Wednesday, February 29, 2012

Busy weh

bismIllah...


Asyik la kepala otak ni pikir nak update blog, nak update blog... tapi tak terbuat cos busy gilababeng!

Dah beberapa hari jugak la aku berulang-alik ke Lumut dari Beruas sebab nak settlekan orders, pos barang dan juga standby sebab ada orang nak tengok umah (nak sewa bilik).

Dan untuk masa ni alhamdulillah dah cukup 5 orang. 3 orang dah confirm and dah duduk, lagi 2 orang masuk 1hb March ni and pertengahan March. Aku harap semuanya berjalan dengan baik. Aku harap juga mereka jaga rumahku dengan elok. Insya Allah.

Minggu ni macam-macam benda sampai dari supplier. Kotak berisi barang Tommee Tippee ada 2 kotak besar, then another box ade barang Bamboolite (bamboo garments from Bamboolite memang best!). So minggu ni aku busy pos barang, kutip hutang dan settlekan bab rumah. Packing belum lagi ni! Pengsan!

Now I'm based in Beruas sebab Opah sakit. Opah dah takleh nak bangun. She said her hip hurts whenever she wants to sit or stand up. So Opah sekarang terlantar jela. Kencing berak semua atas katil je. Shares Razin wet wipes. hehe... Doakan Opah kembali sihat ye!

Razin is enjoying his time in Beruas. My baby sangat-sangat seronok duduk di Beruas ni. Ramai orang nak melayan dia... Main-main dengan Amirul... Okla, takdela clingy sangat kat aku. Kalau tak, kerja nak menempek je. Aku pun senang sikit nak buat kerja. huhu...

Hubby is coming home this weekend. Tak sabar! Sebab nak mintak dia tolong settlekan bab kunci-kunci rumah (nak pasang selak/mangga), packing untuk pindah serta pilih kek birthday Razin! Aku nak tempah kat Secret Recipe je... senang... maleh nak mikir sangat. Memang confirm sedap kan... ehehehe... Kang aku order kat tempat lain, tak tentu sedap ke tak. Bagi aku, part SEDAP tu paling penting sebab yang nak makannye AKU! hahahaha...

Mana comel?
Tak tau nak pilih mana satu...



Semalam akhirnya aku dah hantar Blackberry Torch aku ke Maxis dealer kat Tesco. Punyerla lama aku pegang BB tu sebab malas gile nak hantar. Nak kena tunggu replacement lame gile. Tapi nak tak nak kena hantar gak le sebab seksa betul kalau phone tak berbunyi. Orang call semua tak dengar... demm.

And of course bengang gile cos takleh amik gambar. Tak best nak update blog kalau takde pics! huhu... Gambar atas tu aku sempat send kat twitter cos time tu tetiba je BB tu leh amik gambar. Sekejap jela... pastu jadi balik.

Nanti kalau nak amik new BB yang Brightstar replace, mesti kena balik Perak balik kan? Jauh tu Johor ke Perak... and no, aku tak caya untuk poslaju. Tapi kalau desperate kena poslaju la jugak kot. Cuma aku harap bile dah leh amik, aku akan dapat pulang ke Perak.

Ni jela update untuk arini. Nak transfer gambar and video dari hp sony ni pun takleh... mane tah aku campak cable untuk transfer... Ade satu video kelakar yang aku sempat rekod Ahad lepas. Razin pakai tudung ekspres Mamito.. comel giler! Tapi rakam sekejap je cos dia asyik lari-lari. Jenuh nak ngejor...

Nanti aku share kat blog Razin kalau free...

Till then, assalamualaikum!



alhamdulIllah...

2 comments:

cik arora cik ateh said...

salam....

tq ryehana...da check kat web tu..still harga tu....tq yaaa

Ryehanna said...

Orait!

same2 :D