Friday, August 12, 2011

Terkenang yang jauh di mata

bismIllah...


Dah 12 lebih. Tak tido lagi. Takleh tido. Tadi update blog Razin, ngantok.. pastu guling2 takmo tido gak. Aiyooo...

I miss my hubby la...

Rindukan suami yang sailing since malam kelmarin. Dia gerak ke kapal pada tengah malam... aku tak sedar langsung cos memang dah masuk tido since 10pm. Hmmm... Rasa ralat sikit. Sampai sekarang call tak dapat-dapat (laut mane der line).

Pekerjaan paling susah adalah menjadi bini navy kot. Tapi aku bernasib baik lagi cos hubby dok kapal kecik so sailing kejap-kejap (tapi selalu!)... Sunyinya rasa. Rindunyaaaaaa...

Tapi kalau ada asyik geram and annoyed je. Huhu... Memang camtu ke kalau dah kahwin, tido sekatil and duduk sebumbung?

Teringat masa mula-mula kenal dulu... I never ever expected him to be my husband. Tak pernah terlintas langsung dulu... almaklum, sebelum kenal beliau aku bercinta dengan orang lain. huhu...

Tapi dah jodoh kan... kahwin jugak dengan dia.

Sangat banyak perkara yang aku bersyukur. Nak tulis senarai kesyukuran??

1. Aku bersyukuar aku kahwin with my hubby. 5 years older than me. Ade rumah dan kereta sendiri before kahwin.

2. Aku bersyukur since kahwin, terus pregnant.

3. Aku bersyukur bila dah pregnant tu, dari kerja kat KL dan berjauhan dengan suami dan family, company kebetulan nak buka branch kat Perak.

4. Aku bersyukur bila plan asal nak bukak branch kat Ipoh Airport, then last minute (dah ada kaunter kat airport dah masa tu) tukar... tak jadi bukak kat Ipoh Airport.

5. Aku bersyukur bila company bukak new branch di Marina Island, Lumut! Just 10 minutes away from our house.

6. Aku bersyukur bila at 5 months plus aku dah pindah Lumut. Beranak kat Hospital Angkatan Tentera (since hubby kan tentera) yang ok sesangat. Tak ramai orang, bilik privacy and layanan ok. Takde langsung doktor lelaki yang kelebek or sentuh aku. Semuanya perempuan sahaja. :)

7. Aku bersyukur my first baby was born tanpa banyak masalah. Lahir normal... takde kena vacuum, induce or gantung kaki. Fuhhhh fobia bila ingat balik.

8. Babysitter?? Alhamdulillah ada adik yang menganggur sudi jaga. Tak tau sampai bila cos she's still looking for a job but in the meantime, memang aku sangat beruntung ada Diyana jaga Razin. Rumah pun berjaga, kemas, laundry settle, makanan pun dia masak (ikut mood dia la).

9. Aku bersyukur kerja aku setakat ni masih lagi flexible dari segi masa. Time rehat leh balik susukan anak + cuci lampin.

10. Aku bersyukur kami ada kereta dan motor. Luckily, we only need 1 car in the family. So jimat gak le... naval base dekat je ngan umah so hubby pergi kerja naik motor je. :)

Razin, 1 day old.


Ada banyak lagi tapi tak larat nak taip.

Sesungguhnya, aku sangat-sangat bersyukur dengan pemberianMu, ya Allah...

Rasa rindu ini? Takpela... that's what make the love much more sweeter.

Time preggy 6,7 months last year.



alhamdulIllah...

7 comments:

Pocket said...

bila rindu,
terasa sakit kat tulang rusuk kiri,
mcm betul betul nyer sakit,
bukan pedih, mcm kena tekan.
dan ati mula jadi tak keruan,
buat apa pun tak kena,
terasa macam nak demam pun ada.
perasaan pelik,
cam masa nak muntah tp tak der nak muntahkan,
cam nak mem'buang' tapi tak der 'benda' nak di'buang'

haaaiiish rindu nih!!
pergi lah pergi ^^;

amal said...

I agree with you..

Rindu.. that's what make the love much more sweeter :)

Ryehanna said...

To Pocket: Thanks! u totally understand kan... hehehe

To Amal: Haha.. orang pengantin baru lagi la sweeeeeeeeeeet :P

deena awanis said...

shiann..sabo yer ana..seb baik ada chubbycheek's jr. ;-D

asna cute said...

Part plg best raya tahun nie msti razin dpt byk duit raya kan hehe. Best2!!. Hehe tue bkn motif sebenar la keke. Keluarga bertambah syukur jugak kan ;)

Ryehanna said...

To Deena: Tula... nasibaik ada Razin. hehe

To Asna: Hahahaha.. maybe itu part paling best kot. tp sbnrnye xsabo nak bergambar raya ramai2 satu family :D

rAtu saLju™ said...

auch..tgok gambau last tu rindu plak kat hubby sendiri..

kdg2 dia gi keje balik kul 5 pon rindu jugak...
maklum la xde kawan nk ngusik..uhuhu