Thursday, February 24, 2011

Dah cukup 9 bulan

bismIllah...


So, kandunganku dah cukup 9 bulan.

Walaupun due date aku lagi 4 minggu (nak bagi cukup 40 weeks kan). Tapi aku tau... aku ni dah di fasa menanti hari jela untuk melahirkan anak sulungku. Mudah-mudahan semuanya selamat, insya Allah...

Bad news is... husbandku akan berlayar pada hari Ahad ni. Seminggu... Nasib baik la seminggu jer. Kalau sebulan, memang sedih la aku...huhu

Since Cik City dah eksiden dan dihantar ke workshop, aku pun agak risau la dengan kebarangkalian-kebarangkalian yang aku mungkin bersalin sebelum hubby balik sailing.

Yang aku risau, camne kalau aku dah nak bersalin sangat then kena tahan ngan Protela kat pintu masuk pengkalan tldm tu? Takkan nak kuar bagi ic, daftar pelawat etc kot??? Dah nak bersalin dah ni! (sebab kereta yang dibawak tu confirm takde sticker navy cos Cik City kan masuk hospital)

Camne ek??

Hubby kata, "Ala... gitau jela emergency nak ke hospital... takyah nak berhenti lama-lama".

Boleh ke??

Cuak dah aku ni...

And then, Nini or Ganesh (colleague aku kat sini) kena la tau jalan nak ke hospital dalam base tu. Diorang memang tak tau jalan... Aku ni, memang la tau tapi kot-kot dalam kesakitan nak beranak tu sumer benda aku lupe camne?

So, aku plan nak bawak diorang jalan-jalan dalam base before hubby sailing. Huhuhu...

Ini langkah berjaga-jaga yang aku kena amik... yela, nama lagi dah sarat. Dah 9 bulan ok. Bila-bila masa dalam tempoh minggu depan aku leh beranak.

Aku harap aku akan bersalin lepas suami balik berlayar la... mengharap dengan sangat.

Mak aku dulu masa beranakkan Yong (anak sulung) siap overdue lagi... kena tarik ngan forceps. Ughhh... aku just harap baby aku nanti kuar time ayah dia ada di darat, bukan di tengah laut. Hmmm...

Okey, update hal kesihatan sikit since dah 36 minggu ni:

- Kaki ku bengkak. Dah le bengkak, sakit lak tu.. Risau kena darah tinggi je... hopefully takde la... huhu :(

- Mengalami kegatalan yang melampau di certain areas of my body. Aku tak gatal langsung kat perut macam sesetengah orang pregnant, tapi gatal kat tempat lain... betis aku pun dah naik luka kena garu... Fungal infections and jerawat di badan! Aku dah jumpa doktor cos gatal gile and aku garu gak sampai luka-luka (memang susah nak tahan weh). So, aku diberi ubat tahan gatal(makan), ubat sapu and sabun sulfur seperti dalam gambar bawah ni.

First time aku tau kewujudan sabun sulfur.
(bau belerang! aku teringat mercun setiap kali pakai sabun ni)
Recommended for pimples on face and body, dark spots, body odour and fungal infections.

Alhamdulillah...
Dah 2 hari aku pakai sabun ni and sapu ubat, takdela gatal-gatal lagi.
Tempat yang gatal-gatal tu pun dah kering dan ok.
Syukur sangat-sangat.


- Selain dari gatal dan bengkak kaki, aku asyik mimpi baby je. Mimpi beranak la... mimpi kat hospital la... memang dah tak sabar sangat nak ada baby. :')

Mmm... tak tau dah apa nak catat.

Oh ya, aku sekarang tengah banyakkan pengambilan buah-buahan cos risau kena sembelit dan yang sewaktu dengannya. Hopefully semuanya nanti berjalan lancar.

Aku nak share 1 video yang sangat membantu pemahaman aku dengan proses melahirkan anak. For new mommies like me, leh usya video tu di sini.

That's all for now.

Wassalam.


alhamdulIllah...

10 comments:

FaizalSulaiman said...

aku doakan kamu selamat saja ok!

Ryehanna said...

Thanks, Faizal! ^__^

abdus said...

good luck dengan first baby!
namakan dia Syaah! hahaha.

Anonymous said...

bykkan makan kurma....


cikgu A

Legasi Piston Pecah said...

tahniah...
tak lama lagi dah nak bergelar ibu...
kalo tang emergency time gitu,sure diorang tak tahan2 kot...hihi

Mr PenyuBiru said...

yup.semua kemungkinan tu ko kena pikirkan.kalu bleh,ko gi jupe Pritela tu,tanya diorang jika dlm kecemasan apa prosedurnya.tentu diorang faham kut.

harap semuanya berjalan dgn selamat.

bardboo said...

jap2...video tu scary x? kalo scary aku xmao tgok..huhu..

aku pon dh slalo gak mimpi2 pasal baby..

yg pasal dah masuk 9bulan tu, aku rasa sebab duration kita mengandung ni dikira dr first tarikh of last period..sbb tu dh 9bulan..kalo nak dikira dr tarikh persenyawaan, blm 9bln lg..tp manelah kita nak tahu bila tarikh persenyawaan kan..so sbb tu dikira dari tarikh period..aku rasa mcam tu la kot..xtau btol ke x..hehe...

Fatehah A. said...

semoga selamat la segala2nya.

^nanie^ said...

hye dear..salam kenal..kite link n folo awk eh..hopefully sume selamat.. ;-)

Ryehanna said...

To Abdus: Thanks.. but Syah?? xmo.. dah ada nama lain.. :P

To Cikgu A: Setakat ni xjumpa2 lagi kurma..huhu

To Piston Pecah: Hopefully diorg xtahan lama2 la (cos confirm akan ditahan n disoal gak)... huhu

To Mr Penyubiru: Mmg diorang paham.. xpela, maleh nk gi tanya.. nanti aku redah je. huahuahua

To Bardboo: Tak scary lgsg la... itu just animation je, bukan video manusia betul...
btw, ttg due date tu mmg la btl cos due date yg nurse bg tu mmg xtepat pn...

To Fatehah A: Thanks..

To Nanie: Salam kenal and thanks! :)