kg, berat baby 951 gram. Time ni dapat tau baby boy :)

29 Disember 2010
- Berat aku 77.8 kg. Time ni aku kena demam teruk...

12 Jan 2011
- Berat naik lagi... Jadi 79.6 kg. huhu... Kena inject tetanus ke ape tah untuk kali pertama.

25 Jan 2011
- Berat mencecah 80.7 kg. Sangat tak sangka... ape taknya, semua benda aku bedal. :p

8 Februari 2011
- Checkup kat A10 dan daftar kat HAT. Baby dalam keadaan 'breech' and berat aku adalah 81.5 kg.

10 Februari 2011
- Checkup kat KKIA Sitiawan. Berat adalah 82.7 kg and I had slight edema. Bengkak oi kakiku...huhu

22 Februari 2011
- Berat naik lagi... 84.2 kg. -___-"

And oh, patutnya aku kena cucuk lagi... tapi leh tak aku lupe and aku terus blah? HAHAHA... k, esok aku pergi klinik. :P

Memang banyak gile berat naik...
Berat baby lak aku tak tau la dah berapa kilo... semalam doktor ada scan...tapi scan gitu2 jela...tak catat pun berat baby baper. Biasela kalau klinik kerajaan... nak save ape tah la...huhu

K lah, that's all for now.

Wassalam....


alhamdulIllah...