bismIllah.......rasa nak bawak anak pergi tempat kerja je. Like seriously. Ni sebab takde carseat je lagi ni, kalo idak memang aku angkut. haha...
Rutin baru adalah sesi mengepam susu before pergi kerja. Then keluarkan cd-cd dan baju yang nak bagi Razin pakai lepas mandi. Aku minum Horlicks jap then kejut Diyana suh turun bawah jaga Razin baru pergi keje. Razin tidur pagi-pagi cos dia dah bangun dalam kul 4 pagi camtu. hehe...
1st day keje?
Ok la... aku sempat pam 3 kali dalam waktu kerja. The 4th time was after 6pm, bila dah balik umah. Cabaran betul la kalau nak bagi baby susu sendiri ni. Susu aku pulak dahle tak banyak. Agak stress le juga... tapi aku teruskan jer la pam...

Gambar semalam masa pam di ofis...
Guna pam manual yang
beli arituSikit je susu aku... 3 oz pun tak sampai ni rasenya cos hati tak tenang....
Asyik tengok pintu je (walaupun dah kunci)
Hari ni baru 1st time aku buat double pumping. Nama je beli Spectra 3 with extra breast shield set tapi tak nah guna. So arini baru aku guna cos aku rasa sangat-sangatlah time consuming kalau pam sebelah then asyik tukar-tukar. Sekali pam dua-dua belah baru jimat masa. hehe... almaklum, baru nak belajar-belajar hands-free. Sebelum ni dok pegang je corong masa pam. :P

Serius rasa macam kilang susu je.
WAKAKA
btw, aku hands-free dengan selit corong tu kat bra...
(tips dari
KIM)
takde bajet ah nak beli benda-benda alah yang assist hands-free ni...
Sekarang aku dah tau dah Razin minum banyak mana time aku pergi kerja.
Razin minum dalam 4 botol yang berisi 3 oz susu je....takde la banyak sangat. Ok la.. tau la aku nak bajet kalau hantar dia ke babysitter or nursery nanti (Diyana jaga for the time being)
Maknanye sehari aku kena pam dalam 4 kali gak le... baru leh rotate. Almaklum, stok tak banyak... dalam freezer adal 10 botol frozen EBM. Kat bahagian refrigerator ada 3 botol EBM yang chilled. ITU JE.
Beruntungnya kalau jadi stay at home mother, tak perlu nak kejar buat stok sangat. Direct feed je. Stok guna kadang-kadang...
ni rasa macam nak benti keje je niAku ni tengah pening camne nak bagi banyak susu. Bulan puasa dah dekat. Dekat KIM ramai je bf mothers dok kepoh-kepoh buat stok susu. Siap beli deep freezer semata-mata nak letak stok EBM. Perghh banyak betul susu diorang! huhu... kalau puasa camne nak bf? Boleh ke? mampoih susu tak kuar rasenya cos tak minum air... kalau kuar pun mesti sikit. Takkan tak puasa pulak?? Aku tinggal puasa tahun lepas pun berlambak tak ganti lagi ni. Tumpo la aku...
Cabaran betul la nak menyusukan anak ni. Aku memang bersemangat je nak BF. Tapi kalau berdepan halangan yang kita takleh nak buat ape walaupun dah usaha, camne?? Doa-doakan susu aku bertambah meriah ye... sebolehnye memang aku taknak bagi susu tin kat Razin.
Memang la susu badan ni takde cop DHA, Taurina, Gangliosida and ape tah lagi macam yang kat susu tin, tapi susu ibu adalah yang terunggul kan?
Khasiatnye tidak ternilai. Sebab tu aku nak sangat-sangat Razin minum susu dari badan aku.
Ya Allah, permudahkanlah... murahkanlah rezeki hambaMu ini. Amin.Apa-apa pun aku bersyukur dapat bagi Razin bf setakat ni. Bila dah mula kerja ni yang aku risau sikit.
Well, mudah-mudahan aku berjaya... target aku adalah 6 bulan cos lepas tu Razin dah makan solid food so takdela eksklusif minum susu ibu lagi. Campur ngan FM pun takdela terasa sangat. Seelok-eloknya sampai 2 tahun kan? tapi bila tengok prestasi susu aku yang kurang dari segi kuantiti, tak tau la nak ramal akan tercapai ke tak penyusuan selama 2 tahun tu. huhu
Oklah, masa untuk pam kali ketiga.
Salam.
alhamdulIllah...