Arini terjaga awal... dalam 5.30 gitu... tapi mandi still lambat. Pukul 7.45 baru mandi. Muahahaha...
Baidewei, aku nak citer yang terbuka je mata pagi tadi, aku rasa hepi semacam. Sebab dah 1st March. Dah dekat dah due date aku... huhu
Due date yang nurse bagi adalah 23 March (macam pada ticker di blog ni). Tapi due date kalau scan adalah 17 March. Aku scan kat 2 klinik berasingan and they both came up with 17th March. Apa-ape pun, doc kat klinik suh ikut je due date 23 march... So, kita tunggu jela...
Rasa tak sabar sangat dah nak ada baby... tapi still, aku harap aku bersalin time hubby ada di sisi. Takmo la time dia di tengah laut. Aku harap, KALAU aku bersalin awal, mintak-mintak la dalam minggu ke-38 (next week?). Cos waktu tu hubby ada...
Geram betul...
Apa boleh buat, nama lagi kahwin dengan navy... sailing jelah kerjanya... aku bernasib baik gak cos kapal hubby kapal kecik... sailing pun kejap-kejap je...
Setakat ni, takde rasa lagi contraction kuat di perut. Braxton Hick's contraction pun macam takde... nak jugak rasa contraction latihan tu cos at least body tengah prepare untuk bersalin. Tapi, lagi aku nak, lagi la dia rileks je... Hmmm...
However, baby aktif dalam perut. Kejap-kejap bergerak ke kiri, kejap-kejap ke kanan... but mostly ke kanan... stretchmark aku di perut bahagian kanan pun berlambak and banyak berbanding belah kiri. Huhu...
But at this point, lantak la ngan stretchmarks. Maleh teman nak pikio... yang penting sekarang ni, baby sihat, normal dan bakal dilahirkan dengan selamat. Tu yang paling penting sekali. Aku harap aku takde mengalami apa-apa komplikasi time nak bersalin.
Satu je yang merisaukan sekarang, which is... my swollen feet!
Bengkak sangat... Yang pelik, kaki kanan je yang bengkak besar... Kaki kiri biase je... Adakah sebab babyku banyak dok kat bahagian (perut) kanan? Hmmm... sampai nak biar terlipat pun takleh cos kebas and sakit jadinya nanti... Pergelangan kaki pun bengkak. Memang nampak beza sangat dengan kaki kiri... Kaki kiri maintain slim macam biasa...
Oh edema... I hope you won't give me much trouble!
Setakat ni just kaki kanan je bengkak... tangan and muka and lain-lain anggota remain macam biasa...
Well, that's all for now.
Hari ni nak settle segala paperwork before noon cos lepas lunch nanti nak gerak ke Ipoh lak. Ada customer return kereta kat Ipoh Airport. Nasib baik la Nini ada teman aku kali ni.. So nak angkut dia sekali...
Ganesh akan collect kereta customer tu, then aku and Nini drive balik kereta yang kami bawak dari Lumut... Nak singgah Ipoh Parade ke? Mmm tapi tak best kalau tengah berjimat. :(
Salam...

alhamdulIllah...



